Kemudiannya Perdana Menteri mencadangkan Tan Sri Dr. Tambirajah dari Sri Murugan Centre untuk dijadikan sebagai pengerusi namun ia juga ditolak oleh Waytha Moorthy dengan alasan Tan Sri Tambirajah ialah ahli akademik dan berbangsa Ceylonese. Beliau tidak akan memahami sentimen kaum india.
Waytha Moorthy mencadangkan beberapa nama seperti Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Tan Sri Dzulkifli Razak (Bekas VC USM), Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin (Former SIRIM D-G) dan Datuk Dr. Dension Jayasooria (UKM). Waytha Moorthy juga turut mencadangkan 2 nama wakil dari Barisan Nasional juga.
Akhirnya PM mencadangkan Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Bekas Menteri Kabinet dan Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional untuk dijadikan pengerusi bagi Expert Steering Committee. Waytha Moorthy setuju dan mengiktiraf perlantikan Tan Sri Nor Mohamed Yackop sebagai Pengerusi ESC. Waytha Moorthy turut menyetujui 2 Wakil Barisan Nasional yang dipilih ialah Tan Sri Dr. Thambirajah and D. Ravindran dari PEMANDU. Kesemua mereka dilantik secara rasmi pada 18 September 2013.
Mesyuarat pertama Expert Steering Committee dijadualkan oleh Pengerusi ESC pada 7 November 2013 di mana Hindraf masih belum mengemukakan nama 2 orang wakilnya. Setiausaha Sulit Waytha Moorthy telah dimaklumkan mengenai mesyuarat ESC dan telah meminta menyerahkan dua nama wakil hindraf agar surat perlantikan dikeluarkan secepat mungkin.
Namun tiada nama yang diberikan malah Waytha Moorthy meminta untuk berjumpa dengan Pengerusi terlebih dahulu sebelum mesyuarat ESC. Jadi mesyuarat yang dijadualkan pada 7 November 2013 terpaksa dibatalkan dan satu pertemuan antara Waytha Moorthy dan Tan Sri Yackop dijadualkan pada 8 November 2013. Pengerusi ESC Tan Sri Yackop setuju dengan pemintaan Waytha Moorthy dan beliau komited untuk menjalankan tugasnya.
Tetapi pada 8 November 2013 Waytha Moorthy membatalkan pertemuan dengan Pengerusi dengan alasan mahu mendapat penjelasan daripada Perdana Menteri mengenai Expert Steering Committee.Kecewa dengan tindakan Waytha Moorthy yang asyik memberi alasan dan menolak mesyuarat ESC, Tan Sri Yackop menolak jawatan sebagai Pengerusi ESC pada 8 November 2013 pada hari yang sama.
Punca kelam – kabut berlaku disebabkan Waytha Moorthy yang asyik mengelak dengan alasan yang tidak munasabah. Apa yang Waytha moorthy mahu ialah SATU KEMENTERIAN BARU DIBAWAH SELIAAN BELIAU DENGAN KUASA ESEKUTIF YANG MUKTAMAD. WAYTHA MOORTHY YANG TIDAK PUAS KERANA PERKARA YANG DIMINTANYA TIDAK DAPAT, MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK LETAK JAWATAN TIMBALAN MENTERI DAN SENATOR.
http://www.cikgushashi.com/?p=3954
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment