Monday, November 18, 2013

#TeamPemuda: @AzminAli DIKANTOIKAN @RazaliIbrahim TIPU ISU HONORARIUM!! KAH KAH KAH

Rasanya belum terlewat lagi untuk saya ucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Muar, iaitu Datuk Razali Ibrahim (DRI) diatas kejayaannya menggalas jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO semasa Pemilihan UMNO baru-baru ini. 

TEAM PEMUDA FOR MT

Bukan niat saya sengaja nak lari dari tajuk entri ini, tetapi cuma mahy pesan kepada muka-muka lama yang tak mahu undur diri (walaupun telah disenaraikan sebagai ulat UMNO) buka mata terhadap impak TEAM PEMUDA FOR MT yang diperkenalkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin ketika membuat 'endorsement' calon-calon NKPUM dan MT yang bakal bertanding untuk Pemilihan UMNO baru-baru ini.

Berbalik semula kepada tajuk asal...

Sewaktu sidang Parlimen yang berlangsung semalam, Dewan Rakyat kecoh dengan sorakan kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang bangun melontar hujah masing-masing terperangkap dengan hujah sendiri dan 'Check Mate' dikerjakan oleh MP BN. 

Salah seorang darinya (MP BN) ialah MP Muar (Datuk Razali Ibrahim, DRI)

DRI bangun menjawab soalan dan menggulung hujah menolak usul pembangkang supaya gaji penasihat-penasihat Perdana Menteri dan para utusan khas ke luar negara bertaraf menteri dipotong. Untuk pengetahuan, soalan ini telah ditanya oleh 9 orang MP Pembangkang di Dewan Rakyat. Namun begitu, dengan tenang, DRI menyelesaikan penggulungan hujahnya dengan penuh ekstrim dan professional. Hebat

Antara pemimpin BN lain yang turut bangun ialah MP Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mempertikaikan kenaikan cukai dan kenaikan kuantiti rumah urut secara mendadak di Selangor. "Kalau nak mengurut, tak payah masuk Golok, pergi Selangor je..".... Ini adalah secebis dialog yang dikeluarkannya ketika bersidang.

Fuziah Salleh (MP Kuantan) telah bangun mempertikaikan krediabiliti Datuk Shahrizat Jalil sebagai Penasihat Khas Kewanitaan Perdana Menteri dan yang lawaknya ialah Fuziah turut mempertikaikan kenapa perwakilan masih pilih Kak Jat Sebagai Ketua Wanita, Tidakkah ini sudah jauh tergelincir daripada apa yang mahu dibahaskan?

Dibawah adalah rakaman penuh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim 

TUN FAISAL DOT COM: 
Jawapan yang baik dan bernas dari Ahli Parlimen Muda. KSU, pegawai kementerian dan pegawai Menteri dan Timbalan Menteri kena ambil perhatian, barulah bahan-bahan yang nak disediakan untuk Menteri dan Timbalan Menteri jawab menjawab persoalan dan menggagalkan usaha pembangkang untuk menjadikannya sebagai satu isu. Apa cerita dan prestasi researcher BN di Parlimen yang ramai tu?

WARGA TAIWAN YANG DICULIK DI SEMPORNA HIDUP LAGI, @cmlinguaneng TAK PERCAYAKAN @PDRMsia?

Artikel saya sebelum ini mengandungi salinan repot Polis daripada saksi dan kronologi penuh bagaimana kes bunuh dan culik warga Taiwan ini berlaku - RUJUK SINI

Perkembangan terbaru pula ialah Pesuruhjaya Polis Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa culik warga Taiwan tersebut dipercayai masih hidup.

SINIS: ADAKAH LIM GUAN ENG RASA TERANCAM KERANA TIDAK PERCAYA PADA KREADIBILITI POLIS MALAYSIA? JIKA RASA TERANCAM, SILA KELUAR DARI MALAYSIA, AMANAHKAN PULAU PINANG KEPADA ORANG LAIN. (BACA SINI)
POLIS PERCAYA MANGSA CULIK PULAU POM POM MASIH HIDUP 
Polis percaya wanita Taiwan yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna, Jumaat lepas masih hidup. 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib juga mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri seperti yang dilapor oleh media. 
Usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari
Kesedaran Jenayah dan Kembara Bermotosikal 2013 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, di sini hari ini. 
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan senjata berat. 
Mengulas lanjut, Hamza berkata bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan oleh Jabatan Forensik polis pada 20 Nov ini. 
Beliau juga mengulangi bahawa insiden itu adalah kejadian terpencil dan keadaan keselamatan di seluruh Sabah terkawal. -  SUMBER

Sunday, November 17, 2013

FAKTA DISEBALIK BENCANA TAUFAN HAIYAN DI FILIPINA!! KONGSIKAN!!


Artikel ini saya dapati daripada laman page Facebook Islamic Articles dimana ia menceritakan tentang bala yang menimpa Filipina baru-baru ini, iaitu Taufan Haiyan. Ianya sangat berguna dan positif untuk dijadikan panduan kepada semua pembaca, terutamanya kepada yang beragama Islam.

KONGSIKAN!!

kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan. 

Baca dibawah:
Kita sadis dan simpati apabila melihat bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini. Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini. 
Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan. 
Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan. 
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut. 
Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo. 
Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian. 
Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut. 
Salah seorang yang memberikan komen pada video pemusnahan masjid berkata: 
They destroy the mosque, Allah gave them instant disaster, they said oh we have this kind of typhoon every year so nothing to do with Allah curse, but they forget to open eyes and see how many victim dead this time, it's not normal and it should be remembered. 
Wa Allahu'alam..

MY SLIDESHARE UPLOAD