Sunday, April 15, 2012

EKSLUSIF!! Pelajar #UiTM Shah Alam Buat Demonstrasi Bantah PTPTN?? #demoPTPTN


Tadi sebuah demo diadakan di UiTM Shah Alam? Berani ker mahasewel masuk UiTM? Hehehe... Dengar citer, mahasewel yang tak kenang budi tu masih lagi buat demonstrasi di Dataran Merdeka petang ni? Siap sanggup tidur kat sana lagi.. Apa nak jadi la dengan diorang ni.. Memalukan kaum mahasiswa je.. Gila publisiti la tu... FAILED la diorang ni!


Exercise dulu sebelum 'bertindak'.. 1,2,3... :P
Apa beza ASPIRASI MAHASISWA DAN MAHASEWEL? Salah satu point utamanya ialah ASPIRASI MAHASIWA TOLAK DEMONSTRASI!! 


Buktinya ialah... Masa mahasewel tengah seronok berdemo, tetapi ASPIRASI MAHASISWA buat ini :


Pagi tadi, sebuah Majlis Perasmian dan Penutup Aman Kampus telah diadakan di Padang Kawad, UiTM Shah Alam.. Majlis ini amat berbeza dan unik kerana ianya menggabungkan pelajar-pelajar daripada tiga kampus induk UiTM (Kampus Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana) dan peserta-peserta Aman Kampus.. Jumlah keseluruhan yang hadir ialah dalam anggaran 2,000 orang.. Yang terbaiknya ialah mereka telah berjaya mencipta satu rekod baru dalam arena pendidikan institusi tinggi di Malaysia ini. Sebuah ikatan (Ikatan Ukhwah Aman Kampus) sepanjang lebih kurang 4KM mengelilingi kolej-kolej UiTM Shah Alam telah berjaya disempurnakan oleh mereka!! Ini ialah satu ikatan manusia terpanjang yang pernah dihasilkan... 99.9% lagi nak masuk MALAYSIA BOOK OF RECORD beb!! Nasib baik lah kuota pelajar yang hadir tak memenuhi syarat.. Takpa lah.. At least diorang dapat belajar erti kerjasama dan bersatu padu sesama manusia.. Memang terbaekkkk lahhh!! Jom layan gambar dulu... 

Mereka mula bergerak untuk 'mengikat'..
Mahasewel bawa sepanduk bahasa kesat, tapi Aspirasi Mahasiswa kibarkan jalur gemilang.. 

''Dengan kerjasama yang kukuh, ikatan akan jadi kuat dan kental. Alah bisa tegal biasa''

Nak tahu lagi mendalam? Jom baca artikel ni pulak..
DOUBLE-YMahasiswa #AmanKampus & #UiTM Shah Alam Cipta Rekod 'Ikatan' Manusia Teramai 
'Ikatan' manusia teramai tercipta hari ini di UiTM Shah Alam apabila hampir 2,000 mahasiswa/i UiTM dan mahasiswa Jelajah Aman Kampus berjaya membentuk 'ikatan' manusia sepanjang 3 kilometer mengelilingi beberapa kolej dalam kampus UiTM Shah Alam.
Kumpulan mahasiswa ini berpimpinan tangan di antara satu sama lain membentuk satu bulatan yang besar bermula di Padang Kawad Stadium UiTM seterusnya mengelilingi beberapa kolej kediaman dalam kampus berkenaan. Selanjutnya di [SINI]




Dalam masa 2 jam dari sekarang, gua nak update video Demo Bantah PTPTN (14/4/2012) Part II  pulak.. Jom layan yang Part I punya dulu...




No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive