Monday, February 10, 2014

RAMESH RAO KRISHNAN NAIDU PALING LAYAK GANTI KERUSI WAYTHAMOORTHY... @NajibRazak

Selepas perletakan jawatan Pengerusi Hindraf sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri isnin lepas, terbukti ianya satu kesilapan besar kerana selepas 8 bulan dia memegang jawatan itu,Waythamorty gagal menyatupadukan kaum India.

Untuk pengertahuan, ramai yang menentang perlantikan Waythamorty ini dulu. Apa yang saya mahu tekankan disini, siapa yang layak untuk gantikan tempatnya?

Setelah dianalisis dan diteliti dari entri rakan-rakan bloggers, individu yang layak ialah Ramesh Rao Krishnan Naidu :



Siapa Ramesh?

Saudara Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial, suaranya sememangnya tegas dalam satu-satu perkara, tak kira apa jua isu termasuk isu kerajaan mahupun pembangkang, beliau bersama pengikutnya bingkas bangun membidas atau memberi pandangan. Semuanya kerana mahu rakyat Malaysia hidup aman damai berbilang kaum tanpa ada pemusuhan antara kaum. Boleh juga rujuk di SINI SINI & SINI

Kenapa dia penting kepada kaum India?
Kata Ramesh, disebabkan ramai dari kalangan orang Tamil dalam MIC maka dia kata memang sudah patut Tuan Presidennya dilantik dari kalangan orang Tamil. Tiada syak lagi katanya tentang itu. Tetapi India adalah terdiri dari ramai bangsa, seperti Telugu, Malayalam, Ceylonis, Punjabi dan India Muslim (Mamak). 
Maka kata Ramesh ni tadi elok la dilantik 5 orang Timbalan Presiden atau Naib Presiden dari kalangan bangsa-bangsa yang disebut diatas. Ini sekaligus akan menarik minat bangsa yang tersebut untuk menyertai MIC. Kalau tidak dibuat sebegini adalah amat susah untuk memantapkan semula MIC. 
MIC kena open, semua orang India kena bersatu dibawah MIC. Baru diingat India adalah negara dan terdapat banyak bangsa dalam negara India. Kena pakai konsep tu dalam MIC. Kalau tidak digunapakai maka akan makin banyaklah NGO dan parti-parti kaum India yang tumbuh semacam lepas hujan di negara kita ni. 
Hanya dengan berbuat begini saja akan menyelamatkan parti orang India yang terbesar dan begitu kukuh suatu masa dahulu di Malaysia bernafas kembali. MIC kena terbuka untuk terima cadangan sebegini. Baru la parti mereka akan kukuh kembali. 
Sedih tengok parti orang India ni gagal. Kepada pemimpin MIC terimalah cadangan Ramesh Rao yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Minda & Sosial ini.

Itu antara kata-kata Ramesh Rao dalam isu menyatupadukan masyarakat India sekaligus membantu membangunkan dan memartabatkan masyarakat India.

Aku tertarik dengan status dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan agar saudara Ramesh Rao dilantik mengantikan Waytha dalam memperjuangkan nasib masyarakat India dan menyatupadukan sesama rakyat di Malaysia kerana beliau dilihat lebih ikhlas menegur kerajaan dan pembangkang dalam satu-satu isu.

Saudara Ramesh juga lebih dekat dengan masyarakat Marhaen dan lebih memahami cara uuntuk membantu masyarakat India dan rakyat Malaysia demi perpaduan sesama kaum. 
Seterusnya




ANTARA VIDEO RAMESH RAO


No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive