Jangan pendekkan akal awak yang panjang itu Guan Eng! Janganlah hanya tahu berkata-kata. Wanita solehah takkan KAHWIN LARI (tanpa restu) dan membenarkan mungkar (liwat/isu seks anwar dan chinadoll) yang diketahui.
Rasanya mungkin sebab kenyataan Wan Azizah yang ini kot:
Rasanya mungkin sebab kenyataan Wan Azizah yang ini kot:
Guan Eng juga mengatakan bahawa kadar tol akan dinaikkan jika BN menang di Kajang. Ini lagi lawak, rasanya bukan Kajang saja yang ada tol. Dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Johor Bharu ada tol lah sengal! Harga tol akan dinaikkan mengikut kadar kebangsaan, bukannya mengikut kadar sesuatu kawasan.
Kenapa awak tak tegur 'kebiadapan' Kak Wan awak memperlekeh usaha kerajaan dalam usaha mencari pesawat MH370 itu je Guan Eng?
Yang ini tak puji pulak?
Dari MalaysiaGazette:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai wanita solehah dan mahu pengundi Kajang memilihnya sebagai wakil rakyat.
Setiausaha Agung DAP itu memberitahu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR itu juga seorang isteri dan ibu yang penyayang bagi melengkapkan kriterianya memenangi PRK Kajang.
“Saya harap Kak Wan ( Wan Azizah) dapat mewakili rakyat Selangor dan menuntut hak rakyat kepada BN.
“Kak Wan boleh dapat sokongan kerana dia seorang solehah dan calon penyayang,” ujarnya semasa berucap di Stadium Kajang di sini malam tadi.
Menurut Guan Eng, PRK Kajang menjadi penghalang kepada kerajaan BN menaikkan kadar tol dan rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada pengundi di Kajang.
“Nasib baik ada PRK Kajang..anda semua sudah selamatkan rakyat Malaysia. Kalau naik BN akan kalah teruk di sini kerana Kajang ini dikelilingi highway dan banyak tol,” katanya.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata, selepas PRK Kajang, tol mungkin akan dinaikkan semula dan bagi menanganinya hasrat menumpaskan BN pada pilihan raya akan datang perlu direalisasikan dengan memulakan kemenangan PKR di PRK DUN Kajang.
Mengenai kehilangan pesawat MAS, MH370, Gua Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang bersedia membuka pintu seluas-luasnya kepada usaha-usaha mencari dan menyelamat (SAR) memandangkan misi itu diperluaskan ke Laut Andaman dan Lautan Hindi yang memungkinkan Pulau Pinang sebagai lokasi terdekat.
Walaupun tidak mahu mengulas mengenainya kerana usaha SAR masih berjalan namun Guan Eng dengan nada kesal mengkritik usaha SAR sebelum ini di Laut China Selatan dan Selat Melaka selama ini adalah sia-sia.
No comments:
Post a Comment