Wednesday, February 27, 2013

Kenapa Kita Tak Perlu Kekalkan PAS Di Kelantan? Ini Jawapannya!! #TukarKelantan


Selepas sticker T (TUKAR) secara bertalu-talu diedarkan di Kelantan. Disebabkan rasa tercabar, sekarang ni sticker K (KEKAL) pula diedarkan. Takut atau mahu sabotaj?


Tapi kita tak perlu risau kerana ada kita 12 sebab teras kenapa kita tak perlu KEKAL PAS di Kelantan :
  • 1. Kenapa perlu KEKAL jika tadbir urus negeri tak mampu jana pendapatan?
  • 2. Kenapa perlu KEKAL jika kerajaan negeri bg 4 ribu hektar tanah ke DAP?
  • 3. Kenapa perlu KEKAL jika janji nak buat stadium tak mampu laksanakan?
  • 4. Kenapa perlu KEKAL jika lebuhraya Rakyat hanya tinggal batu asas?
  • 5. Kenapa perlu KEKAL jika Bandar Perikanan di Tok Bali tidak dpt dilaksanakan?
  • 6. Kenapa perlu KEKAL jika Projek Agro Tourism Pergau tinggal janji?
  • 7. Kenapa perlu KEKAL jika Bandar baru pengkalan kubur tinggal Janji?
  • 8. Kenapa perlu KEKAL jika projek Industri Petrokimia di Pantai Senok hanya kertas kerja?
  • 9. Kenapa perlu KEKAL jika air di Kelantan tidak bersih untuk rakyat?
  • 10. Kenapa perlu KEKAL jika peluang pekerjaan untuk orang muda tidak ada?
  • 11. Kenapa perlu KEKAL jika ramai orang miskin di kelantan kerajaan negeri tidak mampu nak bantu?
  • 12. Kenapa perlu KEKAL jika ramai Mahasiswa Kelantan bekerja di luar?
banyak lagi la nak senarai, jika ini hanya tinggal janji, Rakyat Kelantan tidak Perlu KEKAL kan pentadbiran negeri Kelantan sekarang. Rakyat perlukan perubahan bukan perlukan janji kosong. Rakyat Kelantan perlukan Pentadbiran yang hendak buat kerja bukan yang tahu kutuk pemimpin lain. Diharapkan rakyat Kelantan memilih pemimpin yang mampu bantu dan khidmat untuk rakyat bukan yang tahu mendoakan keburukan kepada orang lain.

#TukarKelantan : PAS Hanya Pandai Berjanji, Tapi BN Tunaikan. Tapi BN dikatakan Kejam Kenapa?


Sudah menjadi tradisi Pakatan Rakyat iaitu hanya pandai berjanji, tapi tak tunaikan. Dalam masa yang terdesak, mereka akan cuba cipta isu baru untuk bina jalan singkat untuk BN tunaikan. 

Meh baca bawah ni : 

Dari blog TUKAR KELATE 

Rakyat Kelantan pastinya tidak lupa akan janji-janji PAS untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau dan juga membina sebuah lebuhraya tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang diberi nama Lebuhraya Rakyat.





Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.

Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.

Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.

Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh. 


Asas Kuasa Politik Mahasiswa Adalah Pemansuhan AUKU : @tunfaisal


Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar. - SINAR

MY SLIDESHARE UPLOAD