Tuesday, May 6, 2014

#PRKBukitGelugor & #PRKTelukIntan: PAS 'WAJIB' BERTANDING DEMI #Hudud!!!!


PAS HARUS GUNAKAN PELUANG INI SEBAIK MUNGKIN, BUKTIKAN KETELUSAN ANDA!!

Berdasarkan SUMBER:

PAS digesa bertanding di Bukit Gelugor dan Teluk Intan bagi menjelaskan kepada kaum Cina mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud sekaligus membuktikan PKR, DAP dan PAS sepakat di bawah satu bumbung Pakatan Rakyat (PR).


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, PAS perlu menggunakan peluang ini untuk melaksanakan agenda utama mereka dalam memperjuangkan Islam di Malaysia.

"Jadi saya minta Timbalan PAS Mohamad Sabu ambil peluang ini untuk bertanding di Bukit Gelugor dan jelaskankan kepada kaum Cina apa itu hudud.

"Ini adalah landasan terbaik untuk PAS membuktikan hudud boleh diterima oleh kaum Cina." katanya kepada pemberita di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), hari ini.

Ramesh turut menggesa ahli ulama PAS perlu mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menjelaskan hudud kepada rakyat dan ini adalah landasan terbaik kepada PAS membuktikannya.

Ramesh hadir ke ROS bagi menghantar surat meminta penjelasan mengenai status terkini parti DAP yang didakwanya masih belum diiktiraf ekoran kontroversi pada pemilihan Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini.

Beliau kemudiannya mendesak agar ROS membuat kenyataan dan penjelasan terbuka terhadap status parti DAP sebelum penamaan calon Bukit Gelugor dan Teluk Intan bermula.

"Bolehkah mereka (DAP) bertanding di Bukit Gelugur dan Teluk Intan sebab surat (dari ROS) pada Disember tahun lalu jelas memberitahu DAP tidak boleh membuat sebarang keputusan atau menandatangani apa jua surat kerana Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak sah.

"Kita mahu pertandingan di Bukit Gelugur dan Teluk Intan secara sihat serta bersih dan ROS mesti jawab secara terbuka kepada rakyat," ujarnya.

Monday, May 5, 2014

[FOTO]; SEJARAH!! HUKUMAN PANCUNG DIJALANKAN SECARA TERBUKA DI CHINA!!

Ngeri.. Ini adalah salah satu gambar orang yang dihukum mati di China sewaktu era ke-19 lepas

HUKUMAN MATI adalah satu hukuman paling berat bagi sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berat/serius.

Jika kini hukuman mati dilaksanakan secara tertutup, namun tahukah anda bahawa hukuman mati pada awal abad ke-19 dilakukan secara terbuka di China?

Berdasarkan sumber dari FB, terdapat beberapa gambar yang diambil LIVE sewaktu hukuman mati dijalankan di China pada era ke-19 dahulu telah tersebar. Bukan niat nak buka aib Si Mati, tetapi sebagai iktibar & ilmu kepada kita semua. Jom sambung baca..

Tahukah anda apa jenis hukuman mati yang dijalankan pada era tersebut? 

Penggal kepala, jerutan leher dan kebuluran adalah antara kaedah pelaksanaan hukuman yang diterima dalam abad ke-19 China. Walaupun segelintir dari mereka terlepas dari dihukum mati, mereka tetap tidak akan terlepas untuk diseksa & kemudiannya akan dibiarkan kebuluran dengan kaki dan tangan diikat didalam bilik kurungan.

BERIKUT ADALAH FOTO-FOTONYA:









Gambar-gambar ini telah diambil semasa & secara langsung selepas Pemberontakan Boxer, yang merupakan masa yang amat ganas dan bergelora dalam sejarah Cina. Diseluruh negara pemberontak Boxer dan penjenayah telah dibunuh dihadapan umum sepenuhnya. Dan mayat-mayat mereka, atau sekurang-kurangnya bahagian-bahagian daripada mereka, telah dipaparkan sebagai amaran kepada orang lain.

Sama ada hukuman ini adalah kematian atau penderaan, terdapat jurugambar Barat seperti James Ricalton sekitar abad tersebut, bersedia untuk menangkap gambar hukuman. Juru- gambar James Ricalton mengambil banyak gambar pemberontakkan dan buku imej beliau telah diterbitkan pada tahun 1990.

Menurut editor Christopher J. Lucas, beliau (James Ricalton) "diiktiraf" secara meluas sebagai salah satu yang paling penting (sudah tentu yang paling popular) jurugambar pada masa itu.

Credit to IZAN YAHAYA FB

INI LAGI BAIK DARI DEMO #BantahGST : VIDEO PM @NajibRazak BERBASIKAL BERSAMA 10,000 RIBU RAKYAT!!


Datuk Seri Najib Razak hari ini menyertai 10,000 peserta program berbasikal di ibu negara 'KL Car Free Morning' edisi kelima dalam usaha mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di pusat bandar raya.

VIDEO:


Perdana Menteri yang pertama kali menyertai program itu kelihatan lengkap berpakaian sukan berwarna merah ala-ala seorang penunggang basikal profesional selain memakai topi keledar dan berbasikal sejauh kira-kira tiga kilometer di kawasan berdekatan KLCC.


Program dua jam itu bermula pada 7 pagi dari KLCC ke sekitar kawasan berdekatan membabitkan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang. - BH