Friday, April 4, 2014

#SelawatPerdana: GILIRAN PEKAN BALING (KEDAH) BAKAL DIGEMAKAN DENGAN ALUNAN QASIDAH & SELAWAT!!


Seluruh rakyat Malaysia jadi saksi akan impak Selawat Perdana yang baru sahaja berlangsung di Dataran Masjid Putra, Putrajaya pada 21 Mac lepas. Alhamdulillah, walaupun ada pihak yang cuba menghasut, hasilnya hampir setengah juta Umat Islam dari seluruh Malaysia hadir berhimpun untuk sama-sama berqasidah dan berselawat memuji Rasullullah S.A.W!!

PANDANGAN 'SKY VIEW' SEMASA RATUSAN RIBU UMMAH MEMBANJIRI DATARAN MASJID PUTRA, PUTRAJAYA PADA 21 MAC LEPAS

Kini Selawat Perdana akan diadakan di Baling, Kedah pula! Ayuh sama-sama kita hadirkan diri disana. Untuk pengetahuan, ini adalah program selawat kedua yang diadakan di Kedah dalam masa 2 bulan. Sebelum ini adalah program Kedah Berselawat (Mahabbatul Rasul) yang telah diadakan di Stadium Darul Aman pada 8 Februari lepas, dan dihadiri oleh hampir 40,000 orang.

Alhamdulillah....

Program ini dikatakan telah disabotaj oleh 'anasir' yang dengki kerana bimbang akan publisiti MB Mukhriz Mahathir mencanak naik. (Rujuk SINI)
Semua orang tahu akan faedah menghadiri majlis ilmu seperti ini kan? Ternyata banyak input positif yang akan diperoleh, antaranya (dari sudut islamis), Malaikat akan sentiasa berdoa kebaikan keatas diri Hamba Allah yang ke mana-mana majlis ilmu. Selain itu, ia juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi ukhwah sesama kita (Ummat Islam) dan jangan kita lupa bahawa ini adalah SIMBOLIK KEKUATAN kita!


Disana akan diadakan solat hajat untuk insiden Pesawat Malaysia Airlines MH370. Pesanan saya, jangan lepaskan peluang ini agar doa yang dipanjatkan dapat keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lepas.

LIVESTREAM VIDEO WIDGET DARI LAMAN http://selawatperdana.com

FLASHBACK!!
BERIKUT ADALAH FOTO SEKITAR PROGRAM SELAWAT PERDANA BERLANGSUNG DI DATARAN MASJID PUTRA, PUTRAJAYA PADA 21 MAC 2014 LEPAS. 

Memetik semula artikel saya sebelum ini:
#SelawatPerdana: KOLEKSI GAMBAR YANG TIDAK AKAN DISIARKAN OLEH MEDIA PEMBANGKANG!! 
Alhamdulillah, diluar jangkaan! Seramai hampir 650,000++ orang umat Islam telah hadir ke program Selawat Perdana yang diadakan di Dataran Masjid Putra, Putrajaya sebentar tadi.

Ini sekaligus telah berjaya membuktikan bahawa Malaysia mempunyai ukhwah yang kuat! Tahniah! 
 
Berikut adalah gambar yang tidak akan disiarkan oleh media pembangkang, rentetan majlis pelancaran Reformasi 2.0 yang diadakan di Stadium Kajang sebentar tadi dengar khabarnya tidak mendapat sambutan. 
 



KLIK SINI UNTUK LEBIHAN GAMBAR YANG LEBIH MENARIK

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive