Thursday, March 20, 2014

#SelawatPerdana: SETENGAH JUTA UMAT ISLAM DIJANGKA AKAN GEMAKAN #Putrajaya ESOK!!


Seramai 500,000 umat Islam dijangka hadir ke majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra di sini Jumaat ini.

Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul itu akan menjadi perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini.

Beliau berkata, program anjuran Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu akan bermula pukul 7 malam hingga 11 malam dengan pengisian pelbagai program berbentuk keagamaan.


"Majlis Selawat Perdana yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu akan menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.

"Program itu turut diserikan dengan pelbagai aturcara seperti solat Maghrib dan Isyak berjemaah, zikir terapi, bacaan al-Quran daripada finalis rancangan Imam Muda, tazkirah duet peserta Pencetus Ummah serta majlis ilmu bersama pendakwah terkenal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Shahrul Nasrun bersama Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat meninjau tapak lokasi Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra.

Menurut Shahrul Nasrun, adalah satu kerugian sekiranya masyarakat negara ini tidak menyertai Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul itu kerana pelbagai program menarik dianjurkan pada malam tersebut.

"Sekarang kita dimaklumkan bahawa penyertaan pengunjung melibatkan seluruh negara, malah ada di antara mahasiswa dari luar negara juga telah menyatakan keinginan untuk hadir.

"Kelainan program itu dapat dilihat melalui penglibatan serta sokongan banyak pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik," katanya.

Selain itu katanya, antara orang kenamaan yang sudah mengesahkan kehadiran pada malam tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri Kabinet.

"Pengisian yang baharu kami rancang pada malam tersebut ialah solat hajat dan doa selamat untuk memohon supaya pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 segera ditemui.

"Perdana Menteri akan turut menyertai solat hajat dan doa selamat tersebut yang dijadualkan diadakan selepas solat Isyak," katanya.

Sementara itu katanya, bagi memudahkan perjalanan lalu lintas pihak urus setia akan menyediakan lapan buah bas dengan kekerapan lapan minit sekali di beberapa lokasi termasuk di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Serdang dan juga tempat letak kenderaan di Putrajaya.

Dalam pada itu katanya, Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul akan ditayangkan secara langsung di tiga saluran televisyen tempatan iaitu TV1, Astro Oasis dan TV AlHijrah.

"Kita mendapat sokongan banyak pihak termasuk penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia terutama daripada pelajar-pelajar universiti tempatan, golongan profesional serta ahli korporat. Kami berjanji tidak akan menghampakan pengunjung," katanya. - UTUSAN

#PrayForMH370: SOALAN KEPADA ANWAR MENGENAI & #MH370 KRISIS JAPANESE RED ARMY (JRA) 1975.


Pagi ini, portal pembangkang Malaysiakini melaporkan bahawa Anwar telah memperlekeh kreadibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu yang masih lagi tidak menemui jalan penyelesaian sejak 8 mac lalu, iaitu insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Anwar telah mendakwa bahawa kecekapan mantan Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak (bapa DS Najib) semasa menangani krisis Japanese Red Army (JRA) 1975 adalah lebih baik berbanding DS Najib menangani krisis kehilangan pesawat MH370. 


**Menurut Wikipedia - Krisis tebusan Bangunan AIA berlaku pada hari Isnin, 4 Ogos 1975 apabila pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) merampas bangunan American International Assurance (AIA) di Jalan Raja Chulan / Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. JRA adalah serpihan daripada Liga Tentera Merah Komunis Jepun. Malaysia tidak pertama kali berhadapan dengan tebusan seumpama itu. Rampasan ini tiga tahun selepas peristiwa Black September di Munich, Jerman pada 5 September 1972. [sambungan]

Berikut adalah video detik ketika  berlakunya krisis itu:


Manakala ini pula adalah petikan dari laporan portal Malaysiakini.
'Najib's dad did better in Japanese Red Army crisis' 
MALAYSIAKINI (10:46AM Mar 19, 2014) 
KAJANG - bAnwar said that unlike his son, second prime minister Abdul Razak Hussein (centre in photo) and his team were internationally lauded over their deft handling of the Japanese Red Army (JRA) hostage crisis at the American Insurance Associates (AIA) building in Kuala Lumpur. 
He said that on the contrary, Najib has been panned for his ministers’ contradictory statements made in the ongoing investigation into the disappearance of the Malaysia Airlines aircraft. 
“Razak was more strict. He was smarter than his son, perhaps because no one was controlling him,” he said on the ceramah trail last night. 
Anwar was presumably giving a nod to a member of the audience of about 100 at Sungai Kantan who yelled out that Razak “did not have Rosmah (Mansor)”, Najib’s wife. 
The AIA building then housed several embassies and 53 people were taken hostage by the communist militant group JRA, who demanded the Japanese government release five JRA members. Japan relented. 
Then home minister Ghazalie Shafie negotiated the hostages’ release while Home Ministry secretary-general Osman Samsuddin Cassim and then deputy transport minister Ramli Omar were exchanged as hostages to guarantee safe conduct. 
Selanjutnya
Saya tertarik dengan status dari laman Facebook Datuk Fuad Hassan, dimana dia menceritakan kembali pengalamannya mengikuti perjalanan cerita dan berita terkini mengenai krisis JRA tersebut seperti mana kita mengikuti perkembangan MH370 sekarang ini.

tambahan, pada waktu itu dia adalah seorang pemimpin pelajar disebuah universiti tempatan. Justeru, dia perlulah 'up-to-date'.

Berikut adalah 'screen-shot' status Facebooknya:


Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

  1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.
  2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.
  3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.
  4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.
  5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Soalan untuk Anwar:

  1. Siapa yang tahu dimana MH370?
  2. Dengan siapa kita nak berunding?
  3. Siapa yang tahu apa kehendaknya?
  4. Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah?
  5. Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya?
Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.



#MH370: [VIDEO] LIHATLAH BAGAIMANA ANWAR PERLEKEHKAN KERAJAAN UNTUK TUTUP PEKUNG DIRINYA SENDIRI!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencanang dirinya sebagai pemimpin yang paling layak mengendalikan misteri kehilangan pesawat MH370 berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Esok (hari ini) pukul tiga ada lagi media nak wawancara saya..sebab mereka kata kalau wawancara saya, saya boleh jawab. Kalau wawancara Najib, Najib beri kenyataan saja. Jadi lebih baik saya ganti dia.

"Sekarang ini terbalik. Daripada nak padamkan Anwar, sekarang semua media antarabangsa mula wawancara saya semula," katanya dalam satu ceramah di Sungai Sekamat, malam tadi.


Anwar juga terus memperlekehkan Najib sebagai tidak berani berdepan dengan media antarabangsa.

Ujarnya, kegagalan Najib berbuat demikian memalukan dan mencerminkan ketidakmampuan pemimpin nombor satu negara itu berhadapan dengan dunia bagi menangani krisis tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah cukup malu dengan kelemahan kerajaan menguruskan insiden tersebut yang sehingga hari ini masih menemui jalan buntu.

"Kalau orang tak boleh tanya orang nombor satu di Malaysia, nak tanya siapa lagi? Dia (Najib) bertanggungjawab. Saya hairan sebab satu dunia mengatakan dia tak sanggup berdepan dengan media antarabangsa. Dia biasa dengan Utusan dan TV3 saja.

"Dalam kes MH370 ini, selain mendoakan keselamatan mereka, kita tahu berkecamuk, lemahnya pimpinan negara ini khususnya Perdana Menteri yang pada hemat saya tidak layak terus memimpin negara kita. Itu menunjukkan kelemahan yang mengejutkan dunia," ujarnya.

Dalam ceramah yang sama, Anwar dalam pada itu terus menghentam kerajaan berhubung penglibatan bomoh yang katanya hanya menjadi 'nilai tambah' yang bukan saja memalukan negara, malah menjatuhkan maruah umat Islam negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab 'membanteras' perkara syirik tersebut walaupun telah diugut saman oleh bomoh berkenaan.

"Tiga malam lalu Tok Guru Haron Din kata kepada saya supaya memastikan setiap ucapan saya mesti menegur dan beritahu umat Islam bahawa kerja syirik jangan kita subahat, dan keduanya ianya memalukan, menjatuhkan maruah umat negara kita. Jadi saya jalankan tanggungjawab saya," katanya.

Ketika negara menjadi tumpuan masyarakat dunia, kemunculan tiba-tiba 'bomoh jutawan' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini yang kononnya ingin membantu mencari pesawat itu, memburukkan lagi keadaan.

Rakaman ritual bomoh itu yang dimuatnaik ke laman internet menjadi viral dan menyaksikan ratusan video 'parody' dari seluruh negara dihasilkan masyarakat dunia.

Selain mentertawakan Malaysia, mereka juga mengkritik perbuatan tidak masuk akal bomoh itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tersebut adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan akan mengambil tindakan terhadap bomoh itu. -  Antara Pos