Sunday, February 3, 2013

[VIDEO] : MELETOP!! RAKYAT TUNTUT TANAH YANG TERGADAI!! #TukarKelantan !!


Inilah nasib yang menimpa rakyat Kelantan setelah pertaruhkan kepercayaan selama 23 tahun kepada PAS dengan harapan dapat memperoleh balasan yang diharapkan. TETAPI sungguh tak sangka PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan kebajikan sanggup menggadaikan tanah milik bumiputera kepada syarikat milik DAP Perak. Memang betul apa yang tertulis pada banner yang dipegang oleh penduduk yang teraniaya (gambar) diatas :

NIK AZIZ PATUT DIHUKUM!!

Dipetik dari laman Blog TUKAR KELATE! :

GEMPAR! 2,000 Mangsa Kezaliman Kerajaan PAS, Atur Langkah #TukarKelantan #PRU13

Tiada lagi tanah di Kelantan milik Allah SWT dan milik rakyat... 
Tiada lagi tanah di Kelantan boleh diterokai oleh rakyat Kelantan kerana ia adalah milik kekal Allah SWT... 
Yang tinggal hanyalah tanah milik DAP, yang tinggal hanyalah janji-janji manis kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz... 
Kerana tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan akibat tanah yang diterokai diambil dan diberikan kepada tauke-tauke cina.. 
Kini mereka mula mengatur langkah... 
Langkah untuk mendapatkan sebuah keadilan... 
Langkah untuk mendapatkan hak yang diusahakan... 
Langkah untuk menumbangkan sebuah kerajaan PAS di Kelantan... 
TUKAR Kelantan PRU13!!! 
Untuk artikel penuh klik [SINI]

Saturday, February 2, 2013

#JelajahAnakMalaysia Cipta Sejarah Bantu Rakyat Palestin!! #PrayForGaza


Jarang sekali kita dengar anak-anak muda sanggup meredah ke setiap pelusuk negeri untuk mengusung tabung untuk mendapatkan dana supaya dapat disalurkan kepada pihak yang perlu kan? Tak macam puak-puak manusia yang digelar 'mahasewel' tu.. Cuma tahu berdemo, minta 'khidmat' percuma dan merosakkan harta benda awam je. 

Tapi Program Jelajah Anak Malaysia sangat berbeza dan telah mencipta satu sejarah baru untuk anak muda disamping dapat memulihkan imej mahasiswa yang semakin calar dimata dunia. mungkin ramai akan mengatakan ianya adalah program politik kerana mahu mengaut undi daripada golongan muda. ternyata ini semua salah.

Apa-apa pun jom kita baca apa yang berlaku sepanjang Jelajah Anak Malaysia yang diadakan di Perak semalam.


MYMAHASISWA :
Di Teluk Intan, konvoi tiba pada jam 12.00 pm dan disambut oleh masyarakat Teluk Intan yang diketuai oleh Tn. Haji Ayub Mohamad,Timbalan Presiden Mimbar Permuafakatan IbuBapa (MAPIM) Kebangsaan.NGO ini bertanggungjawab menguruskan pergerakan jelajah kami di Teluk Intan. 
Selesai solat Jumaat,para peserta bergerak ke sekitar Menara Condong dan Giant, Teluk Intan bagi menjalankan soal selidik bertemakan Suara Rakyat untuk mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan program Transformasi Negara yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri.Alhamdulillah,penduduk disini memberikan kerjasama yang baik. 
Pada sebelah petang,para peserta menjalankan aktiviti #KAM1PRIHATIN dengan menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan serta mengecat balai raya & surau Taufiqiah, Kg Padang Tembak.Menurut pengerusi Jelajah,saudara Shahar Abdullah aktiviti ini diadakan bagi merapatkan hubungan antara peserta jelajah dengan masyarakat setempat.Ya saya akui ianya benar.Walaupun sumbangan yang diberikan kami tidaklah seberapa namun masyarakat Kg Padang Tembak amat gembira dengan kehadiran kami. 
Seterusnya, para peserta bersama masyarakat Teluk Intan mengadakan aktiviti mesra rakyat iaitu beriadah bersama dibawah tema Sukan Rakyat.Aktiviti ini melibatkan perlawanan futsal bagi peserta perempuan dan pertandingan bola sepak bagi peserta lelaki yang mana masing-masing akan berlawan dengan kumpulan pilihan dari kawasan Teluk Intan. Perlawanan ysengit ini berpihak kepada tuan rumah dengan kemenangan 4-1 ke atas pemain dari Jelajah Anak Malaysia. 
Dalam pada itu, kumpulan Suara iaitu busker yang mengikuti jelajah kami turut mengadakan persembahan terbuka di Medan Selera Teluk Intan. Persembahan ini telah menarik minat masyarakat Teluk Intan dengan kepelbagaian lagu yang disampaikan untuk menghiburkan masyarakat setempat. Selain itu, tabung 'Save GAZA' juga berjalan untuk mengutip sejumlah wang sumbangan ikhlas dari masyarakat Teluk Intan di atas keprihatinan mereka terhadap nasib rakyat di GAZA.Apa yang menariknya buskers ini akan mengikuti jelajah ini sehingga tamat jelajah fasa 1 ini. 
Untuk artikel penuh sila klik [SINI]
 P/S : Semoga usaha peserta Jelajah Anak Malaysia diberkati.

#RCISabah : Mahfuz Dan Malaysiakini Kantoi!! JPN Sahkan Mereka Menipu!!


Sebelum ni tak mahu mengaku sangat, sekarang JPN sendiri yang kantoikan korang sendiri. Dah lah menipu tak pandai.. Ops.. Lupa pula, YB Mahfuz kan belajar sampai PMR je. 

Dedahan: 

#RCISabah - JPN buktikan Mahfuz, Malaysiakini kantoi menipu? #PenipuRakyat

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah mendedahkan terdapat 5 keraguan pada surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan oleh JPN berhubung pelupusan kad pengenalan yang tidak dituntut. 5 perkara yang diragui itu adalah:

1) letterhead menggunakan alamat Bahagian Pengurusan IT & komunikasi,

2) tajuk nombor rujukan yg dguna JPN.MK.(S) pada surat tersebut bukan nombor rujukan arahan Jabatan,

3) arahan Jabatan Bil.14/2012 juga didapati tidak wujud. Arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah Arahan Bil.10/2012 iaitu brkenaan 'Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007,

4) Arahan Jabatan sebagaimana yg didakwa juga tak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada sbarang catatan b.p dan,

5) cetakn nama kementerian pada kaki surat merujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Dlm Negeri.
- Tun Faisal

MY SLIDESHARE UPLOAD