Saturday, March 17, 2012

HANGIT !! @abdulhadiawang MALUKAN @anwaribrahim & SELURUH PUAK PEMBANGKANG !!





Sebelum ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pakatan pembangkang dan para bloggers pro-pembangkang beria-ia mengaitkan kewujudan perniagaan di antara Malaysia dan Israel.

Biar pun isu tersebut telah dijawab dengan fakta, mereka masih berdegil dan terus mengelirukan rakyat. Segalanya itu semata-mata untuk menghalalkan kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel.

Hari ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pembangkang dan bloggers pro-pembangkang menerima tamparan hebat lagi memalukan apabila Hadi Awang, Presiden PAS sendiri berkata bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi terutamanya dalam bidang perniagaan dibenarkan!

Anda baca di sini :


SHAH ALAM 17 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti. – BERNAMA.
Sikap putar belit dan double standard kepimpinan parti pembangkang amat dikesali. Dalam masa yang sama, apakah kepimpinan pembangkang dan bloggers mereka berani meminta maaf kerana memburuk-burukkan parti lawan dengan isu yang telah dinyatakan oleh Presiden PAS sendiri? 


SUMBER ASAL : DOC MIM

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive