Artikel saya sebelum ini mengandungi salinan repot Polis daripada saksi dan kronologi penuh bagaimana kes bunuh dan culik warga Taiwan ini berlaku - RUJUK SINI
Perkembangan terbaru pula ialah Pesuruhjaya Polis Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa culik warga Taiwan tersebut dipercayai masih hidup.
SINIS: ADAKAH LIM GUAN ENG RASA TERANCAM KERANA TIDAK PERCAYA PADA KREADIBILITI POLIS MALAYSIA? JIKA RASA TERANCAM, SILA KELUAR DARI MALAYSIA, AMANAHKAN PULAU PINANG KEPADA ORANG LAIN. (BACA SINI)
POLIS PERCAYA MANGSA CULIK PULAU POM POM MASIH HIDUP
Polis percaya wanita Taiwan yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna, Jumaat lepas masih hidup.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib juga mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri seperti yang dilapor oleh media.
Usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari
Kesedaran Jenayah dan Kembara Bermotosikal 2013 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan senjata berat.
Mengulas lanjut, Hamza berkata bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan oleh Jabatan Forensik polis pada 20 Nov ini.
Beliau juga mengulangi bahawa insiden itu adalah kejadian terpencil dan keadaan keselamatan di seluruh Sabah terkawal. - SUMBER
No comments:
Post a Comment