Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.
Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.
Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.
"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.
Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.
Tindakan mensabotaj MB?
Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.
Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.
Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.
Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.
Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.
SUMBER : MALAYSIAKINI (PENIPU RAKYAT)
P/S : ALASAN NAK BUAT BERSIH 3.0, MULA LAH CAKAP SPR TAK TELUS..... KALAU BETUL SPR SABOTAJ, KENAPA TAK SAMAN DARI AWAL??
Saturday, March 17, 2012
Jinggay 13: Perhimpunan 'bebaskan imam Hoslan' ??
Nak bebaskan Hoslan sebab takut kehilangan 1 undi ker?? |
NGO bawah PKR, Jingga 13 akan mengadakan perhimpunan aman pada 24 Mac bagi menuntut kebebasan imam Hoslan Hussain yang dijatuhkan hukuman penjara setahun, Khamis lalu di atas kesalahan melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.
Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata kumpulan itu juga akan berarak dan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menuntut pembebasan Hoslan (foto).
"Kita juga menyeru supaya orang ramai (supaya) turun menyertai himpunan ini. Dijangka juga isteri serta anak-anak imam Hoslan akan turun selain pimpinan Pakatan Rakyat.
"Kita jangkakan lebih daripada 500 orang akan hadir," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Kumpulan itu merancang untuk berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta bermula jam 2 petang, kata Fariz lagi yang menambah, perhimpunan itu juga akan disertai pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia.
Sementara itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, kutipan wang bagi tabung derma keluarga Hoslan kini masih giat dijalankan.
Katanya, hasil wang yang telah diterima akan didermakan secaraberperingkat dan pihaknya yakin kutipan itu akan mencapai sasaran iaitu sebanyak RM20,000.
"Kita masih lagi terbuka jika ada pihak ingin menderma dan kita juga akan mula mengira jumlah wang yang telah didermakan pada akaun bantuan kemanusiaan pemuda PAS selepas 19 Mac ini.
"Respon yang kami terima sangat bagus kerana kita telah iklankan di dalam akhbar Harakah," katanya.
Dewan Pemuda PAS melancarkan tabung berkenaan minggu lalu, bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga Hoslan akibat hukuman pemenjaraan itu.
Selain bantuan daripada tabung tersebut, keluarga Hoslan juga akan menerima sumbangan sebanyak RM800 sebulan daripada Dewan Muslimat PAS yang akan diberikan berterusan sepanjang tempoh pemenjaraan tersebut.
Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata sumbangan itu diberikan sebagai tanda simpati dan juga untuk membela nasib isteri Hoslan, Noorliza Mat Isa yang perlu menyara tujuh orang anak yang masih bersekolah.
P/S : BETUL KER DUIT DERMA TU AKAN DIDERMAKAN KEPADA KELUARGA HOSLAN? HEHE
SUMBER : MALAYSIAKINI(PENIPU RAKYAT)
HANGIT !! @abdulhadiawang MALUKAN @anwaribrahim & SELURUH PUAK PEMBANGKANG !!
Sebelum ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pakatan pembangkang dan para bloggers pro-pembangkang beria-ia mengaitkan kewujudan perniagaan di antara Malaysia dan Israel.
Biar pun isu tersebut telah dijawab dengan fakta, mereka masih berdegil dan terus mengelirukan rakyat. Segalanya itu semata-mata untuk menghalalkan kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel.
Hari ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pembangkang dan bloggers pro-pembangkang menerima tamparan hebat lagi memalukan apabila Hadi Awang, Presiden PAS sendiri berkata bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi terutamanya dalam bidang perniagaan dibenarkan!
Anda baca di sini :
SHAH ALAM 17 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman zionis.Sikap putar belit dan double standard kepimpinan parti pembangkang amat dikesali. Dalam masa yang sama, apakah kepimpinan pembangkang dan bloggers mereka berani meminta maaf kerana memburuk-burukkan parti lawan dengan isu yang telah dinyatakan oleh Presiden PAS sendiri?
"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti. – BERNAMA.
SUMBER ASAL : DOC MIM
Subscribe to:
Posts (Atom)