Wednesday, October 9, 2013

PERBAHASAN PCA: MAJLIS PEGUAM NAK DAKWA @zahid_hamidi? #PemilihanUMNO


Majlis Peguam (BAR Coucil)? Kecoh sebelum ini bahawa ia merupakan satu Majlis yang masih diragui kecenderungan politiknya sejak dikatakan terlibat dengan Perhimpunan BERSIH sebelum ini. 

Semalam, Presidennya Christopher Leong menegaskan bahawa pendedahan oleh MELOYAKINI MALAYSIAKINI mengenai ucapan Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi semasa sidang parlimen bagi membincangkan penggubalan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) boleh dikenakan hukuman dibawah Akta Hasutan.

Seperti yang sedia maklum, MALAYSIAKINI adalah merupakan portal milik pembangkang dimana ianya 'ditugaskan' khas untuk menjatuhkan kerajaan melalui media massa. 


Persoalan yang sedang bermain diminda saya sekarang ialah adakah ini juga merupakan sebuah permainan untuk menamatkan karier politik DS Zahid Hamidi?


Namun pada hakikatnya, DS Zahid sudah pun menafikannya dari awal lagi. -  Perbahasan PCA: Zahid nafi polis diperalat

Petikan berita:

Majlis Peguam mengecam ucapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis di Melaka dan menyifatkan sebagai suatu kesalahan berat dan boleh didakwa mengikut Akta Hasutan.


Presidennya Christopher Leong menegaskan tindakan Ahmad Zahid tersebut sebagai tidak bertanggunjawab dan memalukan.

"Menteri Dalam Negeri nampaknya melampaui batas dan kemungkinan telah melakukan kesalahan dibawah Akta Hasutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Leong juga menegaskan tiga pengakuan yang dibuat Ahmad Zahid dalam ucapannya seperti didedahkan Malaysiakini merupakan satu kesalahan dan tidak menghormati undang-undang.

Pengakuan yang dibuat Ahmad Zahid antaranya mengenai arahan menembak tanpa beri amaran, mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dibuat mengikut arahannya dan juga tahanan tanpa bicara selama dua tahun.

"Majlis Peguam mengutuk kenyataan Menteri Dalam Negeri kerana ia menunjukkan sikapnya tidak menghormati undang-undang dan hak asasi manusia serta tidak menghormati debat yang berjalan di Parlimen.

"Kenyataan beliau memalukan dan menyebabkan negara dan kerajaan diaibkan," katanya lagi

Leong juga mengkritik Ahmad Zahid yang sehingga kini masih lagi gagal mengemukakan bukti kononnya pemansuhan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)sebagai punca peningkatan jenayah berat kebelakangan ini walaupun telah berjanji untuk bentang di Parlimen.

"Beliau gagal mengemukakan data bukti untuk menyokong hujahnya.

"Sebaliknya, beliau dilaporkan telah berpakat dengan Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Ketua Polis Negara untuk meminda PCA," katanya.

Leong juga berkata tindakan Ahmad Zahid menghalau wartawan daripada membuat liputan membuktikan beliau mengakui kesalahannya mengeluarkan kenyataan sedemikian, serta sanggup mengancam media untuk semata-mata memenuhi kehendaknya.

"Cubaannya untuk menutup mulut media adalah isyarat beliau mengakui kesalahan dalam kenyataannya," katanya lagi.

Semalam, media melaporkan, Ahmad Zahid semasa dalam satu Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Melaka telah bercakap mengenai beberapa isu sensitif antaranya melibatkan isu penjenayah masyarakat India serta mempertahankan kumpulan haram Melayu yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Dalam rakaman sepanjang 20 minit di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh tersebut, Ahmad Zahid telah juga telah mengecam seorang Timbalan Menteri kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima penjenayah India di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid juga secara bangga mengakui pindaan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) 2013 yang diluluskan baru-baru ini adalah cadangannya.

"Kita siasat, kita bawa ke mahkamah. Kalau tidak ada bukti atau tidak cukup bukti, sekurang-kurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya. Tiada kompromi," katanya dipetik berkata dalam laman portal berita online.

Pindaan rang undang-undang PCA yang diluluskan baru-baru ini di Dewan Rakyat akan membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun, serta boleh dilanjutkan sehingga selepas berakhir tempoh tersebut. - AWANI

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive