Tuesday, December 3, 2013

#PAU2013: PANAS!! USTAZ KAZIM DEDAHKAN PEMIMPIN PAS GELARNYA 'ANAK BABI'!!

Penceramah Ustaz Kazim Elias yang bertemu Perdana Menteri pada Isnin menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berhubung pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pertemuan sejam dengan Presiden UMNO itu, Ustaz Kazim menyifatkan perbincangannya dengan Najib di menara Parlimen pagi ini mengenai isu pelantikan itu dengan mereka saling bertukar pandangan serta pendapat.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, beliau turut mengumumkan keluar daripada PAS.

Beliau amat kesal dan kecewa kerana pemimpin PAS memburuk-burukkan beliau termasuk dipanggil 'kambing yang akan dimakan serigala' serta 'anak babi'.


Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi' selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO. - BNBBC

#PAU2013: "SAYA BERBANGGA ADA NEGARA ISLAM SEPERTI MALAYSIA" - AHLI POLITIK HAMAS

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal memberikan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Malaysia di atas sokongan kepimpinan UMNO dan kerajaan Malaysia yang secara berterusan memberikan sokongan dan bantuan terhadap rakyat Palestin.

VIDEO:




Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, di atas jemputan khas kepada Hamas untuk bersama-sama di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013.

"Kami berasa amat gembira kerana dapat bersama-sama di dalam perhimpunan Agung UMNO ini. Kami juga mengucapkan tahniah kepada UMNO di atas kemenangan pada pilihanraya umum yang lalu.

"Tahniah juga kepada UMNO,kepimpinan kerajaan serta rakyat Malaysia di atas pencapaian cemerlang yang dicapaikan oleh negara ini dan terima kasih di atas segala bantuan, sokongan dan keprihatinan Malaysia yang tidak pernah putus terhadap rakyat Palestin," ujarnya ketika bercakap kepada pemberita di Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua delegasi Hamas dijemput untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan agung UMNO, di mana sebelum ini pertubuhan tersebut diwakili Ketua Biro Perhubungan Luar Negara Hamas, Usamah Hamdan pada perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Sementara itu, beliau berharap agar hubungan antara UMNO dan Hamas akan berterusan di dalam usaha untuk membantu rakyat di negara tersebut yang kini sedang ditindas oleh regim Zionis.

"Alhamdulilah perhubungan antara UMNO dan Hamas semakin baik dan kehadiran kami di sini adalah sebagai isyarat kepada perhubungan baik di antara dua parti ini.

"Apa yang nyata, hubungan antara Malaysia dan juga rakyat Palestin yang terjalin hari ini merupakan satu perhubungan yang tidak ada galang gantinya,"jelasnya.

Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan perkembangan Malaysia di bawah pemerintahan UMNO sebagai tulang belakangnya, di mana pelbagai pencapaian baik dari sudut politik, ekonomi dan juga teknologi yang semakin berkembang.

"Sebagai seorang muslim, kami berbangga dengan adanya negara Islam seperti Malaysia yang mempunyai pencapaian yang begitu cemerlang dari pelbagai sudut, dan kami benar-benar berharap agar kami dapat belajar dan menimba pengalaman dari Malaysia," jelasnya.

Selain itu, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza bari-baru ini dan berharap agar lawatan seperti itu dapat diteruskan bagi membina hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Palestin.

"InsyaAllah, selepas ini kami akan membawa anda melawat Jurusalem dan Al Quds setelah Palestin berjaya mendapat kemerdekaan dan bebas sepenuhnya daripada jajahan dan taklukan Israel,"akhiri beliau. - UMNO Online

#PAU2013 BERMULA.. SELAMAT BERSIDANG KEPADA 5,726 PERWAKILAN!!!


Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula hari ini dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri.

Perasmian akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 malam ini.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup di Dewan Merdeka, PWTC yang turut dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,726 perwakilan. Sementara itu, Forum Antarabangsa Umno 2013 masuk hari kedua dan terakhir hari ini bermula dengan sesi ketiga pada pukul 9 pagi dengan tajuk 'When PowerIs Might Is There Hope For Global Moderation'.

Sesi itu bakal menampilkan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Ambri Baharuddin sebagai moderator dan menampilkan lima anggota panel iaitu Naib Pengerusi Suruhanjaya Hubungan Luar bagi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Vuong Thua Phong; Pengerusi Parti Golkar dari Indonesia Aburizal Bakrie; Ketua Biro Politik Hamas dari Palestin Khaled Mesha'al; Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Luar, Keadilan dan Pembangunan Parti AK dari Turki Mevlut Cavusoglu; dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Pengerusi forum itu Datuk Dr Norraesah Mohamad dijadual membuat ucapan penggulungan sebelum Muhyiddin menutup forum itu. Seramai 121 wakil daripada 31 parti politik dari 25 negara menyertai forum itu termasuk pergerakan Fatah dan Hamas dari Palestin; Barisan Pembebasan Islam Moro dari Filipina; dan Parti Komunis China. - BERNAMA

Monday, December 2, 2013

#MahasiswaNasional: #PEMANAS BERJAYA SATUKAN IDEOLOGI ANTARA DUA BENUA. @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal


Pada 19 April 2012, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

AUKU Pindaan 2012

Sejak itu, terdapat sedikit pergerseran dan salah faham oleh Mahasiswa IPT tempatan dan luar negara. Namun ianya dapat diselesaikan:


Mahasiswa IPT tempatan.
  • Sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. 
  • Saban tahun, mereka memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN) bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara. 
  • Terdapat segelintir mahasiswa IPT Tempatan merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.
Sejarah baru tercipta dan semuanya telah diselesaikan dengan professional...


Melalui usaha Datuk Razali Ibrahim, selaku Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia dan sokongan tidak berbelah bagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, mahasiswa IPT tempatan tidak lagi perlu merasa terpinggir dan dilayan secara tidak adil kerana telah diadakan Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS). Terbukti ianya berkesan dan UMNO dilihat lebih responsif terhadap kehendak mahasiswa IPT Tempatan.



ULASAN LANJUT DARI Blog Tun Faisal:


Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan.

Satu lagi bukti, bahawa UMNO itu begitu DEMOKRATIK dan begitu INKLUSIF. Ini juga satu bukti bahawa UMNO jujur untuk memartabat golongan mahasiswa dan bukan memperalat golongan mahasiswa seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang (PR)
Tiga wakil mahasiswa dibenar sertai bahas 
BERITA HARIAN: 
Buat julung kalinya, tiga wakil mahasiswa akan diberi peluang berucap membahaskan usul pada Perhimpunan Agung UMNO, tahun ini. 
Dua wakil akan membahaskan usul berkenaan pada perhimpunan sayap pemuda dan puteri, manakala seorang lagi pada perhimpunan agung.


Dato Razali menjadikan perjuangan sekian lama mahasiswa tempatan suatu kenyataan...

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata perkara itu sudah mendapat persetujuan Setiausaha Agung parti dan Ahli Majlis Tertinggi (MT). 
Semua usul ini nanti dikaji, kemudian (tiga) wakil (mahasiswa) itu akan membahaskannya pada mesyuarat berkenaan” Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT UMNO. 
Katanya, satu jawatankuasa kecil akan dibentuk pada peringkat biro itu bagi memilih wakil mahasiswa, selain mengkaji usul sesuai dibawa ke perhimpunan agung dan persidangan sayap. 
“Hari ini (semalam), kita menerima 36 usul daripada mahasiswa menerusi Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS 2013). Ia membabitkan usul ekonomi, politik, pendidikan dan agama. 
Kaji usul: 
“Semua usul ini nanti dikaji, kemudian (tiga) wakil (mahasiswa) yang dipertanggungjawabkan itu akan membahaskannya pada mesyuarat berkenaan (perhimpunan agung, puteri dan pemuda),” katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, hanya seorang wakil mahasiswa diberi peluang membahaskan usul ketika perhimpunan agung iaitu wakil kelab UMNO luar negara. 
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, berkata wakil mahasiswa bertindak sebagai ‘suara pelajar’ dengan mengutarakan hasrat dan keinginan golongan terbabit, sekali gus akan dibawa kepada perhatian kerajaan. 
Katanya, mahasiswa terbabit terdiri daripada setiap wakil institut pengajian tinggi awam yang dipilih oleh jawatankuasa pendidikan parti. 
“Tahun ini, kita bawa satu kelainan bagi mendapatkan usul yang mantap dan mapan, bukan saja yang dihujahkan oleh wakil setiap negeri, malah daripada kalangan mahasiswa juga. Bagaimanapun, jumlah sebenar wakil masih belum dapat diputuskan. 
“Kita mahu perhimpunan kali ini menjadi medium tepat untuk setiap lapisan perwakilan menyampaikan hasrat yang mereka inginkan dalam UMNO tanpa mengetepikan golongan pelajar,”.
Lagi berita dan ulasan menarik mengenai Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 2013 semalam:




AKIBAT DICACI, DICERCA DAN DIHINA.. USTAZ KAZIM ISYTIHAR KELUAR PAS!!

KEMASKINI @ 2200HRS

Pendakwah bebas Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini mengumumkan keputusan keluar daripada Pas kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama.

Beliau berkata fitnah dan tohmahan itu semakin bertubi-tubi apabila beliau ditawarkan tempat sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, meskipun beliau belum menyatakan pendirian mengenai pelantikan itu.

Lebih mengecewakannya ialah beliau anggota Pas tetapi diserang berterusan dengan panggilan tidak sesuai seperti binatang dan munafik selain ada pimpinan parti itu mengatakan beliau umpama kambing yang dimakan serigala, agamawan celaru serta menjadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO.

“Kalau mereka mengatakan saya masih Pas, atau selepas kenyataan ini mereka mengatakan saya telah dipecat, tidak kiralah sama ada saya masih anggota Pas atau telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan saya keluar daripada Pas dan tidak menyokong apa yang telah dibuat fitnah dan kata-kata nista terhadap seorang yang cuba menegakkan Islam melalui bidang dakwah.

“Saya masih sayang kepada Pas yang dahulu yang dibawa oleh arwah Ustaz Fadzil Noor, yang betul-betul memperjuangkan konsep yang sebenarnya tapi saya kecewa dengan Pas sekarang yang apabila dinasihat, ditegur dikatakan barua dan anjing UMNO sedangkan saya adalah anggota Pas dan tidak pernah daftar sebagai anggota UMNO,” katanya.

Ustaz Kazim ditemui selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini berhubung pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut menegaskan keputusan beliau untuk keluar daripada Pas tiada kaitan dengan pertemuan dengan perdana menteri hari ini, sebaliknya memaklumkan bahawa beliau sudah lama bersabar dengan tohmahan dan fitnah terhadap beliau yang turut menjejaskan anggota keluarga yang lain.

“Bertahun-tahun saya sabar dengan finah yang dilemparkan oleh sahabat-sahabat tapi pada dua tiga hari ini, saya rasa kesabaran saya telah sampai kemuncak. Ada yang panggil sebagai babi, anjing, barua. Saya ada mak dan ayah walaupun dah meninggal, kalau masih hidup, macam mana perasaan ibu saya yang anaknya dipanggil babi.

“Adakah ini perjuangan Pas yang cuba memartabatkan Islam dan menyatupadukan Islam tapi kerjanya memfitnah mengata yang bukan-bukan terhadap saya sedangkan mengatakan saya masih ahli mereka. Kemudian ada pula kenyataan, Ustaz dipecat lepas tu memang ada usul tapi belum ada surat pemecatan.

“Jadi bagaimana keadaan begini, hendak mengurus seorang ahli pun dah timbul masalah besar bagaimana nak uruskan sebuah negara,” katanya.

Sementara itu, menjelaskan status pelantikan beliau sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ustaz Kazim berkata beliau menyerahkan semuanya kepada perdana menteri yang juga Presiden UMNO untuk mengumumkan perkara berkenaan.

“Saya berbesar hati tetapi saya serahkan kepada PM untuk buat pengumuman rasmi. Saya rasa beliau lebih berhak untuk buat pengumuman,” katanya.

Ustaz Kazim berkata selepas pertemuan hari ini, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Najib khususnya mengenai peranan yang boleh beliau laksanakan sebagai anggota Majlis Tertinggi.
“Apabila Datuk Seri terangkan kepada saya bagaimana orang agama boleh memainkan peranan dalam UMNO dan agensi lain, saya rasa itu bentuk yang baik dan pihak luar perlu pandang baik, orang jemput kita sebab nak dengar nasihat.
“Penerangan yang diberikan puas hati dan yakin apa yang rakyat perlukan dan saya pun suarakan apa yang rakyat biasa inginkan, dan Datuk Seri dengar dengan sangat terbuka dan ada dua tiga benda yang saya lihat terkesan di hati Datuk Seri, dan saya yakin akan ada perubahan selepas ini,” katanya.

Pada 29 November lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Ustaz Kazim adalah antara sembilan anggota Majlis Tertinggi yang dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 Majlis Tertinggi tambahan yang diputuskan presiden UMNO mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan UMNO.

Ustaz Kazim dipecat sebagai ahli PAS pada 14 Mei 2011...

Jangan kata orang lain malah Ustaz Kazim Elias sendiri hairan dengan sikap PAS yang bersungguh-sungguh mendakwa konon beliau masih ahli PAS.Ini katanya kerana beliau tidak pernah dilayan seperti ahli parti itu di masa dulu.

Penceramah bebas itu juga tidak begitu jelas soal status beliau sebagai ahli parti itu tetapi menggangap masih ahli parti kerana setakat ini tidak pernah terima surat rasmi mengatakan beliau dipecat sebagai ahli.

Ketika jawab soalan dalam sidang akhbar sebelum ceramah beliau di kawasan perumahan PPR di Setapak Sabtu malam,beliau hanya kata dulu ada dengar ura-ura PAS nak pecat beliau.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengesahkan Mohammad Kazim Elias adalah Ahli PAS semenjak beliau mendaftarkan diri pada 17 Julai 1998 dengan Nombor Keahliannya – 0475276 di PAS Kawasan Tambun dan di PAS Cawangan Kampung Manjoi.

Namun setelah menyelak balik laman blog Dewan Ulamak PAS Perak jelas tertera di situ ia telah meluluskan sebulat suara satu usul pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak memecat Ustaz Kazim.

#MahasiswaNasional: APAKAH KELAINAN YANG BERJAYA DIBAWA? KLIK SINI!! @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal


Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini melakar sejarah sendiri apabila buat julung kalinya memberi peluang kepada tiga mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada perhimpunan itu.

"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa. 
"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini hari ini. 
Seterusnya..

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata seorang akan berbahas pada persidangan Pemuda, seorang lagi pada persidangan Puteri dan seorang lagi pada Perhimpunan Agung UMNO.


Razali, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini dan dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada Ahad.

"Malam ini, kita akan putuskan jurucakap dan 'back-up' (mahasiswa) untuk ke persidangan dan perhimpunan itu daripada kalangan mahasiswa yang mengambil bahagian dalam Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 2013 hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penangguhan PEMANAS 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Sebelum ini, hanya seorang wakil mahasiswa dari Kelab UMNO Luar negara diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Persidangan sehari itu dihadiri seramai 150 perwakilan mahasiswa dari dalam dan luar negara dan ia diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga Sabtu.

Pada persidangan berkonsepkan ala Parlimen itu, sebanyak 36 usul diluluskan merangkumi 10 usul ekonomi, 10 politik, sembilan agama dan tujuh pendidikan.

Razali berkata semua usul tersebut akan diagihkan kepada jurucakap yang dipilih untuk dibangkitkan semasa persidangan sayap dan Perhimpunan Agung UMNO.

"Wakil (jurucakap) yang bakal dipilih hanya mampu membangkitkan usul itu, bagaimanapun ia terserah kepada perwakilan untuk menerimanya," katanya.

Razali juga berpuas hati dengan perjalanan persidangan PEMANAS 2013 dan tidak menolak kemungkinan ia akan menjadi acara wajib perhimpunan pada masa depan. - SUMBER

VIDEO:

Temuramah Tun Faisal yang dijemput sebagai moderator antara delegasi persidangan dan pakar bidang berkongsi harapan beliau untuk Persidangan Mahasiswa untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini:


Reaksi Pemerhati:



PERHIMPUNAN AGUNG AUMNO 2013 - SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN!!

Saturday, November 30, 2013

#MahasiswaNasional: CETUSAN IDEA @RazaliIbrahim YANG #MeremajakanUMNO @shaberyc @tunfaisal

“Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa”

Jangan lupa bahawa esok merupakan hari berlangsungnya Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 yang akan diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC. 
Persidangan Mahasiswa Nasional ini adalah usaha Datuk Razali Ibrahim (Pengerusi Biro IPT UMNO) agar dapat membentuk 'bakal pemimpin' yang berkreadibiliti.

PROMO VIDEO PERSIDANGAN MAHASISWA NASIONAL 2013:


ENTRI SEBELUM INI: #MahasiswaNasional: INTIPATI PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA!! SEBARKAN!!

Meremajakan UMNO - Selaras dengan tema yang dibawakan, "Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa". Ruang yang luas diberikan kepada pemimpin mahasiswa untuk bersuara. Ini secara amnya dapat memberikan nafas baru kepada corak politik negara kita. 

RINGKASAN

Berikut adalah serba-serbi ringkasan mengenai Persidangan Mahasiswa Nasional 2013. Diharap dengan ringkasan ini , pembaca lebih memahami apakah output yang bakal diberikannya kepada barisan kepimpinan mahasiswa ini. 
  1. Anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO.
  2. Seramai 75 pemimpin mahasiswa dari universiti di 14 buah negara dan 75 pemimpin mahasiswa dari semua universiti (IPTA Tempatan) akan menyertai persidangan ini.
  3. Diadakan sebagai inisiatif kepada para pemimpin muda berdiskusi atau berbahas untuk membawa usul-usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.


MENGAPA PERSIDANGAN INI MENGGUNAKAN FORMAT ALA PARLIMEN DAN JAWATANKUASA PILIHAN KHAS (SELECT COMMITTEE)?

Format ala Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee) digunakan adalah bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda serta secara tak langsung dapat melatih mereka agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.

  1. Memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;
  2. Mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional
  3. Melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :

i. Politik - “Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”

ii. Ekonomi - “Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”

iii. Agama - “Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”

iv. Pendidikan - “Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”

Friday, November 29, 2013

#MahasiswaNasional: INTIPATI PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA!! SEBARKAN!!


Apakah Persidangan Mahasiswa Nasional? Baca dibawah untuk pendekatan yang lebih jelas.

KENYATAAN AKHBAR BERSAMA


YANG BERHORMAT DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Komunikasi dan Multimedia
merangkap Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara

DAN


YANG BERHORMAT DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri
merangkap Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia


Persidangan Mahasiswa Nasional 2013

Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara.

Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.

Perubahan pendekatan ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat:

a. memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;
b. mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional; dan
c. melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


Dalam persidangan kali ini, peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :

i. Politik
“Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”


ii. Ekonomi
“Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”

iii. Agama
“Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”

iv. Pendidikan
“Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”

VIDEO



Seramai LAPAN (8) orang Pakar Bidang turut dijemput untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman di dalam bidang masing-masing. Mereka adalah:-

i. Politik 
YBhg Datuk Fuad Hassan
(Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas – JASA)
YBhg Datuk Zulkifli Nordin
(Mantan Pemimpin Kanan PKR / Peguam)

ii. Ekonomi 
YBhg Prof Dr Noor Azlan Ghazali
(Timbalan Naib Canselor UKM – Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)
YBhg Dr Zubir Harun
(Pengerusi Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia – AIM)

iii. Agama 
YBhg Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali
(Presiden JATI)
YBhg Dr Fathul Bari Mat Jahaya
(Exco Pemuda UMNO Malaysia)

iv. Pendidikan 
YBhg Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar
(Naib Canselor Universiti Teknologi MARA)
YBhg Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dato’ Haji Dasuki
(Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah – YADIM)


Pada penghujung persidangan ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk:

i. mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk RESOLUSI kepada kepimpinan tertinggi UMNO.

ii. mengenal pasti jurucakap-jurucakap yang berpotensi untuk diketengah di dalam Persidangan Sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2013 .

Thursday, November 28, 2013

KRONISME YANG TERSERLAH!! MB SELANGOR LULUSKAN KENAIKAN GAJI 100%!!! GILA!!


Gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim naik lebih 100 peratus bermula 1 Januari depan, iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250.

Turut menikmati kenaikan mendadak ialah Speaker, iaitu daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750; Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada RM6,109.29 kepada RM20,250 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Usul kenaikan gaji itu yang dibawa Abdul Khalid di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013. Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.

“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.

Beliau ingatkan semua pihak yang terlibat supaya melaksanakan tugas dengan lebih berkesan selepas kenaikan yang melebihi 100 peratus itu.

“Gaji yang kita berikan ini munasabah untuk tugas-tugas dilakukan, terutamanya jika dapat ambil alih industri air Selangor; aset kita jaga melebihi RM20 bilion.

“Jadi jika rakan-rakan tanya kenapa tiada air, maka Adun kena jawab mengenai perkara tersebut bukan lagi salahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) atau sesiapa.

Jadi tanggungjawab itu besar dan pampasan diberi berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan gaji dilaksanakan berpandukan Sarawak, selain gaji yang diberikan kerajaan pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan kenaikan gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000.

Gaji menteri kanan dan Speaker Dun pula naik daripada RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan negeri itu yang bakal dibayar pada awal Januari hadapan.
Abdul Khalid berkata, hasil pendapatan negeri bagi 2013 mencecah RM1,899,018,572 iaitu 16 peratus lebih daripada anggaran hasil.

“Pemberian bonus ini melibatkan peruntukan bonus RM14.8 juta yang bakal dibayar kepada 15,643 kakitangan kerajaan negeri.

“Ini bermakna, bagi tahun 2013, kakitangan negeri mendapat satu setengah bulan bonus termasuk bonus hari raya satu bulan yang telah kita berikan pada hari raya tahun ini,” katanya sebelum menangguhkan persidangan. - SINAR

#PRKampus: [SYIAH] @PenggerakUM BANTAH, PRO-M #UM MASIH SOKONG SECARA DIAM? #TolakPRoM

Berkait dengan entri yang pernah saya terbitkan sebelum ini - PENDEDAHAN 'SILENT MOVEMENT' SYIAH DI MALAYSIA yang mendedahkan tentang 10 target utama Syiah di Malaysia. 

Salah satunya ialah:
Ke-10, Mereka akan merapati Mahasiswa / Mahasiswi Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas.
Target ini sudah berjaya dicapai, dan masih ada sesetengah mahasiswa yang mengagungkan Syiah walaupun telah dijatuhkan hukum HARAM/SESAT oleh Majlis Fatwa.
" Baru-baru ini Universiti Malaya, digemparkan dengan penyebaran risalah mempromosikan ajaran berkenaan dikalangan warga UM. Dan ternyata penyebaran risalah ini telah menimbulkan satu tentangan majoriti dari seluruh warga UM (UM ada pelajar Iran dan penganut Syiah...Sebab tu aku sebut majoriti)" - 1 PELURU
Jika masih ada yang samar-samar tentang ajaran Syiah, boleh rujuk [SINI] atau [SINI] atau tonton video dibawah:

Penjelasan Ilmiah - Bahaya Syiah dan Khawarij

Pesanan Mullah Syiah kepada penganut agama syiah di Malaysia

*Banyak lagi mengenai Syiah boleh ditonton di Channel Youtube BAHAYA SYIAH

Untuk pengetahuan pembaca, Universiti Malaya (UM) adalah yang paling berpengaruh dalam skop ini. Kenapa Pro-M UM masih diam membisu? Tiada seorang pun dari mereka yang bangun atau bersuara. Sedangkan Pro-M ini sangat dikenali dengan keberanian untuk bersuara. 

Agak pelik kerana isu ini tidak berhenti dibicarakan dan terpampang luas di dada-dada akhbar dan laman sesawang. Mungkin tak keterlaluan disini jika saya cakap, Pro-M UM juga adalah salah satu ejen/orang kuat dalam penyebaran Syiah dalam kalangan mahasiswa.



Penggerak Mahasiswa UM telah pun keluarkan kenyataan bahawa akan menentang Syiah. Pro-M pula hanya lihat sahaja ajaran sesat ini bergerak bebas dalam universiti mereka sendiri tanpa ada apa-apa tindakan.

1 PELURU:

#PRKampus: @PenggerakUM Tolak SYIAH, Kenapa Pro-M Universiti Malaya Masih Membisu?

Baru-baru ini Universiti Malaya, digemparkan dengan penyebaran risalah mempromosikan ajaran berkenaan dikalangan warga UM. Dan ternyata penyebaran risalah ini telah menimbulkan satu tentangan majoriti dari seluruh warga UM (UM ada pelajar Iran dan penganut Syiah...Sebab tu aku sebut majoriti).

Maka Ramailah dikalangan mahasiswa mula membicarakan isu Syiah. Dan Alhamdulillah, hasil perkembangan teknologi maklumat, selain usaha berterusan penentang-penentang SYIAH, ternyata ramai dari kalangan mahasiswa UM yang tercerna dengan isu ini dan lantang menolak keras penyebaran agama baru ini di kampus kesayangan mereka.

Malah lebih menarik, buat kali pertamanya, Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya mengeluarkan kenyataan mereka berhubung isu Syiah. Korang boleh baca print screen kat bawah ni:



ctrl+klik untuk paparan penuh
Daripada laman blog PENA MENANG:

ISU SYIAH : PRO-M UM MASIH MEMBISU


kenapa Pro-M tak keluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan? Adakah terlalu susah untuk mengarang atau membina perkataan sehinggakan memakan masa dan akhirnya 'terlupa' dari membuat sebarang kenyataan yang penting ini? Jika tak penting, aku nak bertanya kepada PRO-M, kenapa tak penting? Adakah isu SYIAH ini isu kecil sedangkan ianya melibatkan soal maruah umat ISLAM!!! Tak rasa terhinakah dengan agama yang mengkafirkan para sahabat yang selama ini berkorban jiwa dan raga bagi menyebar luaskan syiar Islam??? Atau kepimpinan Pro-M hari ini sudah semakin BACUL dan TAK BERANI nak menyatakan SUARA SUNNI dari gerakan PRO-M?? Mana pergi Mahasiswa dari Persatuan Mahasiswa Islam UM yang rata-ratanya berpaksikan PRO-M dalam memberikan tekanan kepada PRO-M untuk menyatakan komentar berhubung isu Syiah??? Adakah kesemuanya LEBIH MEMENTINGKAN UNDI DARI RAKAN-RAKAN SYIAH DI UM dari MEMENTINGKAN SOAL MARUAH UMAT ISLAM YANG BERPEGANG ATAS JALAN NABI DAN PARA SAHABAT??? Atau sebenarnya PRO-M hanya mengikut 'TITAH PERINTAH' dari 'ABANG-ABANG' mereka diluar sana?

Ikuti entri lain berkaitan PILIHAN RAYA KAMPUS di [SINI]


Wednesday, November 27, 2013

KUIL: KURANG AJAR!! SIVARASA DIARAH KELUAR DEWAN SEBAB CUBA NAIKKAN SENTIMEN PERKAUMAN!!


Akibat cuba membangkitkan semula isu yang sudahpun dibincangkan pada mesyuarat sebelum ini, Ahli Parlimen PKR Subang, R. Sivarasa terpaksa diarah keluar daripada sidang Dewan Rakyat pada petang Rabu.

Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan itu setelah berkali-kali mengingatkan Sivarasa agar jangan membuang masa Dewan Rakyat dengan mengulang semula isu lama.

Sivarasa diusir keluar Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana berkeras mahu membahaskan isu perobohan kuil di Jalan P.Ramlee di dalam Dewan.

Sebelum itu, Pandikar Amin beberapa kali menegur Sivarasa yang membangkitkan isu kuil Sri Muneswarar Kaliyaman ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014, peringkat Jawatankuasa Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, isu itu sudah dijelaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ketika perbahasan peringkat Dasar dan tindakan Sivarasa membangkitkan semula itu hanya membuang masa perbahasan.

#PRKampus: PENDEDAHAN EKSKLUSIF!! PRO-MENIPU #UM JADIKAN PENGHINA JALUR GEMILANG SEBAGAI SIFU!!!




Pendedahan yang sangat menarik dan amat penting kepada semua mahasiswa mahupun masyarakat di Malaysia, terutamanya remaja. Pengalaman bekas aktivis Pro-Mahasiswa menceritakan kembali bagaimana mereka dididik dan ditransformasi oleh 'Canselor Universiti Bayangan' - Hishamuddin Rais (Penghina Jalur Gemilang - baca SINI)

Penulis blog itu mendedahkan bahawa HR telah mengajar mereka 'kesesatan' untuk memperjuangkan perjuangan berhaluan kiri dengan menjadikan Che Guevara sebagai idola disamping mempertikaikan kewujudan tuhan. (SESAT). 

Baca petikan penuh dibawah..... Hayati betul-betul.. Patutkah ini terjadi lagi selepas ini? Fikir masak-masak sebelum undi calon MPP anda nanti!!

PILIHLAH YANG BAIK DEMI MASA DEPAN YANG BAIK. TOLAK PRO-MAHASISWA!!

Petikan dari laman blog TRUTH VACCINE:

Universiti Malaya merupakan bekas universiti di mana Hishamuddin Rais (HR) pernah belajar sau ketika dahulu. Maka sudah tentulah, HR akan berminat dengan segala gerakan aktivis mahasiswa Universiti Malaya berhaluan kiri. Malah, beliau sendiri akan memupuk gerakan tersebut.

Teringat satu ketika dahulu sewaktu saya dan sahabat terlibat bersama mengikuti 'pengajian' di Universiti Bangsar Utama (UBU) di mana HR melantik dirinya sebagai Canselor universiti khayalan tersebut.

Kursus yang ditawarkan hanyalah satu sahaja; bidang 'kemanusiaan' katanya dan diajar di meja makan warung Lorong Telawi yang kini sudah menjadi Bangsar Village. Waktu kelas pembelajarannya pula adalah bila-bila sahaja kami mahu datang dengan syarat waktu malam. Gaya pembelajarannya pula adalah sangat rawak; topik 'perbincangan' pada malam tersebut akan menjadi subjek pembelajaran. Masing-masing akan melontarkan idea, berdebat tentang idea siapa yang betul dan mengapa dan pada akhirnya jika satu pokok persetujuan tidak dicapai maka masing-masing perlu menghormati idea masing-masing.


Sebagai seorang anak muda yang berjiwa 'rebellious' dan bersifat anti-establishment ketika itu, suasana yang diberikan amat menyeronokkan dan memenuhi kehendak diri.

Suara kami seolah kedengaran walaupun itu hanya ilusi sahaja.

Pada mulanya topik perbincangan hanyalah tentang yang umum; konsep negara, konsep kerajaan, konsep rakyat, konsep raja dan kesalahan yang dilakukan oleh UMNO-BN ketika itu. Tokoh-tokoh seperti Che Guevara sering didengarkan kisahnya dan kami ketika itu amat memujanya. Dan Canselor kami juga sering mendendangkan kisah-kisah 'heroic' Che Guevara tersebut.
Canselor UBU: Hishamuddin Rais

HR juga telah menjadi idola, segala perbuatannya ditiru. Pemikirannya sudah menguasai pemikiran kami. Keseronokan yang disajikan oleh HR sewaktu mengikuti 'kelas' beliau menjadi satu bentuk ketagihan. 

Lama-kelamaan kami pelajar Universiti Bangsar Utama sudah tidak mahu lagi belajar di universiti asal kami, universiti yang sah. Kami sudah mempersoalkan fundamental ilmu dan mengangkat diri kami lebih tinggi daripada institusi itu sendiri. Yang diajarkan oleh pensyarah adalah salah dan tidak betul, tidak hadir ke kelas dipotong markah merupakan tindakan yang salah, berkemeja ke kelas salah dan pelbagai lagi peraturan universiti kami langgar dan tidak lagi ikuti.

Kami sebenarnya telah diracun untuk menjadi jentera penghasut di kalangan mahasiswa dan masyarakat. Menjadi aktivis berhaluan kiri yang membawa ideologi HR. Pelbagai perkara yang dilakukan kononnya atas alasan 'pengajian kemanusiaan' kami.
Sebagai contoh, kami pernah pada bulan Ramadhan di pasar Ramadhan, 5 atau 6 minit lagi sebelum waktu berbuka sudah mula menjamah makanan. Tujuan kami adalah untuk melihat samada masyarakat percaya akan apa yang dilihat ataupun mendapat kepastian dengan menunggu laungan azan. Tanggapan kami tepat apabila orang ramai mula makan apabila melihat kami makan. Sebaik sahaja azan dilaungkan, kami lari daripada tempat tersebut dengan ketawa berdekah-dekah.

Kemudian tiba pada satu waktu dan ketika topik yang dibincangan di 'kelas' UBU kami pada malam itu adalah Tuhan. Pada akhir perbincangan, HR telah berjaya membuktikan dengan hujah beliau kepada kami bahawa Tuhan itu tidak wujud. Dengan ilmu yang kami ada ketika itu, segala hujah kami telah berjaya dipatahkan oleh beliau. Pada malam itu jugalah kami pulang dengan kebingungan. Seminggu saya tidak pergi ke Bangsar kerana memikirkan perkara itu. Memang benar pada era tersebut kami tidak solat, tidak berpuasa, kaki minum dan juga kaki ganja, tetapi apabila dipersoalkan tentang fundamental agama itu sendiri, kami tidak boleh terima.

Dan pada ketika itu jugalah kami mengambil keputusan untuk meninggalkan UBU. Ramai mengambil keputusan untuk meninggalkan UBU dan nama UBU itu akhirnya semakin tenggelam.

Itu kisah 10 tahun yang dahulu.

Lebih kurang 6 tahun yang lepas, saya mulai perasan bahawa rekabentuk banner-banner Pakatan Pembangkang ini mula berubah corak. Daripada rekabentuk yang lama telah berubah rupa menjadi moden dan kontemporari. Dan saya kenal gaya rekabentuk tersebut. Salah seorang kenalan saya di UBU, anak buah kepada HR telah pulang ke Malaysia daripada US. Namanya adalah Fahmi Reza.
Fahmi Reza
UBU diberikan nafas baru dan kini digelar sebagai Radio Bangsar Utama (RBU). RBU kini menjadi sumber penyebaran fahaman Sosialis kepada anak muda. Pada waktu yang sama juga, ikon-ikon mahasiswa yang berhaluan kiri dan lantang berdebat ini tiba-tiba muncul. Nama seperti Adam Adli, Safwan Anang dan lain-lain ini mengingatkan saya tentang penglibatan saya di dalam UBU dahulu. Gaya berpidato, penampilan yang bersahaja dan sekali lagi, gambar-gambar Che Guevara terpampang samada pada poster ataupun baju mereka ini.
Roh UBU telah hidup semula. Namanya sahaja RBU.

Kisah ini menjadi lebih menarik apabila ramai ahli Pro-M di Universiti Malaya terlibat dengan RBU. Saya lihat pula dengan kes-kes yang berlaku di UM sejak tahun 2009 dahulu. Saya tidak pernah percaya bahawa mana-mana mahasiswa baik daripada Aspirasi ataupun PMI (Pada waktu itu saya hanya kenali kumpulan pro-pembangkang itu sebagai PMI) sanggup melakukan perkara sedemikian.

Hanya satu golongan manusia sahaja yang boleh melakukan perkara-perkara ini dan mereka tentunya dilatih oleh HR. HR pernah berkata bahawa kita sedang berperang dan dalam perperangan, apa sahaja boleh dilakukan.


RBU merupakan satu perkumpulan aktivis berhaluan kiri yang ekstrem. Dan paling berdekatan dengan Bangsar hanyalah UM. Kerana itulah UM ini seringkali dijadikan sebagai 'experimental ground' oleh Pro-M sama ada sesuai atau tidak untuk dilaksanakan di universiti lain. Itulah mengapa UM seringkali berlakunya isu-isu yang ekstrem.
Ahmad Shukri bersama Canselor UBU

Bersempena dengan PR Kampus ini, saya yang dahulunya aktivis Mahasiswa masih lagi mengambil tahu perkembangan yang berlaku. Saya lihat bahawa Pro-M di UM tidak lain dan tidak bukan hanyalah boneka sahaja yang digunakan oleh HR dan juga Pembangkang. Mahasiswa Pro-M pula digunakan untuk kepentingan politik HR dan pembangkang. Ramai di antara mahasiswa Pro-M yang mendapat keputusan CGPA yang rendah dan ada antaranya sudah gagal dan dibuang daripada universiti. Ahmad Shukri, presiden SMM dan ahli Pro-M telah berulang kali dibuang universiti kerana gagal mendapat CGPA atas 2.00.

Janganlah membuat keputusan yang salah dengan mengikut serta Pro-M ini. Cukup-cukuplah anak Melayu ini gagal dan dibuang daripada universiti. Jangan hancurkan harapan mak ayah yang mahu kita berjaya di menara gading.
Janganlah jadi seperti saya dahulu.
Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara. 

DATO @mynameisrossa HANGATKAN BAHANG DI PROMO #KonsertDestini!! @YDABDihatiku @aizuddin_MAG @ctnurhaliza11



Semalam, "Promo Konsert Destini" telah berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang menariknya ialah, promo ini diiringi oleh Diva Indonesia, Dato' Rossa dan saya difahamkan dia sanggup membatalkan programnya yang lain kerana mahu datang ke Malaysia untuk sama-sama turun padang bagi menjayakan konsert amal (Konsert Destini) ini.

Promo ini bermula pada jam 5 petang dengan Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa" yang diadakan di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam. Disini, Dato' Rossa berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah Amal Nur Muhammad dan kepada ibu-ibu tunggal yang kesempitan hidup (Rujuk SINI). Kemudian, promo dihangatkan lagi dengan slot di rancangan 'Meletop Astro Ria'. 

Saya difahamkan bahawa Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sempat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan Dato' Rossa di ruangan pejabatnya. Antara individu lain yang turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato' Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), Saudara Faizal Daud.

*Foto sekitar program dan penerangan lengkap mengenai Konsert Destini adalah seperti dibawah.

Jom trendingkan hashtags #KonsertDestini di Timelines Twitter anda!!!


[FOTO] #KonsertDestini: Sambutan Promo @KonsertDestini Bersama Dato' @mynameisrossa Luar Jangkaan!!

1. Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa"

Seperti yang diketahui umum, majlis ini telah diadakan di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam bermula jam 5 petang tadi. Sangat tak disangka, bahawa sambutan yang diterima pihak penganjur diluar jangkaan. Dataran dibanjiri dengan kelibat tetamu yang secara majoritinya daripada warga UiTM Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Kepada yang tidak berkesempatan, anda masih berpeluaang untuk mendapatkan tiket Konsert Destini yang bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan dengan menghubungi 0196704734. Majlis ini ialah bertujuan untuk membuat hebahan dan promosi Konsert Destini disamping bagi mencetuskan momentum aura konsert tersebut.

GAMBAR:





2. CEO YDAB, Dato' Ahmad Aizuddin Keudara Di Rancangan "Meletop Astro Ria" Bersama Rossa, Neelofa dan Nabil.

Sejurus selepas selesai Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa", promosi diteruskan lagi secara intensif dalam rancangan Meletop Astro Ria pada sebelah malam pula. Terima kasih yg tak terhingga buat Dato' Rossa dan Team Pecinta Rossa, tidak lupa juga buat Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) YDAB, Dato' Ahmad Aizuddin Ghazali yang tak kenal erti penat dalam menjayakan Konsert Destini ini.

GAMBAR:


3. Pertemuan Ramah Mesra Antara Naib Canselor UiTM, CEO YDAB dan Presiden GDAB Bersama Dato' Rossa.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sempat meluangkan sedikit masa untuk berbual mesra bersama Rossa dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YDAB Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali serta Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) yang berlangsung di Pejabat Tan Sri VC.


UNTUK LEBIH FOTO MENARIK SILA KE FB PAGE KONSERT DESTINI 2013 DAN INSTAGRAM @ydabdihatiku

Tuesday, November 26, 2013

AKTA BAGI MELINDUNGI DATA PERIBADI (AKTA 709) BAGI TUJUAN KOMERSIAL..

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).


RINGKASAN:

Maklumat peribadi individu yang diproses untuk tujuan tranksaksi komersial kini dilindungi dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Ini bermakna golongan pengguna data seperti sektor perbankan,insurans dan jualan langsung akan lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat peribadi individu kepada pihak luar.

Data peribadi yang dilindungi termasuk nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor passport, maklumat kesihatan, email, gambar, imej rakaman litar tertutup dan maklumat dalam fail peribadi.

Akta 709 mula berkuatkuasa pada 15 November 2013.

ASTRO AWANI

MY SLIDESHARE UPLOAD