Wednesday, November 27, 2013

#PRKampus: PENDEDAHAN EKSKLUSIF!! PRO-MENIPU #UM JADIKAN PENGHINA JALUR GEMILANG SEBAGAI SIFU!!!




Pendedahan yang sangat menarik dan amat penting kepada semua mahasiswa mahupun masyarakat di Malaysia, terutamanya remaja. Pengalaman bekas aktivis Pro-Mahasiswa menceritakan kembali bagaimana mereka dididik dan ditransformasi oleh 'Canselor Universiti Bayangan' - Hishamuddin Rais (Penghina Jalur Gemilang - baca SINI)

Penulis blog itu mendedahkan bahawa HR telah mengajar mereka 'kesesatan' untuk memperjuangkan perjuangan berhaluan kiri dengan menjadikan Che Guevara sebagai idola disamping mempertikaikan kewujudan tuhan. (SESAT). 

Baca petikan penuh dibawah..... Hayati betul-betul.. Patutkah ini terjadi lagi selepas ini? Fikir masak-masak sebelum undi calon MPP anda nanti!!

PILIHLAH YANG BAIK DEMI MASA DEPAN YANG BAIK. TOLAK PRO-MAHASISWA!!

Petikan dari laman blog TRUTH VACCINE:

Universiti Malaya merupakan bekas universiti di mana Hishamuddin Rais (HR) pernah belajar sau ketika dahulu. Maka sudah tentulah, HR akan berminat dengan segala gerakan aktivis mahasiswa Universiti Malaya berhaluan kiri. Malah, beliau sendiri akan memupuk gerakan tersebut.

Teringat satu ketika dahulu sewaktu saya dan sahabat terlibat bersama mengikuti 'pengajian' di Universiti Bangsar Utama (UBU) di mana HR melantik dirinya sebagai Canselor universiti khayalan tersebut.

Kursus yang ditawarkan hanyalah satu sahaja; bidang 'kemanusiaan' katanya dan diajar di meja makan warung Lorong Telawi yang kini sudah menjadi Bangsar Village. Waktu kelas pembelajarannya pula adalah bila-bila sahaja kami mahu datang dengan syarat waktu malam. Gaya pembelajarannya pula adalah sangat rawak; topik 'perbincangan' pada malam tersebut akan menjadi subjek pembelajaran. Masing-masing akan melontarkan idea, berdebat tentang idea siapa yang betul dan mengapa dan pada akhirnya jika satu pokok persetujuan tidak dicapai maka masing-masing perlu menghormati idea masing-masing.


Sebagai seorang anak muda yang berjiwa 'rebellious' dan bersifat anti-establishment ketika itu, suasana yang diberikan amat menyeronokkan dan memenuhi kehendak diri.

Suara kami seolah kedengaran walaupun itu hanya ilusi sahaja.

Pada mulanya topik perbincangan hanyalah tentang yang umum; konsep negara, konsep kerajaan, konsep rakyat, konsep raja dan kesalahan yang dilakukan oleh UMNO-BN ketika itu. Tokoh-tokoh seperti Che Guevara sering didengarkan kisahnya dan kami ketika itu amat memujanya. Dan Canselor kami juga sering mendendangkan kisah-kisah 'heroic' Che Guevara tersebut.
Canselor UBU: Hishamuddin Rais

HR juga telah menjadi idola, segala perbuatannya ditiru. Pemikirannya sudah menguasai pemikiran kami. Keseronokan yang disajikan oleh HR sewaktu mengikuti 'kelas' beliau menjadi satu bentuk ketagihan. 

Lama-kelamaan kami pelajar Universiti Bangsar Utama sudah tidak mahu lagi belajar di universiti asal kami, universiti yang sah. Kami sudah mempersoalkan fundamental ilmu dan mengangkat diri kami lebih tinggi daripada institusi itu sendiri. Yang diajarkan oleh pensyarah adalah salah dan tidak betul, tidak hadir ke kelas dipotong markah merupakan tindakan yang salah, berkemeja ke kelas salah dan pelbagai lagi peraturan universiti kami langgar dan tidak lagi ikuti.

Kami sebenarnya telah diracun untuk menjadi jentera penghasut di kalangan mahasiswa dan masyarakat. Menjadi aktivis berhaluan kiri yang membawa ideologi HR. Pelbagai perkara yang dilakukan kononnya atas alasan 'pengajian kemanusiaan' kami.
Sebagai contoh, kami pernah pada bulan Ramadhan di pasar Ramadhan, 5 atau 6 minit lagi sebelum waktu berbuka sudah mula menjamah makanan. Tujuan kami adalah untuk melihat samada masyarakat percaya akan apa yang dilihat ataupun mendapat kepastian dengan menunggu laungan azan. Tanggapan kami tepat apabila orang ramai mula makan apabila melihat kami makan. Sebaik sahaja azan dilaungkan, kami lari daripada tempat tersebut dengan ketawa berdekah-dekah.

Kemudian tiba pada satu waktu dan ketika topik yang dibincangan di 'kelas' UBU kami pada malam itu adalah Tuhan. Pada akhir perbincangan, HR telah berjaya membuktikan dengan hujah beliau kepada kami bahawa Tuhan itu tidak wujud. Dengan ilmu yang kami ada ketika itu, segala hujah kami telah berjaya dipatahkan oleh beliau. Pada malam itu jugalah kami pulang dengan kebingungan. Seminggu saya tidak pergi ke Bangsar kerana memikirkan perkara itu. Memang benar pada era tersebut kami tidak solat, tidak berpuasa, kaki minum dan juga kaki ganja, tetapi apabila dipersoalkan tentang fundamental agama itu sendiri, kami tidak boleh terima.

Dan pada ketika itu jugalah kami mengambil keputusan untuk meninggalkan UBU. Ramai mengambil keputusan untuk meninggalkan UBU dan nama UBU itu akhirnya semakin tenggelam.

Itu kisah 10 tahun yang dahulu.

Lebih kurang 6 tahun yang lepas, saya mulai perasan bahawa rekabentuk banner-banner Pakatan Pembangkang ini mula berubah corak. Daripada rekabentuk yang lama telah berubah rupa menjadi moden dan kontemporari. Dan saya kenal gaya rekabentuk tersebut. Salah seorang kenalan saya di UBU, anak buah kepada HR telah pulang ke Malaysia daripada US. Namanya adalah Fahmi Reza.
Fahmi Reza
UBU diberikan nafas baru dan kini digelar sebagai Radio Bangsar Utama (RBU). RBU kini menjadi sumber penyebaran fahaman Sosialis kepada anak muda. Pada waktu yang sama juga, ikon-ikon mahasiswa yang berhaluan kiri dan lantang berdebat ini tiba-tiba muncul. Nama seperti Adam Adli, Safwan Anang dan lain-lain ini mengingatkan saya tentang penglibatan saya di dalam UBU dahulu. Gaya berpidato, penampilan yang bersahaja dan sekali lagi, gambar-gambar Che Guevara terpampang samada pada poster ataupun baju mereka ini.
Roh UBU telah hidup semula. Namanya sahaja RBU.

Kisah ini menjadi lebih menarik apabila ramai ahli Pro-M di Universiti Malaya terlibat dengan RBU. Saya lihat pula dengan kes-kes yang berlaku di UM sejak tahun 2009 dahulu. Saya tidak pernah percaya bahawa mana-mana mahasiswa baik daripada Aspirasi ataupun PMI (Pada waktu itu saya hanya kenali kumpulan pro-pembangkang itu sebagai PMI) sanggup melakukan perkara sedemikian.

Hanya satu golongan manusia sahaja yang boleh melakukan perkara-perkara ini dan mereka tentunya dilatih oleh HR. HR pernah berkata bahawa kita sedang berperang dan dalam perperangan, apa sahaja boleh dilakukan.


RBU merupakan satu perkumpulan aktivis berhaluan kiri yang ekstrem. Dan paling berdekatan dengan Bangsar hanyalah UM. Kerana itulah UM ini seringkali dijadikan sebagai 'experimental ground' oleh Pro-M sama ada sesuai atau tidak untuk dilaksanakan di universiti lain. Itulah mengapa UM seringkali berlakunya isu-isu yang ekstrem.
Ahmad Shukri bersama Canselor UBU

Bersempena dengan PR Kampus ini, saya yang dahulunya aktivis Mahasiswa masih lagi mengambil tahu perkembangan yang berlaku. Saya lihat bahawa Pro-M di UM tidak lain dan tidak bukan hanyalah boneka sahaja yang digunakan oleh HR dan juga Pembangkang. Mahasiswa Pro-M pula digunakan untuk kepentingan politik HR dan pembangkang. Ramai di antara mahasiswa Pro-M yang mendapat keputusan CGPA yang rendah dan ada antaranya sudah gagal dan dibuang daripada universiti. Ahmad Shukri, presiden SMM dan ahli Pro-M telah berulang kali dibuang universiti kerana gagal mendapat CGPA atas 2.00.

Janganlah membuat keputusan yang salah dengan mengikut serta Pro-M ini. Cukup-cukuplah anak Melayu ini gagal dan dibuang daripada universiti. Jangan hancurkan harapan mak ayah yang mahu kita berjaya di menara gading.
Janganlah jadi seperti saya dahulu.
Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara. 

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive