Saya amat tertarik dengan muka baru yang bagi pandangan saya, mereka sangat berpotensi besar untuk menyumbang kepada parti dan masyarakat sejagat. Saya tak pilih banyak hanya (DUA) sahaja. Dimana, calon-calon ini sudah saya pilih sejak mereka mengumumkan akan bertanding (Ahli Majlis Tertinggi).
Calon pertama:
PENGERUSI PTPTN, AHLI PARLIMEN LENGGONG & NAIB KETUA BAHAGIAN LENGGONG
Sebagai pengerusi PTPTN, YB Shamsul dilihat berpotensi dalam memperkasakan platform pendidikan, iaitu mendekati para mahasiswa dan atas inisiatif diskaun 30% yang diperkenalkannya untuk bayaran balik PTPTN baru-baru ini, secara tidak langsung telah menyedarkan golongan peminjam ingkar yang menganggap bahawa PTPTN adalah zalim (Pro-M), disamping telah menyumbang satu 'output' yag besar kepada dasar ekonomi negara.
YB Shamsul adalah seorang yang sangat lantang bersuara di Parlimen. Suara dan hujahnya begitu ditakuti pembangkang. Tak percaya? Saksikan video dibawah:
CALON NO.60
EXCO PEMUDA UMNO, PENGERUSI UNIT MEDIA BARU (UMB) DAN BN YOUTH CYBER TEAM, AJK BIRO IPT MAJLIS TERTINGGI UMNO & ANGGOTA ONLINE RAPID RESPONSE TEAM BN PRU-13
Saya percaya, ramai sudah mengenali siapa calon ini. Dia merupakan seorang yang sangat berpotensi bagi menajamkan serangan barisan jentera siber dan menjadikan kelebihan media baru ini sebagai anjakan paradigma kepada tarikan pengundi dan kemenangan parti.
Berdasarkan dengan semua pengalaman yang TF ada, saya yakin dia boleh dan dia telahpun buktikannya semasa PRU-13 lepas. Tidak ketinggalan juga semasa semua PRK yang telah dijalankan sepanjang penggal sebelum ini. (cth: PRK Kuala Besut, PRK Manek Urai).
Selain punya kelebihan dalam media sosial, TF juga punyai keberanian untuk menyertai forum bersama pembangkang. Tak semua pemimpin berani macam ni.
________________________________________________________________________________
Saya agak kesal dengan sesetengah 'cai' yang dikeluarkan oleh beberapa bahagian, dimana mereka tidak titik beratkan potensi, tapi hanya memandang orang muda sebagai calon mentah dan tak layak menyandang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Adakah ini dinamakan 'SELFISH'?
Salah satu contoh:
Bahagian mana punya ni? cuba teka? haha |
_________________________________________________________________________________
Mohon agar perwakilan fikir yang terbaik kepada UMNO dan agar calon ini diberi peluang supaya dapat memberi pembaharuan dalam parti keramat UMNO. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment