Sunday, September 22, 2013

#PemilihanUMNO: CALON EXCO NO. 46 PERLUKAN PELUANG DEMI MEMARTABATKAN DESTINI ANAK BANGSA!!


Tak sangka satu lagi kejutan dibuat dalam kehangatan Pemilihan UMNO kali ini. Seperti yang kita tahu, Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) telah disahkan bertanding bagi jawatan ini, namun disaat-saat akhir, hari ini (Deadline penghantaran borang calon), Presiden HIMSAK, Saudara Faizal bin Daud telah hantarkan borang bagi bertanding kerusi yang sama.

Saudara Faizal telah tersenarai sebagai Calon EXCO Pemuda no. 46. Memang sangat padan dan 'comel' apabila dua kombinasi no. yang cantik, iaitu no. 46 dan no. 62 (Saudara Ariff Hakimi Haji Zulkifli) sama-sama bersaing demi memperjuangkan niat yang yang positif (seperti yang saya nyatakan sebelum ini, klik SINI).

Secara peribadi, saya berharap mereka berdua diberi peluang dan kepercayaan untuk menggalas tugas EXCO Pemuda. Semoga 'jasa' yang mereka sama-sama usahakan sebelum ini dalam GDAB dibalas. GOOD LUCK!!!

UNTUK LEBIH LANJUT, BACA DIBAWAH:


Selain Ariff Hakimi yang juga Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) iaitu calon exco pemuda bernombor 62. Presiden Himpunan Siswazah Kelantan iaitu Sdr. Faizal Daud turut bertanding merebut jawatan exco pemuda menjelang pemilihan Oktober nanti.

Kedua-dua calon kelahiran Kelantan ini merupakan individu yang aktif bergerak melalui HIMSAK dan juga Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB). Penulis dimaklumkan Faizal Daud menawarkan diri pada saat akhir setelah mendapatkan pandangan daripada penaung HIMSAK sendiri iaitu Dato Seri Mustapha Mohamed serta Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian.

Menurut Faizal Daud, tujuan dia turut bersama Naib Presiden HIMSAK Ariff Hakimi bertanding merebut jawatan exco pemuda adalah kerana mahu mendekati golongan muda dan mahasiswa supaya mereka sayang pada UMNO.

Jika ditakdirkan menang dalam pertandingan ini, golongan mahasiswa mampu didekati melalui platform politik berbanding sebelum ini di mana golongan mahasiswa didekati melalui NGO, malah ada yang tidak berani membawa nama parti politik setiap kali berhadapan dengan kumpulan mahasiswa



Selepas ini penulis akan perincikan gerak kerja di peringkat akar umbi yang telah dilakukan oleh kedua-dua calon exco pemuda UMNO Malaysia dari Kelantan.

Dua nombor penting buat pemuda akar umbi di Kelantan menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013 iaitu No.46 dan No.62...

#PemilihanUMNO: @KhairyKJ MINTA DIBERI MANDAT UNTUK SEPENGGAL LAGI. TAKUT ATAU MASIH MAHU BERKHIDMAT?

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengharapkan agar perwakilan dapat memilihnya untuk mengekalkan beliau sebagai pemimpin muda sayap parti Melayu itu untuk sepenggal lagi ketika pemilihan nanti.

Khairy dalam kenyataannya berkata, pertandingan lima penjuru yang bakal dihadapinya juga selari dengan transformasi yang dilaungkan parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu.

"Saya mengharapkan para perwakilan untuk terus memberi sokongan kepada saya selama sepenggal lagi bagi meneruskan beberapa misi saya dalam sayap yang belum terlaksana," katanya dalam kenyataan tersebut.

Proses pencalonan yang berakhir hari ini menyaksikan Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau dicabar empat lagi calon iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak dan Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.

Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali juga turut sah akan bertanding menentang Khairy.

Pencabar Khairy, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia, tetapi ingin memperjuangkan komuniti Melayu adalah ibarat Bangla.

Beliau yang mengakui mempunyai kelebihan bersekolah di dalam negara menegaskan, hanya mereka yang membesar di dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.

"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun, dia ibarat macam bangla datang, umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun.

"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Mengambil serius cabaran dan tentangan yang bakal dihadapinya, Khairy menegaskan agar pertandingan merebut jawatan berkenaan dapat dilakukan dengan cara yang berhemah.

"Saya juga mengambil serius cabaran ini dan semoga kita semua dapat bertanding dalam suasana rukun serta harmoni," katanya dalam kenyataan tersebut. - Yahoo! NEWS

#YBShamsulAnuar4MT: KENALI CALON MAJLIS TERTINGGI NO.02!! YB SHAMSUL ANUAR HAJI NASARAH!!


YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dilahirkan pada 1 JUN 1967 , di Kampung Luat, Lenggong Perak. Memulakan kerjaya sebagai pendidik (Guru - 1992-1999), bagaimanapun meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila dilantik sebagai Setiausaha Sulit YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan (1999-2004).

Selepas Pilihanraya ke 11 beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2004-2007). Dan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dalam gerakan belia serta politik beliau meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam Pilihanraya ke-12 diberi mandat sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Lenggong setelah memenangi Kerusi P055 Parlimen Lenggong.

Dalam dunia politik, menjadi ahli UMNO seawal usia 18 tahun. Selain memimpin di peringkat cawangan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996–1998), Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000), dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000).

YB Dato Sahamsul juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000-2004) kemudian bertukar ke UMNO Bahagian Lenggong sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004-2008), Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008-kini), manakala di peringkat UMNO Pusat sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009), sebagai Pengerusi Biro Belia Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009) dan juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009-kini).

Pertama kali bertanding dalam PRU ke 12, atas Parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P055 Lenggong. YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah menang dengan memperolehi 10,992 undi serta mejoriti 4,919 undi menewaskan calon PAS, Ustaz Zulkifli Mohamad Zakaria yang hanya memperolehi 6,073 undi. Pada PRU13 beliau sekali lagi bertanding dan menang atas tiket BN di P055 Lenggong setelah menewaskan calon PAS.

Mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam gerakan belia kerana telah mulai menyertai dan memimpin pertubuhan belia sejak berumur 15 tahun dari peringkat kampung, daerah, negeri dan Kebangsaan termasuk memegang beberapa jawatan belia di peringkat antarabangsa.

Terlibat di peringkat negeri sebagai EXCO Majis Belia Perak (1993-2000), Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2000-2004) dan juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2004-2005) dan di peringkat kebangsaan sebagai EXCO Majlis Belia Malaysia (2000-2002), Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, dan Presiden Majlis Belia Malaysia (2006-2009).

Manakala di peringkat antarabangsa terlibat dan memegang beberapa jawatan di Pertubuhan Belia ASEAN (CAYC) , Pertubuhan Belia Asia (AYC) dan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY). Semasa dalam gerakan belia beliau terlibat dalam banyak program, seminar dan sebagainya samada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja dalam dan luar negara serta terlibat dalam beberapa penggubalan dasar Kementerian Belia Sukan Malaysia seperti Dasar Belia Negara, Pelan Induk Pembangunan Belia Negara dan Akta Pertubuhan Dan Pembangunan Belia 2006.

Beliau adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (2009 – Kini) dan,pernah menjadi Pengerusi Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBN), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (2007 – 2009).

Sekarang beliau adalah Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur,dan kemudian lulus dalam bidang Kaunseling dari Universiti Malaya, dan kini sedang menyiapkan tesis untuk Master Of Art (Sosiologi) di College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berkahwin dengan Datin Hamisah Binti Hussin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki. - YY

MY SLIDESHARE UPLOAD