Saturday, March 22, 2014

#PRKKajang: [MAKLUMAT KHAS] KENAPA PENGUNDI #N25Kajang WAJIB TOLAK WAN AZIZAH!!! #TolakWAWI


Esok (23 MAC 2014, AHAD) adalah hari penentu siapakah pemimpin pilihan penduduk DUN N25 Kajang. Jika mahu dibandingkan kecemerlangan rekod diantara calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah sepanjang tempoh berkempen sejak hari penamaan calon, ternyata calon BN jauh lebih baik dan cemerlang. Kenapa saya cakap begitu? Baca infografik berikut:
  • CHEW MEI FUN ADALAH CALON BERINTEGRITI DAN BERKREDIBILITI

LAPORAN BERITA:

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan bekas Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Petaling Jaya Utara dari tempoh November 1999 sehingga Februari 2008. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tarikh 10 April 2009 sehingga 29 April 2010Datin Paduka Chew Mei Fun memenangi Kerusi Parlimen P094 PJ UTARA pada pilihanraya kali ke 10.

Berikut adalah keputusan pada pilihanraya ke 10 bagi Parlimen P094 PJ UTARA

1. Chew Mei Fun (BN) 25,603 2,481 (majoriti) 
2. Liu Tian Khiew (DAP) 23,122 
3. Wee Chek Aik (MDP) 706
Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. Beliau dilantik sebagai senator setelah gagal mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya 2008.

Pada 28 Mac 2010 semasa pemilihan MCA, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks DVD dilantik sebagai presiden. Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis.

Ramai yang menyindir supaya Chew Mei Fun meletak jawatan sebagaimana ikrar. Ramai pengikutnya di Wisma MCA membawa sepanduk “Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita”, “Kami sokong anda”, “Kami perlukan anda” dan “Jangan letak jawatan!”Berdasarkan kepada ‘Track Record’ bersih yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional daripada parti MCA ini, jelas dapat digambarkan bahawa beliau adalah calon yang amat sesuai untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Kajang pada pilihanraya kecil DUN pada kali ini. - KL-XPRESS

  • 10 PERKARA TENTANG WAN AZIZAH YANG WAJIB DIKETAHUI

UNTUK BACA KOLEKSI PEMBOHONGAN WAN AZIZAH VERSI KOMIK KLIK [SINI]


Tak Mustahil Wan Azizah Tumbang Di Kajang
BERUANG BIRU:
Ramai yang merasakan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail tidak akan berdepan dengan masalah untuk mengekalkan penguasaan PKR di Kajang. Ini kerana dengan sokongan padu dari masyarakat Cina yang memihak kepada pakatan rakyat di tambah dengan imej lembut yang ditonjolkan oleh Wan Azizah, isteri kepada Anwar Ibrahim itu sudah pasti akan menang berjaya menang dengan bergaya.
Namun selagi belum dibuktikan dengan pengiraan undi, semua pendapat tersebut hanya kekal sebagai teori semata-mata. Ini kerana di dalam pilihanraya adakalanya ia boleh berubah dalam sekelip mata. 
Sebagai contoh, sebelum ini ramai yang merasakan Barisan Nasional dan Umno (BN/Umno) adalah merupakan sau gabungan yang kuat dan musahil untuk dikalahkan. Namun keputusan pilihanraya umum ke-12 dan ke-13 membuktikan sebaliknya. 
Disebabkan beberapa faktor dan kelemahan yng ditunjukkan oleh BN/Umno, pakatan rakyat akhirnya berjaya merampas beberapa kerusi sekaligus menindakkan majoriti dua pertiga parti pemerintah. 
Atas sebab itu juga, perkara yang sama juga tidak mustahil berlaku kepada Wan Azizah. Ini kerana apabila diteliti dari semua sudut, Wan Azizah sebenarnya berdepan dengan laluan yang sukar. 
Sebagai contoh tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar Ibrahim bertanding sebenarnya telah menyebabkan rakyat marah. Ini kerana, selain mempermainkan proses demokrasi, ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk menarik rakyat terlibat dalam kancah perebutan kuasa di dalam parti itu. 
Tambahan pula parti itu pada ketika ini sedang berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama Azizah tewas pada PRK itu nanti. 
Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, juga boleh menyebabkan Azizah tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadi Anwar. 
Di tambah dengan faktor golongan profesional juga tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Azizah. Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya. 
Track record Azizah yang pernah bertanding di kerusi parlimen Pematang Pauh bagi mengantikan Anwar juga antara faktor penting yang perlu diambil kira. Ini kerana walaupun telah diberikan mandat oleh rakyat, namun Azizah akhirnya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen semata-mata untuk membolehkan suaminya bertanding. 
Kesimpulannya tindakan PKR yang suka mempermainkan amanah rakyat khususnya pengundi akan menyebabkan parti itu tersungkur di Kajang. 

  •  WAN AZIZAH CALON BONEKA


  • HOW ABOUT JAM OMEGA? WHERE'S OMEGA WATCH?


No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive