Saturday, July 12, 2014

#PrayForGaza: SERANGAN ISRAEL TERHADAP GAZA BUKTI MEREKA TAKUT ISLAM BERSATU!! #GazaUnderAttack

PUNCA SERANGAN OLEH REGIM ISRAEL TERHADAP GAZA --> PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN PALESTINE


Kejayaan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin dari gabungan pergerakan Hamas dan Fatah dilihat faktor utama Israel melipatgandakan serangan di Gaza. 
Pengerusi Aqsa Syarif, Professor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata, ia sekali gus menimbulkan kesulitan jangka pendek dan panjang kepada rejim Zionis itu. 
"Sejak dahulu, rundingan damai antara kedua-dua pergerakan tersebut gagal kerana masing-masing enggan mengalah dalam tuntutan mereka, apabila mereka berjaya mencapat kata sepakat...Israel rasakan ini satu ancaman kepada mereka. 
"Israel tahu kerajaan perpaduan ini akan menjadi pencabar dan menimbulkan banyak isu yang menyusahkan mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini. 
Awal Jun lepas, pergerakan Hamas dan Fatah akhirnya membentuk kerajaan perpaduan baharu Palestin dalam satu majlis angkat sumpah di hadapan Presiden, Mahmoud Abbas selepas 10 tahun terlibat dalam pertelagahan. 
Majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat Abbas di Tebing Barat itu, turut menyaksikan pembentukan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 17 anggota dari kalangan teknokrat, diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah. 
Pada 2007, Hamas merampas Genting Gaza menyebabkan pergerakan Fatah pimpinan Abbas hanya mentadbir Tebing Barat. 
Penubuhan kerajaan perpaduan tersebut akan menjadi langkah terbaik untuk menamatkan perpecahan politik dalam mencapai pembentukan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang dirampas Israel pada 1967. 
Pada Rabu, serangan udara Israel di selatan dan tengah Semenanjung Gaza meragut 20 lagi nyawa pada Khamis termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan jumlah korban sejak tiga hari lalu kepada 70 orang. 
Dalam pada itu kata Dr. Hafidzi, pertarungan merebut kuasa politik di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman turut dilihat persaingan yang memburukkan keadaan di Gaza. 
Jelasnya, Netanyahu kini dilihat cuba menjadi 'hero' di mata rakyat Israel dengan mengerahkan peningkatan serangan di Gaza. 
"Masing-masing hendak buktikan tentang semangat membela dan melindungi rakyat Israel. 
"Cabaran antara dua pemimpin ini disifatkan terbuka dan cubaan mengaut sokongan rakyat Israel dilihat dapat ditunjukkan dengan menyerang Gaza," ujarnya. 
Dr. Hafidzi menambah, tuduhan Israel dalam kes penculikan tiga remaja di Tebing Barat dijadikan justifikasi yang memberi gambaran seolah-olah penduduk Gaza merupakan penjenayah. 
"Israel menuduh dan tidak menyedari mereka sendiri telah memasukkan dalam penjara dan membunuh lebih 40,000 rakyat termasuk kanak-kanak Palestin selama ini," jelasnya. 
Sementara itu, Mahmoud pada Selasa menggesa supaya serangan tersebut dihentikan dengan segera. 
SUMBER


896 RAKYAT PALESTIN DITAHAN SEJAK KEMPEN PENAHANAN ISRAEL BERMULA


Embedded image permalink
Angkatan Bersenjata Israel (IOF) telah menahan sebanyak 896 rakyat Palestin dari beberapa bahagian Tebing Barat sejak kempen penahanan Israel bermula pertengahanan Jun, menurut Palestinian Prisoner Society pada Selasa lalu. 
66 penangkapan dilakukan pada malam semalam termasuklah 24 orang rakyat Palestin dari tanah Palestin 1948, 36 orang rakyat Palestin dari Baitulmuqaddis dan 6 orang dari Bethlehem, Tulkarem, Ramallah dan Jericho. 
Sementara itu, Palestin Center for Prisoner Studies berkata lebih dari 1555 orang rakyat Palestin telah ditahan dalam suku kedua tahun 2014, sementara 1175 orang lagi telah ditangkap dalam suku pertama tahun yang sama. Statistik keseluruhan mendedahkan bahawa 2370 penahanan telah dijalankan sejak awal tahun 2014. 
SOURCE: Palestine Kini 
AHLI PARLIMEN HAMAS ASHQAR: TIADA KEDAMAIAN SEHINGGA SERANGAN DITAMATKAN, PENGEPUNGAN DIANGKAT
Embedded image permalink

Ahli Parlimen (MP) HAMAS Ismail al-Ashqar menegaskan bahawa Pihak pejuang tidak akan menjamin keamanan kepada penjajah Israel sehingga mereka menamatkan serangan dan mengangkat pengepungan ke atas Gaza. 
Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa keamanan hanya akan dicapai dengan syarat-syarat yang ditetapkan pejuang. 
Pesawat tempur Israel terus melakukan serangan ke atas bangunan awam di Semenanjung Gaza manakala pihak pejuang membalas dengan menghantar roket ke arah sasaran Israel. 
Bagi pihaknya, jurucakap HAMAS Husam Badran menulis dalam laman Facebooknya pada Selasa bahawa memberhentikan serangan roket merupakan ‘mimpi Zionis’. Beliau menambah bahawa Israel yang memulakan serangan, manakala penduduk Palestin hanya mempertahan diri dan tanah air mereka. 
SOURCE: Palestine Kini

Friday, July 11, 2014

JAKIM LANCARKAN APLIKASI ANDROID RASMI. NO MORE MUSYKIL2. JOM DOWNLOAD!!

Aplikasi rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

MyJakim menyediakan satu maklumat yang tepat kerana aplikasi ini disahkan dan dimiliki oleh Jabatan Islam Pembangunan Malaysia (JAKIM) sepenuhnya.

Ia merupakan salah satu inisiatif oleh MAMPU (Unit Pemodenan, Pentadbiran & Pengurusan Perancangan) bagi mempertingkatkan servis perkhidmatan kerajaan di dalam sektor mudah alih.

Muat turun di sini
Google Playstore 
Hadir dengan pelbagai informasi berguna kepada pengguna, termasuk menyediakan akses ke halaman fatwa, dan juga soal-jawab berkaitan dengan kemusykilan agama.


Pihak Jakim turut menekankan yang mana segala informasi pada aplikasi ini telah disahkan oleh pihak mereka.

Beberapa fungsi lain yang turut ditawarkan adalah sokongan paparan waktu solat, koleksi doa-harian, dan juga Surah Yassin dan Tahlil untuk digunakan oleh anda. - KEDAH NEWS

Monday, July 7, 2014

SERBUAN PREMIS PERJUDIAN: SIAPA BOCOR MAKLUMAT, LU SAKIT!!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penguatkuasa yang sengaja membocorkan maklumat sehingga menyebabkan operasi atau serbuan pusat-pusat mesin judi haram gagal dilaksanakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya sedar terhadap kebocoran maklumat yang mengakibatkan pusat judi gagal diserbu dan percaya perkara itu berpunca akibat ‘faktor manusia’.

Oleh demikian, katanya, PDRM tidak akan berkompromi jika mendapat bukti bahawa anggota atau pegawai polis yang menjadi punca terhadap kegagalan serbuan yang dilakukan.

"Ada polis yang ditangkap ekoran membocorkan maklumat dan mereka itu telah dikenakan tindakan sewajarnya oleh PDRM dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

"Beliau memberitahu, pihak yang bertanggungjawab menggagalkan usaha polis akan berdepan dengan tindakan tatatertib kerana perkara itu jelas melanggar integriti yang perlu dipatuhi setiap pegawai dan anggota polis," katanya ketika ditemui dalam satu pertemuan eksklusif di Bukit Aman, di sini hari ini.

Mengulas tentang ‘faktor manusia’ yang mengakibatkan kegagalan serbuan terhadap premis mesin judi, Mohmad menjelaskan, pihaknya tidak menolak dakwaan bahawa penguatkuasa sendiri mungkin menjadi penyebab perkara itu berlaku.

"Kita bekerjasama dengan pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melaksanakan operasi ini dan setakat ini kerjasama yang diberikan semua pihak adalah baik sekali.

"Bagaimanapun terdapat halangan timbul dalam soal kerjasama ini iaitu perlu membuat perancangan yang lebih awal. Perkara ini mungkin menyumbang kepada risiko kebocoran maklumat.

"Banyak yang kita serbu tetapi tidak berhasil dan apa yang saya boleh beritahu, itu berlaku akibat faktor manusia, yang tidak perlulah saya huraikan lebih lanjut... saya tidak tahu sama ada polis sendiri atau pihak penguat kuasa lain yang bertanggungjawab," katanya.

Tambah Mohmad, bagi mengelakkan kejadian itu tidak berlarutan, beliau akan membuat perancangan untuk melakukan pusingan tugas melibatkan pegawai JSJ yang telah lama bertugas di satu-satu tempat,

"Ini juga membolehkan mereka tidak terlampau selesa dengan apa yang ada ketika ini," katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia dalam laporannya mendedahkan tentang kegiatan judi haram yang semakin berleluasa dengan hampir semua daerah mempunyai premis mesin judi dan setiap satu premis mempunyai tidak kurang 30 mesin.

Sementara itu, menerusi statistik yang diberikan Bukit Aman, pada tempoh Januari dan Julai tahun ini, sebanyak 30,715 serbuan mesin judi dilakukan dan jumlah itu meningkat 38 peratus berbanding tahun lepas.

Pada tempoh sama juga, sebanyak 4,494 serbuan berjaya dilaksanakan PDRM, iaitu 34 peratus meningkat dari tahun sebelumnya. - SUMBER

MY SLIDESHARE UPLOAD