Wednesday, June 6, 2012

#Bersih 3.0 : JANGAN RISAU, IANYA BERSESUAIAN DENGAN KEHENDAK SYARIAT..

Majlis Syura Ulama PAS semalam menetapkan fatwa terbaru "agama" PAS apabila mendakwa bahawa demontrasi Bershit 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu sangat bersesuaian dan selari dengan kehendak syari'at.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS itu menegaskan bahawa menyertai demonstrasi Bershit boleh jatuh ke tahap hukum "wajib" bagi umat PAS, kononnya demi menentang "kezaliman dan kemungkaran".

Nik Aziz turut memberikan contoh sebuah hadis Rasulullah SAW mengenai seramai 70 wanita yang datang bertemu Baginda dan mengadu bahawa mereka telah dizalimi apabila dipukul suami mereka.

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW telah mengeluarkan arahan agar suami tidak memukul isteri dan menceritakan kepada para sahabat RA mengenai isteri-isteri yang datang "berdemontrasi" meminta pembelaan.

Itu alasan Majlis Syura Ulama PAS yang dinyatakan oleh Nik Aziz semalam untuk "menghalalkan" tindakan PAS menyertai demonstrasi Bershit, anjuran kafir harbi, Ambiga Sreevenasan.

Himpunan itu TELAH berlangsung pada 28 April lalu dan baru semalam Majlis Syura Ulama PAS mahu bersidang menentukan sama ada ia "halal" atau "haram"?

Setelah Nik Aziz memakai baju Bershit 3.0, memberikan wang rakyat untuk para penyokong PAS berdemonstrasi dan mengganas di Dataran Merdeka, baru mahu jatuhkan hukumnya?

Pelik. Sepatutnya, Majlis Syura Ulama PAS perlu bersidang terlebih dahulu sebelum "menghalalkan" sesuatu fatwa. Kini sudah terbalik caranya?

Persoalannya, sekiranya benar Kerajaan BN itu zalim dan mungkar sekalipun, apakah "halal" di mata PAS untuk menghantar para penganut agamanya mengganas dan mencetus huru-hara sehingga mengganggu keamanan serta ketenteraman rakyat lain?

Apakah demonstrasi merupakan satu-satunya cara yang dianjurkan Islam untuk menentang kezaliman dan kemungkaran pemerintah?

Saya terkenang kembali riwayat-riwayat kisah di zaman Rasulullah SAW di mana kezaliman serta kemungkaran para musyirikin dan kuffar Quraisy ditangani dengan secara diplomasi dan bijaksana oleh Rasulullah SAW.

Di zaman itu, meskipun umat Islam dibunuh, diseksa dan diancam oleh kuasa Quraisy di Makkah, Rasulullah SAW berkali-kali menggunakan uslub berdiplomasi melalui beberapa perjanjian, termasuk dengan kaum Yahudi yang membencinya.

Lebih menarik lagi, Rasulullah SAW hanya menggunakan akhlaknya yang terpuji untuk menundukkan kezaliman dan kemungkaran terhadap Allah SWT oleh kaum-kaum arab di zamannya.

Apakah Nik Aziz fikir dia mencontohi sunnah Rasulullah SAW dengan menghantar "askar-askar merah"nya untuk mengganas, menyerang pihak polis, memaki hamun, mencarut dan sebagainya terhadap pihak berkuasa?

Mengenai hadis Baginda SAW tentang 70 isteri yang mendakwa dizalimi suami mereka, apakah wanita-wanita itu benar-benar "berdemonstrasi" seperti yang dilakukan oleh pengganas-penganas Bershit?

Apakah isteri-isteri itu datang mengganas menzahirkan protes mereka di depan Rasulullah SAW, mengeji dan menghina suami mereka, membaling batu dan besi, menterbalikkan unta atau keldai tunggangan suami mereka?

Jika tidak, apakah wanita-wanita yang datang mengadu kepada Rasulullah SAW itu wajar disifatkan sebagai "berdemonstrasi" atau lebih sesuai untuk menyifatkan mereka sebagai "mengadu" sahaja?

Padanlah Majlis Syura Ulama PAS semakin tidak dihormati oleh umat Islam di negara ini, lebih-lebih lagi Nik Aziz dikatakan menggunakan "kuasa veto"nya untuk memaksa jawatankuasanya mengiyakan "fatwa" politiknya yang menyesatkan!

http://www.mykmu.net/?p=20174


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive