Sunday, April 5, 2015

ANAK MUDA KENA "BRAIN WASH" DENGAN PPIM? (15 GAMBAR)


Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda anjuran Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah diadakan pada petang semalam dan telah mendapat sambutan begitu memberangsangkan dari peserta, iaitu dari kalangan anak-anak muda sendiri.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak muda mengenai kepentingan perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan negara.


Program ini adalah cetusan idea Ketua Aktivis PPIM, Datuk Paduka Nadzim Johan setelah beliau telah menghadiri sebanyak 10 siri "Ops BAH".

Satu operasi khas memerangi masalah sosial di kalangan anak muda dengan kerjasama agensi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Imigresen, dll.


Menurut Ketua Biro Ekonomi & Usahawan Muda merangkap Ketua Unit Tindakan Khas PPIM, En. Yusuf Azmi program 'Memupuk Perjuangan Anak Muda' dianjurkan ekoran keadaan semasa dalam menangani liku dan cabaran generasi muda negara pada waktu ini agak merunsingkan.
"Persekitaran yang mudah mempengaruhi mereka serta pendedahan anasir luar yang mendorong kepada kecelaruan anak muda dalam mengenali identiti diri. 
Ini merupakan satu suasana yang tidak sihat dan boleh mewujudkan kebimbangan memandangkan generasi ini yang akan melansungkan kesinambungan keyaan Malaysia yang tercinta. 
Justeru, generasi muda perlu berani menghadapi cabaran, berdaya saing dan tidak mudak mengalah dalam membina jati diri yang cemerlang dari aspek kehidupan bagi memperkasakan bangsa dan negara." katanya.
Program seperti ini perlu diperbanyakkan bagi dijadikan panduan dan pedoman kepada pemangkin masa hadapan negara dan bangsa kita, iaitu golongan anak muda.

Foto sekitar program













Tahniah PPIM! 

Thursday, April 2, 2015

UNIT TINDAKAN KHAS PPIM ANJUR PROGRAM KESEDARAN PERJUANGAN ANAK MUDA @PPIM4U


Pada 4 April 2015 (Sabtu) ini,  akan diadakan satu program ilmiah "Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda" anjuran Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Program ini akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, bertempat di Villa Puteri Condo, Jalan Tun Ismail, KL 

Semua dialu-alukan untuk hadir ke program tersebut.

Berikut adalah sedikit pendekatan program:


VIDEO SIDANG MEDIA


Program Memupuk Kesedaran perjuangan Anak Muda

Kedaan semasa dalam menangani liku dan cabaran generasi muda negara pada waktu ini agak merunsingkan kerana persekitaran yang mudah mempengaruhi mereka serta pendedahan anasir luar yang mendorong kepada kecelaruan anak muda dalam mengenali identiti diri. ini merupakan satu suasana yang tidak sihat dan boleh mewujudkan kebimbangan memandangkan generasi ini yang akan melansungkan kesinambungan keyaan Malaysia yang tercinta. JUsteru itu, generasi ini perlu berani menghadapi cabaran, berdaya saing dan tidak mudak mengalah dalam membina jati diri yang cemerlang dari aspek kehidupan bagi memperkasakan bangsa dan negara.

Gambar sekitar sidang media:





Thursday, March 26, 2015

LESEN @BFMradio WAJIB DITARIK!! SAMPAI BILA NAK AGAMA KITA DIHINA? @PPIM4U


Kelmarin kita dihangatkan dengan video yang dikatakan menghina hukum hudud oleh DJ Radio BFM, Aishah. Tindakan BFM persis menghina agama Islam kerana Hukum Hudud adalah sebahagian darinya.

Oleh itu, PPIM telah menggesa supaya lesen syarikat radio berkenaan ditarik! Walaupun Aishah telah diambil tindakan undang-undang. Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh-temeh. Pihak bertanggungjawab harus bertindak tegas!

Berikut adalah videonya:



Ulasan selanjutnya dibawah:


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik lesen radio BFM kerana mempersenda agama Islam dengan memuat naik klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? baru-baru ini. 
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan (gambar)berkata, perkara itu perlu untuk menunjukkan kerajaan benar-benar serius dan tidak berkompromi dalam menangani anasir yang mempermainkan Perlembagaan dan agama Islam. 
“Sudah beberapa kali agama Islam dihina, kali ini kita perlu tegas dan jangan bertolak ansur lagi. Ini melibatkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai latar belakang. 
“Video tersebut bukan sahaja mendatangkan kemarahan, tetapi memberi pandangan serong agama lain terhadap kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Tambah beliau, permohonan maaf secara terbuka tidak boleh diterima dan satu-satunya cara untuk memberi pengajaran adalah dengan menarik lesen penyiaran pihak BFM.
Sumber: Utusan




Saturday, March 21, 2015

@NajibRazak APA @TERAJUofficial BUAT DENGAN 'WANG BANTUAN' USAHAWAN BUMIPUTERA? @PMOMalaysia


TERAJU adalah singkatan bagi Unit Peneraju Bumiputera, iaitu satu biro yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membantu dan meringankan beban usahawan-usahawan bumiputera yang kini ketara kita lihat semakin mengecil dalam kemodenan yang pesat.

Namun, sejauh manakah TERAJU membantu usahawan bumiputera ini? Setelah meneliti beberapa pendedahan oleh laman Buletin Usahawan Melayu , memang tidak dinafikan bahawa berlaku ketirisan dalam biro ini.

*Untuk baca, klik [SINI] dan [SINI]

APA BUKTINYA? SILA TONTON VIDEO DIBAWAH KALAU NAK TAHU APA DAH JADI DENGAN TERAJU!!


Tidak cukup lagi? BACA INI PULA..

***************

TERAJU DIMINTA PERCEPATKAN BANTUAN KEPADA PEMOHON.. MACAM TAK LOGIK!! MANA JANJI MEREKA UNTUK BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA?

SEBANYAK HAMPIR RM1.5 BILLION JUMLAH PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN DALAM MASA 2 TAHUN, TETAPI HANYA RM60 JUTA SAHAJA YANG BARU DIBELANJAKAN???

Sumber: THE RAKYAT POST

KUALA LUMPUR, 20 Mac:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) Selangor menggesa kerajaan memantau penjawat awam dan dasar yang digunakan kerana terlalu banyak kerenah birokrasi. 
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media hari ini berkata, sehingga kini terlalu ramai peniaga yang tidak mendapat pembiayaan perniagaan seperti dijanjikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). 
Saya mendapat terlalu banyak aduan daripada pengusaha yang menyatakan permohonan mereka untuk mendapatkan Dana Syarikat Bumiputera Berpotensi Tinggi (Teras) tidak diuruskan dengan elok sehingga terpaksa menunggu selama lima hingga tujuh bulan. 
“Tunggu selama lima hingga tujuh bulan itu pula bukan terus mendapat keputusan tetapi apabila ditanya, hanya mendapat jawapan sedang dalam proses penilaian.

“Penjawat awam yang ditugaskan untuk membantu pula dilihat tidak ikhlas bekerja kerana tidak langsung membantu apabila pengusaha bertanya. 
“Mungkin mereka itu robot, bekerja tanpa hati dan perasaan, saya faham memang ada proses untuk mendapatkan dana berkenaan tetapi biarlah dalam tempoh yang sewajarnya dan penjawat awam pula diminta tidak memandang ringan tugas mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini. 
Menurutnya, dengan kerenah sebegitu hanya akan menyebabkan beberapa pengusaha Melayu terpaksa gulung tikar kerana dana yang dijanjikan tidak ditunaikan. 
Selain itu, Nadzim juga mendakwa hanya beberapa pengusaha sahaja yang berjaya mendapatkan dana berkenaan kerana mempunyai kepentingan dalam politik. 
“Ini tidak adil bagi pengusaha lain kerana lebih ramai pengusaha yang layak tetapi permohonannya tidak dilayan, manakala pihak yang berkepentingan pula mendapat layanan yang sebaliknya,” katanya. 
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan DUID, Normah Abu Bakar pula mempersoalkan ke mana perginya peruntukan sebanyak RM1.5 bilion seperti yang dijanjikan TERAJU kerana terlalu ramai pengusaha tidak mendapat dana berkenaan. 
“Ke mana perginya dana itu dan bilakah TERAJU akan menyerahkannya kepada pengusaha? Untuk mendapatkan dana itu, pengusaha perlu membuat kertas cadangan bagi menunjukkan bukti perniagaan. 
“Biasanya pula pengusaha terpaksa mengupah orang yang mahir antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk membuat kertas cadangan itu. 
“Meskipun bertungkus-lumus, malangnya sehingga ke hari ini permohonan mereka masih tidak diluluskan,” katanya. 
Menurutnya, TERAJU sepatutnya mengadakan perbincangan dengan persatuan pengusaha bagi mendapatkan nama pengusaha yang benar-benar mempunyai potensi untuk maju. 
“Saya harap, pihak kerajaan meneliti luahan pengusaha ini kerana jika perniagaan mereka berjaya, ia juga akan membantu meningkatkan ekonomi negara,” ujarnya. 
Sebelum ini, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menyasarkan pengagihan sebanyak RM1.5 bilion menerusi Dana Syarikat Bumiputera Berpotensi Tinggi (Teras) bagi membantu syarikat Bumiputera berpotensi.

PLEASE LAH TERAJU!!

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1118783

Saturday, March 14, 2015

RIBUAN PENDUDUK REMBAU 'SERANG' USTAZ KAZIM DI KILANG E'DEN?


Majlis ilmu bersama Datuk Ustaz Kazim Elias anjuran syarikat air mineral Eden dengan kerjasama NGO-NGO Melayu Islam petang tadi berjaya menarik hampir 1000 hadirin memenuhi ruang khemah dalam perkarangan kilang Eden yang terletak di Rembau.

Selain Ustaz Kazem Elias, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Dato Paduka Nadzim Johan turut bertindak sebagai panel bagi membicarakan topik khas bertajuk, 'Peranan Ummah Memartabatkan Ekonomi Bangsa'.

Program berkenaan diadakan bagi memberi kesedaran kepada pengguna Melayu Islam agar mengutamakan produk keluaran usahawan Melayu Islam bagi memastikan ekonomi umat Islam seiring dengan golongan bukan Islam.

Sdr Yusuf Azmi antara panel sessi pertama program.

Berdasarkan situasi ekonomi ketika ini, jelas menunjukkan orang Melayu masih jauh ketinggalan serta gagal bersaing dengan golongan bukan Melayu.

Selain tiada kesedaran, kegagalan orang Melayu bersaing berpunca kerana kelemahan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membantu orang Melayu.

Menurut seorang hadirin yang juga warga tempatan, mereka menyambut baik program berbentuk ilmu dianjurkan kerana ia dapat mendidik serta membangkitkan kesedaran dalam diri mereka.

Pihak Eden bersama Buletin Usahawan Melayu merakamkan sepenuh penghargaan kepada semua hadirin serta NGO-NGO yang turut memberi sokongan sekaligus memastikan program ilmu yang diadakan petang tadi mencapai matlamatnhhhya.

Untuk gambar-gambar sekitar progtam berlangsung sila rujuk laman Buletin Usahawan Melayu.

Pautan: http://www.usahawanmelayu.my/2015/03/majlis-ilmu-bersama-ustaz-kazim-elias.html?m=1

Friday, March 13, 2015

ISU SURAT FBI: SIAPA DALANG YANG BOCORKAN SURAT SULIT INI? @PDRMsia SILA SIASAT!! @KBAB51


Pada entri saya sebelum ini (SINI), saya telah jelaskan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah dijadikan kambing hitam untuk menandatangani surat yang berstatus sulit kepada FBI setelah diyakinkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dan Peguam terkenal, Tan Sri Shafee Abdullah.

APAKAH KAITAN TAN SRI SHAFEE ABDULLAH DENGAN PAUL PHUA WEI SENG?


Saya juga ada menceritakan bahawa Paul Phua adalah merupakan klien guaman kepada peguam terkenal tersebut. 

Oleh kerana disurat itu punyai tandatangan Zahid, maka Zahid disalahkan dan dituduh membela Raja Judi dan Kongsi Gelap (Paul Phua). Sedangkan Zahid cuma menafikan kewujudan Kongsi Gelap 14K Triad di Malaysia.

Isu ini tercetus apabila South China Morning Post mendedahkan surat tersebut pada 31 Disember tahun lepas, dan telah hangat diperkatakan terutamanya di media sosial. 

Ironinya, perkara rahsia sebegini tidak patut terdedah kepada umum sekiranya tiada 'musang berbulu ayam' yang gedik untuk mendedahkannya. Jelas tindakan mendedahkan surat berstatus rahsia kepada umum adalah salah disisi undang-undang.

Disini saya desak supaya pihak polis menyiasat siapakah dalang yang telah mendedahkan surat tersebut kerana ianya telah menjejaskan reputasi kerajaan.

Persoalannya disini adalah  SIAPAKAH 'ORANG DALAM' YANG TELAH DEDAHKAN SURAT TERSEBUT? PDRM SILA SIASAT!!!

Untuk penjelasan, sila baca dibawah:

Surat Sulit kepada FBI : Siapa orang dalam yang bocorkan surat berstatus rahsia kepada South Morning China Post? 
1. Isu surat sulit kepada FBI mula didedahkan oleh South China Morning Post pada 31 Disember kembali hangat diperkatakan. 
2. Sebelum ini, pada 24 Januari, kami mendedahkan Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicarakan di Amerika Syarikat merupakan klien kepada TS Shafee Abdullah. 
3. DS Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri mengeluarkan dan menandatangani surat berkenaan atas permintaan firma guaman milik TS Shafee Abdullah iaitu Tetuan Shafee & Co. sendiri. 
4. Memandangkan akhbar South China Morning Post merupakan pihak pertama yang mendedahkan surat berstatus rahsia dari kerajaan Malaysia kepada umum. 
5. Pihak PDRM wajar membuat satu siasatan, bagi menyiasat siapakah pegawai yang membocorkan surat berstatus rahsia kepada South China Morning Post? 
6. Surat kepada FBI yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri adalah surat berstatus sulit, pasti penyebaran surat berkenaan dilakukan oleh orang dalam KDN sendiri. 
7. Selain itu, pihak PDRM juga harus menyiasat adakah benar dakwaan TS Shafee Abdullah bertanggungjawab mempengaruhi Menteri Dalam Negeri supaya mengeluarkan surat berkenaan? 
8. Apakah kepentingan TS Shafee Abdullah sehingga sanggup mempengaruhi Menteri Dalam Negeri mengeluarkan surat kepada FBI bagi membawa pulang ahli kongsi gelap 14k ke Malaysia? 
9. Rakyat mahukan kepastian tidak mahu melihat individu yang diamanahkan untuk menjaga soal keselamatan negara mencabuli tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. 
10. Justeru, PDRM dituntut agar segera membuka kertas siasatan berhubung isu surat sulit kepada FBI.





ISU SURAT FBI: BENARKAH ZAHID KENA KENCING DENGAN PEGUAM PAUL PHUA?




Berikut adalah sedikit penjelasan mengenai isu surat FBI yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang dikatakan telah membela Raja Judi Paul Phua Wei Seng.

Menurut sumber, Zahid telah dijadikan 'kambing hitam' untuk menandatangani surat rasmi itu setelah 'diauta' dan diyakinkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dan Peguam terkenal, Shafee Abdullah.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Paul Phua adalah merupakan klien guaman bagi peguam itu. 

Untuk ulasan terperinci, sila baca dibawah:

 Sumber
Surat Sulit Kepada FBI : DS Zahid Hamidi diyakinkan oleh Ghani Patail, Paul Phua Klien Kepada Shafee Abdullah? 
1. Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post mendedahkan terdapat satu surat sulit yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak FBI menafikan Paul Phua Wei Seng merupakan ahli kongsi gelap 14K. 
2. Menurut laporan tersebut, Paul Phua yang berdepan tuduhan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia pertengahan 2014 sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat. 
3. Namun mengikut isi kandungan surat sulit kepada pihak FBI yang ditandatangi oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan Paul Phua dengan kongsi gelap 14K malah kerap membantu kerajaan Malaysia. 
4. Perkara ini mengejutkan dan heboh diperkatakan ramai pihak terutama di media sosial. Ramai bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri selain menuduh DS Zahid Hamidi terlibat melindungi ahli kongsi gelap. 
5. Kerana heboh diperkatakan ramai pihak, Shafee Abdullah tiba-tiba mendakwa berlaku kesilapan oleh pasukan Polis sehingga surat sulit tersebut dikeluarkan. 
6. Sebenarnya tiada kesilapan berlaku, sebaliknya Shafee Abdullah mengenali Paul Phua kerana Paul adalah klien kepada Shafee Abdullah yang turut mempunyai 'hubungan' dengan Ghani Patail. 
7. Bagi menjaga kepentingan bersama Paul Phua, Shafee Abdullah dan Ghani Patail bertindak menyakinkan DS Zahid Hamidi supaya menandatangani surat tersebut. 
8. Boleh dikatakan DS Zahid Hamidi sebenarnya telah ditipu oleh Ghani Patail sebagaimana Ghani menipu DS Hishammuddin Hussein ketika memegang portfolio KDN dan DS Najib Razak bagi memastikan ISA dimansuhkan. 
9. Justeru, kami mahu mendesak agar Shafee Abdullah serta Ghani Patail tampil membuat penafian di atas dakwaan dan maklumat yang disalurkan oleh seorang individu berpengaruh. 
10. Rakyat Malaysia tidak wajar menghukum DS Zahid Hamidi kerana Menteri biasanya menandatangani setiap surat setelah diperiksa atau selepas dirujuk oleh pihak berkenaan. 
Konklusi: DS Zahid Hamidi adalah 'kambing hitam' Ghani Patail dan Shafee Abdullah.

Tuesday, March 3, 2015

PANAS! CEO ANAK SYARIKAT FELDA DITAHAN! KENAPA @SPRMMalaysia SOROK?

Saya mendapat berita bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC) -  Mohd Zaid Abdul Jalil (gambar) telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Difahamkan bahawa Saudara Zaid ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan yang berlaku dalam FIC dan ENCORP BERHAD.



Saya hairan mengapa SPRM menyembunyikan berita penahanan ini daripada mendapat liputan media? Mengapa? Mengapa?

Walhal, jika individu yang 'bukan orang besar' ditahan, tiga hari tiga malam berita tak henti keluar di kaca televisyen.

Lihat contoh dibawah:




Ini satu lagi kes penyelewengan yang melibatkan CEO -  PANAS! CEO PUTRAJAYA HOLDINGS KANTOI MAKAN RASUAH!!

Disini, saya mendesak supaya SPRM tampil untuk berikan penjelasan mengenai apa yang berlaku. Rakyat nak tahu juga perkara yang sebenar, adakah Saudara Zaid ditahan untuk membantu siasatan atau disyaki terlibat. Bukan apa, tidak semestinya individu itu bersalah jika ditahan. Imej atau integriti individu tersebut juga perlu dijaga. Betul tak?

Saya harap supaya SPRM jangan cuba main aci nyorok dan 'double standard' untuk melaporkan berita. FAHAM?

Nanti bila orang dah tahu, kan lagi buruk jadinya.

TUNGGU ARTIKEL SETERUSNYA JIKA NAK TAHU SIAPA YANG TERLIBAT... ADAKAH ENCORP BERHAD?

TATA!!

Thursday, January 22, 2015

DEDAH: NASIB PENIAGA MELAYU DI TANAH MELAYU.. APA KESUDAHANNYA?

NASIHAT TUN MAHATHIR MOHAMAD KEPADA MELAYU BERKAITAN PERNIAGAAN/PENJANAAN PENDAPATAN/SARA HIDUP.

Makan gaji VS Bisnes?
Nota: Berniaga adalah merupakan faktor utama mengapa kaum selain melayu, terutamanya kaum cina berjaya kuasai ekonomi.

Artikel 'panas' ini telah dikongsikan oleh laman Usahawanmelayu.my bertajuk 'Usahawan Melayu Di Malaysia: Selamatkah Mereka?'.


Antara pendedahan yang menarik adalah nasib kesudahan peniaga melayu di Tanah Melayu.

Sedar atau tidak, Menara berkembar KLCC yang dipekik-pekik sebagai hak MELAYU (PETRONAS) adalah merupakan 'tindasan halimunan' yang paling berkesan.

HAKIKAT SEBENAR

Sebanyak hampir 95% premis perniagaan disana adalah milik peniaga BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA.

Mengapa ini berlaku? Kemana perginya peniga melayu dalam kawasan melayu tersebut? Difahamkan, 'mangsa' terakhir adalah restoran KELANTAN DELIGHT.

Berikut adalah antara petikan artikel yang saya maksudkan dari laman Usahawanmelayu.my , baca dibawah:

Lagi nasib si peniaga Melayu 

CABARAN dan tekanan yang dihadapi oleh peniaga Melayu di Kuala Lumpur bukan calang-calang. Ia adalah realiti.
Saya tidak mengharapkan usahawan Melayu akan terus bertongkat sepanjang masa. 
Namun, kita harus sedar kita bukan seperti peniaga Cina, yang dibantu oleh masyarakat dan mentor-menti mereka sendiri. 
Cara mentor-menti peniaga Cina itu lebih berkesan daripada yang dilakukan oleh sistem kerajaan. Oleh kakitangan kerajaan yang memakan gaji. 
Ikuti keluhan seorang peniaga Melayu, bekas wartawan dan kemudian berjinak-jinak dengan bisnes, yang bukan besar pun. Dia cuba bertahan berniaga di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya – tapi akhirnya gagal lalu mati. 
“Sedekad lalu saya pernah menghadiri satu majlis di restoran Kelantan Delights di Suria KLCC dan menemui secara peribadi  pemiliknya, Juhaidi Yean Abdullah. Itu ialah hari terakhir beliau berniaga di pusat beli-belah gred A itu sebelum diarah keluar dan diambil alih sebuah restoran makanan Korea. 
Acara makan itu agak emosional dan Juhaidi kelihatan sebak apabila ramai rakannya termasuk dari kelompok yang dilabel ‘ultranasionalis’ UMNO datang memberi kata-kata semangat. Namun hakikatnya nasib beliau tiada siapa yang peduli. 
Maklumlah BN baru saja menang besar PRU-11 pada 2004 ekoran rakyat teruja melihat peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. 
Apabila saya ceritakan kepada Juhaidi bahawa isteri saya baru membuka sebuah kedai telekomunikasi Celcom di Alamanda Putrajaya, yang turut diuruskan Suria KLCC; beliau bangga kerana ada juga anak Melayu memasuki kompleks gred A. Tetapi Juhaidi memberi nasihat agar ‘bersiap sedia’ untuk menjadi seperti beliau.

Baca lagi --> Klik SINI

Disamping itu, artikel berikut juga turut mendedahkan bahawa Projek Legoland (milik syarikat melayu) bakal dikuburkan oleh pihak tertentu..

Sejauh manakah kebenarannya?

Untuk sambung bacaan --> Klik SINI

P/S: Hurm... Siapa salah?


Tuesday, January 20, 2015

#AktaHasutan: SIAPA TAK BUAT KERJA? @PDRMsia ATAU PEGUAM NEGARA?

Kes Tan Lai Soon (perwakilan parti Gerakan) bukti Pejabat Peguam Negara membuat pendakwaan berpilih.

1. Pada 19 Oktober 2014, Tan Lai Soon perwakilan dari parti Gerakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu adalah pendatang.

2. Ekoran daripada kenyataan yang menimbulkan rasa tidak senang kaum Melayu. Beberapa laporan polis telah dibuat pelbagai pihak.

3. Kes tersebut mula disiasat oleh pihak PDRM dan Pejabat Peguam Negara di bawah Akta Hasutan 1948.

4. Pada 19 Disember 2014, pihak Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah memaklumkan bahawa siasatan kes bernombor 'JSJ/PEM.3/Pin.1/2013' telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya.

5. Di mana, Timbalan Pendakwaraya telah memutuskan bahawa "KES TIDAK DITERUSKAN" tanpa memberi sebarang alasan.

6. Justeru, rakyat berhak tahu apakah justifikasi dan alasan kukuh Pejabat Peguam Negara dalam membuat keputusan untuk tidak meneruskan kes berkenaan?

7. Kes Tan Lai Soon adalah salah satu bukti bahawa kepincangan dalam sistem perundangan disebabkan pihak Pejabat Peguam Negara yang enggan membuat pendakwaan walaupun PDRM menyiapkan kertas siasatan!

#TanyaAG

Sunday, January 18, 2015

#Banjir: LIM KIT SIANG JUGA TERLIBAT DENGAN #Balak ???


Saya agak tertarik dengan apa yang dilapor dari blog My Massa ini. Ulasan mudah untuk diterangkan adalah:

JIKA NGEH DAN NGA TERLIBAT, TAKKAN LIM SIANG TIDAK?


PROKSI LIM KIT SIANG; KEUNTUNGAN HENDAKLAH DISALUR KEPADA DAP!
DAP SIAPA PUNYA ANAK-BERANAK?

Keceluparan Lim Kit Siang dalam bencana banjir besar di Kelantan sangat luar biasa.

Rupa-rupanya Lim Kit Siang berusaha menyembunyikan penglibatannya dalam pembalakan haram di Kelantan, patutlah dia menghentam semacam saja semua orang dengan harapan tidak akan ada pihak akan perasan penglibatannya. Walaupun penama dalam konsesi Pembalakan di 10,526 ekar tanah di Kelantan diberikan kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham, mereka hanya Proksi Lim Kit Siang sahaja!.

Mereka ini dan DAP mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit tetapi NYAWA rakyat Kelantan terkorban. DAP sangat-sangat tak berhati perut, DAP makan darah rakyat Kelantan dan tidak memberi apa-apa bantuan sedikitpun daripada keuntungan bisnes balak itu. Keuntungan Balak itu rupa-rupanya mereka berjoli sakan di Eropah.
RAKYAT KELANTAN DERITA BANJIR BESAR, BALAK & BUKIT-BUKAU GONDOL, DAP DAPAT KAUT UNTUNG BALAK, RAKYAT KELANTAN MENANGIS AIR MATA DARAH

Sangat menyakitkan hati melihat Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bersenang-lenang melancong di Eropah dengan kapal first class, sangat menyakitkan hati melihat isteri Lim Guan Eng bergayashopping sakan sambil menunjuk-nunjuk beg jenama mahal Gucci Bamboo berharga 2240 pound. Sangat menyakitkan hati melihat Lim Kit Siang dan keluarganya, Lim Guan Eng dan isterinya enjoy berhabis.

Lim Kit Siang lupa Kelantan dikuasai Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat betul-betul Total Failure dan gagal mengurus bencana banjir di negeri yang mereka perintah! Bagaimana nak tadbir negara kalau negeri sendiri tak boleh tadbir?

Kita mencadangkan lebih baik Lim Kit Siang dan DAP membuat Latihan dan belajar pengurusan bencana kebakaran Ladang Babi sebelum menunjuk-nunjuk konon pandai mengurus bencana negara!

Bacaan Tambahan :-
Proksi Lim Kit Siang di sini
Keuntungan DAP di sini
Proksi DAP di sini

WAUW FIRST CLASS YOU ! RAKYAT KELANTAN MENANGIS DARAH HUTAN GONDOL BANJIR BESAR, AHLI-AHLI DAP GEMBIRA SHOPPING BERGEMBIRA



Tuesday, January 6, 2015

#PrayForPantaiTimur: PESANAN BUAT SUKARELAWAN, SAMPAIKAH BANTUAN ANDA SEMUA KEPADA MANGSA BANJIR?

Salam sahabat sukarelawan,

Seperti mana kita tahu, bahawa Kelantan merupakan negari paling teruk terjejas akibat bencana banjir.

Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang mencatat jumlah mangsa yang ramai.

Kawasan Gua Musang dan Kuala Krai adalah kawasan yang musnah teruk. Segala infrstruktur asas musnah. Ribuan telah kehilangan tempat kediaman.

Kita seperti tidak percaya melihat Gua Musang dan Kuala Krai seperti dilanggar garuda. Rumah atas rumah, kereta atas kereta serta lumpur tebal memenuhi ruang kediaman.

Sebagai warga Msia, kita semua mengambil tanggungjawab segera dengan mengumpulkan barangan keperluan untuk mangsa banjir di Kelantan.

Pelbagai barangan keperluan beras, gula, lampin, tuala wanita, pakaian, berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai.

Tetapi apakah barangan keperluan yang kita berikan itu benar-benar sampai kepada mangsa yang memerlukan?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang berada di Kelantan sejak 31hb Disember 2014, pahit untuk saya katakan bantuan kita tidak berjaya sampai secara menyeluruh.

Sebabnya, kita bergerak mengikut haluan masing-masing. Sukarelawan A dengan caranya, manakala sukarelawan B ada cara sendiri.

Kita gah berkonvoi, kononnya kedatangan kita meringkan beban mangsa tetapi pernahkah kita bertanya adakah sumbangan kita mencapai matlamat?

Adakah sumbangan barangan, makanan, pakaian serta tenaga yang dihulurkan sampai kepada mangsa yang benar-benar terbeban?

Dalam ghairah membantu, kita sebenarnya terleka, menyebabkan ada mangsa menerima bantuan berkali-kali, ada mangsa langsung tidak menerima bantuan.

Tidakkah segala usaha berhari-hari dengan meredah lumpur, debu untuk membantu mangsa menjadi sia-sia?

Ini kerana ada kalangan sukarelawan bertindak parking di tepi-tepi jalan, mengharapkan kedatangan mangsa beratur lalu kita serahkan barangan.

Berapa ramai dari kita pasti pihak yang beratur itu adalah mangsa banjir. Percayalah ramai yang ambil kesempatan kerana ada golongan yang pantang melihat barang percuma.

Selain itu, ada juga yang menurunkan barangan di pusat pemindahan. Walhal tidak semua mangsa berpindah di pusat pemindahan.

Ramai mangsa masih berteduh di khemah dibina sendiri dan berapa ramai dari kita yang bergerak rumah ke rumah?

Pernah saya temui warga emas di Kg. Laut, dia pasrah bergelumang lumpur kerana kudrat tidak mengizinkan untuk dia membersihkan rumah.

Kita harus berlapang dada, keprihatinan kita membantu mangsa banjir menjadi sia-sia jika kita tidak perbetulkan dari sekarang.

Kenapa keadaan ini berlaku?

Kerana kita tidak diselaraskan, tiada satu SOP untuk pasukan sukarelawan. Sepatutnya, MKN mengambil tanggungjawab mewujudkan centre untuk dirujuk sukarelawan.

Selain itu, MKN disaran menubuhkan jawatankuasa penyelarasan untuk sementara bagi memudahkan bantuan dari pihak sukarelawan dapat diagihkan kepada mangsa banjir.

Kerana mangsa memerlukan tempoh yang panjang untuk pulih dari trauma sementara menunggu rumah kekal siap dibina.

Ini sekadar pandangan, saya berharap sukarelawan terus memberi sumbangan kerana mangsa memerlukan sokongan sebelum dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

- SMKKK1-
6 Januari 2014.
Kuala Krai

**Copy paste dari group sebelah

Saturday, December 27, 2014

#PrayForPantaiTimur: MASA SUSAH CARI NAJIB, MASA SENANG AGUNGKAN ANWAR. #OnlyInMalaysia

Apabila berlaku sesuatu musibah pasti ada hikmahnya. Banyak yang Allah taala nak tunjukkan kepada kita.

Puak-puak pencacai sedang gila meroyan meraban dok kutuk Najib pi main golf kat Hawaii dengan Obama.

Mereka terutamanya di Kelantan mintak agar DS Najib pulang segera ke Malaysia bersama-sama membantu rakyat harungi banjir. 

Tandanya apa? 

Tandanya mereka lebih mempercayai kepimpinan DS Najib dan UMNO-BN untuk menyelesaikan masalah rakyat berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan PAS.

Beberapa kawasan banjir besar di Pahang, Kelantan dan Terengganu berlaku di dalam kawasan Parlimen dan DUN pakatan pembangkang. 

Tetapi mengapa campurtangan PM, UMNO-BN dan Kerajaan Pusat pula diperlukan untuk membantu rakyat hingga cuti PM pun dipertikaikan dan desak PM balik segera?

Apakah YB-YB kamu tak boleh buat kerja? Mana janji dulu jika kamu diberi mandat menewaskan BN maka semua masalah rakyat boleh kamu diselesaikan?

Hebat PM kita, di saat-saat susah ketika ini puak-puak pembangkang dan pencacai mereka perlukan perhatiannya. Anwar ade dapat kelebihan macam tu?...Setakat sembang kosong jer laaa.

Anwar laki bini melancong ke New Zealand enjoy naik beskal, banjir di Kajang ditinggalkan balik Malaysia kutuk itu salah ini tak betul.

Perkara yang sama juga pernah berlaku ketika PAS memerintah Kedah.

Kedah pada tahun 2010 mengalami banjir besar. Kerajaan negeri ketika itu tergamam dengan situasi kritikal dan gagal handlemasalah ini menyebabkan kerajaan Pusat, DS Najib beserta seluruh jentera kerajaan pusat dan jentera UMNO-BN turun padang membantu.

Masalah itu dapat diselesaikan. 

BN merancang projek tebatan banjir pada 2011, namun akibat kurang bajet dan kurang kerjasama dari kerajaan negeri terutamanya beberapa orang EXCO kanan dan pemimpin kawasan maka projek itu ditangguhkan.

Lepas BN tawan semula Kedah projek tersebut disambung semula melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar dengan kos RM600 juta.

Bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu oleh MB

Sama juga kesnya Kelantan sebelum ini yang kerap dilanda banjir akibat limpahan Sg Kelantan. 

Kerajaan Pusat telah memberi peruntukkan RM266 juta membina projek tebatan banjir sepanjang hampir 3.5km. Kesannya pada tahun 2013 meskipun air Sg kelantan naik, namun tidak sampai membanjiri Kota Bharu. 

Tapi ada juga juak-juak khawarij kata ini sebab berkat Tok Guru sebab tu tak kena banjir 2013.

Sekarang apa jadi...nak salahkan Kerajaan Pusat kononnya buat projek tebatan banjir yang gagal menghalang paras air memasuki Kota Bharu banjir kali ni?

Sesungguhnya kita merancang menghalang musibah banjir namun kuasa Allah nak beri hujan lebat siapa tahu.

Sekurang-kurangnya juga dengan adanya tembok tebatan banjir dapat melambatkan air memasuki bandar. Jadi pasukan penyelamat membuat masa melakukan proses pengungsian mangsa. 

Bayangkan jika tiada tembok tebatan tersebut dan air mengalir masuk deras ke bandar bagai tsunami... 

Ramai yang mempersoalkan bila dah jadi banjir besar di Kelantan sekarang ni mana pergi berkat Tok Guru tersebut?

Doa laknat adik kepada Nik Ajiz akhirnya menyusahkan rakyat Kelantan sendiri. kesian MB baru terpaksa harungi kesukaran di Kelantan akibat doa 'makan diri' puak-puak mereka sendiri...Allah bagi 'cash' lepas PRU 13?

Rezeki atau musibah itu semua ketentuan Allah. Kalau selama ini kita mendoakan laknat K.O kepada orang lain, doa pecah perut pada pemimpin yang lain tetiba doa itu berbalik semula kepada kita ....itu tandanya apa? 

Islam tak ajar manusia supaya mempermain-mainkan doa, mendoakan keburukan pada orang lain sebaliknya Islam mengajar umatnya supaya mendoakan kesejahteraan dan petunjuk kepada orang lain.

Bila dah jadi banjir begini orang yang dulu kamu kutuk itulah yang telah memberikan bantuan segera RM50 juta untuk menyantuni kamu, ibu bapa, saudara mara, adik beradik dan rakan-rakan kamu yang terjejas dengan banjir itu.

Bayangkan jika bukan PM yang beri bantuan tersebut melalui arahannya sudah tentu nak buat tugas-tugas menyelamat pun tak ada duit. 

Nak beli diesel untuk kegunaan bot, trak, helikopter penyelamat, nak beli makanan dan segala keperluan harian serta perubatan semasa banjir pun kita tak mampu. 

Maka jadilah kita macam sesetengah negara rakyat mereka dibiarkan mati katak. Senang sikit beban negara dari hidup menyusahkan orang.

Tapi adakah kita tahu dan bersyukur pada nikmat tersebut? 

Sebagai umat Islam kita dianugerahkan Allah dengan iman, maka dengan iman itu kita bersabar dan redha dengan dugaan. Kita tidak tahu apa hikmahnya ujian ini. 
Tak tahulah kalau yang lain...adakah mereka tahu konsep syukur, redha dan bersabar ni?

Hudud punya pasal, DAP Pulau Pinang tak akan beri bantuan kepada Kelantan...Bagus sungguh DAP ni yaaa ini macam boleh perintah Malaysia!

Kita sepatutnya bersatu dalam menghadapi banjir luar biasa ini. 

Bukan Malaysia saja terjejas tetapi Aceh, Sumatera, Bandung di Indonesia, Satun, Yala, Narathiwat dan Pattani di Selatan Thailand juga menghadapi musibah yang sama.

Berdoalah semoga Allah s.w.t menyurutkan air ke dalam bumiNya. Kita pakat bantu sama-sama meringankan bebanan mangsa banjir.

**Copy & Paste**

Tuesday, December 16, 2014

KEBENARAN TENTANG #1MDB YANG WAJIB DIKETAHUI!

1MDB FAQ
(as at 15 December 2014)

SUMBER: LAMAN RASMI 1MDB

Adakah 1MDB merupakan tabung pelaburan berpiagam?

Masyarakat telah menilai 1MDB sebagai sebuah tabung pelaburan berpiagam. Walhal, ia merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik dimana secara praktikalnya, ia merupakan syarikat yang didirikan dan mempunyai dana secara bebas namun begitu keputusan pelaburannya didorong oleh kepentingan ekonomi negara.

Seperti tabung pelaburan berpiagam, 1MDB dimiliki secara mutlaknya oleh kerajaan, tetapi terdapat perbezaan ketara dimana tabung pelaburan berpiagam di dana secara langsung oleh kerajaan dan membuat pelaburan bagi pihak kerajaan. 1MDB didirikan dan melabur menggunakan modal sendiri dan hanya menerima ekuiti berjumlah RM1 million dari kerajaan semasa penubuhannya.

*Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Apakah fungsi 1MDB?

Fungsi 1MDB adalah untuk menggerakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi mampan jangka panjang Malaysia. Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan yang mempunyai pihak pengurusan tersendiri (bebas), 1MDB menggabungkan bantuan praktikal kerajaan dan kemahiran sektor swasta serta modal bebas untuk mendapatkan lebih banyak peluang besar. Hasilnya, kita mempunyai keupayaan yang unik untuk membuka semula jalan buntu, memberi lebih peluang yang bernilai, dan menggerakkan projek-projek.

Sebagai contoh, TRX. (refer above explanation which is easily understood example)

Pelaburan 1MDB, berserta pelabur-pelabur dalam dan luar negara yang dijanakan (samada secara langsung atau tidak) akan merubah kawasan ini kepada daerah yang lebih membangun dan memberi beribu peluang pekerjaan sepanjang proses perlaksanaannya.

Apakah sector yang sedang dijalankan/diceburi oleh 1MDB pada saat ini?

Buat masa ini, 1MDB fokus kepada 2 sektor; tenaga dan hartanah.

Perniagaan tenaga kami terdiri daripada portfolio 15 kuasa dan penyahgaraman tumbuhan di lima buah negara, dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW, menjadikan kami pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia. Fokus kami pada sektor ini berpunca daripada matlamat strategik Kerajaan untuk memastikan keselamatan tenaga Malaysia, dengan memperuntukan mampan kuasa yang penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur disamping menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk sektor hartanah, 1MDB bertanggungjawab untuk beberapa projek transformasi di Malaysia termasuk TRX - yang akan menjadi daerah kewangan berdedikasi di Kuala Lumpur yang pertama apabila selesai, dan Bandar Malaysia - 495 ekar kawasan bandar pembangunan bercampur di tapak lapangan terbang lama Sungai Besi.

Bagaimana 1MDB dijana?

Seperti syarikat besar yang lain, 1MDB mengumpul modal di pasaran hutang tempatan dan antarabangsa. Konsistensi selama beroperasi menunjukkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang dapat dicapai di dalam pasaran kewangan antarabangsa pada 1MDB. Tambahan pula, kejayaan membina beberapa perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat pelaburan terkemuka antarabangsa, diramalkan sebagai aliran pelaburan asing yang baik di Malaysia.

1MDB tidak dibiayai oleh Kerajaan. Malah, 1MDB hanya pernah menerima RM1 juta ekuiti daripada Kerajaan yang telah digunakan untuk kesan yang baik dalam membina perniagaan yang kukuh dimana ia akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi di negara ini dalam tempoh jangka panjang.

Adakah 1MDB melabur di luar negara?

Ya.

Kebiasaannya syarikat besar akan melabur lebihan dana terutamanya dalam mata wang asing, dengan seliaan dari pengurus dana antarabangsa yang berlesen / pentadbir dan bank kustodian dalam bidang ini yang mematuhi amalan terbaik antarabangsa. Institusi-institusi ini mengamalkan strategi pulangan mutlak dengan matlamat utama untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan / atau pendapatan yang mantap melalui pelaburan mereka.

Tiada yang luar biasa tentang perkara ini dan kebanyakannya merupakan syarikat saham mewah, termasuklah lebih 200 syarikat Malaysia, telah dilaburkan dana dalam bidang kuasa yang sama.

Khususnya, benarkah 1MDB melabur pada Kepulauan Cayman?

Pada tahun 2009, 1MDB dan sebuah syarikat Arab Saudi memasuki satu usaha sama untuk memudahkan kerjasama ekonomi jangka panjang di antara Malaysia dan Arab Saudi .

Sebahagian daripada usahasama ini, 1MDB membuat pelaburan ke dalam dana bersama dengan syarikat itu yang ditubuhkan untuk membuat pelaburan ke atas projek-projek yang akan menjana faedah kewangan yang strategik untuk kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pelbagai faktor, kedua-dua pihak akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan dengan rancangan ini.

Oleh yang demikian, pelaburan dalam syarikat itu telah ditukar ke dalam instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murahaba, dimana pada dasarnya merupakan sebuah pinjaman, dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8.75 %.

Pinjaman ini telah dibayar balik sepenuhnya, untuk US$2.318 billion dengan keuntungan sebanyak US$488 million pada tahun 2013.

Menghantar pulang dana ini ke Malaysia akan mendedahkan mereka kepada turun naik di pasaran pertukaran asing. Dalam usaha untuk memastikan bahawa kita mengekalkan kedudukan mudah tunai yang kukuh dengan portfolio global yang pelbagai, dana ini dilaburkan dalam syarikat subsidiari 1MDB yang telah didaftarkan di Kepulauan Cayman untuk tujuan cukai. Ini telah dilakukan dengan usaha yang dikira wajar dan diambil kira secara menyeluruh, dengan dana yang disimpan dengan pengurus dana berlesen antarabangsa.

Sekali lagi, tiada apa-apa yang luar biasa tentang perkara ini dan banyak syarikat-syarikat mewah telah melabur dana mereka di Kepulauan Cayman, dimana ia merupakan salah satu satu bidang kuasa dana berdaftar yang terbesar di peringkat antarabangsa. Sebagaiman Suruhanjaya Syarikat telah menyatakan, lebih 200 syarikat Malaysia termasuk beberapa nama-nama isi rumah juga telah melabur dana mereka di rantau ini.

Dari segi pelaburan, kami telah pun menebus 60 % daripada dana yang dilaburkan dan mengharapkan pulangan selebihnya pada bulan-bulan yang akan datang.

Perlukah rakyat berasa bimbang tentang tahap hutang 1MDB ?
           
Tidak sama sekali.

Seperti mana-mana syarikat utama, 1MDB telah menaikkan modal di pasaran hutang antarabangsa untuk membiayai projek-projek tertentu, sejajar dengan skala yang diperlukan untuk berbuat demikian. Semua hutang 1MDB disokong oleh aset yang kukuh dan jumlah nilai aset (RM51.4 bilion pada akhir tahun kewangan Mac 2014) dengan selesa melebihi nilai jumlah hutang (RM41.9 bilion bagi tempoh yang sama). Tambahan pula, kita tidak pernah terlepas jadual pembayaran, walaupun kami berhasrat untuk berbuat demikian.

Keupayaan kami adalah konsisten iaitu untuk mengumpul dana di pasaran antarabangsa, dan merujuk kepada pelabur yang berkualiti, ia mencerminkan keyakinan mereka pada 1MDB, dan penyenaraian perniagaan tenaga kita adalah satu daripada siri latihan yang kami berhasrat untuk menjalankan untuk penyahumpilan kunci kira-kira 1MDB.

Selain itu, kami terus mengembangkan perniagaan hartanah kami dengan projek-projek seperti TRX, yang akan menjadi daerah kewangan pertama Kuala Lumpur setelah selesai. Dan, sejak setahun lalu, 1MDB telah menandatangani beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat terkemuka dari seluruh dunia, termasuk hartanah dan infrastruktur kumpulan antarabangsa Lend Lease dan Export- Import Bank of China, yang membawa kepada pelaburan bernilai lebih $1,3 bilion ke Malaysia .

Seiring dengan peningkatan nilai aset hartanah kami, 1MDB berhasrat untuk menggunakan dana untuk mendorong pertumbuhan masa depan dan juga mengurangkan tahap hutang.

Adakah hutang 1MDB akan memberi impak kepada kemakmuran negara Malaysia?

Hutang 1MDB tidak akan sama sekali memberi impak dan kesan kepada negara secara khususnya.

Seperti yang telah dinyatakan, kesemua hutang 1MDB disokong dengan asset yang kukuh dan aliran tunai yang stabil, dan jumlah asset 1MDB (RM51.4 bilion pada akhir tahun kewangan Mac 2013) adalah lebih tinggi nilainya berbanding jumlah hutang (RM41.9 bilion pada penggal yang sama). Daripada keseluruhan jumlah hutang, kerajaan hanya menyediakan jaminan untuk RM5.8 bilion, di mana 1MDB m empunyai liputan faedah ketara. Oleh kerana 1MDB adalah sebuah syarikat tanggungan terhad, risiko yang ditanggung dan pendedahan kepada pemegang saham kami ( Kerajaan ) adalah terhad.

Berkenaan kecurigaan yang timbul pada aktiviti fund raising 1MDB berkenaan terbitan Bon / Hutang yang mempunyai kadar faedah terlampau tinggi dan pembayaran kepada “orang tengah”. Apakah maklum balas 1MDB mengenai isu ini?

Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi.

Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama. Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting.

Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. Manakala bon yang dikeluarkan oleh 1MDB mempunyai tempoh tiga puluh tahun.
Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu.
Dengan keadaan ekonomi pada masa itu, hakikat bahawa 1MDB berjaya menjana jumlah dana sebesar ini mencerminkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang diletakkan terhadap syarikat.

Kami juga memandang serius spekulasi tidak berasas bahawa sebahagian daripada kadar faedah ini telah dibayar kepada ‘orang tengah’ sebagai sejenis bayaran manfaat. Ini adalah tuduhan yang serius.
Kami ingin menjelaskan secara tegas bahawa keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan tersebut adalah dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia, dua kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar.

Kesimpulannya, apakah sumbangan 1MDB kepada ekonomi negara?

Misi 1MDB adalah untuk memacu pembangunan ekonomi yang mapan di Malaysia dengan menjalin perkongsian strategik global dan menggalakkan pelaburan asing secara langsung ke negara ini dan juga mengambil bahagian dalam sektor strategik yang membantu memacu pertumbuhan sosio - ekonomi. Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, kami telah membina rekod prestasi yang berjaya menarik syarikat-syarikat besar daripada pasaran kewangan antarabangsa ke Malaysia, yang akan membawa kepada aliran dalam modal ke dalam negara ini.

TRX sebagai satu contoh; syarikat-syarikat terkemuka dan institusi dari Australia, China dan Timur Tengah di kalangan kawasan-kawasan lain melabur dalam pembangunan, yang akan merangsang pertumbuhan dan mewujudkan beribu-ribu pekerjaan di Kuala Lumpur sahaja. Sokongan mereka untuk aktiviti pelaburan kami dan keinginan pelabur untuk mengambil bahagian dalam proses pertumbuhan Malaysia adalah tanda penghargaan yang semakin meningkat di negara ini dalam ekonomi global.

Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan, membuat kesan sosio - ekonomi yang positif adalah teras dan objektif perniagaan kami, dan kami komited untuk membuat sumbangan yang berkekalan kepada masyarakat di mana kami beroperasi. Kami menumpukan pada memberikan kemajuan dalam tiga bidang utama; pendidikan , kualiti hidup dan pembangunan belia, dan berasa bangga kerana lebih 2.5 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada pelbagai program termasuk biasiswa , latihan keusahawanan, sukan dan pembangunan kemahiran belia, penyediaan penjagaan kesihatan mudah alih dan pembinaan tenaga dan infrastruktur air .

** Copy & Paste

Monday, November 17, 2014

BIADAP! AGAMA ISLAM DIHINA LAGI! @SKMM_MCMC @PDRMSia SILA SIASAT!

Inilah kebiadapan yang dilakukan oleh satu page fb Bolehland.

Saya tak mahu cakap banyak. Saya cuma mohon SKMM dan PDRM kesan siapa admin page tersebut!

Ini kerana ianya melibatkan soal akidah umat Islam! Malah turut menaikkan kemarahan umat.

P/S: Nak troll pun agak-agak la wei

Tuesday, October 28, 2014

[GAMBAR] UPDATE: KEHADIRAN PENYOKONG @SaifulBukhari MELEBIHI PENYOKONG @AnwarIbrahim! #JusticeForSaiful #RakyatHakimNegara

Menurut sumber UTARA NEWS, kira-kira 400 penyokong Saiful Bukhari Azlan hadir di perkarangan Istana Kehakiman,sejak pagi tadi.

Bilangan sekarang makin bertambah...

UPDATE: SITUASI SEKITAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN #JusticeForSaiful #RakyatHakimNegara

Seperti yang semua orang tahu, hari ini adalah hari penentuan terhadap Anwar Ibrahim sama ada beliau dipenjarakan atau tidak berhubung kes liwat II.

Dengar kata ramai sangat yang pergi berhimpun bagi menyatakan solidariti terhadap 'peliwat' itu.

Jom kita tengok..

UPDATE DARI SUMBER:
UTARA NEWS: 
Kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berhimpun di hadapan Istana Kehakiman sejak awal pagi walaupun kawalan ketat polis di sekitar kawasan itu. 
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang ditemui di perkarangan mahkamah berkata hadirin akan lebih ramai berkunjung esok ekoran kekangan hari bekerja. 
"Dari pihak PKR, sasaran untuk mobilisasi pada hari esok sebab dua hari ramai yang tak dapat ambil cuti kerana bekerja," katanya . 
Fahmi berkata jumlah hadir di perkarangan mahkamah hari ini akan mencecah ke 300 orang dan bertambah pada hari esok. 
"Mungkin dalam 200 ke 300 yang hadir. Susun atur hari ini tak dimaklum awal. 
"Kita tak tahu mereka dah buat sekatan. Bagi sesetengah orang tak tahu untuk datang dari arah mana," katanya yang mengulas sekatan polis di sekitar perkarangan mahkamah.

Lokasi: Istana Kehakiman (Mahkamah Persekututan), Putrajaya

GAMBAR:






LAGI GAMBAR


Post by UtaraNews.