Sunday, March 16, 2014

#PRKKajang: HARAPAN DARI PENGUNDI #Kajang


Berikut adalah video mengenai harapan pengundi N25 Kajang yang akan mengundi pada Pilihanraya Kecil N25 Kajang pada 23 MAC ini. Kita perlu ingat bahawa faktor menunaikan harapan sesebuah komuniti pengundi itu sangat penting, kerana mereka ialah 'juri' bagi mana-mana pilihanraya sekalipun, termasuklah PRK Kajang.


Pada pandangan saya sebagai pemerhati, saya lebih cenderung kepada Calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun, kerana jika hendak dibandingkan dengan Wan Azizah, walaupun dari sudut fizikal sekalipun, kita sudah boleh nampak bahawa Chew Mei Fun adalah yang lebih layak.

Seperti apa yang diikrar dan dijanjikan Chew Mei Fun (SINI)






#PrayForMH370: [INFOGRAFIK] KRONOLOGI PENUH KEHILANGAN PESAWAT #MH370 !!


Berikut adalah infografik mengenai kronologi sepanjang 8 hari peristiwa misteri yang menggemparkan seluruh dunia, iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ada yang kata ianya terhempas, ada yang kata ianya sudah berkecai. Tapi rupanya ianya telah dirampas (hijacked)

Berikut adalah kronologinya:


Pesawat MH370 Dilaporkan Hilang Pada Pagi 8 Mac 2014 Bersamaan Hari Sabtu



Seramai 239 Penumpang Termasuk Anak Kapal Berada Di Dalam Pesawat MH370 Dari Pelbagai Negara



Misi Pencarian Pesawat MH370 Dimulakan Dan Turut Mendapat Bantuan Pihak Antarabangsa


9 Mac: Siasatan Mendapati Terdapat Dua Penumpang Menggunakan Pasport Palsu Dan Berkemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik




10 Mac: Beberapa Tompokan Minyak Pula Dikesan Tetapi Disahkan Datang Daripada Sebuah Tongkang, Bukan Daripada Pesawat MH370


12 Mac: Operasi Pencarian Pesawat MH370 Diperluas Dari 120 Batu Nautika Ke 200 Batu Nautika



Bantuan Pihak Antarabangsa Juga Turut Diperhebat


13 Mac: Satelit China Berjaya Mengesan 3 Objek Di Perairan Namun Usaha Menemukan Pesawat MH370 Tetap Gagal Setelah Pesawat Dihantar Ke Lokasi Berkenaan


Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.



14 Mac: Sebuah Sumber Dari Amerika Syarikat Melaporkan Pesawat MH370 Mungkin Berada Di Lautan Hindi


Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada "petunjuk" pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi.

Saturday, March 15, 2014

#PRKKajang: #MH370 - BEZA ANTARA DUA PEMIMPIN. YANG MENDOAKAN & YANG MEMPERLEKEHKAN!!

Berkait dengan entri saya sebelum ini - [klik SINI]

Saya ada ketengahkan bahawa imej terhadap kreadibiliti Wan Azizah sebagai seorang berstatus 'Doktor' dan 'Wakil Rakyat' apabila dia telah memperlekeh usaha kerajaan terhadap misi pencarian pesawat MH370 , dimana isu ini telah mendapat perhatian dari serata dunia. [rujuk SINI]

Berikut adalah videonya:


Manakala disini terdapat perbezaan antara dua orang pemimpin politik dimana mereka masing-masing adalah merupakan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang 23 Mac ini.

Yang mana satu adalah melambangkan keperibadian seorang wakil rakyat? Individu yang bersikap bagaimanakah yang anda mahukan untuk memimpin?
  • Individu yang memperlekehkan usaha murni sesuatu pihak atau individu yang mendoakan usaha murni pihak tersebut?
KLXPRESS telah mendakwa bahawa Wan Azizah tidak Patriotik. 

 YA, BETUL....


KLXPRESS 
Ketika 13 negara menjalankan misi mencari dan menyelamat menggunakan peralatan dan kelengkapan canggih untuk mengesan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, tindakan Malaysia menggunakan khidmat “Bomoh Do Re Mi” memalukan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden PKR itu dalam ceramah di Taman Maju Satu, Kajang malam tadi berkata, tindakan menggunakan bomoh itu memalukan negara, apatah lagi Malaysia turut dikenali sebagai salah sebuah negara Islam di dunia.

“Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar.
“Kita ada satu filem P Ramlee dahulu, Laksamana Doremi, itu memang dongeng,” katanya ketika berceramah di hadapan 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR) merujuk kepada lagenda seni tanah air.
“Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini. Memalukan orang Islam,” katanya.

Portal berita, The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan telah memadam artikel bertajuk “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” yang diterbitkan di portal tersebut sebelum ini.
Artikel tersebut menyelitkan kenyataan Presiden PKR itu yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370, dalam ceramahnya di Sungai Jelok, Kajang malam tadi.
Ekoran tersiarnya artikel itu semalam, masyarakat terutamanya yang bersimpati atas tragedi pesawat MH370 mengutuk keras kenyataan dan tuduhan tidak berasas dibuat calon PKR untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kawasan itu.
Beberapa pemerhati politik melihat tindakan TMI tersebut bertitik tolak atas paksaan pihak tertentu agar artikel tersebut dipadam bagi mengelak Wan Azizah daripada terus dihentam masyarakat terutama menjelang PRK ini.
Isu berkenaan kehilangan pesawat MH370 mula menjadi sebahagian intipati ceramah kempen PR untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

MY SLIDESHARE UPLOAD