Monday, March 17, 2014

#PrayForMH370: MISTERI KEHILANGAN #MH370 ADALAH HADIAH ULANGTAHUN KE-10 PEMBEBASAN ANWAR DARI PENJARA?


Berkait dengan artikel sebelum ini - [klik SINI]


Nampaknya ramai yang membaca analisa (disini). Kajian saya mendapati, sebenarnya beberapa NGO dari Amerika Syarikat dan negara-negara barat sudah mula bertapak secara perlahan-lahan di Malaysia sejak awal 1970 lagi, tetapi di negara-negara jiran ianya lebih awal sedikit.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) agaknya sudah terlupa untuk menyambut ulang tahun yang ke-10 (2004-2014) pembebasan DS Anwar Ibrahim (Anwar) dari penjara Sg. Buloh.

Oleh kerana saya amat meminati mengkaji pemikiran tokoh-tokoh politik era awal 1900an seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman, Lee Kuan Yew, Sukarno, Mahatma Ghandi, Jawaharlal Nehru, Mao Ze Dong termasuklah Anwar Ibrahim.


Saya yakin ramai ahli-ahli PKR sendiri hatta Rafizi belum membaca buku kompilasi ucapan Anwar bertajuk "Menangani Perubahan" (1985) dan "Asia Renaissance" (1995). Saya juga yakin tidak semua orang PKR tahu bahawa Anwar semasa awal 1970 pernah dilatih di negara jiran.

November, 1998 - Al-Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia memberi sokongan terbuka kepada DS Anwar Ibrahim (Anwar), sebenarnya selepas diminta oleh pihak Wall Street dan IMF. Ketika itu, Paul Schiff adalah Presiden Wall Street dan suami kepada anak Al-Gore. Beliau adalah keturunan Jacob Schiff orang penting dalam Revolusi Bolshevik. Manakala Michael Camdessus adalah Pengerusi IMF.

8.8.2000 - Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan.

11.8.2001 - Anwar menulis dalam penjara Sg. Buloh dan mengeluarkan kecaman ke atas Mohd. Atta dan Osama ben Laden serta Saddam Hussien dalam majalah Time dan International Herald Tribune, New York. Kecaman Anwar sangat mengejutkan dunia Islam ketika itu.

2.9.2004 - Anwar dibebaskan daripada penjara Sg. Buloh.


Oktober, 2004 - Pertemuan penting dengan Paul Wolfowitz di Jerman, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Gus Dur turut hadir.
2005 - Apabila Anwar berhijrah ke United Kingdom, Anwar dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Investment Management Group (IMG) yang dipengerusikan oleh Al-Gore.
George Soros pula melobi Anwar sebagai pensyarah pelawat di St Anthony's College di United Kingdom. Christopher Patten adalah Pengerusi St. Anthony's College dan beliau adalah kroni George Soros.
Soros juga turut melobi perlantikan Anwar sebagai Ahli Jawatakuasa ICG (International Crisis Group) sebuah NGO yang mendapat suntikan kewangan dari Soros.

2006 - NGO Foundation For The Future (FFF) yang diketuai oleh Dick Cheney dan anak peremuannya Liz adalah bertujuan mempromosi Regime Change di negara-negara Asia Tenggara. Wikileaks mendedahkan Anwar memohon bantuan dana dari NGO Amerika kononnya untuk perubahan di Malaysia.

Julai, 2006 - Anwar dilantik Pengerusi FFF, apabila kontraknya sebagai konsultan di bahagian governance and accountability, Bank Dunia tamat.

GAMBAR ANWAR DIGANTUNG DI DALAM PEJABAT ANWAR DI AMERIKA???

1.10.2006 - Sebagai Pengerusi FFF, Anwar menulis surat kepada Robin Cleveland supaya Shaha Ali Riza dipindahkan dari Bank Dunia ke FFF. Riza dikenali dengan cerita skandal dengan Paul Wolfowitz.

15.12.2006 - Melalui NGO AccountAbility, Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Kehormat memohon bantuan dana daripada Soros Fund Management.

2007 - Anwar Ibrahim & Associate (AIA) memohon bantuan National Endovment For Democry (NED) melalui Presiden NED Carl Geshman. Manakala Pengerusi NED, Madeline Albgriht melantik Anwar sebagai Panel Pemikir NED dan CFR (Council on Foriegn Relations). James Wolfonson pula melantik Anwar sebagai Penasihat Antarabangsa, Institut Brookings.

7.8.2008 - Anwar didakwa di Mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari yang difailkan sendiri oleh bekas pembantunya itu.

1.9.2009 - Pak Lah meletak jawatan dan Anwar menjangka Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan bila-bila masa.

25.9.2009 - Anwar bertemu Richrad Haass di New York. Richard Haas adalah Pengarah Perancangan Dasar Luar Negara yang turut bertanggungjawab menasihati Presiden Amerika menyerang Iraq.


2010 : ANWAR IBRAHIM MAY WELL BECOME PRIME MINISTER

2010 - Di New York, Anwar diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Kempen "mengkehadapankan" Anwar sebagai Perdana Menteri diperbesarkan di New York dan Washigton DC.

2011 - Anwar dalam satu majlis di University College of London mewakili Al-Gore (Al-Gore Foundation) sebuah foundation yang sangat-sangat pro-Israel.

9.1.2012 - Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat. Namun Mohd. Saiful Bukhari mengemukakan rayuan.

24.1.2012 - "I support all efforts to protect the security of Israeli " (TWSJ)

5.5.2013 - Anwar dan PR tewas dalam PRU13. Anwar menyalahkan kerajaan Malaysia dengan tuduhan pengundi Bangladesh dan isu Dakwat Kekal.

28 Januari, 2014 - ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab dan Anwar Ibrahim bercadang memenangi PRK Kajang untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sebuah jawatan Ekskutif tertinggi peringkat negeri.

28 Februari, 2014 - Anwar berusaha membatalkan pemilihan Peguam Kanan TS Shafee Abdulah kali ke-3 tetapi gagal.

7 Mac 2014 - Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes sodomi-II. Anwar Ibrahim memohon rayuan.

8 Mac 2014 - Tidak sampai 24 jam, tiba-tiba berita yang amat mengejutkan MH 370 dilaporkan hilang.

PERSOALAN BESAR:
  • 1. NGO-NGO di Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak dana, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004-2014.
  • 2. Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan NGO-NGO di Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja-penaja itu selepas Anwar gagal menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 dan selepas PRU13 pada tahun lepas?
  • 3. Kini dengan keputusan 3 panel Hakim yang memutuskan sebulat suara Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, apakah Anwar hanya akan berdiam diri dan merelakan dirinya memasuki penjara lagi?
  • 4. Secara peribadi saya ingin ulangi seruan saya sebelum ini, bahawa, “marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati melawan kejahatan, kerana dengan izin Allah SWT, kejahatan itu akan tewas”. Insyaalah penumpang MH370 mudah-mudahan semuanya akan selamat. Yakinlah dengan Malaysia!
Sumber: AIDC

Sunday, March 16, 2014

#PrayForMH370: APAKAH RAHSIA DISEBALIK NOMBOR 3,7 DAN 0 ??? #MH370


Ini adalah sesuatu yang sengaja saya mahu kongsikan. Bukan untuk dipercayai hidup-hidup. Tapi hanya sebagai bahan untuk tambah pengetahuan.

Semasa saya sedang 'google' berita terkini tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370. Saya terjumpa pautan yang agak menarik ini, kerana setelah dibaca, banyak juga yang relevan dengan insiden yang berlaku.


CREATIVE NUMEROLOGY

In the case of Flight 370, the dominant numbers are 3 and 7. To begin with, March is the 3rd month of this 7 global year (2+0+1+4=7). And this event occurred on the 7th day of the 3rd month.

As mentioned in my recent article “2014 – YEAR OF THE MIND”, there is always something “strange” and unfamiliar about the 7 vibration. The numerology involved here does indeed reflect the typical ‘weirdness’ and complexity of 7.

The type of aircraft involved is a Boeing 777-200ER. (Even the extension 200ER adds up to 7). En route from Kuala Lumpur to Beijing, flight 370 disappeared off the radar in Vietnamese air space on 7 March, 2014. This date breaks down to 7/3/7. (Or 3/7/7 in the USA.) The trip from Kuala Lumpur to Beijing is 3,700 kilometers. Malaysia Airlines started its operations on October 1, 1972, which breaks down to 1/1/1 =3. (Therefore, 3, made up of 1+1+1), is this company’s Destiny Path Number).

7 represents the inner details – hidden aspects – the inner workings – secrets – conspiracies – mysteries. 7 studies and analyzes the facts, and is also the number most associated with planning and orchestration. 7 thrives on knowledge – intelligence.

3 represents outer appearances which can be very deceiving. 3 is the ultimate ‘illusion’ number, and represents all forms of art and communication. 3 often over-simplifies in order to avoid having to deal with complexity and detail. So, when it comes to understanding this case, there is a constant pushing and pulling of information.

When 3 and 7 combine, understanding often gets thrown off in a new direction whether it is based on truth or not. 3+7 = 10 – the number which brings situations, for better or worse, to a ‘new level’.

Ironically, truth-seeking 7 is often used to hide the truth. 7 both deepens the mystery and intrigue – and exposes aspects that have been covered up. Consequently, 7 is associated with speculation, conspiracy, conspiracy theories, secrets, spying, scandals, and downfalls. 3, in its shallowest form, is associated with distraction, gossip, hearsay, and the spreading of rumor.

These are perplexing numbers indeed because, whether by chance or on purpose, they tend to obscure the reality of the matter – and other matters simultaneously going on in the world. It’s all connected.

#PRKKajang: GUAN ENG KATA WAN AZIZAH SOLEHAH SEBAB DIA LEBIH CINA DARI CHEW MEI FUN.


Hebat betul Lim Guan Eng ini, tak sangka seorang yang berlainan ideologi agama ini memuji calon PKR PRK Kajang, Wan Azizah bahawa dia adalah seorang ibu yang penyayang dan wanita yang solehah. Dia juga menyifatkan bahawa Wan Azizah mempunyai kriteria lengkap untuk memenangi hati pengundi di Kajang. HAHA! 

Jangan pendekkan akal awak yang panjang itu Guan Eng! Janganlah hanya tahu berkata-kata. Wanita solehah takkan KAHWIN LARI (tanpa restu) dan membenarkan mungkar (liwat/isu seks anwar dan chinadoll) yang diketahui.

Rasanya mungkin sebab kenyataan Wan Azizah yang ini kot:


Guan Eng juga mengatakan bahawa kadar tol akan dinaikkan jika BN menang di Kajang. Ini lagi lawak, rasanya bukan Kajang saja yang ada tol. Dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Johor Bharu ada tol lah sengal! Harga tol akan dinaikkan mengikut kadar kebangsaan, bukannya mengikut kadar sesuatu kawasan. 

Kenapa awak tak tegur 'kebiadapan' Kak Wan awak memperlekeh usaha kerajaan dalam usaha mencari pesawat MH370 itu je Guan Eng? 


Yang ini tak puji pulak?


Dari MalaysiaGazette:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai wanita solehah dan mahu pengundi Kajang memilihnya sebagai wakil rakyat.
Setiausaha Agung DAP itu memberitahu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR itu juga seorang isteri dan ibu yang penyayang bagi melengkapkan kriterianya memenangi PRK Kajang.
“Saya harap Kak Wan ( Wan Azizah) dapat mewakili rakyat Selangor dan menuntut hak rakyat kepada BN.
“Kak Wan boleh dapat sokongan kerana dia seorang solehah dan calon penyayang,” ujarnya semasa berucap di Stadium Kajang di sini malam tadi.
Menurut Guan Eng, PRK Kajang menjadi penghalang kepada kerajaan BN menaikkan kadar tol dan rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada pengundi di Kajang.
“Nasib baik ada PRK Kajang..anda semua sudah selamatkan rakyat Malaysia. Kalau naik BN akan kalah teruk di sini kerana Kajang ini dikelilingi highway dan banyak tol,” katanya.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata, selepas PRK Kajang, tol mungkin akan dinaikkan semula dan bagi menanganinya hasrat menumpaskan BN pada pilihan raya akan datang perlu direalisasikan dengan memulakan kemenangan PKR di PRK DUN Kajang.
Mengenai kehilangan pesawat MAS, MH370, Gua Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang bersedia membuka pintu seluas-luasnya kepada usaha-usaha mencari dan menyelamat (SAR) memandangkan misi itu diperluaskan ke Laut Andaman dan Lautan Hindi yang memungkinkan Pulau Pinang sebagai lokasi terdekat.
Walaupun tidak mahu mengulas mengenainya kerana usaha SAR masih berjalan namun Guan Eng dengan nada kesal mengkritik usaha SAR sebelum ini di Laut China Selatan dan Selat Melaka selama ini adalah sia-sia.