Friday, May 25, 2012

#JDAB2012 : Hari Terakhir Jelajah Bersama @datosahol Dan @Mohd_Ali_Rustam .. #UiTMSentiasaDihatiku


Petang tadi, Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) baru sahaja selesai di sekitar negeri Melaka. Untuk makluman anda, program ini telah pun TAMAT bagi peringkat semenanjung. Bagi yang terlepas untuk membuat permohonan, jangan risau kerana program MDAB ini TIADA TARIKH TUTUP kerana program ini akan sentiasa berterusan dari semester ke semester.  Oleh itu, satu majlis penutupan telah diadakan dengan gilang-gemilang di negeri terakhir yang disinggah oleh JDAB sepanjang penjelajahan mereka. Berikut adalah sedikit kronologi majlis hari ini :


Pada pukul 2 petang tadi, skuad JDAB telah selamat tiba di Dewan Dato' Deman Hussin, Bukit Katil untuk Majlis Penutupan JDAB. Program ini telah dihadiri oleh 2 orang tetamu khas iaitu :



  • Ketua Menteri Melaka - Dato' Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
  • Naib Canselor UiTM - Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. 


Selain itu, majlis hari ini turut diselitkan dengan Slot Penyerahan Surat Tawaran Program MDAB kepada pemohon yang berjaya bagi sesi Mac lepas. Disini, sebanyak 210 surat tawaran telah diserahkan kepada lepasan SPM di negeri Melaka.


Setelah sempurna semua atucara majlis, Dato Sahol telah menawarkan diri untuk meluluskan segera rayuan bagi sesiapa yang layak dan mengikut syarat. Beliau sendiri yang menyemak kelayakan dan beliau sendiri yang putuskan keputusan. Hebat! Inilah kali pertama saya tengok seorang Naib Canselor yang bersikap ambil berat sepertinya. Pendek kata, beliau sanggup buat apa sahaja untuk lihat anak bangsa sendiri berjaya ke menara gading.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Keluarga JDAB yang sama-sama penat lelah menjayakan Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia ini. Selepas ini JDAB akan ke Sabah dan Sarawak pula untuk 'menyelesaikan masalah' disana pula. Jadual program akan menyusul dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog rasmi JDAB [klik!] atau follow Twitter @JelajahDestini atau follow hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive