Wednesday, September 10, 2014

TAK PAYAH MANSUH AKTA HASUTAN, SURUH PEGUAM DAP 'MANSUH' BELA PENJENAYAH DULU! @PDRMsia @KBAB51 @RameshRaoAKS

Presiden Persatuan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao mendakwa kadar jenayah mampu dikurangkan sehingga 50% sekiranya peguam-peguam pro-DAP berhenti membela penjenayah.


Dakwaan itu dikhabarkan menerusi akaun Twitternya, @RameshRaoAKS.

Jika difikirkan semula, ada benar juga dakwaan yang dikatakannya, kerana kebanyakan kelakuan jenayah yang berlaku tidak mendapat balasan yang sepatutnya.

Pembelaan terpilih seperti ini membuatkan penjenayah semakin berani untuk melakukan apa sahaja. 

Kenapa? Buat apa nak takut kalau ada 'payung besar' yang jaga. Kalau pihak berkuasa 'jentik', PKR dan 'mahasewel' kan ada untuk berdemo nyatakan soladiriti mereka. 

Tuntut keadilan lah kononnya.

Pelajar, pensyarah UM berarak bantah Akta Hasutan

Contoh terbaru adalah berkaitan Akta Hasutan 1948

Tadi mahasiswa dan pensyarah Universiti Malaya baru saja selesai berarak nyatakan soladiriti mereka kepada 'penjenayah' yang baru didakwa dibawah akta ini - Prof Dr. Azmi Sharom (SINI)

Kononnya nak 'bersoladiriti', rupanya ada udang disebalik batu, pemimpin PKR boleh pula hadir 'berpolitik' dalam kampus dan sama-sama dengan mahasiswa mendesak PM Najib Razak mansuhkan Akta Hasutan 1948 ini.

Bayangkan kalau akta ini dimansuh... Huru-hara tak negara kita? Ada cadangan lain? (SINI)

Konklusinya mudah jer, Akta Hasutan 1948 wajar diteruskan.

Selain itu, contoh lain adalah berkait dengan pertubuhan haram, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.


Sudah terang-terang PPS ini beroperasi secara haram kerana tidak mendaftar dengan ROS, kenapa masih mahu melawan undang-undang? Sampaikan Lim Guan Eng berani mencabar Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar walaupun dia sedar dia sedang 'menegakkan benang yang basah'.

Apa yang membuatkan Lim Guan Eng berani sebegitu ya?

Ini sebabnya...


Sebabnya adalah seorang peguam DAP 'CELAKA' ini akan membela penjenayah-penjenayah..

Patutlah tergedik-gedik nak hapuskan Akta Hasutan.. 

P/S: Apa-apa pun... kena tukar AG dulu....


Tuesday, September 9, 2014

#KrisisMBSelangor: SETELAH 'CHEKMATE', AKHIRNYA ANWAR TERPAKSA AKUR BAHAWA BININYA TIDAK LAYAK!!


Akhirnya Anwar terpaksa akur bahawa isterinya "TIDAK MUNGKIN" akan dilantik menjadi MB Selangor yang baharu. 

Nampaknya ini membuktikan bahawa Langkah Kajang yang diilhamkan oleh Rafizi Ramli sudah menjadi Langkah Kangkang (klik SINI) !! 

UTARA NEWS
Menurut satu sumber dalaman PKR, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim diberitakan telah bersetuju untuk menerima siapa saja calon Menteri Besar Selangor yang diputuskan oleh Sultan.  
Sumber berkenaan juga memberitahu bahawa Anwar juga bersedia menerima walaupun sekiranya calon Menteri Besar tersebut datang dari parti PAS.  
Anwar dikatakan bertindak sedemikian setelah menerima maklum balas dari setiap pemimpin kanan PKR yang mahu kesepakatan didalam PR dikekalkan dan tidak diganggu gugat oleh kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor.  
Keputusan Anwar juga difahamkan dibuat berdasarkan perjuangan asal Pakatan Rakyat iaitu menumbangkan Umno dan menubuhkan kerajaan baru Pakatan bagi menggantikan Barisan Nasional pimpinan DS Najib Razak. 
Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikatakan telah menghantar 3 nama kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar. Antara nama yang disebut ialah Iskandar Samad.

Monday, September 8, 2014

PEMBANGKANG JANGAN MIMPI NAK MANSUH AKTA HASUTAN 1948 DALAM KADAR SEGERA


Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini memandangkan kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.

"Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhnya sehingga ada akta gantian.

"Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkanya dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar literasi undang-undang "Wanita Bistari Masyarakat Bahagia" di sini hari ini.

Nancy berkata kerajaan menerusi Jabatan Peguam Negara sedang bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk mencari input dan maklum balas daripada masyarakat bagi menghasilkan kandungan yang diperlukan dalam membentuk rang undang-undang itu.

Beliau berkata rang undang-undang itu selaras dengan aspirasi Najib yang menekankan aspek perpaduan dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan rakyat sentiasa menghormati antara satu sama lain.

Bagaimanapun, dengan pelbagai kesalahan yang semakin berleluasa menerusi media sosial ketika ini, semakin sukar untuk kerajaan menyiapkan rang undang-undang itu dengan segera dan ia merupakan cabaran besar kepada mereka yang terlibat dalam penggubalan akta baharu itu, kata Nancy.

Sementara itu, tentang seminar berkenaan, beliau berkata ia merupakan usaha baik dalam menyedarkan wanita tentang isu rumah tangga, keluarga, peranan setiap individu serta masyarakat apabila dilanda masalah kekeluargaan.

Seminar anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu juga, katanya amat penting dalam mendedahkan wanita tentang saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa kes kegagalan rumah tangga.

DOWNLOAD Akta Hasutan 1948 (Full)

 

MY SLIDESHARE UPLOAD