Friday, March 21, 2014

#PrayForMH370: BUKTI ANWAR KATA TAK KENAL PILOT #MH370 SEBELUM WAWANCARA OLEH CNN!!!


Berikut adalah video temubual LIVE oleh CNN dan Anwar Ibrahim yang bertajuk 'Malaysian Opposition Leader On MH370':


Anwar dilihat tergagap-gagap ketika menjawab soalan oleh CNN walaupun media antarabangsa tersebut adalah salah satu 'kroni'nya.

Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini Anwar menyatakan bahawa dia tidak mengenali juruterbang persawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Tetapi kini Anwar telah mengaku bahawa dia adalah 'tok menakan' juruterbang tersebut?


Adakah ini adalah disebabkan Anwar malu rentetan pendedahan yang dibuat oleh menantunya sendiri dan kerana terlepas cakap ketika sidang parlimen?


Timbul beribu persoalan dan misteri apabila Anwar dan isterinya Wan Azizah cuba menipu dalam hal ini. Susah ke nak cakap benda betul? Susah ke nak mengaku Zaharie tu saudara sendiri?

Dipetik dari AAJP:

There is so much mystery and so many speculations regarding the missing flight MH370.

And to add to the mystery, PKR’s Datuk Seri Anwar Ibrahim and his wife, Datin Seri Dr. Wan Azizah, gave contradict statements about their relationship with the MH370′s pilot, Captain Zaharie Ahmad Shah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim’s wife, Datin Seri Dr Wan Azizah is the president of PKR.



At 0:34 second of the video, Anwar Ibrahim told the parliament that he knows the missing MH370 pilot.

“Tentang tragedi MH370, tentunya kita dah buat berberapa kennyataan dah doakan supaya selamat semuanya. Ada sebahagianya yang saya kenal termasuk juruterbang.”

“About the MH370 incident, we have made (media) statements and prayed that everyone is safe. I know some of them (the passengers and crews), including the pilot.”

Anyway after Britain’s The Mail published a front page story, “Doomed Airliner Pilot Was Political Fanatic”, Anwar’s wife, Datin Seri Dr Wan Azizah told MStar that Anwar does not know Captain Zaharie.

MStar Monday, March 17, 2014 2:09 PM.

Then, the medias found out that Wan Azizah and Anwar were lying.
Both PKR leaders actually know Captain Zaharie who is their daughter in-law’s uncle.


So, Anwar made another statement:

“I am not denying that he (Zaharie) is related to one of my in-laws and that I have met him on several occasions. In fact, he is a close friend of (PKR supreme council member and Subang MP) R. Sivarasa, as we said before.” – The Star.

The Star, March 18, 2014.

But before admiting he knows the pilot, Datuk Seri Anwar Ibrahim had claimed that he did not know Captain Zaharie:


  • Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who previously claimed he did not know the pilot of missing MH370 aircraft, has now revealed that, “Captain Zaharie Ahmad Shah is related to one of my in-laws”. - The Star
  • “Mr Anwar had earlier denied close links to Mr Zahari“ - News.com.au
  • “Anwar Ibrahim, Malaysia’s opposition leader, has stated he saw the pilot at party meetings but did not know him personally.” - Telegraph.co.uk
  • “Mr Ibrahim has previously said he did not recognise the pilot’s name.” - Mail Online
  • “I don’t recollect the name, but when the photographs were shown I remembered I had seen him at party meetings. He doesn’t hold positions in the party, but is an active member in the sense that he has been seen with the party’s parliamentary leaders, taking photographs with them,” - South China Morning Post


Thursday, March 20, 2014

#PRKKajang: AIRMATA WAN AZIZAH HANYA TAKTIK UNTUK TAGIH SIMPATI RAKYAT SERTAI #Reformasi2!!!


Malam ini program yang diatur oleh Prof Redzuan UMCEDEL yang merupakan bekas Presiden ABIM yang cuba menafikan kaitan dengan Anwar Ibrahim penipu tapi ingat orang tak tak tahu.


Program itu akan cuba memberi satu spin yang ada sentuhan legal hasil persembahan Latheefa Koya yang cuba mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan. Malangnya cerpen 20 muka surat drama perundangan versi Anwar itu sudah bocor.

Dipetik dari The Flying Kick


.... apabila mereka sendiri melakukan fitnah secara terang-terangan, mereka memberikan alasan, itu adalah PERJUANGAN RAKYAT. Mereka sentiasa berselindung, sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah yang benar.

Sedangkan PKR sendiri hidupnya bermula dengan FITNAH, perjalanannya penuh FITNAH, bahkan dipimpin oleh golongan penfitnah yang kerja mereka hanyalah untuk menyelamatkan KOTE BENGKOK Anwar Ibrahim dan membela perlakuan songsangnya dengansegala macam alasan.

Skrip KEMPEN DNA (DATO' NAJIB ALTANTUYA) - Maklumat dan Fakta Kes Selepas Kes Pendakwa Selesai sudah pun bocor.

Dari hujah sehinggalah kepada kronologi yang disediakan untuk kemudahan tukang kempen PKR menabur fitnah,cukup lengkap dan mengesahkan bahawa PKR sebenarnya adalah angkatan penfitnah terulung di Malaysia semenjak tahun 1957.

DAP yang telah mencetuskan tragedi berdarah sekalipun, tidak melakukan pembohongan yang sebegitu karut sebagaimana PKR.

Contoh terbaik ialah:

Hujah Ke-2 muka surat 13 skrip berkenaan:

Tidak ada Bukti Penemuan, Malah Sampel Yang Diambil Menimbulkan Keraguan.

Terang-terang si penulis skrip menyatakan bahawa kedua-dua pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrwai Kuala Lumpur dengan secara jelas menyatakan bahawa tidak berlaku sebarang penetrasi atau pun tanda-tanda bahawa penetrasi telah berlaku.

Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pemeriksaan awal di Hospital Pusrawi tidak dibuat ke bahagian dalam dubur memandangkan kes itu adalah kes jenayah. Sebarang kes jenayah kemudiannya akan dirujuk kepada Hospital Besar Kuala Lumpur.

Begitu juga dengan pemeriksaan doktor biasa di Hospital Besar Kuala Lumpur yang akan membuat pemeriksaan luaran, manakala pemeriksaan dalaman bagi tujuan forensik dan klinikal akan diserahkan kepada doktor pakar.


Untuk Selanjutnya [klik SINI]

Pembohongan mereka berasaskan Saiful tidak ada di kondo (auta yang susah untuk diterima akal), tiada bukti perubatan (auta basi yang di recycle), penafian air mani wujud (yang ditolak hujah di mahkamah rayuan) dan rekaan bahawa sampel DNA dari dubur Saiful telah bertukar tangan (rekaan yang ditilak mahakmah rayuan).

Maka akan dikatakan ini adalah ulangan konspirasi 1998. Konon Saiful ada jumpa Najib dan Rosmah dua hari sebelum kejadian sodomi.

Kempen PRK Kajang ini bukan berasaskan isu rakyat tapi isu dubur yang jadi keseronokan Anwar. Malah mereka cuba adakah finale ala Reformasi 1998.


Skrip Neng Azizah menangis pun akan diulang tayang juga. Usaha sedang dilakukan untuk membawa seramai pelajar-pelajar



Malah penuntut-penuntut dipancing dengan wang untuk datang:


Janganlah membuang masa kerana Kajang akan jam seteruk-teruknya dan penduduk Kajang tdak akan keluar dari rumah dan kawasan. Malah maklumat yang diterima SAMM dan UNit Amal akan lakukan huru hara tapi persaalahkan BN.


Bagi student yang nak datang, nak pergi makan masa tiga jam dan balik makan masa tiga jam. Memang seronok ... tapi kerja buang masa punya kerja.

Kes kali ini lebih solid dari kes dahulu. Itu pasal tiada orang dulu yang bersama Anwar lagi melainkan Azmin dan Saifuddin Nasution...

Itu pun Azmin akan mula tentang Anwar setelah menyedari dirinya diperguna. Kalau Azmin boleh diperguna, inikan pula kau orang yang masih hidung berhingus. - The Unspinners

#SelawatPerdana: SETENGAH JUTA UMAT ISLAM DIJANGKA AKAN GEMAKAN #Putrajaya ESOK!!


Seramai 500,000 umat Islam dijangka hadir ke majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra di sini Jumaat ini.

Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul itu akan menjadi perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini.

Beliau berkata, program anjuran Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu akan bermula pukul 7 malam hingga 11 malam dengan pengisian pelbagai program berbentuk keagamaan.


"Majlis Selawat Perdana yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu akan menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.

"Program itu turut diserikan dengan pelbagai aturcara seperti solat Maghrib dan Isyak berjemaah, zikir terapi, bacaan al-Quran daripada finalis rancangan Imam Muda, tazkirah duet peserta Pencetus Ummah serta majlis ilmu bersama pendakwah terkenal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Shahrul Nasrun bersama Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat meninjau tapak lokasi Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra.

Menurut Shahrul Nasrun, adalah satu kerugian sekiranya masyarakat negara ini tidak menyertai Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul itu kerana pelbagai program menarik dianjurkan pada malam tersebut.

"Sekarang kita dimaklumkan bahawa penyertaan pengunjung melibatkan seluruh negara, malah ada di antara mahasiswa dari luar negara juga telah menyatakan keinginan untuk hadir.

"Kelainan program itu dapat dilihat melalui penglibatan serta sokongan banyak pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik," katanya.

Selain itu katanya, antara orang kenamaan yang sudah mengesahkan kehadiran pada malam tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri Kabinet.

"Pengisian yang baharu kami rancang pada malam tersebut ialah solat hajat dan doa selamat untuk memohon supaya pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 segera ditemui.

"Perdana Menteri akan turut menyertai solat hajat dan doa selamat tersebut yang dijadualkan diadakan selepas solat Isyak," katanya.

Sementara itu katanya, bagi memudahkan perjalanan lalu lintas pihak urus setia akan menyediakan lapan buah bas dengan kekerapan lapan minit sekali di beberapa lokasi termasuk di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Serdang dan juga tempat letak kenderaan di Putrajaya.

Dalam pada itu katanya, Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul akan ditayangkan secara langsung di tiga saluran televisyen tempatan iaitu TV1, Astro Oasis dan TV AlHijrah.

"Kita mendapat sokongan banyak pihak termasuk penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia terutama daripada pelajar-pelajar universiti tempatan, golongan profesional serta ahli korporat. Kami berjanji tidak akan menghampakan pengunjung," katanya. - UTUSAN