Thursday, February 20, 2014

RUGI 1.17BILLION: MAS CUBA SALAHKAN KERAJAAN? @NajibRazak


Saya kasihan pada syarikat penerbangan kerajaan, Malaysia Airlines (MAS) kerana terpaksa menanggung kerugian dalam empat suku berturut-turut pada tahun 2013. Untuk pengetahuan, Kerugian pada tahun 2013 adalah sehingga 3 kali ganda kerugian pada tahun 2012 yang mencapai RM433 juta.

Hal ini telah diumumkan sendiri oleh CEO MAS, Encik Ahmad Jauhari Yahya (SINI)..


Apa yang lawaknya ialah CEO MAS menafikan kesalahan syarikat mereka sendiri dan cuba menyalahkan kerajaan?
Pada tahun 2013, MAS memperoleh hasil sebanyak 15.1 bilion ringgit, meningkat 10 % berbanding 2012. Bilangan penumpang juga meningkat hampir 30 %. Tetapi perbelanjaan penerbangan naik 10% kepada 14.9 bilion ringit di tengah-tengah harga bahan api yang tinggi. - Ahmad Jauhari Yahya, CEO Malaysia Airlines.
Selain itu, CEO Air Asia, Tony Fernandes juga terkejut dengan kerugian yang dialami MAS ini kerana dia sangkakan kedudukan Air Asia sudah tidak stabil, rupa-rupanya MAS lagi teruk walaupun ianya merupakan badan penerbangan kerajaan? (rujuk SINI)

Sudah tiba masanya MAS membuat perubahan. Tukar CEO lain, atau buang sifat kedekut mereka. Apakah tindakan susulan yang akan dilakukan diatas kerugian besar yang dicatatkan MAS ini? (rujuk SINI)

P/S: Sudah-sudahlah 'mark up' duit...

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive