Thursday, January 9, 2014

#KalimahAllah: PEMUDA UMNO TETAP PERTAHANKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH!!


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh YB KJ dan Naibnya, AzwanBro menyelar dan menentang sekeras-kerasnya penggunaan Kalimah Allah pada kitab Bible atau di gereja.

Sudah jelas dengan apa yang diputuskan oleh pihak mahkamah bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan pada lain-lain agama selain Islam.

Pengarang The Herald, Father Lawrence Andrew seolah-olah mencabar institusi raja dan kehakiman negara. Seperti sebelum ini, Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar juga ada memberi kata dua kepadanya, jika Lawrence masih membisu, suatu himpunan gergasi melayu bakal diadakan untuk bantahan.

Naib Ketua Pemuda UMNO telah tegaskan bahawa PREMIS ASAS KENEGARAAN IALAH MENGHORMATI UNDANG-UNDANG. Dibawah:


“Kalau ada mana-mana pihak yang melanggar keputusan mahkamah dan melanggar undang-undang yang telah diputuskan ini bermakna mereka tidak menghormati keputusan mahkamah dan undang-undang negara.

“Kita minta isu ini jangan diputarkan belit lagi, kalau mahkamah dah putuskan tidak boleh maka kita perlu hormati keputusan itu.

“Jadi sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang ini boleh diambil tindakan, ini jelas, ini premis asas kenegaraan iaitu menghormati undang-undang,” katanya.


SELANJUTNYA

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive