Wednesday, May 21, 2014

[VIDEO]: HOT! @anwaribrahim LABELKAN PENYOKONGNYA YANG TURUN BERDEMO ADALAH PENGKHIANAT!!


Kesian penyokong Anwar yang turun demo sampai gaduh-gaduh n abaikan anak bini kat rumah sebelum ni.

BANYAK LAGI GAMBAR 'PENGKHIANAT' di SharpShooter
Kesudahannya, mereka telah dilabelkan sebagai pengkhianat. Masih lagi nak sokong si peliwat yang takut masuk penjara ni ke wahai penyokong pakatan?


Petikan dari channel Youtube amenorld:
Anwar Ibrahim keluar berhadapan dengan pendemo2 yang protes mengenai pemilihan PKR di hadapan HQ PKR di Tropicana dan memberitahu kepada pendemo2 agar hentikan demo kerana PKR sedang berusaha melakukan siasatan terhadap semua aduan2 yang timbul. 
Video ini disebarkan oleh salah seorang revolusioner dalam PKR. Tuan Ally. 
Rujukan : EMBED POST DIBAWAH


#PRKTelukIntan: HOT!! PENDEDAHAN MENGAPA DYANA SOFYA KECUT PERUT BILA DITANYA PASAL TUNKU AZIZ!!


Ternyata calon DAP, PRK P76 Teluk Intan, Dyana Sofya hanyalah boneka terhadap Lim Kit Siang semata-semata. Saya tidak nampak akan ciri-ciri yang berkaliber untuk dia menjaga rakyat Teluk Intan sekiranya menang dalam PRK parlimen tersebut.

KENAPA BEKAS NAIB PENGERUSI DAP, TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM KELUAR PARTI? 

Itulah soalan yang diajukan pemberita kepada Dyana, tetapi LKS yang tolong jawabkan? Siap rampas mic lagi!!

Sejurus ditanya soalan tersebut, Dyana tergagap dan air mukanya terus berubah!! Kalau orang yang buat benda betul, takkan kecut perut sampai macam tu!!

VIDEO:


Berikut adalah laporannya:
Calon DAP yang bertanding pada PIlihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya diibaratkan boneka kepada Penasihat parti, Lim Kit Siang untuk memancing undi selepas beliau gagal menjawab soalan yang ditujukan oleh wartawan kepada beliau. 
Ianya susulan daripada soalan dari seorang wartawan Astro Awan kepada Dyana Sofya berhubung perkara itu dan seterusnya memberi pandangan mengenai tindakan beberapa pemimpin Melayu DAP termasuk Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang bertindak keluar parti sebelum ini.
Lim Kit Siang yang menyedari bahawa Dyana tidak akan mampu menjawab soalan tersebut terus bertindak mengambil mikrofon dari calon DAP itu untuk menjawab bagi mempertahankannya. 
"Isu yang melibatkan itu merupakan perkara lama dan ia patut dilupakan kerana kita akan menghadapi pilihan raya dan banyak perkara yang perlu kita lakukan jadi kita letak tepi mengenai isu tersebut," katanya kepada pemberita. 
Kit Siang kemudian dilihat cuba menamatkan sesi sidang media dengan menawarkan soalan terakhir kepada wartawan. 
Sementara itu, Dyana kelihatan tersenyum bagi melindungi kegelisahan akibat tidak dapat menjawab soalan tersebut. 
Tunku Aziz sebelum ini pernah mendedahkan bagaimana DAP menggunakan orang melayu sebagai senjata strategik, untuk melemahkan kuasa dan secara sistematik, sebagai minoriti menguasai majoriti Melayu-Islam atas bumi yang asalnya milik dan ibu pertiwi orang Melayu. 
Tunku Aziz juga pernah ditawarkan sebanyak RM50 ribu bagi mengunci mulut supaya tidak mendedahkan dalaman parti DAP apabila beliau bertindak keluar daripada DAP. - RAKYATNEWS
'VIRAL POST' DI FACEBOOK:



DASAR TAK SEDAR DIRI
Ini dia jawapan yang patut rakyat Teluk Intan tahu!!!!

AIDCNews – 23/03/13 
Tunku Abdul Aziz Ibrahim, menyertai DAP pada Ogos 2008, selepas itu beliau dilantik menjadi Naib Presiden DAP dan diberi jawatan senator oleh kerajaan Pulau Pinang. 
Beliau dilantik Senator pada 2009, tetapi DAP tidak menyambung perkhidmatannya dipercayai akibat bantahan terbukanya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0. 
Pada Mei 2012, Tunku Aziz membuat keputusan meletakkan jawatannya dan keluar dari parti yang disertai kiran empat tahun itu. 
Ikutilah ceramah penerangan beliau di Sepang, 15 Februari 2013 menceritakan suka duka bersama parti cauvanis Cina itu. 

TRANSKRIP 
Ramai orang tanya, kenapa saya seorang Melayu masuk DAP? 
Kawan saya, Datuk Zuraidah, hantar sms kepada saya, dalam bahasa Inggeris. Dia kata, “dah hilang fikiran ke (masuk DAP) ?.” 
Masa saya masuk DAP dulu, saya bukan muda, (ketika itu) saya sudah berumur 74 tahun. Jadi, ramai orang hairan, bertanya, kenapa baru nak masuk parti politik? 
Sebab masuk DAP 
Saya masuk DAP ni, bukan kerana saya nak jadi ahli politik. Tetapi kerana Lim Kit Siang, seorang yang saya kenal, jemput saya masuk DAP. Dia kata, DAP ini adalah satu parti yang tidak ada rasuah. Itu kononnya. Tetapi, (bila) orang yang dah masuk (DAP), yang keluar itu, (mereka) sudah tahu (benarkah tiada rasuah). 
Saya sudah lama jadi aktivis, nak mengurangkan rasuah di dalam negara kita, kerana saya sangat sayang negara saya.
Kalaulah betul saya ada cadangan nak jadi seorang ahli politik, saya sudah masuk UMNO semasa saya keluar dari universiti, semasa saya balik dari luar negara (dulu). 
Seorang guru saya di Alor Setar, (Tan Sri) Hanafiah Hussain, dia jadi MP Yan, Kedah. Dia kata, Tunku mari masuk UMNO. Saya kata, tentang politik ini memang suka kerana masa di universiti dulu saya belajar tentang sains politik. Dia kata, belajar politik itu tidak sama dengan jadi ahli politik. Jadi, saya tak fikirlah saya ini boleh jadi seorang ahli politik. 
Di dalam DAP, dia (Kit Siang) kata dia (akan) beri kepada saya satu platform. Katanya satu platform yang awak boleh teruskan kerja anti-kourpsi. Saya bertanya kepadanya, sebab masa dulu saya ada platform, saya Presiden Transparency International Malaysia dan juga Naib Presiden Transparency Worlwide. 
Bila saya dah letak jawatan itu (Transparency International), saya sudah tidak ada lagi platform. Jadi, bila dia (Kit Siang) kata, “Okay, awak ada platform” , (maka) saya terima lah (masuk DAP). Bukanlah bererti saya minta pangkat ke apa dengan DAP, tidak. 
Bila saya mula-mula masuk DAP (Ogos 2008), dalam masa dua hari, (saya) diberi jawatan Naib Pengerusi DAP. Lepas tu, tak lama selepas itu, dilantik jadi seorang Senator.Senator DAP pertama dari Pulau Pinang.
Pujukan Kit Siang & Guan Eng 
Tetapi, bila saya masuk DAP dalam dua bulan sahaja, saya mula berfikir, saya masuk parti tak betul ini. Jadi, saya tulis surat kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP). Saya kata, saya nak letak jawatan lah. Dalam DAP ini, kalau kita tulis surat, tak kira pangkat kita pangkat bawah, pangkat atas, mereka tak jawab surat kita. 
Kemudian, setahun lepas itu (2009), sekali lagi. saya tulis surat kepada Kit Siang (Penasihat DAP). Selepas itu, Kit Siang dan Guan Eng datang berjumpa saya. mereka pujuk saya, ‘Tolonglah, kalau Tunku keluar DAP akan banyak masalah’. 
Saya ingat, kita (saya dengan Kit Siang) ini kawan lama, oklah saya tak jadi keluar. Namun, saya lihat perkara yang dibuat dalam DAP adalah perkara yang saya tak boleh terima. Kita kena ada prinsip. 
Dalam DAP ini, masa bercakap cukup pandai. Kata tak ada rasuah, tapi rasuah dalam DAP ini, macam Encik Jafrei (Nordin), dia buat satu press conference di Pulau Pinang, cerita semua. 
Agenda rahsia 
Kononnya DAP ini satu parti multiracial (berbilang kaum). Tetapi cuba kita tengok, kalau mereka nak berbincang tentang polisi, mereka bersama-sama mereka sahaja. Yang kita ini (Melayu) hanya pelaksana keputusan umum, tetapi tentang agenda rahsia memang dia setuju. Dia tak kata dia setuju tapi kita fahamlah dia setuju. 
Kita tengoklah orang Melayu, orang India dalam DAP, semua diketepikan.
Baru-baru ini, konvensyen DAP di Pulau Pinang, nak melantik CEC, jawatan paling tinggi dalam parti. Lapan calon Melayu (masuk bertanding), seorang pun tak terpilih, tak dilantik. 
Maknanya, kepimpinan tertinggi DAP tak boleh terima (Melayu). Jadi, nak tunjuk juga DAP ini satu parti berbilang kaum, dia kata dia buat silap semasa proses pemilihan itu. 
Jadi, budak nama Zairil, dia kata Zairil ni orang Melayu tetapi Zairil ni bukan orang Melayu. Zairil ni nama betul dia.. (Christopher Howard Lim).. Dia (Zairil) jadi anak angkat kepada Tan Sri Khir Johari. Khir Johari ni biasa dengan saya. Dia guru saya dulu di kolej. Saya kenal dia. 
Kalau keturunan keluarga Zairil, bapa Cina, emak Cina, macam mana anak dia jadi Melayu ? Kalau dah masuk Islam tu, kita boleh terima dia sebagai seorang 
Islam tetapi jangan kata pula ini orang Melayu.
Kalau tak bersetuju, habis.. 
Dalam DAP ini, kalau kita tak bersetuju, habis. Saya masa masuk itu, ada seorang yang lama dengan DAP, saya tak boleh nak sebut nama dia, di Taiping.  
Dia kata, dalam DAP ini awak tidak boleh kritik Kit Siang dan Guan Eng. Jika awak kritik, cita-cita politik awak akan tamat. Maknanya, janganlah kita nak kata tak bersetuju. 
Tapi saya, bukanlah saya nak minta sedekah dengan mereka ini. Mereka yang pelawa saya. Jadi, kalau benda tu tak betul, saya kata tak betul. Kalau benda itu betul, okay betul. 
Sungguhpun saya dalam pembangkang, tetapi apa yang YAB Perdana Menteri lakukan itu, saya kata, kita kena sokong program transformasinya. Ini adalah satu program yang baik dan akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia, (saya) sokong. Mereka cukup marah dengan saya. 
Kalau saya sebut 1Malaysia pun marah, sampai begitu.. Jadi, (DAP) ini satu parti yang khianat. mereka tanam sentimen benci, bukan satu parti yang macam 1Malaysia, tidak. 
Kalau tengok dia punya cara mereka menulis di siber, baru kita tahu bahawa parti ini (DAP) satu parti yang tak boleh halang kerana mereka bukan peduli, kalau melanggar undang-undang. Sungguh pun mereka ini semua pembuat undang-undang, ahli parlimen. 
Taja Demonstrasi jalanan 
Saya keluar dari DAP semasa saya jadi Senator. Dalam Senat saya bangun dan saya kata, saya tak bersetuju dengan apa yang Bersih akan buat iaitu street demonstration (demonstrasi jalanan). DAP hantar banyak duit kepada semua, beratus-ratus, boleh kata beribu-ribu orang rakyat Malaysia, suruh mereka keluar hari itu, buat satu demonstrasi jalanan. 
Jadi, saya kata, ini saya tak boleh sokong. Saya memang sokong pemilihan yang adil dan bersih. Siapa tak sokong, semua rakyat sokong. Tetapi saya tak boleh sokong kalau Datuk Ambiga mahu melanggar undang-undang. 
Kerajaan dah kata, jalan Dataran Merdeka itu satu kawasan larangan. Maknanya kita tak boleh nak masuk ke situ. Tapi mereka dah masuk juga, mereka tak peduli. 
Jadi berlaku konfrantasi saya dengan Lim Guan Eng. Saya kata, memang saya tak boleh sokong. Saya tak boleh bersetuju. Dia kata, orang lain semua setuju, kenapa Tunku tak boleh setuju. Saya kata, dia nak bersetuju dia setujulah tapi saya tak boleh nak terima ini (kerana) nak memecahkan dan melanggar undang-undang. 
Kalau satu undang-undang itu yang tak baiklah katanya, kita ada kaedah dalam sistem kita. Sistem demokrasi dalam parlimen. Kita nak ubah, nak alih, kita mesti melalui Parlimen. 
Civil disobedience 
Jadi, dia (Guan Eng) ingat dia pandai. Dia kata semula kepada saya. Dia kata, ini bukan nak pecah undang-undang, ini hanya ‘civil disobedience‘ (penentangan masyarakat awam tanpa keganasan).
Ini Lim Guan Eng dia ingat dia pandai. Tetapi bagi saya, budak ini cukup bodoh. Dia tak faham apa itucivil disobedience 
Civil disobedience ini adalah satu konsep, bukan konsep baru, tetapi konsep lama. Di Eropah dulu. berpuluh-puluh tahun dulu sebelum Mathma Ghandi (di India). Tetapi Ghandi, dia buat civil disobedientkerana apa ? kerana dia nak halau orang Inggeris keluar dari India. 
Jadi, saya tanya Guan Eng, “Di Malaysia, siapa yang awak nak tendang keluar? Kita adalah negara merdeka. Siapa yang awak nak tendang keluar ? 
Oh dia (Guan Eng) kata di Southern Amerika Syarikat (AS), Martin Luther (orang kulit hitam) kata, mengikut Guan Eng, kalau undang-undang itu zalim, kita tak payah ikut undang-undang itu. Itu pun satu orang, saya kira otak yang dah beku. 
Di Southern AS, orang kulit hitam , tidak ada apa-apa hak, no right. Nak naik bas pun tak boleh bersama-sama dengan orang putih. Kalau ada pun pendaftaran perhimpunan, orang kulit hitam ini, bukan sebahagian daripada sistem mereka. 
Kalau begitu (keadaannya) saya pun bersetuju (jika menentang), tetapi di Malaysia ini, mana ada kita kata, bas ini untuk orang Melayu, bas ini untuk orang Cina, bas ini untuk orang India…tidak, semua sekali (boleh naik). Yang ada dibuat itu asing itu keretapi. Yang ini gerabak untuk perempuan sahaja.
Perjumpaan empat mata 
Lim Kit Siang datang ke rumah (saya) dua kali. Dua kali.
Dia kata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pakatan lain marah dengan apa yang saya kata itu, (iaitu) saya tak bersetuju dengan Bersih. 
Jadi, saya kata kepada dia.. “Kit Siang, saya bukan masuk PKR, saya masuk DAP. Patutnya DAP “.. Ini point penting, dengar betul-betul, “DAP namanya Democratic Action Party“. Tapi demokrasi ini bukan demokrasi yang kita faham. 
Dia kata, mereka tak bersetujulah apa yang Tunku kata itu. Saya kata okaylah. 
Dia kata, “giliran anda disambung kontrak tidak lama lagi,”. Bila dia kata begitu, saya berasa marah. 
Saya kata kepada Kit Siang..Jika kemasukan saya dalam DAP menimbulkan masalah, apabila awak jumpa Guan Eng esok, awak habiskan, jangan sambung jawatan (senator) saya lagi, saya tak mahu. 
Tetapi apabila Guan Eng buat pengumuman kononnya, dia kata, saya ‘menyerang’ dia, tetapi dia tak kata saya menyerang dia sebab dia nak melanggar undang-undang. 
Jadi, yang undang-undang itu disorokkan. Diberitahu kepada semua orang bahawa saya menentang, menentang pilihanraya yang adil dan bebas. Itu 
kejahatan dia. Saya tak boleh jadi ahli parti yang begini, tipu menipu, macam-macam. 
Malaysia Spring 
Lagipun, dalam DAP, mereka bukan kira apa akan jadi kepada negara kita ini. Mereka kata, kami harap akan berlaku satu lagi Arab Spring (di Malaysia). 
Seorang lagi, lelaki senior, dia kata, “saya harap demonstrasi ini (BERSIH) adalah permulaan untuk Malaysia Spring”. Maknanya, mereka tak peduli. Mereka tak peduli apa akan jadi kepada negara. 
Saya sudah kata saya menentang demonstrasi jalanan. Kita tengok dengan mata sendiri dan baca. Semua demontrasi jalanan ini, mula-mula secara aman.  
Tipu lah kalau kata emonstrasi kononnya aman. Mana ada penganjur demonstrasi ini kata “demontrasi untuk keganasan, tidak. Dia akan kata ‘sangat aman’. Tetapi tengok apa jadi. 
Apa yang saya kata tu bukanlah bererti saya pandai, tetapi dah orang tua, memang ada pengalaman sikit. Apa yang akan (diramalkan), terjadi. 
Jadi, bila dah jadi begitu, siapa yang lari dulu…Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan pembantunya itu lompat atas trak, lari keluar. Yang tinggal di situ Datuk Ambiga. 
Datuk Ambiga menangis, minta maaf itu ini tapi dia sungguhpun seorang peguam tetapi bodoh juga kerana membenarkan Anwar, Kit Siang dan Guan Eng sabotaj demonstrasi anjurannya itu. Maknanya, ahli-ahli politik telah berjaya memanipulasi demonstrasi itu. 
Apa respon mereka, apa yang mereka kata, “Oh ini (kerja) polis. Polis masukkan orang dia dalam tu buat kacau”. 
Macam saya juga bila sudah keluar parti, apa mereka kata, “saya dah dibeli”. 
Dibeli oleh UMNO dan dibayar oleh MCA. MCA banyak duit daripada UMNO. UMNO beli MCA bayar. 
Masa kita masuk dulu, lagi kita kritik UMNO, wah kita hero, tetapi jika anda tidak bersetuju (dengan parti sendiri), habis cerita. Inilah DAP. 
Masa depan Melayu 
Saya dalam DAP dekat empat tahun dan hampir dapat banyaklah pengalaman, tengok apa dia buat betul (dan) tak betul. Kita khususkan kepada orang Melayu, kita ambil contoh Pulau Pinang. 
Kalau ikut Guan Eng semasa tahun 2008, dia kata, “Sekarang DAP akan buat satu program nak naikkan hak orang Melayu di Penang.” Tetapi masa sekarang, apa yang jadi. Apa pun tak jadi. 
Jadi, janganlah sekali-kali kita percaya, janganlah harap, sungguh pun dia kata parti berbilang kaum. Parti ini (DAP) adalah satu parti chauvinis. 
Kawan-kawan saya dari DAP dulu, mereka faham. Kerana pandangan mereka sama dengan kita di sini iaitu perkara yang paling penting adalah negara. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak cucu dan untuk semua rakyat Malaysia. 
BN sudah memerintah kita dah berpuluh tahun, lebih daripada 50 tahun. Dalam masa ini kita tengok, negara kita cukup maju, rakyat kita boleh hidup dan kerjasama walaupun kadang-kadang ada tak setuju. 
Masa British dulu, masa kita baru-baru merdeka dulu, orang Malaya masa itu apa pun tak ada. Kita tengok sekarang ini, bukanlah saya nak kata apa yang BN buat ini semuanya betul. Banyak juga yang tak betul tetapi kalau yang tak betul tu saya sendiri selalu kritik dia dalam majalah-majalah atau dalam surat khabar. Tetapi kalau perkara yang betul, patut kita kata bagus, patut kita sokong. 
Saya pergi mana-mana pun saya kata, ini janganlah dengar parti pembangkang kata, “kita semua kena ubah.” Nak ubah apa kalau benda tu tak rosak, kita nak ubah apa. Jadi, dia kata ubah..ubah. Kita tak boleh ikut apa yang dikatakan oleh parti pembangkang. 
Janji banyaklah. Kalau kita dengar Anwar Ibrahim, janji dia semua boleh buat tetapi kita tengok rekod dia. Janji itu hanya tinggal janji.
P/S: SEBARKAN!!! 


Monday, May 19, 2014

#PRKTelukIntan: PAS CIPTA REKOD SEBAGAI PARTI ISLAM YANG SOKONG PENENTANG HUDUD!! @dyanasmd

PAS menyatakan pendirian untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada DAP bagi memastikan parti itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti. - HARAKAH DAILY (19 Mei 2014)

Mana janji PAS mahu perjuangkan hudud? Inikah yang dinamakan parti ISLAM??

Nampak sangat tidak ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah ni! Jangan hanya pandai berlakon sahaja. 


Belum sampai 3 hari selepas nama Dyana Sofya diumumkan oleh Lim Kit Siang sebagai calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana awal-awal lagi sudah menyatakan hasratnya untuk MENENTANG HUDUD!! 

JOM BACA KOLEKSI HUDUD PAS DI HARAKAH [SINI]


PELIK JUGA, KENAPA PAS MASIH SOKONG DYANA SOFYA? BUKANKAH PAS DAH DECLARE AKAN PERJUANGKAN HUDUD? HAHA! NAMPAK TAK PERMAINAN DISITU?

WAYANG APA NI?
Baca sini untuk lebih lanjut: Undi menentang Hudud sekiranya menang PRK Teluk Intan - Dyana Sofya


Semalam laman berita Astro Awani melaporkan sebab mengapa DAP mencalonkan Dyana di Teluk Intan, saya percaya HUDUD juga adalah terkandung dalam modus operandi mereka.

BACA PETIKAN BERITA DIBAWAH PULA:
Kenapa DAP Calonkan Dyana Sofya?
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, DAP memenangi kerusi tersebut melalui calonnya, Seah Leong Peng mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. 
Leong Peng meninggal dunia pada 1 Mei lalu akibat penyakit barah.
Teluk Intan merupakan kawasan majoriti pengundi Cina tetapi mempunyai saiz pengundi Melayu yang besar. Kawasan parlimen itu terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India. 
Di kawasan majoriti pengundinya adalah kaum Cina, DAP mengenepikan bekas ketua penerangan pilihan rayanya, Hew Kuan Yau dan memilih seorang gadis Melayu yang sangat muda, Dyana Sofya. 
Kenapa Dyana Sofya? Soalan yang lebih tepat lagi: Kenapa calon Melayu dipilih untuk kawasan majoriti pengundinya Cina? Apakah DAP telah ketandusan calon Cina untuk dipertaruhkan? Ya benar, Dyana Sofya yang berasal dari Ipoh itu berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang. Dia lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dia muda tetapi menunjukkan bakat untuk maju -- bijak, ternampak matang dan pandai berhujah. 
Dyana Sofya juga diakui ramai, termasuk di kalangan ahli-ahli UMNO, sebagai seorang gadis Melayu yang comel. Tetapi bukan faktor bijak dan comel semata-mata yang menjadi perkiraan DAP, sebaliknya parti yang selalu dilabelkan sebagai "anti Melayu" dan kononnya "membawa fahaman Komunis" itu menyedari bahawa mereka perlu memenangi undi orang Melayu. 
(Nota: DAP sebuah parti yang membuka keahliannya kepada semua kaum, berfahaman demokrat sosialis, percaya kepada kesamarataan antara semua kaum dan memperjuangkan sebuah Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.)


 
DAP menyedari bahawa kaum Melayu adalah majoriti di negara ini dan mahu tidak mahu, mereka perlu mendekati pengundi Melayu, perlu memenangi hati pengundi Melayu. Usaha ini bukan hanya untuk Teluk Intan, tidak, DAP tidak hanya fikir Teluk Intan, tetapi mereka memikirkan dan merangka strategi untuk PRU14. 
Parti yang dilabel oleh banyak orang Melayu sebagai "anti Melayu" dan "membawa fahaman Komunis" itu sedar bahawa mereka perlu memenangi hati pengundi Melayu dalam PRU14 akan datang. DAP sangat tegas menolak pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukum hudud di Kelantan. Kerana menolak secara total hukum hudud, DAP bukan hanya dianggap parti yang "membawa fahaman Komunis" tetapi juga dianggap sebagai anti Islam. 
Kerana bertegas menolak hudud, maka DAP dianggap anti Islam dan anti Melayu kerana di negara ini Melayu itu Islam -- biarpun berbuih mulut pemimpin DAP menjelaskan mereka menolak hudud kerana ia tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan, bukan sebab anti Islam atau anti Melayu.
Atas faktor itu iaitu faktor agama, orang Melayu menolak DAP dan kerana menyedari Melayu adalah majorti, maka DAP perlu berusaha mencari jalan untuk terus dekat dengan orang Melayu. Maka kali ini, Dyana Sofya, gadis Melayu lulusan UiTM dipilih sebagai calon. 
Selain faktor Melayu, DAP juga menyedari menjelang PRU14, golongan muda merupakan majoriti di negara ini. Ada dua kelompok majoriti yang perlu ia hadapi: Melayu dan orang muda. Dyana Sofya berusia 27 tahun, selain diakui comel, dia juga masih muda. Bagi generasi muda, selain PKR, kini DAP dilihat sebagai parti yang memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bertanding dalam pilihan raya. 
Parti politik yang membuka seluas-luasnya ruang dan peluang kepada orang muda akan mudah lebih dekat dengan golongan muda. Parti ini juga akan dilihat 'cool' kerana yang sudah veteran tidak hanya melihat bahawa hanya yang sudah berusia layak untuk bergelar wakil rakyat tetapi anak muda juga berpeluang menjadi Yang Berhormat yang akan berkhidmat. 
Jadi, 'Projek Dyana Sofya' bukan semata-mata untuk Teluk Intan tetapi ia adalah usaha DAP mendekati golongan muda. Parti yang sering dilabel dengan bermacam-macam yang negatif ini mahu dilihat 'cool' dan memberi peluang kepada golongan muda. Bakat anak muda yang ada perlu digunakan sebaik mungkin bukan dicantas sehingga hilang dari radar politik negara. 
Usaha memenangi golongan muda ini perlu segera dicontohi oleh UMNO dan juga rakan DAP dalam Pakatan Rakyat, PAS. Dua parti yang mewakili orang Melayu ini berusaha gigih mendekati anak muda tetapi dilihat tidak memberi peluang kepada golongan tersebut. 
Dyana Sofya simbol usaha DAP mendekati orang Melayu dan golongan muda. Tetapi 'Projek Dyana Sofya' ini bukan projek Teluk Intan semata-mata sebaliknya ia strategi untuk menghadapi PRU14. - SUMBER
SEBELUM SOKONG, KENAL-KENAL LA DULU DENGAN CALON.... JANGAN HANYA TAU PEKIK "HIDUP, HIDUP!!" SAJA...

NI DIA PROFIL CALON.. 
LATAR BELAKANG BIODATA DYANA SOFYA MOHD DAUD SETIAUSAHA POLITIK PEMIMPIN DAP LIM KIT SIANG – MEMPERJUANGKAN HAK BUKAN MELAYU GRADUAN UiTM 
Nama sebenar, Dyana Sofya Mohd Daud. Anak muda ini merupakan Setiausaha Politik Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang telah diperkenalkan dalam satu sidang media di Perak pada Januari 2012. Dyana Sofya pada ketika itu turut diperkenalkan bersama seorang lagi graduan jururusan undang-undang dari UiTM iaitu Fairuz Azhan Amirruddin. 
Biodata Dyana Sofya Mohd Daud
Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu. Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13. Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah. 
Kelantangan Dyana Sofya Mohd Daud
Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu. 
Dyana kesal melihat sebahagian rakan-rakan bukan Melayunya, baik yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang atau pun tidak, dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam. 
“Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu. Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM. – Dyana Sofya 
Dyana Sofya Dituduh Sebagai Pengkhianat Bangsa
Tindakan Dyana yang memperjuangkan hak bukan bumiputera dan memilih untuk bersama DAP telah mengundang pelbagai pandangan negatif dari sesetengah pihak dan beranggapan Dyana merupakan pengkhianat bangsa. Namun dari sudut positifnya, Dyana dilihat mampu memecahkan tembok yang dibina andata orang melayu dan bangsa cina berikutan Dyana Sofya kini merupakan seorang berjawatan tinggi dalam DAP.  
SELANJUTNYA

MY SLIDESHARE UPLOAD