Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

CATUAN AIR SELANGOR: MB MAKIN KAYA, RAKYAT MAKIN MENDERITA!! CC: @khalidibrahim


Catuan air yang dibuat oleh Kerajaan Selangor telah menyebabkan kesusahan yang amat sangat kepada rakyat yang sudah sedia susah semenjak Kerajaan Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat pada PRU 12 yang lepas.

Jangkaan krisis air yang akan melanda Selangor termasuk Kuala Lumpur serta Putrajaya menjelang 2014 adalah berdasarkan kepada kajian dan bukannya retorik semata-mata.

Kajian mengenai krisis air di Selangor sudah lama dibuat. Isunya ialah air yang dirawat dan bukannya air mentah. Perkara ini sudah lama dikaji dan hampir 100 peratus benar.

Malangnya kerajaan yang ada di Selangor ketika itu lebih mementingkan kuasa politik berbanding rakyat hingga kalau nak teruskan juga pembinaan Langat 2 mereka letak pelbagai syarat.

Permainan politik yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu air dan projek pembinaan Langat 2 jelas menggambarkan mereka seperti tidak mengendahkan masalah rakyat.
Maka hari ini Rakyat Selangor sudah menerima musibah dari kesilapan sendiri kerana mengundi Pakatan Rakyat yang kononnya berkebajikan dan membela nasib rakyat.


Tapi hari in apa sudah jadi? di kawasan yang dilanda masalah air mereka terpaksa mengangkut air dari lori tangki yang datangnya tak tentu masa dan yang paling menyusahkan apabila rakyat yang tinggal di rumah pangsa terpaksa mengangkut air kerumah mereka dan berualang-alik 2-3 kali.

Rakyat Selangor marah tapi sampai kemana marahnya? Pemimpin Pakatan Rakyat tetap bermewah-mewahan dengan segala kekayaan yang mereka ada.

Adakah sesiapa pernah bertanya Rumah MB Selangor ada air ke tidak? Rumah pemimpin pakatan Rakyat Selangor ada air ke tidak? tapi Rakyat Selangor hari ini menderita terpaksa dicatu air dalam sebuah negeri antara yang terkaya dan termoden dalam Malaysia.

Tambahan lagi, kebanyakan kawasan yang dilanda masalah air hari ini adalah kawasan yang diperintah oleh Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat... Dimanakah mereka?

Mereka semua sedang sibuk di Kajang untuk memenangkan Ketua mereka dan membiarkan Rakyat Selangor menderita akibat daripada permainan politik dan kuasa mereka.

Sudah diberi jawatan untuk menjaga rakyat tetapi meletak jawatan dan ini adalah pengkhianatan paling busuk dalam permainan politik dan menjadikan pengundi yang mengundi mereka sangat bodoh dan tidak berakal. - SUMBER

ULASAN: MB, EXCO, ADUN PKR DI SELANGOR KAYA RAYA, TAPI RAKYAT MENDERITA? PATUT ATAU TIDAK?

Wednesday, February 12, 2014

INFO #PRKKajang: PENDEDAHAN SALASILAH HIDUP @anwaribrahim!!!


Kalau bab nak bercerita kisah Anwar, rasanya sudah ramai tahu dan buat-buat tak tahu (macai pembangkang) mengenai sifat hipokrit dan kaki kencingnya. Namun begitu, adakah semua tahu tentang sejarah Anwar?

Saya tertarik dengan video-video yang dimuat naik di channel Youtube iFiles JSmith dimana ianya menceritakan semula salasilah hidup insan bernama Anwar Ibrahim. Ia bermula bagaimana Anwar mula menjadi aktivis pelajar  di Universiti Malaya dan berakhir dengan pendeharkaannya kepada UMNO. 

Berikut adalah salah satu video daripada Channel Youtube tersebut.

"Kuasa Rakyat adalah ideologi yang diimport dari Zionis di Amerika"

Jom sama-sama tonton video dibawah:


Untuk siri BM (SINI)
Untuk siri English (SINI)
Untuk siri Mandarin (SINI)

Tuesday, February 11, 2014

#SkandalGoldsino: DEDAH! TERESA KOK SELEWENG RM1 BILLION PROJEK SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLAN!!


Agak menyedihkan bagi Teresa Cock kerana bertalu-talu dihentam. Mula-mula dia dihentam kerana kebodohannya menyiarkan video Onederful Malaysia, dimana ianya dikatakan menghina Melayu. Dibawah, saya siarkan kembali jawapan kepada video Onederful Malaysia versi original:




Tidak cukup dengan itu, kini dia dikaitkan pula dengan skandal tanah GOLDSINO benilai hampir 1 billion dibawah ini adalah sedikit sebanyak pencerahan:

  • Yayasan Selangor yang memiliki 2 bidang tanah di kawasan Dengkil dan juga Hulu Selangor dimana keluasan bagi kawasan kedua dua tempat ini lebih kurang 40 ke 50 ekar.
  • Pada tahun 2011, syarikat yang berpengakalan di China ini dikatakan telah menghantar surat permohonan untuk membina loji kuasa solar Photovaltaic.
  • Goldsino dikatakan telah berminat untuk memajak kedua dua tanah ini dengan nilai lebih kurang RM 1 Billion.
  • Untuk makluman pembaca sekalian, kedua dua tanah ini sebenarnya sudah didirikan dengan bangunan dimana dua buah pusat latihan khidmat negara di kawasan Kuala Kubu dan juga sebuah sekolah agama di Dengkil.

Pendedahan tersebut didapati di blog THE DAP INSIDER bertajuk:

Chapter 1 : DEVIL IN DISGUISED - WHO IS TERESA KOK.
Selangor Foundation known as Yayasan Selangor owned 2 piece of land in Dengkil under Sepang district and Kuala Kubu Bahru under Hulu Selangor district. Land in Dengkil , PT. 39693 with size of 15.17 acre were rented to private religious school with RM25k/month renting fee. Land in Kuala Kubu Bahru, PT. 521 rented to PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara) consist of 2 camps on it with renting fee of RM700k which is the highest contributor/income to Yayasan Selangor. Both land total size approximately 40 to 50 acres.
On 14th. December 2011, Yayasan Selangor received a Letter of Intent from Goldsino Investment Development Limited which based in Zhuhai China to start a Solar Photovaltaic Power Plant project on both mentioned land. Proposal to lease it out for 25 years and this project estimated worth up to RM 1 billion. On the first meeting, 2 representatives from Goldsino Investment Development Limited were present and mentioned that they knew Teresa KOK.
The interesting fact stated in the Letter of Intent from Goldsino Investment Development Limited to Yayasan Selangor “We would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project” showing that earlier discussion has been made between Teresa KOK with representatives from Goldsino Investment Development Limited (referring to KOK Chee Keong, Director of Goldsino Investment Development Limited [Malaysia] ). - THE DAP INSIDER

Kepada pembaca kurang mahir bahasa inggeris, boleh baca terjemahan dibawah ini, dari Kedah Ke KL:


Yayasan Selangor memiliki 2 sebidang tanah di Dengkil di bawah daerah Sepang dan Kuala Kubu Bahru di bawah daerah Hulu Selangor. Tanah di Dengkil, PT. 39693 dengan saiz 15.17 ekar disewa kepada sekolah agama swasta dengan yuran RM25k/sebulan. Tanah di Kuala Kubu Bahru, PT. 521 disewakan kepada PLKN ( Pusat Latihan Khidmat Negara ) terdiri daripada 2 kem di atasnya dengan bayaran sebanyak RM700k yang merupakan penyumbang / pendapatan untuk Yayasan Selangor. Kedua-dua tanah itu saiznya kira-kira 40 hingga 50 ekar.
Pada 14 . Disember 2011, Yayasan Selangor telah menerima Surat daripada Goldsino Investment Development Limited yang berpangkalan di Zhuhai China untuk memulakan projek solar Photovaltaic Loji Kuasa tersebut. Cadangan untuk memajakkan tanah itu keluar selama 25 tahun dan projek ini dianggarkan bernilai sehingga RM 1 bilion. Pada mesyuarat pertama , 2 wakil dari Goldsino Investment Development Limited hadir dan menyebut bahawa mereka kenal dengan Teresa KOK .

 



Fakta yang menarik dinyatakan di dalam Surat daripada Goldsino kepada Yayasan Selangor ianya berbunyi begini "kami ingin merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada Yayasan Selangor kerana menjemput kami untuk mengambil bahagian bagi projek di atas" menunjukkan bahawa perbincangan awal telah dibuat antara Teresa KOK dengan wakil-wakil dari Investment Development Limited (merujuk kepada KOK Chee Keong , Pengarah Goldsino Investment Development Limited [Malaysia ]).
Pada 19 Disember 2011, Hafidah Haron, Pemangku Aset Kanan dan Pengurus Pembangunan di Yayasan Selangor mengeluarkan memo dengan profil Goldsino Investment Development Limited kepada Pegawai Undang-Undang Yayasan Selangor untuk menjalankan " yang menjalankan syarikat ". Pada 22 Disember 2011, Yayasan Selangor yang mengeluarkan "Surat" (LOI ) untuk Goldsino Investment Development Limited ditandatangani oleh Raja Amir Shah, Timbalan Pengurus Besar yang dilantik oleh Dato 'Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pada 27 Disember 2011 di Yayasan Selangor mempunyai pertemuan dengan Goldsino Investment Development Limited di dalam bilik mesyuarat di Menara Yayasan Selangor. 8 pegawai terlibat iaitu Yayasan Selangor dan KOK Chee Keong membentangkan Goldsino Investment Development Limited. Memorandum Persefahaman ( MOU) telah dibincangkan dalam menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB ).

Pembaca juga boleh rujuk dihalaman dibawah untuk keterangan lebih lanjut:

Saturday, January 25, 2014

TERLANJUR: KENAPA PEMBANGKANG BOLEH BUAT RUMAH PEMULIHAN TETAPI KERAJAAN TAK BOLEH?


Adakah anda masih ingat tentang apa yang dilakukan DS Rosmah, isteri kepada Perdana Menteri pada 1 Oktober 2010? Saya percaya, mungkin majoriti daripada anda tidak ingat kan?

Menurut sumber blog rakan, Gelombang Kick:

Pada 1 Oktober 2010, Rosmah dilaporkan akan melawat "Centre of Integrated Family Welfare" di Brussels, Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels selama dua hari.
Rosmah berkata, "Satu pendekatan saintifik dan sistematik perlu dicontohi dari negara-negara lain bagi menubuhkan pusat seperti ini di Malaysia," katanya.

Bagaimanapun menurut Rosmah, ianya terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan pusat itu, namun pusat itu amat diperlukan bagi melindungi remaja serta anak mereka supaya disemai dengan benih perpaduan, jati diri, akhlak mulia dan nilai agama tinggi.

"Sekiranya dapat ditubuhkan, kita perlu mengolahkan pendekatan itu mengikut budaya dan pemikiran negara kita," katanya.

Rosmah juga meminta agar keutamaan diberikan dari segi mengasuh, mendidik dan membimbing kanak-kanak sejak kecil supaya mereka menjadi individu yang sempurna apabila dewasa kelak.
Begitu juga dengan Sekolah Harapan Ali Rustam yang dikritik rakus pihak pembangkang

Dengan ikhlas hati saya nyatakan bahawa saya sokong dan puji dengan langkah yang dibuat oleh kerajaan Selangor ini..

TETAPI

Bukan niat saya mahu mempertikai usaha murni ini. Tengoklah sendiri apa yang dilakukan pihak pembangkang ketika 'adik beradik' pihak kerajaan mahu melakukan benda yang sama satu tahun lepas? Semuanya mengkritik hebat dan penuh tentangan. Ada yang mengatakan bahawa usaha itu tidak berasas. HAHAHA!

Apa yang menariknya ialah siap ada golongan pemimpin mereka yang keluarkan dalil demi merosakkan imej kerajaan. Patutkah ini berlaku?


Ternyata penubuhan RPA ini adalah retorik politik pembangkang semata-mata kerana jika benar pembangkang ini murni dan mahu membantu golongan remaja terlanjur ini. SUDAH TENTU MEREKA AKAN MENYOKONG PENUH USAHA TERSEBUT TANPA MENGIRA IDEOLOGI POLITIK!




Ketika Ali Rustam mencadangkan supaya golongan remaja kahwin awal, pembangkang kata ianya akan menyebabkan penceraian akibat ketidakmatangan pemikiran mereka. Bagaimana pula di Kelantan? Sedangkan golongan 'educated' seperti Nurul Izzah Anwar pun boleh bercerai kan? Ini semua ketentuan Allah.

Ternyata pembangkang ini adalah golongan yang RETORIKA!!!

*Nota: Al-Fatihah kepada Tuan Guru Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS yang baru meninggal dunia lewat malam semalam. Semoga Arwah ditempatkan dengan golongan beriman.

Tuesday, January 7, 2014

LAGI KES HINA ISLAM, KENAPA HANYA DI SELANGOR?





Lagi kes berkaitan penghinaan agama Islam. Apa yang menariknya, ianya berlaku di Selangor. Tak habis-habis Selangor. Terimalah hakikat bahawa negeri Selangor semakin teruk sejak pemerintahan PR.




Video ini menceritakan tentang seorang budak yang bernama Benz Ali, iaitu pengasas REPUBLIKKU dimana dia telah:

1.Menghina hadis nabi s.a.w
2.Menghina Islam
3.Mengatakan seseorang itu tidak diukur Islamnya melalui Syahadah
4.Mempersendakan nabi s.a.w yg suruh mencukur bulu bg kebersihan diri
5.Mengatakan solat,pergi haji seolah2 tiada faedah pun kepada manusia
6.Menyamakan Islam dengan agama2 lain
7.Mengangungkan Syiah
8.Menghina Ahlus sunnah wal jamaah


Bagaimana pula sekiranya majlis ilmu dicemari dengan bahan ilmiah yang sesat seperti dibawah? 

 
Sesi Perbentangan dan Dialog
Panel: Benz Ali (Pengasas REPUBLIKKU)
Tajuk: Teologi Kiri - Landasan Gerakan membela Kaum Mustad'afin ((Dr. Abdul Munir Mulkhan)
Tempat: Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Tarikh: 17/11/2013
Anjuran: Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi

 

Islam semakin diancam dan terancam. Tetapi, sedih kerana Jabatan Agama Islam tidak memainkan peranan mereka. Mohon pihak berkuasa siasat dan ambil tindakan terhadap isu ini.

Thursday, November 28, 2013

KRONISME YANG TERSERLAH!! MB SELANGOR LULUSKAN KENAIKAN GAJI 100%!!! GILA!!


Gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim naik lebih 100 peratus bermula 1 Januari depan, iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250.

Turut menikmati kenaikan mendadak ialah Speaker, iaitu daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750; Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada RM6,109.29 kepada RM20,250 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Usul kenaikan gaji itu yang dibawa Abdul Khalid di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013. Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.

“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.

Beliau ingatkan semua pihak yang terlibat supaya melaksanakan tugas dengan lebih berkesan selepas kenaikan yang melebihi 100 peratus itu.

“Gaji yang kita berikan ini munasabah untuk tugas-tugas dilakukan, terutamanya jika dapat ambil alih industri air Selangor; aset kita jaga melebihi RM20 bilion.

“Jadi jika rakan-rakan tanya kenapa tiada air, maka Adun kena jawab mengenai perkara tersebut bukan lagi salahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) atau sesiapa.

Jadi tanggungjawab itu besar dan pampasan diberi berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan gaji dilaksanakan berpandukan Sarawak, selain gaji yang diberikan kerajaan pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan kenaikan gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000.

Gaji menteri kanan dan Speaker Dun pula naik daripada RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan negeri itu yang bakal dibayar pada awal Januari hadapan.
Abdul Khalid berkata, hasil pendapatan negeri bagi 2013 mencecah RM1,899,018,572 iaitu 16 peratus lebih daripada anggaran hasil.

“Pemberian bonus ini melibatkan peruntukan bonus RM14.8 juta yang bakal dibayar kepada 15,643 kakitangan kerajaan negeri.

“Ini bermakna, bagi tahun 2013, kakitangan negeri mendapat satu setengah bulan bonus termasuk bonus hari raya satu bulan yang telah kita berikan pada hari raya tahun ini,” katanya sebelum menangguhkan persidangan. - SINAR

Saturday, November 16, 2013

ISU KENAIKAN SEWA PPR SELANGOR: INFO YANG MELAYU PATUT TAHU!! WAJIB BACA!!


Nampaknya isu merupakan modus operandi terancang oleh Kerajaan Selangor. Sebelum ini, rupa-rupanya PPR Kota Damansara ini sudah pun mempunyai banyak isu. Bergelumang dengan kerosakan dan membebankan rakyat. Untuk pengetahuan pembaca, PPR ini mempunyai ramai penduduk melayu dan kadar sewa telah dinaikkan dengan mendadak atas desakan oleh Exco Kerajaan Negeri (Boleh rujuk SINI)

Setelah diteliti, kadar sewa pernah diturunkan sebelum PRU-13 lepas (Rujuk SINI).Saya sangat yakin dan percaya ini adalah taktik semata-mata demi memancing undi kerana sewaktu itu kondisi kerajaan Selangor sangat ketandusan sokongan Melayu.

Saya pelik dan hairan kenapa MB Selangor hanya membiarkan sahaja Exco-Exco Selangor yang semuanya berbangsa cina menaikkan harga tanpa halangan. Patutkah MB Selangor yang berbangsa melayu ini melihat bangsanya sendiri ditindas? Ini adalah sangat tidak patut.

WAJAH EXCO SELANGOR YANG MENDESAK SUPAYA KADAR SEWA PPR DINAIKKAN 


Apakah kita semua perasan bahawa ini semua adalah strategi sama sewaktu DAP mahu menawan Pulau Pinang? Penindasan berterusan hingga melayu hilang tempat.

Apakah kita semua perasan bahawa lokasi PPR ini (Kota Damansara) adalah berpotensi besar menjadi Ibu Negara? 


BANGUN WOI!!! MELAYU MUDAH LUPA!!

Saturday, March 30, 2013

DEFISIT MENINGKAT, BUKTI PAKATAN TAK LAYAK MEMERINTAH LAGI!!

Jika merujuk kepada laman Dewan Bahasa dan Pustaka, Defisit bermaksud kekurangan hasil pendapatan berbanding dgn perbelanjaan yg diperlukan. Kalau merujuk pada maksud pun kita dah tahu bahawa kerajaan Selangor dan Pulau Pinang ni tak layak mentadbir negeri. Bayangkan kalau mereka ni diberi peluang lagi 1 penggal untuk memerintah negeri tersebut? Apa akan jadi? Menangis tak berlagu beb jadinya...

RUJUK SINI:



Ramai yang menyesal undi PR semasa PRU2008, kononnya untuk perubahan. Memang mereka dapat perubahan - tetapi perubahan dari yang ELOK kepada yang LEBIH BURUK, bukan yang LEBIH BAIK. Mereka kononnya undi untuk REFORMASI - tapi di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor nampaknya tiada apa-apa REFORMASI yang signifikan, apa lagi di negeri Kelantan - 23 tahun dalam kemunduran - pembangunan fizikal dan sahsiah. 5 tahun PR memerintah Pulau Pinang, Kedah, Selangor, 23 tahun Kelantan, REFORMASI hanya sekadar slogan dan sudah menjadi REFORBASI dan MANIFESTO BUKAN JANJI. Sedangkan 4 tahun Najib Razak penuh TRANSFORMASI. Jangan lakukan kesilapan yang sama, jangan menyesal sehingga ke anak cucu... 
TUN FAISAL
Rakyat dengan penuh harapan mahukan perubahan daripada pakatan semasa PRU12 dulu, tapi taik kucing yang rakyat dapat. Sampai bila nak macam ni? Kita perlu tahu bahawa dengan defisit yang semakin meningkat ini, ianya akan menjuruskan negara karah bankrupsi. Ini semua kerana manifesto bukan janji yang dilaksanakan pembangkang. Tak perlu cakap banyak, PRU-13 ni undi jer BN, pulihkan semula ekonomi negeri, untuk kebaikan masa depan kita bersama juga.

RUJUK SINI PULA:


Defisit mencecah RM200 juta

Apakah persamaan antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor?
Jawapannya mudah.

Kedua-dua negeri ini diperintah oleh pakatan PKR-Dap-Pas setelah mereka memenangi pilihanraya umum 2008 yang lalu. Selain dari itu, perkembangan mutakhir juga menunjukkan 'trend' atau kecenderungan yang sama di antara kedua-dua pentadbir negeri tersebut.

Kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Selangor boleh dikatakan sebagai antara negeri yang terkaya di Malaysia dengan pelaburan asing dan perindustrian menjana pendapatan negeri-negeri tersebut.

Ironinya, "kadar defisit" ditunjukkan bagi tahun 2012 dan suku tahun pertama 2013 dengan masing-masing mencecah angka RM262.04 juta (Pulau Pinang) dan RM200 juta (Selangor).

Di Pulau Pinang, selain defisit yang tinggi ketua menterinya, Lim Guan Eng telah memutuskan untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi menghubungkan darat dan pulau mutiara itu. Katanya, ia boleh menjimatkan kos walaupun jambatan kedua Pulau Pinang sudah pun dipersetujui dilakukan.


Defisit mencecah RM262 juta

Manakala bagi negeri Selangor, kemelut simpanan air terawatnya yang berkurangan dan pada tahap kritikal masih menghantui rakyat negeri tersebut.

Keegoan pentadbir negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim enggan membenarkan SYABAS memulakan projek Langat II selain menolak tawaran kerajaan Negeri Sembilan bagi membekalkan air terawat dilihat sebagai memprejudiskan keperluan utama rakyat negeri itu sendiri.

Air, secara umum adalah keperluan asas selain tempat tinggal dan makanan.

Menyentuh soal tempat tinggal, sekali lagi kedua-dua negeri Selangor dan Pulau Pinang dikecam kerana meminggirkan soal rumah kos murah apabila hanya mementingkan kebenaran dan kelulusan projek perumahan mewah yang bermula dari harga RM300 ribu ke atas sahaja dan memberi keuntungan segera dan berganda kepada pemaju-pemaju perumahan yang bersifat kapitalis dan menekan rakyat.

Dasar-dasar korporat kedua-dua negeri tersebut benar-benar tidak mesra rakyat dan wajar ditolak melalui terjemahan undi pada pilihanraya umum ketiga belas nanti.

TEAM MEDIA SELANGOR

MY SLIDESHARE UPLOAD