Belum surut lagi dengan isu nasi lemak telanjang, kali ini Malaysia Airlines (MAS) terus ditelanjangkan kredibiliti menguruskan industri strategik negara melalui penerbangan Malaysia Airlines di mana MAS rugi lagi RM1.174 bilion bagi tahun 2013…
- Bagi tahun kewangan 2013, Malaysia Airlines (MAS) berjaya mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.
- Malangnya perbelanjaan Malaysia Airlines (MAS) turut meningkat 10% kepada Rm14.9 bilion
Kerugian MAS Rugi Lagi RM1.174 Bilion : Punca?
Berita Semasa sempat membuat semakan pada laporan berita AFP di mana penganalisis menemplak cara pengurusan dalam Malaysia Airlines di mana punca kerugian Malaysia Airlines (MAS) adalah disebabkan:
- Malaysia Airlines dilihat lemah dan tidak mampu bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain
- Pengurusan yang lemah
- Perubahan kesatuan
- Berlaku campur tangan kerajaan
- Ada yang mahu tambah? Kakitangan MAS sendiri?
Berita Semasa difahamkan, Malaysia Airlines (MAS) telah bayar pada nilai yang mahal pada perkara-perkara yang diikat kontrak untuk jangka masa panjang yang mana digunakan setiap hari. Contohnya :
- Kontrak pembelian minyak pada masa harga minyak tinggi
- Jual hangar dan alat-alat penyelenggaraan kemudian sewa semula
- Kontrak pembekalan makanan dan arak
- Barang-barang yang tidak digunakan semula seperti selimut, bantal, etc
- Bayar riba pinjaman bank yang tinggi untuk pembelian kapal terbang
- Dan juga tidak lupa juga gaji melampau-lampau pihak pengurusan yang terdiri dari konco-konco yang terpilih. Walau tidak Malaysia Airlines MAS tidak menunjukkan prestasi yang terbaik, tetapi masih dibayar gaji tinggi dan tanpa mempedulikan masalah yang dihadapi MAS sekarang ini
P/S : Dengan perolehan pendapatan, sejumlah RM15,000,000,000 (RM15 bilion) pun masih boleh rugi? Nampknya semakin meningkat pendapatan MAS, semakin rugi Malaysia Airlines. Benarkah begitu?
No comments:
Post a Comment