Sunday, April 6, 2014

#MH370: @AirAsia CUBA SABOTAJ @MAS KERANA DAHAGAKAN PUBLISITI SEBELUM INI? GILA!

Pelik betul dengan Syarikat Penerbangan Air Asia ini, sudahlah baru-baru ini juruterbangnya dah buat hal (SINI), ditambah pula apabila pihak Air Asia seolah 'mengugut' tidak mahu berganjak dari Terminal Tambang Rendah (LCCT), sekarang isu MH370 pula 'diugut'!!

Pada pandangan peribadi saya, sememangnya ini adalah tindakan yang agak 'kurang ajar' dan tidak matang oleh syarikat penerbangan yang bertaraf antarabangsa seperti Air Asia ini.

Sepatutnya pihak Air Asia iklankan ucapan takziah kepada 239 penumpang dan krew yang terlibat dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, tapi ini adalah sebaliknya? Apakah itu................??

Tengok ini:

“Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough. Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost.” - AIR ASIA MAGAZINE
Adakah ini adalah kerana populariti Air Asia tenggelam rentetan 'publisiti durian runtuh' yang MAS dapat melalui tragedi MH370? Jawapan saya adalah 80% ialah YA dan 20% lagi ialah MUNGKIN.

Seperti yang diketahui, Air Asia agak popular sebelum ini kerana dikatakan memberikan servis yang baik dan memiliki tambang yang murah. Manakala, MAS pula adalah sebuah syarikat penerbangan kerajaan yang telah rugi berbillion (SINI) dan kini akan bertambah rugi disebabkan musibah tragedi MH370!! 

CEO Air Asia, Tony Fernandes harus lebih 'alert' dengan bahan pengiklanan dan promosi oleh stafnya. Info terkini, dia sudah pun membuat permohonan maaf diatas kebodohan ini seperti yang dilaporkan di laman akhbar/berita dan laman-laman blog. Sambung, baca dibawah:
AirAsia today apologised and removed its latest in-flight magazine from all its aircraft after an article was criticised for being sarcastic towards the missing MH370
  • AirAsia has apologised over an article published on its in-flight travel magazine travel 3sixty April edition, which appeared to be sarcastic towards the missing Malaysia Airlines MH370 flight. - thestar.com.my
  • In a statement here, AirAsia executive chairman and Travel 3Sixty’s publisher Datuk Kamarudin Meranun apologised for the slight and said that copies of the magazine have been removed from all AirAsia flights. -  astroawani.com
TINDAKAN DISIPLIN AKAN DIAMBIL 


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Kamarudin Meranun telah umumkan bahawa Air Asia akan laksanakan tindakan disiplin/tatatertib terhadap 'editorial team' yang terlibat. Ini bagus, tapi harap jangan "Indah Khabar Dari Rupa" sudah lah. Apa-apa pun sila SEGERAKAN, pastikan dalam masa tidak sampai 24 jam ada timbul berita baru berkenaan tindakan ini.
Berikut adalah kenyataan oleh Kamarudin:


  • "With deep regret and remorse I would like to sincerely apologise for any offense caused by the Pilot's Perspective article in the latest issue of Travel 3Sixty magazine. The section is a monthly column on aviation written by Capt Lim Khoy Hing, a retired pilot who formally worked with AirAsia as well as Malaysia Airlines and has written books on aviation industry. As a monthly contributor, Capt Lim prepares all of his articles months in advance before the magazine goes to print. Unintentionally and regrettably, the current issue carries an article that discusses GPS and Radar, which was printed a month before its issue date." - themalaymailonline.com
  • "We’ve addressed the issue and have improved our editorial approval process to ensure this does not happen in future and ensure that all contents in the magazine are consistent with our brand values. Disciplinary action will be taken against the editorial team as well. We are removing the magazine from all of our flights on all AirAsia aircraft immediately. Our thoughts and prayers remain with the family and friends of the recent aviation incident." -  astroawani.com
  • "This is a truly difficult time for the nation and words cannot describe how I personally feel about this incident. It truly saddens me that this article was released at such an inopportune moment. Again, I repeatedly offer my sincere apologies for any discomfort this may have caused." -  themalaymailonline.com

CEO Air Asia, Tony Fernandes telah menyatakan permohonan maaf melalui laman Twitternya:

TONY FERNANDES DIDAKWA TELAH DELETE TWEET???
  • On the day the plane went missing, Fernandes said on Twitter that the aircraft’s radio had failed and that all were safe, but later deleted the tweet. -  indianexpress.com
Ini pula respon awal/kritikan oleh penggiat media sosial berkaitan dengan berita yang dilaporkan sebelum ini:

Ramai yang beranggapan bahawa ini adalah tidak sesuai dengan situasi dan biadap kerana sekarang seluruh dunia sedang dalam kesedihan menunggu berita tragedi MH370. Selain itu, ianya seolah-olah tidak menjaga sensitiviti keluarga penumpang dan krew.

Respon artis Hanis Zalikha

  • The issue first came to light when a passenger flying aboard an AirAsia flight photographed the page and posted it on the microblogging site yesterday, before accusing the airline of being managed by “arrogant douchebags”. -  malaysia-chronicle.com 
  • Airline pulls magazine boasting its pilots 'would never lose a plane' -  breakingnews.ie


APA LAGI YANG BERKAITAN AIR ASIA DALAM TRAGEDI  MH370?

KLIK SINI

LAPORAN PENUH: PERGADUHAN ANTARA KAUM CINA & INDIA DI SG. PETANI

Salinan Repot:

Pada 4 APR 2014 Jam lebih kurang 1530 bertempat di Kedai kopi No B1 Jalan Kenari Biru, Taman Kenari Jaya, SUNGAI PETANI telah berlaku pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki India dan Cina. Pengadu yg berbangsa Cina bersama 6 rakannya sedang minum dan makan tiba - tiba sekumpulan lelaki India lk 7 hingga 8 orang yang menaiki 4-5 buah motosikal membawa parang telah menyerang pengadu dengan rakan - rakannya.

Mangsa bertindak melarikan diri keseberang jalan dan saspek telah mengejar dan menetak mangsa dihadapan kedai SS SALOON di ALAMAT NO B 79, Jalan Kenari Biru, Taman Kenari Jaya, SUNGAI PETANI.

Butir-butir Pengadu :-

1) Nama : YUSUF bin ABDULLAH
Kpt : RF 74351
Alamat : No 164 Lrg 3 Tmn Sg Lalang 2, BEDONG
Kerja : PDRM

2) Nama : Tan Yang TONG
Kpt : 45102902****
Alamat : no 375 Kg Raja, SG PETANI
Kerja : Peniaga kedai kopi.

Butir-butir Mangsa :-

Nama : Cheng Wai YEE
Kpt : 92080202****
Alamat : 23Lrg Berangan 3/1 Tmn Berangan Indah,

Suspek:

Lebih kurang 7 hingga 8 lelaki India yang tidak dikenali dipercayai dari Kumpulan 35 kawasan belakang hospital.

Tangkapan:

Dua lelaki India telah ditahan berikutan kejadian pergaduhan adalah seperti berikut :-

a) Nama : SUBRAMANIAM a/l THANGAVALU
Kpt : 60121308****
Alamat : No 1689 Lorong Inai 6 Taman Ria Jaya.

b) Nama : ARVIND a/l SUBRAMANIAM
Kpt : 9612210****
Alamat : No 1689 Lorong Inai 6 Taman Ria Jaya

Tangkapan ini dibuat setelah bapa saspek nama SUBRAMANIAM a/l THANGAVALU no Kpt 601213-08-**** yang membuat laporan palsu sebagaimana SG PETANI repot 9124/14 yang menyatakan pada 4 APR 2014 jam 1520 berhampiran Tuisyen Do Re Mi Bakar Sampah SG PETANI telah disamun motosikal No Pendaftaran PKF4778, Jenis Honda C100B warna biru tua yang didaftarkan atas nama LETCHIMEE a/p GOVINDAN, No Kpt : 631211-02-****.

Kenderaan yang dijumpai:

Sebuah Motosilal EX-5 Warna hitam no pendaftaran PKF 47** serta sebilah parang ditinggalkan tidak jauh dari tempat kejadian iaitu di hadapan rumah No.** Taman Mutiara, Jalan Sekerat, 08000, SG PETANI.

Hasil Semakan JPJ:

Semakan dibuat mendapati kenderaan didaftar atas nama LETCHIMEE a/ GOVINDA.

Siasatan:

Setelah siasatan dijalankan oleh pihak Jenayah IPD KUALA MUDA mengenai laporan tersebut SUBRAMANIAM a/l THANGAVALU telah mengaku membuat laporan palsu.

Kecederaan:

- Mangsa mengalami kecederaan parah pada kedua - dua lengan dan pergelangan kaki kanan akibat ditetak dengan senjata tajam.
- Penglibatan kumpulan kongsi gelap.
- Dipercayai kumpulan lelaki india dari kumpulan 35 Belakang Hospital Lama manakala mangsa dan rakan - rakan merupakan dari kumpulan Ang Moi kawasan Bakar Sampah / Batu 2.

Tindakan Polis:

Ekoran kejadian tersebut Ydh Tuan OCPD Kuala Muda telah mengarahkan buat roadblock, MPV buat rondaan dan pantau tempat India dan Cina berkumpul, anggota jenayah dan Balai Sg Petani buat perhatian dan dapatkan maklumat jika terdapat yg mengcurigakan, team URB pantau kwsn Tmn Ria Jaya dan bertindak dgn pantas sekiranya dapat maklumat.

Pihak Cawangan Khas telah menemui keluarga mangsa supaya tidak mengambil tindakan diluar undang2. Selain itu rondaan juga turut dijalankan utk memantau situasi.

** Kes disiasat oleh INSP MOHD AZLI B. YAHAYA - Pegawai penyiasat IPD KUALA MUDA. Kes disiasat dibawah Sek 326/148KK.

Ulasan:

Kejadian ini berlaku secara spontan dimana ketika mangsa dan rakan sedang minum dan makan di dalam kedai tersebut tiba - tiba telah diserang oleh sekumpulan lelaki India dengan mengunakan parang. Rakan mangsa yang lain sempat melarikan diri namun mangsa tidak sempat melarikan diri lalu ditetak dengan parang oleh beberapa orang dari kumpulam lelaki India.

Mangsa telah mendapat kecederaan yang parah pada kedua - dua lengan dan pergelangan kaki kanan akibat ditetak dengan senjata tajam parang dan telah dibawa oleh orang ramai yang kebetulan berada ditempat kejadian


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, April 5, 2014

#PrayForMH370: [ISU POSTER SABOTAJ] DS ROSMAH MAAFKAN SYED SAIFULLAH. SILA HAPUSKAN #RBA !!!


Walaupun disabotaj tahap tak boleh dibendung oleh supporter PR bernama Syed Saifullah yg declare dirinya sbg pejuang siber pembangkang, Red Bean Army (RBA), DS Rosmah tetap tawadduq n sabar, malah siap mendoakan kesejahteraan budak tu. Ternyata keikhlasan n kemuliaan yg ada pada diri DS Rosmah.



Syed Saifullah harus minta maaf...!!!


Friday, April 4, 2014

#SelawatPerdana: GILIRAN PEKAN BALING (KEDAH) BAKAL DIGEMAKAN DENGAN ALUNAN QASIDAH & SELAWAT!!


Seluruh rakyat Malaysia jadi saksi akan impak Selawat Perdana yang baru sahaja berlangsung di Dataran Masjid Putra, Putrajaya pada 21 Mac lepas. Alhamdulillah, walaupun ada pihak yang cuba menghasut, hasilnya hampir setengah juta Umat Islam dari seluruh Malaysia hadir berhimpun untuk sama-sama berqasidah dan berselawat memuji Rasullullah S.A.W!!

PANDANGAN 'SKY VIEW' SEMASA RATUSAN RIBU UMMAH MEMBANJIRI DATARAN MASJID PUTRA, PUTRAJAYA PADA 21 MAC LEPAS

Kini Selawat Perdana akan diadakan di Baling, Kedah pula! Ayuh sama-sama kita hadirkan diri disana. Untuk pengetahuan, ini adalah program selawat kedua yang diadakan di Kedah dalam masa 2 bulan. Sebelum ini adalah program Kedah Berselawat (Mahabbatul Rasul) yang telah diadakan di Stadium Darul Aman pada 8 Februari lepas, dan dihadiri oleh hampir 40,000 orang.

Alhamdulillah....

Program ini dikatakan telah disabotaj oleh 'anasir' yang dengki kerana bimbang akan publisiti MB Mukhriz Mahathir mencanak naik. (Rujuk SINI)
Semua orang tahu akan faedah menghadiri majlis ilmu seperti ini kan? Ternyata banyak input positif yang akan diperoleh, antaranya (dari sudut islamis), Malaikat akan sentiasa berdoa kebaikan keatas diri Hamba Allah yang ke mana-mana majlis ilmu. Selain itu, ia juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi ukhwah sesama kita (Ummat Islam) dan jangan kita lupa bahawa ini adalah SIMBOLIK KEKUATAN kita!


Disana akan diadakan solat hajat untuk insiden Pesawat Malaysia Airlines MH370. Pesanan saya, jangan lepaskan peluang ini agar doa yang dipanjatkan dapat keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lepas.

LIVESTREAM VIDEO WIDGET DARI LAMAN http://selawatperdana.com

FLASHBACK!!
BERIKUT ADALAH FOTO SEKITAR PROGRAM SELAWAT PERDANA BERLANGSUNG DI DATARAN MASJID PUTRA, PUTRAJAYA PADA 21 MAC 2014 LEPAS. 

Memetik semula artikel saya sebelum ini:
#SelawatPerdana: KOLEKSI GAMBAR YANG TIDAK AKAN DISIARKAN OLEH MEDIA PEMBANGKANG!! 
Alhamdulillah, diluar jangkaan! Seramai hampir 650,000++ orang umat Islam telah hadir ke program Selawat Perdana yang diadakan di Dataran Masjid Putra, Putrajaya sebentar tadi.

Ini sekaligus telah berjaya membuktikan bahawa Malaysia mempunyai ukhwah yang kuat! Tahniah! 
 
Berikut adalah gambar yang tidak akan disiarkan oleh media pembangkang, rentetan majlis pelancaran Reformasi 2.0 yang diadakan di Stadium Kajang sebentar tadi dengar khabarnya tidak mendapat sambutan. 
 



KLIK SINI UNTUK LEBIHAN GAMBAR YANG LEBIH MENARIK

Wednesday, April 2, 2014

#PrayForMH370: [UNTOLD STORY] DALANG DISEBALIK MISTERI #MH370 DIDEDAHKAN!!


Ini merujuk kepada penulisan penting oleh Abdul Majdi Hasan, seorang warganegara Malaysia. Dia mengatakan bahawa Amerika adalah dalang disebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Berikut adalah petikan artikelnya yang sedang viral di facebook:

BONGKAR!!! Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder pesawat MH370?? | Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. 
(http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.) 
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. 
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. 
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. 
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga “Iran” dengan pasport curi kemungkinan diantaranya. 
 
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. 
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. 
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. 
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional. 
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil. 
Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. 
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya. 
Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).

#MH370: TRANSKRIP PENUH PILOT DAN MENARA KAWALAN DIDEDAHKAN!! #PrayForMH370


Transkrip penuh komunikasi antara pesawat MH370 dan menara kawalan udara Kuala Lumpur telah dikeluarkan pada Selasa, mendedahkan tiada sesuatu yang ‘luar biasa’.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, transkrip tersebut sudah dikongsi dengan ahli keluarga penumpang.

“Tidak ada tanda sesuatu yang luar biasa di dalam transkrip itu,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan pada Selasa.

Transkrip itu diakhiri dengan komunikasi trafik udara Malaysia yang terlebih dahulu mengucapkan selamat malam kepada MH370 dan mengarahkan juruterbang untuk menghubungi menara kawalan udara di vietnam sebelum memasuki ruang udara negara itu.

Komunikasi akhir dihantar pada pukul 1.19 pagi dari salah seorang juruterbang MH370 yang mengucapkan ‘selamat malam, Malaysia Tiga Tujuh Kosong’.

Pesawat itu hilang dari radar tidak lama selepas itu dan masih belum dijumpai, walaupun Malaysia percaya laluan itu sengaja dialihkan dan terbang berjam-jam lamanya menghala Lautan Hindi, lokasi pesawat itu disahkan berakhir.

Transkrip komunikasi antara pesawat MH370 dengan menara kawalan udara Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu - Mstar



HOT INFO! @tianchua ADALAH SI BANGSAT YANG PATUT DIHALAU KELUAR DARI MALAYSIA!!!


Tian Chua adalah merupakan individu yang patut dihalau keluar dari Malaysia. Kenapa saya kata begini? Ini adalah kerana disebabkan keceluparan yang dimilikinya.


Sejak konflik di Lahad Datu lagi dia sudah lantang bersuara. Menyalahkan UMNO dan menjatuhkan imej negara dimata dunia.


Namun begitu, adakah dia pernah hiraukan sensitiviti dan permohonan maaf oleh pihak tertentu? Jawapannya adala TIDAK.


Begitu juga dengan kritikan dan tohmahan yang diterima, di juga tidak hiraukannya.




Dia juga dilihat tidak menghormati keputusan mahkamah, semua orang tahu bahawa Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara keatas Anwar Ibahim kerana disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.


Dia sudah nekad dan berjanji untuk jatuhkan kerajaan pemerintahan DS Najib Razak dalam 5 bulan dalam tweetnya di halaman Twitter.


Tian Chua juga dikatakan seperti mengetahui rahsia disebalik kehilangan MH370. Rujuk SINI.


Kita sibuk membuat laporan polis dan ternyata ianya sia-sia disebabkan kebodohan kepimpinan UMNO yang sewenangnya mahu selesaikannya diluar mahkamah?

   

Mereka ini pun patut diundurkan tidak lama lagi!! (rujuk artikel saya sebelum ini - SINI)



KENYATAAN MEDIA OLEH S/U AGUNG UMNO (TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR)



Ini adalah salah satu faktor kenapa Tian Chua masih mendabik dada dan bebas menghuru-harakan negara. Kita kena faham akan konsep "BERANI BUAT BERANI TANGGUNG".

Caranya cuma DESAK DAN BONGKAR!! Jika Tian Chua dikenakan tindakan yang sewajarnya, saya percaya, Malaysia akan aman dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia tidak akan terpalit oleh hasutan bangsat ini!!

ADIOS!!

Tuesday, April 1, 2014

PENJAWAT AWAM HINA KERAJAAN: SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN?


Sekarang kita lihat ramai penjawat awam yang menghina PM atau Kerajaan di Media Sosial. Adakah wajar untuk kita salahkan mereka secara total? atau ada bangsat lain yang menyorok disebalik mereka? Siap ada pekeliling baru yang dibuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

Memetik semula petikan dari SUMBER


Kenapa KSN selalu menyalahkan kakitangan sokongan yang terlibat dalam Media Sosial mohon KSN jelaskan

Untuk makluman KSN Tan Sri Ali Hamsa mungkin atas desakan kewangan maka penglibatan diri kedalam kegiatan Media Sosial adalah amat mudah untuk seseorang kakitangan sokongan untuk lakukan bagi menampung kekurangan seisi keluarga dan desakan keperluan.

PENJAWAT AWAM YANG MENGHINA KERAJAAN DALAM FACEBOOK

KSN SILA JELASKAN
  • Kenapa ada sahaja Pekeliling baru dikeluarkan oleh Pegawai Atasan Kakitangan Kerajaan untuk pegawai sokongan yang telah melibatkan diri dalam Media Sosial?? 
  • Kenapa Pegawai Atasan sering sahaja menindas dan menzalimi kakitangan sokongan mencari rezeki lebih dalam kebolehan beliau menggunakan Media Sosial untuk membantu Kerajaan Malaysia serta membantu Perdana Menteri Malaysia sendiri. 
  • Atau ada dikalangan Pegawai Atasan Kakitangan Kerajaan adalah penyokong kuat pembangkang yang tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, 
  • Dan kemungkinan ada juga dikalangan Pegawai Atasan menjadi duri dalam daging memburuk burukan ke pimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan juga menteri menteri Kabinet yang lain. 
  • Dan mungkin ada juga perasaan kecewa wujud pada kakitangan sokongan tersebut setelah berkhidmat lebih dari 14 tahun dan Pegawai Atasan tidak pernah menghargai dan beliau merasakan tidak pernah dihargai oleh Peringkat Atasan dan Peringkat Jabatan akhirnya bosan kerana sering diperkotak katikan oleh Pegawai Atasan. 

PENJAWAT AWAM YANG MENGHINA PERDANA MENTERI

Memandangkan kakitangan sokongan tersebut seperti Kerani tidak disediakan peralatan seperti komputer,meja dan sebagainya, bagaimana pula ada dikalangan kakitangan sokongan hanya berjawatan memandu dengan menggunakan kenderaan, Tetapi pemandu tersebut tidak disediakan kenderaan hampir berbulan bulan dan bagaimana beliau ingin melakukan kerja lebih masa (OT) sedangkan beliau ada tanggungjawab hendak dilakukan.

Dan ini boleh dikatakan Kerajaan Zalim Walaupun penglibatan saya dalam menggunaan Media Sosial ketika ini, saya banyak membantu Kerajaan Malaysia dan banyak membuat kajian sebelum saya menangkis segala tomahan tomahan dan cacian yang sering dibuat oleh orang awam Media Asing terhadap DS Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.

Monday, March 31, 2014

#MH370: RUSSIA DAKWA PESAWAT DIRAMPAS TENTERA LAUT U.S!! #PrayForMH370


Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.


Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.


Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku. - SUMBER

MARI KITA LIHAT SIAPA SEBENARNYA YANG DEDAHKAN AIB @anwaribrahim??


Pembangkang tidak henti-henti menuduh bahawa Barisan Nasional adalah merupakan dalang yang mendedahkan/menfitnah Ketua Pembangkang bahawa dia merupakan seorang peliwat.

Hakikatnya, seperti apa yang didedahkan oleh Saudara Ramesh Rao, Karpal Singh harus bertaubat , dan menceritakan kepada rakyat Malaysia kejadian sebenar mengenai isu yang dikatakan Karpal pada 22 OKT 1997 di Parlimen depan Tun M dan Anwar sendiri. Selepas tu Karpal telah membuat sidang akhbar pada tahun 2009 bahawa ' Anwar Ibrahim harus bertaubat '.

Saksikan video dibawah:


Dengan umur yang sudah berada dihujung-hujung, sebelum mati, Karpal harus ceritakan kepada seluruh rakyat Malaysia kebenaran disebalik "Anwar Ibrahim Harus Bertaubat". 

Tak cukup dengan itu, siapakah yang menggelarkan gelaran Al-Juburi kepada Anwar? Mat Sabu kan?


Berikut adalah video penerangan daripada bekas hakim yang terlibat isu liwat Anwar. Apa-apa pun, saya sebagai blogger yang menuntut kebenaran ingin DESAK Karpal Singh supaya dedahkan cerita yang sebenar!!!

Rujuk juga di SINI

MY SLIDESHARE UPLOAD