Berikut adalah video yang membuktikan Anwar Ibrahim memberikan isyarat supaya peserta bersih merempuh benteng polis. Polis mula bertindak selepas peserta bertindak agresif dan mula melakukan provokasi. Sejak dari malam 27 april lagi polis tidak memberi apa-apa tindakan walaupun peserta mula memberikan respon awal provokasi.
TAPI KENAPA??
Sebab tindak-tanduk peserta bersih masih boleh dikawal dan masih tiada pertumpahan darah berlaku.
KENAPA POLIS MULA BERTINDAK GANAS??
Simple jer benda ni.. Cuma peserta bersih je yang buat benda ni jadi kompleks. Seperti apa yang kita tahu, polis takkan bertindak jika peserta tidak bertindak dahulu. Contohnya seperti kes tembak-menembak. Polis tidak boleh menembak pesalah sekiranya pesalah itu tidak mempunyai senjata atau melepaskan das tembakan dulu. Satu lagi, kita perlu faham bahawa polis itu juga manusia biasa yang mempunyai perasaan dan kesabaran.
APA KESAN POLIS BERTINDAK GANAS??
Kita boleh klasifikasikan kepada dua. Kesan positif dan kesan negatif.
Kesan positif - Polis dapat hentikan pemberontakan peserta dalam masa yang singkat. Dapat memastikan peserta yang bertindak agresif ini tidak melampau-lampau.
Kesan negatif - Dapat melahirkan prasangka buruk yang boleh memburukkan imej PDRM.
INIKAH KEGANASAN POLIS YANG DIMAKSUDKAN??
APA KITA PERLU BUAT??
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu ingat satu perkara!!! Tudas polis ialah menjaga keamanan negara. Cuba anda bayangkan jika tiada seorang pun polis bertugas ketika 28 April lepas?? Agaknya apa dah jadi pada negara kita?? Sedangkan masa polis ada pun mereka boleh buat macam-macam, lagikan masa polis takdak...
Aku taknak cakap panjang, ini juga adalah sebab utama mengapa kerajaan malaysia menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Kita sama-sama ada otak, ada akal, fikirlah dengan waras. Jangan hanya jadi hero yang berotak kosong. Malulah kalau godfather tengok.
So, Look what you've done.....
No comments:
Post a Comment