Monday, June 4, 2012

BUKTI ANWAR TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA!!

Info ni aku dapat daripada rakan twitter aku. Disebabkan benda sangat berguna untuk dikongsi bersama, so aku sharekan.

Anda semua tengok la sendiri.. Ini adalah senarai hutang yang ditanggung negara mengikut kronologi pemegang jawatan menteri kewangan.

Sebagai rakyat Malaysia yang berilmiah, anda boleh nilai sendiri siapa layak dan siapa tidak layak. Jika mahu negara gawat, sila pangkah Anwar nanti.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MELETUP! BLOG MIM HILANG DARI CARIAN GOOGLE!!

Td bbm bertalu-talu masuk bagitau yang blog MIM (www.novandri.blogspot.com ) hilang.. Mula-mula aku tak caya.. Then aku telah buat eksperimen sendiri. Memang betul-betul hilang! Persoalan kat sini sekarang, adakah Dr Novandri berhenti berblog? Atau blognya dihilangkan oleh golongan tertentu.. Maklumlah blog MIM kan terbaik...

P/S : Isi penulisan dari Blog MIM jauh lagi hebat dan padat dari blog PAPA GOMO.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nah!!! Nizar Lilin Spin Jawab Isu Plat WWW1!!

Ni dia kenyataan Nizar untuk isu plat WWW1.. Kalau dah cuak tu jangan la tunjuk sangat.. Jangan spin kenyataan.. Berkatalah benr walaupun ianya sangat pahit.. Huhu..

Petikan dari UTARA NEWS :

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata pandangan beliau berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor hanya pandangan peribadi seorang rakyat biasa.

Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum.

"Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan, teguran dalam hal yang sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

"Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya," katanya.

Tambahnya, beliau kesal dengan tuduhan yang diberikan kepadanya bawaha beliau menghina Sultan Johor.

"Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

"Jika ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf, " jelasnya.

Sementara itu, Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat kenyataan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di bawah Akta Hasutan.

http://www.utaranews.com/2012/06/teguran-terhadap-sultan-johor-hanya.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&m=1


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SAH! Mahasiswa @AmanKampus Dituakkan!! Baca Dulu.......


Dipetik dari blog rasmi Aman Kampus Kenyalang [SINI]


Kelmarin, deligasi Aman Kampus telah ke Rumah Panjang Ngaluang di Saratok Kuching untuk membawa meseg Aman Kampus ke seluruh pelusuh bumi Sarawak.

Sebaik sahaja mereka ni tiba di sana, Tuai Rumah dan ketua-ketua bilik di Tumah Panjang Ngaluang telah stanby tunggu mereka. Aku dimaklumkan hal ni pun dari kawan aku yang pergi ke sana..dalam perbualan kami aku hanya sempat cakap kat dia 'masaklah ko minum air tuak...jaga diri elok-elok geng...' perbualan kami terputus kerana network coverage tak berapa elok kt sana. Mungkin mereka tak bawa patung DIGI ke sana kot...


Untuk pengetahuan korang, minuman TUAK ni sebenarnya adalah adat dan tradisi masyarakat Iban untuk diberikan kepada para tetamu yag bertandang ke rumah panjang. 

Kenali TUAK..
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. 

Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan Gawai Dayak, Gawai Hantu, Gawai Burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan. -http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuak

Bagi aku, Masyarakat Iban ini sangat baik kerana mereka sanggup meninggalkan kepercayaan adat resam mereka semata-mat mahu menghormati kepentingan masyarakat 1 Malaysia yang lain. Susah beb nak cari masyarakat seperti IBAN ni yang sanggup ketepikan adat resam mereka semata-mata nak jaga kepentingan ramai. 

Kita ambil contoh masyarakat MELAYU dan CINA. kalau korang p raya rumah Anwar Ibrahim tapi tak ada kuih raya....comfem rasa lainkan...mesti korang rasa dia kedekutkan...mesti korang terfikir kemana duit rasuah banyak-banyak diakan?? 

Begitu jugalah kalau korang beraya ke rumah Lim Guang Eng...cuba korang bayangkan LGE sediakan buah DURIAN untuk gantikan LIMAU..comfem korang akan cakap dia ni SESATkan...

begitulah masyarakat IBAN yang kebiasaannya bagi TUAK kepada tetamu tetapi depa tukar TUAK kepada air BERKARBONAT...biar pun nampak janggal..tapi mereka lakukan kerana kepentingan Masyarakat 1 Malaysia yang lain...







Malah, aku pun dimaklumkan bahawa Deligasi Aman Kampus ke sana turut membawa nasi bungkus mereka sendiri untuk makan di sana..masyarakat IBAN tidak sakit hati pun Aman Kampus bawa nasi sendiri...asalkan mereka makan bersama-sama seperti satu keluarga besar dengan juadah masing-masing...

Cukuplah setakat ini aku share sedikit sebanyak bagaimana tuan rumah menghormati tetamu dan tetamu juga harus hormati tuan rumah..jangan jadi macam Nga Kor Ming setan gondol..datang rumah orang pakai kasut..inilah CINA DAP yang biadap...MCA baik je......


POLITIK DAP : Lim Guan Eng Ialah PM Malaysia Ke-7 ??

Lawatan mymassa di beberapa daerah di Selangor amat mengejutkan. Sewaktu singgah di Pusat pemborang, komersial GM di Kelang, Mymassa singgah di beberapa buah kedai Cina. Kebanyakan pakaian dan beg-beg yang dijual di situ berasal dari China, murah tetapi kurang berkualiti. Itu tidak mengapa, ada hal lain yang lebih mengejutkan.

Di sebuah kedai pakaian, beberapa kanak-kanak Cina berumur dalam 6 tahun, 8 tahun dan 11 tahun sedang membantu emak mereka menjual. Mymassa singgah dan bersembang-sembang,

"Taukeh, anak kamu baguslah, rajin membantu, bahasa Melayu dia pun bagus"

" Ya ka, cuti ma mesti bantu lor cari duit"

" Sekolah mana adik?"

" Lasalle"

" Bagus, bahasa Melayu awak bagus"

" Siapa Perdana Menteri Malaysia?"

" Mr. Lim"

" Siapa Mr. Lim"

" Lim Guan Eng ma"

" Eh itu Ketua Menteri Pulau Pinang adik!".

" Bukanlah sir, Mr Lim is our Prime Minister!"

Kita terkejut. Nampaknya mereka sudah dilatih, diasuh dan diconditionkan oleh ibu bapa mereka bahawa Prime Minister mereka ialah Mr. Lim!

Macam mana fikiran anda?


http://mymassa.blogspot.com/2012/06/laporan-khas-lim-guan-eng-dibersediakan.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 3, 2012

GEMPAR! Nalla Dedahkan Bukti Kukuh Bahawa Anwar Adalah Seorang Bisexual!

Berikut didedahkan satu kenyataan pembelaan Senator Datuk S. Nallakaruppan dalam kes saman tuduhan biseksual yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan pembelaan yang asal dilampirkan di bawah yang menerangkan perkara berikut :

Dalam precedent case (kes terdahulu), iaitu kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tuduhan gay, bekas Perdana Menteri menang kes tersebut dan Anwar telah disahkan oleh mahkamah sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual.

Bermakna sebelum Nalla menuduh 'Anwar seorang biseksual' dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia, reputasi Anwar sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual telahpun diputuskan di mahkamah dan sudah diketahui umum.

Latar belakang

Nalla adalah bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun yang diperkenalkan oleh Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation.

Datuk TK Lim adalah majikan kepada Nalla.

Hubungan persahabatan Nalla dan Anwar bermula ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Ketika itu, Nalla dan Anwar terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim.

Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar dan Nalla sekitar tahun 1993 hingga 1998.

Ini membuktikan hubungan Anwar dengan Nalla telah lama terjalin yang membolehkan Nalla merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan sisi-sisi gelap Ketua Umum PKR itu.

Anwar adalah seorang biseksual iaitu individu yang melakukan aktiviti seks dengan wanita dan lelaki dan turut melakukan aktiviti seks dengan wanita yang telah berkahwin.

Shamsidar Taharin

Anwar didakwa melakukan hubungan seks dengan Shamsidar Taharin, isteri pembantunya, Azmin Ali. Azmin sekarang ini adalah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR.

Menurut Nalla, hubungan seks telah lama berlaku iaitu di antara 1993 hingga 1998 di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar.

Hampir setiap kali, Anwar perlukan Shamsidar, Anwar akan mengarahkan Nalla untuk membawa Shamsidar dengan kereta Daimlernya bernombor WBV37 di mana Anwar juga turut berada dalam kereta itu.

Dalam satu kejadian Nalla dapat dapat menonton aktiviti seksual antara Anwar dengan Shamsidar itu melalui monitor yang disambung kamera CCTV dari katil Tivoli Villa.

Terdapat sesetengah aktiviti seks itu melebihi daripada tahap normal.

Dalam satu kejadian pada tahun 1997, Anwar telah melakukan hubungan seks dengan Shamsidar di sebuah hotel di London yang diatur oleh Nalla.

Ketika itu Shamsidar datang bersama suaminya Azmin, manakala Anwar datang bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nalla juga bertindak sebagai penjaga bayi (baby sitter) kepada anak perempuan Shamsidar yang berumur tiga bulan ketika Anwar mengadakan hubungan seks dengan Shamsidar di Tivoli Villa.

Anak perempuan Shamsidar itu dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Anwar.

Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun

Ismail, lelaki yang bekerja mendapat bayaran sekitar RM200 hingga RM300 setiap kali selepas melakukan aktiviti seks dengan Anwar.

Aktiviti seks dengan Ismail dilakukan di Tivoli Villa dan di rumah kediaman rasmi Anwar di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam satu kejadian, Nalla secara tidak sengaja dapat melihat Anwar melakukan hubungan seks dengan Ismail ketika membuka pintu di Tivoli Villa, Padang Tennis Bangsar.

Selain itu, Nalla turut membongkar kisah seks Anwar bersama Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Hairany Mat Nafees dan Rashid

Kes Saman RM60 Juta Duit Magnum Bukti Persahabatan Anwar – Nalla

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/06/anwar-pernah-melakukan-hubungan-sulit.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANAS!! @khalidibrahim Pun Kaki Massage Tegar??

Jumlah sebenar premis yang menawarkan khidmat mengurut di Selangor tidak diketahui tetapi ia mudah ditemui seluruh negeri itu terutama di kawasan bandar yang pesat membangun seperti Puchong, Damansara dan Batu Caves.

Secara mudah premis mengurut terbahagi dua – berlesen dan tidak berlesen. Satu lagi perkhidmatan urut yang mungkin kurang diberi perhatian ialah perkhimatan urut bergerak yang menemui pelanggan di tempat tertentu.

Di Kelang, jumlah pusat urut berlesen ialah 41 iaitu lesen lama yang dluluskan semasa pentadbiran kerajaan BN. "Kerajaan negeri baru selepas pilihan raya umum 2008 telah membekukan pengeluaran lesen premis.

"Kita memperbaharui lesen mereka setiap tahun dengan pemantauan yang ketat," kata seorang pegawai unit perlesenan MPK.

Pegawai itu menambah, MPK masih mengeluarkan lesen premis reflesekogi tetapi setelah berpuas hati dengan syarat permohonan.

10 pusat di Kuala Selangor :

Bagaimanpun, lain cerita  di Kuala Selangor.  Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)  mendakwa pihaknya tidak ada kuasa untuk menghadkan bilangan premis rumah urut di kawasan mereka.

Ketika ini ada 10 rumah urut di MDKS, kata setiausahanya, Azahari Sairin. "Kami akan meluluskan sebarang permohonan membuka pusat urut selagi syarat yang ditetapkan jawatankuasa kawalan perniagaan dan kesihatan daerah Kuala Selangor dipatuhi.

"MDKS tiada alasan menolak sebarang permohonan yang dikemukakan pemilik rumah urut jika mereka benar-benar mengikut peraturan.

"…dan setakat ini PBT hanya meluluskan pusat urut refleksologi sahaja," katanya.
Bagi ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly jumlah pusat urut di Kuala Selangor masih kecil dibandingkan dengan daerah lain.

Polis daerah pula telah mengadakan operasi sebanyak 14 kali  tetapi belum menemui bukti ada kegiatan maksiat. Hampir semua premis yang diperiksa mempunyai lesen dan pekerjanya mempunyai dokumen sah.

Tiada papan tanda :

Seorang pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, berkata, pihaknya kerap melakukan serbuan ke atas rumah urut yang beroperasi secara haram.
Katanya, kebanyakan premis urut beroperasi di kawasan rumah kedai paling sukar dikesan.

"Sesetengahnya tidak ada sebarang papan tanda, jadi kita tidak tahu apa yang berlaku di premis berkenaan," tambahnya.

http://semuthitam80.blogspot.com/2012/06/amoi-ni-jemput-kita-ke-kuala-selangor.html


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

[VIDEO] : Selangor Darul Massage!!!!


Dulu urut batin, tetapi kini ‘urut badan dengan badan’ dijadikan sebagai umpan berahi untuk menarik perhatian lelaki hidung belang berkunjung ke rumah urut.

Dengan bayaran antara RM130 hingga RM150, khidmat ekstra itu hangat diperkatakan sekarang sehingga tauke rumah urut berlumba-lumba menawarkannya.

So..... Tak payah nak hairan la bila aku sebut urut sampai pancut di Selangor, ini lah servis yang di tawarkan di setiap rumah urut di Selangor.... kepada puak pakatan di Selangor jangan panas sampai ke telingga bila tengok video ni....

HOT!! @NajibRazak Bersama @AmanKampus Terjah Rumah Panjang!!!

Sebentar tadi PM DS Najib Tun Razak baru sahaja selesai melawat sekitar Julau, Pakan dan Sibu.

Namun, saya hanya sempat merakamkan saat di Pakan sahaja kerana saya mengikuti Aman Kampus disini.

PM telah mendekati penduduk sekitar Pakan dan berpengkalan di Rumah Panjang George Nanga Nansang. Beliau disambut meriah dengan hampir 1500 penduduk disini. Untuk live tweet, follow twitter @AmanKampus atau hashtags #AmanKampusKenyalang .

Nak tau lebih lanjut? Malam nanti aku uploadkan video ucapan penuh beliau atau layari www.amankampuskenyalang.blogspot.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

[VIDEO] : Bertakbir Demi Tok Guru Adalah Menyanggahi Sunnah!!!

Perjuangan Islam hanyalah produk kosmetik PAS semata-mata. Itulah yang dinamakan kebodohan dan kemunafikan. Bila UMNO bawa keluar dalil yang sahih dari sumber asal, PAS menolak dan melabelkan ianya sebagai taktik UMNO meraih undi. Adakah ini yang dikatakan BODOH? Apa yang penting ianya SAHIH dan tidak seperti apa yang Ustaz Azhar Idrus 'dakwah' kan. Seorang ustaz yang tidak bertauliah yang entah siapa gurunya dan sijil pengiktirafan kesahihahan ilmu beliau. Ini pulak 'tempias' baru yang baru dikeluarkan. Sudah-sudahlah jerit 'Allahuakbar' kalau nak ikut cara PAS.

Blogger Tegar PAS @Addin77 Kantoi Beradap!!


Tajuk setelah diedit


Bermula pada entry aku sebelum ini di SINI, mendedahkan perilaku buruk blogger pas yang menggelar SB (Special Branch) sebagai anjing UMNO, Addin yang sedar tentang artikel ini terus takut dan terus mengubah tajuk dengan serta merta. 

Takpe Addin, Screeen Shot ni masih ada, dan aku masih berkira-kira nak hantar laporan ini ke SB atas penghinaan yang cukup biadap kepada penjawat awam yang menjalankan tugas dari blogger parti yang bertopengkan Islam walhal hati hang cukup busuk!

Apalah salah SB tu digelar sehina sebegitu walhal mereka mencari rezki untuk keluarga mereka dan memastikan keselamatan geng PAS yang berkumpul di stadium tersebut.

Buruk sekali perangai orang PAS!

Rakyat dah nilai bahawa orang PAS memang perangai buruk suka menggelarkan benda yang tak elok walaupun hang dah tukar tajuk.


Addin77 kantoi beb!!

Tajuk Biadap Asal

SUMBER

[VIDEO] : #AmanKampusKenyalang Buat Anak Yatim Sarawak Nak Ikut Balik Semenanjung? @AmanKampus @NajibRazak @razaliibrahim @khalednordin

Ini adalah video ketika Aman Kampus Kenyalang mendekati anak yatim di Rumah Anak Yatim Laila Tai, Petrajaya.

Saturday, June 2, 2012

Aishah Nak PAS Jadi Pembimbing Artis? Kenapa PAS?


Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, PAS harus memberi pencerahan kepada golongan artis untuk menggunakan medium hiburan sebagai dakwah kepada masyarakat.

"Bila PAS sampai Putrajaya, jangan lupakan artis di sini."

"Saya menyeru PAS bersabar dalam mentarbiyah golongan artis, bimbinglah kami untuk selamat di dunia dan akhirat," kata Aishah dalam nada sebak di hadapan lebih 50,000 yang hadir di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini malam tadi.

Penyanyi popular tahun 90-an itu, yang menyertai PAS baru-baru ini meletakkan harapan kepada parti itu terus mendekati dan membimbing golongan artis.

Aishah yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu dan Bahtera Merdeka juga yakin artis memainkan peranan yang besar untuk menarik masyarakat khususnya golongan muda mencintai Islam.

"Ceramah beri pandangan dari sudut intelek, muzik pula beri pandangan tentang perasaan.

"Golongan artis ada peranan mereka dalam menyampaikan, cuma cara penyampaian kadang-kadang membuatkan kita jauh dari Islam.

"Kita kena ramaikan ustaz dan ilmuan yg boleh bangunkan bidang seni supaya semua artis dapat berkarya berdasarkan al Quran dan hadis," katanya.

Aishah juga berkata, tindakan PAS memberikan peluang kepada golongan artis sepertinya untuk sama-sama berada di pentas ceramah membuktikan parti itu adalah untuk semua masyarakat.

"25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas PAS dan membuktikan PAS for everyone," katanya disambut laungan takbir dan sorakan semangat hadirin sambil mengibarkan bendera PAS di segenap ruang stadium. - MPP

PANAS!! VIDEO KEBENARAN #Bersih AKAN DIPUBLISHKAN ESOK!!!

Kompilasi rakaman video kejadian yang berlaku semasa perhimpunan Bersih, 28 April lepas, akan siap dalam sehari lagi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata, video itu akan diedarkan kepada media dan dimuat naik ke dalam laman web kementerian itu sebaik ia siap.

Rakaman video itu mengandungi visual “baik, buruk dan jelek”, yang diterima hasil sumbangan banyak pihak yang merakamkan kejadian itu.

“Ia merupakan rakaman yang sah. Tiada teknik pertindihan atau (visual yang diambil hanya) dari sudut-sudut tertentu.

“Saya mahu orang ramai melihatnya dari perspektif yang betul kerana ada video yang dihasilkan (daripada peristiwa ini) yang molek-molek belaka pada masa dan tempat tertentu, untuk memberikan gambaran yang dimahukan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan Ketua Operasi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Alain Aeschlimann.

Katanya, terpulang kepada orang ramai bagaimana mereka mahu menerima video itu kerana beliau “tahu ada mereka yang begitu taksub dan prejudis, apa kita cakap pun takkan dipercayai.”

Tetapi Hishammuddin yakin majoriti rakyat di luar sana yang cintakan keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam, akan menerimanya dengan baik.

Ditanya sama ada siasatan yang dijalankan Suruhajaya Hak Asasi (SUHAKAM) akan mengelirukan orang ramai kerana telah ada panel ditubuhkan untuk menyiasat perhimpunan itu, Hishammuddin berkata beliau tidak bimbang kerana apa jua saluran yang digunakan, ia perlu memberitahu orang ramai apa yang sebenarnya berlaku.

“Yang saya mahu lihat dalam konteks Bersih ini ialah mereka yang salah tetap salah, dan akan dihadapkan ke mahkamah dan muka pengadilan, tapi pada masa yang sama kita mahukan pembelaan pada sesiapa sahaja yang teraniaya.

“Kita tak boleh ubah fakta dan hakikat dan itulah yang kita hendak ketengahkan. Kalau tidak, ia dipesongkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka,” katanya. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/01/video-perhimpunan-bersih-siap-sehari-lagi/#ixzz1wdTXj7dW

Harakah Sengal !! Kantoi Menipu Lagi!!

Nampaknya semakin dekat dengan PRU, semakin kuat kesengalan harakah untuk menipu rakyat demi memperkasakan PAS. Der, nak menipu pun agak-agakla.... 

Dipetik Dari Kulaan Niring
Sekali lagi lidah rasmi Pas, akhbar HarakahDaily penipu, pembohong pasal kehadiran penyokong Pas ke Program Himpunan Hijau ke Putrajaya bila kata berjaya menghimpunkan 100 ribu ahli Pas dalam Stadium Darul Aman malam tadi.
Wei! Nak menipu pun agak2 ler. Lu tunjuk gambar "super impose" boleh ler. Cuba korang fikir ngan akal yang waras bukan macam penyokong Pas yang buta hati tuli telinga benda depan mata pun boleh buat-buat tak nampak.

Stadium yang kapasitinya 40 ribu celah mana korang nak sumbat 2 1/2 kali ganda manusia. Macam mana 40 ribu nak sumbat jadi 100 ribu. Agak-agak la Harakah ngan blogger-blogger pakatan kalo nak menipu. Gua dah cakap kalo bab-bab menipu ngan "super impose" ni bagi ler kat puak pakatan memang depa terror macam depa dok gambar "super impose" Bersih kat Dataran Merdeka hari tuh.

Bukan gua yang kata tapi Mahfuz Omar yang kata sebagai Pengarah Program yang gua petik kat Harakah Daily "Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium" katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.

Wei! Malaysiakini pun kata yang datang ke stadium tu 50 ribu orang jer seperti yang dilaporkan wartawan Malaysiakini, Susan Loone "as if to challenge the big crowd at the recent 66th UMNO anniversary at Bukit Jalil 4tadium, PAS managed to attract more than 50,000 supporters at its gathering dubbed "Himpunan Hijau ke Putrajaya" tonight."

Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Nak pecah rasanya perut aku ni dengan citer pembohongan dan penipuan Harakah serta blogger-blogger pembangkang. Kalo dengan penyokong tegar korang yang buta kayu tuh boleh la korang 'kencing' kata 100 ribu. Gua sendiri yang dok ada kat dalam stadium dicelah-celah penyokong korang. Ini gambar sebagai bukti. - KN

P/S : Maaf der, gua tak sempat nak update blog secara normal.. gua tengah busy dengan Aman Kampus Kenyalang sekarang.. Line internet sini kureng....

[FOTO] : @AmanKampus Bergaduh Dengan Penduduk Julau?

Aman Kampus bergaduh? Aiyak, jangan risau lah.. Diorang takkan buat macam tu lah.. Sebab diorang bawakan mesej keamanan.

P/S : diorang bukan mcm adam adli and the gang..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak , Jom Jumpa #AmanKampusKenyalang Esok Di Julau!! Cc @AmanKampus

Sekarang ini Aman Kampus Kenyalang kini masih di Sarikei (RP Keli Anak Angai) dan dalam persediaan untuk ke destinasi seterusnya, Julau.
Esok, Aman Kampus Kenyalang akan bersama-sama menyambut kedatangan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak. Info-info lain akan diupdatekan secara live selepas ni.

Untuk maklumat lanjut : www.amankampuskenyalang.blogspot.com atau follow twitter @AmanKampus & hashtags #AmanKampusKenyalang


P/S : gua dah fed up nak cari line internet kat sini untuk update guna laptop. Malam ni gua akan up kan video aman kampus kenyalang bersama anak yatim.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 1, 2012

Al-Fatihah.. Blogger Pro-Pembangkang Meninggal Dunia...


Walaupun kita berada di aliran dan ideologi yang berbeza.. namum sebagai umat islam kita tidak patut mempunyai tembok antara kita apabila ia berkaitan dengan agama islam. mat meminta jasa baik pembaca untuk menyedekahkan bacaan surah al-fatihah kepada allahyarham amir.

Sumber dari blogger PR, Sharpshooter menyatakan beliau dimaklumkan baru menerima mesej ringkas bahawa saudara Amir yang sudah seminggu terlantar di Wad ICU, Hospital Seberang Jaya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saudara Amir telah meninggalkan seorang isteri tersayang dan permata hati anaknya. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman, Al-Fatihah. - MDO

Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, May 29, 2012

MUZAKARAH : DEDAH!! NIK AZIZ BERJAYA 'KENCING' KITA HIDUP-HIDUP.. ASALKAN BUKAN UMNO!!


Seperti yang dijangkakan, PAS sudah semestinya tidak akan bermuzakarah ataupun sama sekali 'berjabat-tangan' dengan UMNO. Hal ini kerana pemimpin dan pengikut telah dikuasai oleh sifat takbur dan busuk hati mereka. Walhal, dengan DAP dan PKR, PAS boleh pula bergabung atas nama PAKATAN RAKYAT asalkan dapat meraih undi secara BONUS. Sudah-sudah lah PAS, berhentilah jadi KELDAI PKR & DAP. Jom kita baca pendapat individu ni.

Dipetik dari blog Citra Bangsa :

Bagi orang PAS, apa sahaja Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat buat, semuanya betul. Seolah-olah Nik Aziz ni “maksum”. Terlepas daripada melakukan kesalahan dan terlepas dari melakukan kesilapan. 
Hakikatnya, Nik Aziz adalah orang politik yang suka bercakap ikut sedap mulut & demi kepentingan politik PAS yang sesat dan sempit. PAS sesat jalan, walaupun orang PAS nampak jalan di depan mereka lurus. Dalam hal muzakarah antara PAS dengan UMNO, ternyata Nik Aziz suka berlawak. 
Mula-mula dia berkata, percayalah kepadanya. Kalau Presiden PAS, Haji Abd Hadi Awang tak mahu, Nik Aziz tetap mahu. Tiba-tiba, buat pertama kalinya, dia akur dengan kehendak Hadi Awang, mengatakan dia tak jadi muzakarah kerana mahu menghormati Presiden PAS. Orang Umno kena ucapkan terima kasih Nik Aziz. 
Selanjutnya... [KLIK!!]

P/S : ISLAM HANYALAH KOSMETIK SEMATA-MATA BAGI PAS, ASALKAN UMNO DAPAT DIBENCI DAN MEREKA BOLEH MEMERINTAH NEGARA DENGAN BEBAS.

[VIDEO] GEMPAR!! Kelemahan PKR Didedahkan!! @anwaribrahim Terus Lari Keluar Negara!!?


Bekas Exco Pergerakan Pemuda Parti Keadilan, Hidhir Khalid mendedahkan kelemahan PKR.Beliau berkata demikian pada Ceramah Kelab Tolak Individu Benama Anwar Ibrahim (TIBAI) Di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur Pada 21 Mei 2012 lepas. Selamat Menonton!


P/S : Video ni buatkan aku teringat ayat keramat housemate aku.. : "Segala yang baik segalanya datang daripada Allah S.W.T dan segala yang buruk datangnya daripada Anwar Ibrahim !!" :)  

Monday, May 28, 2012

[VIDEO] Kejadian Tembak-Menembak Di #HBN2012 Kelmarin

Kat sini aku sharekan video aksi-aksi kamikaze oleh Bee Ant Blues Crews masa kat 'paintball battlefield' time Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) berlangsung. Jom layan video dulu..... Baru boleh sambung cerita...


Kalau nak tau, acara paintball ni adalah acara yang paling hangat mendapat sambutan di Bee Ant Blues Port sepanjang HBN2012  berlangsung. Maklumlah, bukan senang nak tembak orang kan? Time ni la nak lepas geram betul-betul. Terbaikkk...


P/S : Memang tak takut mati depa ni..

SENARAI RANKING TOP 150 BLOGGERS PRO-BN TERKINI!!

Berikut adalah senarai ranking top 150 blogger yang dikeluarkan hari ini.. Credit to KLXpress !!


Untuk selanjutnya klik [SINI]

P/S : Alahai, blog aku no.45.. Jadi laaa.. Daripada takdak langsung :P

Kehadiran Di #HBN2012 Catat 100 Kali Ganda 'Demonstran' Berbanding #Bersih !!


Himpunan Jutaan Belia 2012 selama lima hari bermula 23 Mei hingga semalam berjaya mencatatkan kehadiran 2.4 juta orang berbanding sasaran awalnya dua juta.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sabri Cheek yang mengumumkannya di sini hari ini berkata, jumlah itu tidak melibatkan penyertaan belia dalam aktiviti yang diadakan jauh daripada Persiaran Perdana yang menjadi pusat sambutan himpunan. - utusan

Filem Pendek Khas Sempena #HBN2012 Dari @BeeAntBlues !! Wajib Tonton!!!




Terima kasih kepada yang telah hadir di Hari Belia Negara 2012, Terutamanya yang hadir di Bee Ant Blues Port!! Jumpa lagi ditahun hadapan!!

 Credit to BeeAntBlues

Friday, May 25, 2012

#JDAB2012 : Hari Terakhir Jelajah Bersama @datosahol Dan @Mohd_Ali_Rustam .. #UiTMSentiasaDihatiku


Petang tadi, Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) baru sahaja selesai di sekitar negeri Melaka. Untuk makluman anda, program ini telah pun TAMAT bagi peringkat semenanjung. Bagi yang terlepas untuk membuat permohonan, jangan risau kerana program MDAB ini TIADA TARIKH TUTUP kerana program ini akan sentiasa berterusan dari semester ke semester.  Oleh itu, satu majlis penutupan telah diadakan dengan gilang-gemilang di negeri terakhir yang disinggah oleh JDAB sepanjang penjelajahan mereka. Berikut adalah sedikit kronologi majlis hari ini :


Pada pukul 2 petang tadi, skuad JDAB telah selamat tiba di Dewan Dato' Deman Hussin, Bukit Katil untuk Majlis Penutupan JDAB. Program ini telah dihadiri oleh 2 orang tetamu khas iaitu :



  • Ketua Menteri Melaka - Dato' Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
  • Naib Canselor UiTM - Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. 


Selain itu, majlis hari ini turut diselitkan dengan Slot Penyerahan Surat Tawaran Program MDAB kepada pemohon yang berjaya bagi sesi Mac lepas. Disini, sebanyak 210 surat tawaran telah diserahkan kepada lepasan SPM di negeri Melaka.


Setelah sempurna semua atucara majlis, Dato Sahol telah menawarkan diri untuk meluluskan segera rayuan bagi sesiapa yang layak dan mengikut syarat. Beliau sendiri yang menyemak kelayakan dan beliau sendiri yang putuskan keputusan. Hebat! Inilah kali pertama saya tengok seorang Naib Canselor yang bersikap ambil berat sepertinya. Pendek kata, beliau sanggup buat apa sahaja untuk lihat anak bangsa sendiri berjaya ke menara gading.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Keluarga JDAB yang sama-sama penat lelah menjayakan Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia ini. Selepas ini JDAB akan ke Sabah dan Sarawak pula untuk 'menyelesaikan masalah' disana pula. Jadual program akan menyusul dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog rasmi JDAB [klik!] atau follow Twitter @JelajahDestini atau follow hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.

Thursday, May 24, 2012

HOT!! Bukti Kerajaan Selangor Tidak Layak Jadi Kerajaan Negeri!!!!


Fakta yang tertera daripada gambar di atas bukan diberikan oleh Khairy Jamaluddin, bukan diberikan oleh Rafizi Ramli sendiri, tetapi oleh ‘tuan tanah’ yang bernama Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu Menteri Besar Selangor yang juga ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Kalau kita hanya menggunakan pertimbangan emosi, rasanya Rafizi dalam perdebatan semalam boleh diangkat menjadi juara kerana dia telah menggunakan platform debat itu untuk menghentam Khairy secukup-cukupnya.

Debat yang pada mulanya memfokuskan isu PTPTN akhirnya bertukar medan untuk mengangkat dirinya, menyentuh ‘peribadi’ Khairy dan seterusnya memetik angka-angka yang ‘menggerunkan’ untuk mengutuk kerajaan pemerintah dan menggunakan angka-angka yang ‘menggembirakan’ untuk mendapatkan sokongan buat diri dan parti yang diwakilinya.

Rasanya tak perlu kita pergi dengan lebih ‘detail’ kerana segala ‘mak nenek’ yang didebatkan semalam boleh diikuti di internet, malah klip video mengenai debat itu sehingga petang ini sudah banyak dimuat naik dan boleh diikuti tanpa halangan.

Cuma memang nak ketawa pun ada juga, di sebalik hujah yang ‘berdegar-degar’ dan janji yang dilaungkan oleh Rafizi dalam debat semalam, ia akhirnya ‘dimatikan’ dengan satu ‘point’ yang cukup mudah dan ringkas oleh Khairy

Ia boleh diikuti dalam klip di bawah, pergi ke 1:22:47….anda akan jumpa apa yang dia katakan itu.

” Jangan cakap pendidikan universiti secara percuma, janji nak beri pendidikan percuma kepada kanak-kanak tadika pun tak dapat dilaksanakan,” katanya sebelum mengakhiri hujahnya.

Menariknya, Rafizi sebelum itu memindahkan ‘dosa’ PTPTN kepada kepada kerajaan persekutuan.

Mungkin dia lebih awal lagi menyedari ‘ketempangan’ hujah yang dia laung-laungkan dalam debat berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu pastinya tidak mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

“Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.

“Berapa sen sangatlah kami (pembangkang) dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita bermasalah kerana mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada Barisan Nasional,” katanya.

Baik sebelum artikel ini tamat, kita ulang kembali apa yang pernah dikatakan oleh Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Jelas Khalid, pada tahun 2010 saja, Selangor mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam negara selepas Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 22.56 peratus.

Malah, tambahnya dalam tempoh empat tahun memerintah Kerajaan Selangor telah menerima jumlah pelaburan melebihi RM36 billion dan sepanjang tempoh itu juga kerajaan berjaya membuka sebanyak 95,013 peluang pekerjaan.

“Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakar pembangunan negeri melalui program yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” ujarnya yang dipetik dalam Harakah.net.

Kesimpulannya, kalau dengan jumlah pelaburan lebih 36 billion yang diterima kerajaan Selangor pun, mereka masih belum dapat memberikan pendidikan percuma kepada tadika, rasa-rasanya RELEVAN tak semua hujah-hujah Rafizi malam kelmarin?

Entahlah, kita bukan akauntan…. - MyNewsHub

Jom Semua Pakat-Pakat Pi Tahlil Anjuran Astro Oasis!!


Sempena memperingati insan-insan seni yang telah meninggal dunia, Astro Oasis akan menganjurkan majlis tahlil dan Qiamullail pada Jumaat ini (esok).

Ia akan diadakan pada pukul 7 malam di Masjid As-Syakirin, KLCC.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, melihat kepada sambutan yang diterima terhadap beberapa siri majlis Qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, ia membuatkan pihaknya ingin menjadikannya sebagai acara tahunan.

"Pihak kami dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohanian seumpama ini.

"Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, kami berharap penyertaan orang ramai untuk majlis kali ini akan bertambah," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Tambah Izelan, penganjuran majlis ini diharap mampu memupuk semangat mencintai masjid di kalangan masyarakat terutama golongan muda.

"Di samping memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah, kami juga berharap agar usaha murni yang dianjurkan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang iktikaf di masjid dan Qiamullail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini," ujarnya yang mengundang seluruh umat Islam menyertaimnya.

Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang akan diimamkan oleh Imam Masjid Asy-Syakirin dan disusuli dengan majlis tahlil dan bacaan surah Yasin.

Selepas solat Isyak, sebuah sesi tazkirah oleh Imam Muda Arrazi akan diadakan.

Kemuncak program ini adalah sekitar pukul 3 pagi untuk melaksanakan solat tahajud yang dipimpin oleh Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan dan akan berakhir selepas solat Subuh. - mStar

PANASS!! AMBIGA DISAMAN!!


Jumlahnya agak kecil RM122,000…tidaklah sampai RM100 juta,angka yang menjadi kegilaan untuk saman orang sekarang.

Kecil tetapi ia simbolik dalam ketegasan kerajaan sekarang untuk bertindak terhadap perhimpunan haram dan yang langgar peraturan.

Sekarang ini tidak ada lagi main amaran…amaran…buat salah saja kena tak kira siapa.

Sehari selepas tiga pencetus kekacauan masa perhimpunan Bersih 3.0 ,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin didakwa di mahkamah,petang Rabu kerajaan menghantar surat saman pada penganjurnya Bersih pula.

Saman itu ditujukan kepada Datuk S Ambiga dan 9 orang ahli jawatankuasa badan tidak berdaftar itu kerana gagal mengawal perhimpunan hingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian.

Sembilan orang ahli jawatankuasa itu ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.

Saman itu diserahkan pada Ambiga jam 3.25 petang.

Jumlah yang dituntut kerajaan ialah RM 122,000.

Ia melibatkan kerugian untuk memperbaiki 15 kenderaan yang kebanyakan milik polis mengikut taksiran JKR

Kos membaikinya adalah antara RM2,000 hingga RM16,000

Tindakan itu adalah dibawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan di Parliimen baru-baru ini.

Dalam samannya mereka didakwa membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;
,gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.

Kes itu akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Jun ini. - Blog Rasmi UMB

PANAS!! Mat Rempit Dan Kaki Drift Sertai @HariBelia2012 ? #BeeAntBlues #HBN2012







Baru sebentar tadi lebih kurang dalam pukul 2.00 petang, Putrajaya telah DIGEGARKAN dengan geng-geng motor berkuasa tinggi dan kereta mewah seperti motor Spider, kereta Lambogini dan Ferrari. 

Mereka berkumpul di Menara KBS sebab menyertai Konvoi Bermotor dan pusing satu Putrajaya. Konvoi ini dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, DS Ahmad Zahid Hamidi dan konvoi ini diketuai oleh beliau sendiri.

Seawal jam 12.00 tengahari mereka telah berkumpul sambil menantikan pelancaran bermula. Bunyi enjin motor berkuasa tinggi dan kereta-kereta power ni memang best woooo... - GR

MY SLIDESHARE UPLOAD