Saturday, February 22, 2014

SEMAKIN MENINGKAT PENINGKATAN MAS, SEMAKIN RUGI MALAYSIA AIRLINES @NajibRazak


Malaysia Airlines MAS Rugi Lagi RM1.174 Bilion : Kerugian cukup dekat dengan pencapaian Malaysia Airlines (MAS), lambat mengambil langkah drastik untuk melakukan perubahan selepas MAS rugi besar (SEPERTI DI SINI & SINI), menunjukkan MAS sukar untuk berubah….

Belum surut lagi dengan isu nasi lemak telanjang, kali ini Malaysia Airlines (MAS) terus ditelanjangkan kredibiliti menguruskan industri strategik negara melalui penerbangan Malaysia Airlines di mana MAS rugi lagi RM1.174 bilion bagi tahun 2013…

  • Bagi tahun kewangan 2013, Malaysia Airlines (MAS) berjaya mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.
  • Malangnya perbelanjaan Malaysia Airlines (MAS) turut meningkat 10% kepada Rm14.9 bilion
Malaysia Airlines MAS sudah letak macam-macam best talent CEO, tetap rugi juga. Jadi, mesti ada yang tidak kena dengan MAS. Setuju?

Kerugian MAS Rugi Lagi RM1.174 Bilion : Punca?

Berita Semasa sempat membuat semakan pada laporan berita AFP di mana penganalisis menemplak cara pengurusan dalam Malaysia Airlines di mana punca kerugian Malaysia Airlines (MAS) adalah disebabkan:

  • Malaysia Airlines dilihat lemah dan tidak mampu bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain
  • Pengurusan yang lemah
  • Perubahan kesatuan
  • Berlaku campur tangan kerajaan
  • Ada yang mahu tambah? Kakitangan MAS sendiri?


Berita Semasa difahamkan, Malaysia Airlines (MAS) telah bayar pada nilai yang mahal pada perkara-perkara yang diikat kontrak untuk jangka masa panjang yang mana digunakan setiap hari. Contohnya :
  • Kontrak pembelian minyak pada masa harga minyak tinggi
  • Jual hangar dan alat-alat penyelenggaraan kemudian sewa semula
  • Kontrak pembekalan makanan dan arak
  • Barang-barang yang tidak digunakan semula seperti selimut, bantal, etc
  • Bayar riba pinjaman bank yang tinggi untuk pembelian kapal terbang
  • Dan juga tidak lupa juga gaji melampau-lampau pihak pengurusan yang terdiri dari konco-konco yang terpilih. Walau tidak Malaysia Airlines MAS tidak menunjukkan prestasi yang terbaik, tetapi masih dibayar gaji tinggi dan tanpa mempedulikan masalah yang dihadapi MAS sekarang ini
Aset MAS sudah berkurang sejak zaman Tan Sri Tajudin Ramli lagi, di mana Tajudin Ramli jual alatan penyelenggaaan, hangar dan lain-lain lagi dan semasa Datuk Seri Idris Jala lebih teruk, apabila banyak bangunan dan aset MAS dijualnya. -  SUMBER

P/S : Dengan perolehan pendapatan, sejumlah RM15,000,000,000 (RM15 bilion) pun masih boleh rugi? Nampknya semakin meningkat pendapatan MAS, semakin rugi Malaysia Airlines. Benarkah begitu?

#PRKKajang: SAH! ANWAR TAK MAMPU TUNAIKAN 7 MASALAH UTAMA DI #Kajang! WHY? #KajangMove

Jawapan Kepada 7 Keutamaan Yang di laungkan Oleh Anwar Ibrahim:

1.JENAYAH:
I) Kes mahkamah isu liwat dia Anwar pun tak selesai lagi, dia nak bercakap bab jenayah?
ii) Siapa Yang akan buat Demo pun dikira buat jenayah sebab menyalahi undang-undang.

To PKR---> Jadi bagaimana Anwaribrahim nak kurangkan Gejala Jenayah?

2.Masalah Sosial:
Siapa yang galakkan Mahasiswa & Belia turut serta dalam Demo? Bergolek atas jalanraya sehingga mencetuskan kekacauan dan masalah Sosial?

3.Kesesakan LALULINTAS:
Apakah Kerajaan Selangor yang sedia ada tidak mampu dan Gagal memikirkan strategi yang terbaik untuk Kurangkan Kesesakan? Salah satu sebabnya ialah Kempen Turun harga Kereta. Ini penyebab SESAK atau Tidak?

4.Bantuan Untuk Keluarga Miskin:

Mana Janji 2008 yang dijanjikan dalam manifesto?
A.bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
B.bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
C.bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
D.elaun RM 600 kepada ibu tunggal yang layak
E.Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil
F.Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
G.Mengurangkan cukai pintu kediaman -20% dan cukai premis komersial
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

[PART 2] KISAH WAYTHAMOORTHY & RM372.5 JUTA

Sepertimana dalam perjanjian MOU antara Hindraf, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipanggil "Expert Steering Committee" dimana jawatan kuasa ini akan mempunyai 5 orang ahli yang terdiri daripada seorang pengerusi yang akan dilantik oleh Perdana Menteri dan dipersetujui oleh HINDRAF termasuk 2 wakil dari Barisan Nasional dan 2 Wakil dari Hindraf. Perdana Menteri mencadangkan agar seorang Menteri Kabinet India dijadikan sebagai Pengerusi bagi "Expert Steering Commitee" namun Waytha Moorthy menolak perlantikan mana – mana ahli politik dalam jawatankuasa tersebut.

Kemudiannya Perdana Menteri mencadangkan Tan Sri Dr. Tambirajah dari Sri Murugan Centre untuk dijadikan sebagai pengerusi namun ia juga ditolak oleh Waytha Moorthy dengan alasan Tan Sri Tambirajah ialah ahli akademik dan berbangsa Ceylonese. Beliau tidak akan memahami sentimen kaum india.

Waytha Moorthy mencadangkan beberapa nama  seperti Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Tan Sri Dzulkifli Razak (Bekas VC USM), Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin (Former SIRIM D-G) dan Datuk Dr. Dension Jayasooria (UKM). Waytha Moorthy juga turut mencadangkan 2 nama wakil dari Barisan Nasional juga.

Akhirnya PM mencadangkan Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Bekas Menteri Kabinet dan Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional untuk dijadikan pengerusi bagi Expert Steering Committee. Waytha Moorthy setuju dan mengiktiraf perlantikan Tan Sri Nor Mohamed Yackop sebagai Pengerusi ESC. Waytha Moorthy turut menyetujui 2 Wakil Barisan Nasional yang dipilih ialah Tan Sri Dr. Thambirajah and D. Ravindran dari PEMANDU. Kesemua mereka dilantik secara rasmi pada 18 September 2013.

Mesyuarat pertama Expert Steering Committee dijadualkan oleh Pengerusi ESC pada 7 November 2013 di mana Hindraf masih belum mengemukakan nama 2 orang wakilnya. Setiausaha Sulit Waytha Moorthy telah dimaklumkan mengenai mesyuarat ESC dan telah meminta menyerahkan dua nama wakil hindraf agar surat perlantikan dikeluarkan secepat mungkin.

Namun tiada nama yang diberikan malah Waytha Moorthy meminta untuk berjumpa dengan Pengerusi terlebih dahulu sebelum mesyuarat ESC. Jadi mesyuarat yang dijadualkan pada 7 November 2013 terpaksa dibatalkan dan satu pertemuan antara Waytha Moorthy dan Tan Sri Yackop dijadualkan pada 8 November 2013. Pengerusi ESC Tan Sri Yackop setuju dengan pemintaan Waytha Moorthy dan beliau komited untuk menjalankan tugasnya.

Tetapi pada 8 November 2013 Waytha Moorthy membatalkan pertemuan dengan Pengerusi dengan alasan mahu mendapat penjelasan daripada Perdana Menteri mengenai Expert Steering Committee.Kecewa dengan tindakan Waytha Moorthy yang asyik memberi alasan dan menolak mesyuarat ESC, Tan Sri Yackop menolak jawatan sebagai Pengerusi ESC pada 8 November 2013 pada hari yang sama.

Punca kelam – kabut berlaku disebabkan  Waytha Moorthy yang asyik mengelak dengan alasan yang tidak munasabah. Apa yang Waytha moorthy mahu ialah SATU KEMENTERIAN BARU DIBAWAH SELIAAN BELIAU DENGAN KUASA ESEKUTIF YANG MUKTAMAD. WAYTHA MOORTHY YANG TIDAK PUAS KERANA PERKARA YANG DIMINTANYA TIDAK DAPAT, MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK LETAK JAWATAN TIMBALAN MENTERI DAN SENATOR.

http://www.cikgushashi.com/?p=3954


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD