Wednesday, March 19, 2014

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN DISEKITAR #Putrajaya SEMPENA #SelawatPerdana... SILA SEBARKAN!!


Pemberitahuan Penutupan Jalan Di Sekitar Putrajaya Sempena SELAWAT PERDANA MALAM CINTA ALLAH & RASUL 1435.



Penutupan jalan secara berperingkat mulai:


17 Mac 2014 (Isnin), bermula jam 10.00 malam sehingga 21 Mac 2014 (Jumaat) jam 12.00 tengah malam bagi laluan persimpangan masuk ke Dataran Putra dan Jambatan Putra.


21 Mac 2014, 5 buah bas khas disediakan mulai jam 6.00pm hingga 12.00 tengah malam seperti berikut :
  • 1) Laluan 1 (3 bas) : Kastam - POJ - KBS - PPJ - KW (Membawa pengunjung yang meletak kenderaan di Presint 2 ke bulatan Kastam dan sebaliknya).
  • 2) Laluan 2 (2 bas) : Kompleks B - Taman Botani - Kompleks E - Kompleks D - Kompleks C (membawa pengunjung yang meletak kenderaan di TLK Kompleks E, C dan sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin ke perhentian bas Kompleks B dan sebaliknya).

*** Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja logistik oleh pihak JK Induk SELAWAT PERDANA. Semua dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan lalu lintas di kawasan tersebut atau menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

#PRKKajang: [FOTO] SUASANA SEKITAR PROSES PENGUNDIAN AWAL. SYABAS KEPADA YANG BERJAYA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB!! @PDRMsia


BERIKUT ADALAH FOTO-FOTO PENGUNDIAN AWAL BERLANGSUNG. SYABAS KEPADA GOLONGAN PENGUNDI AWAL BAGI PRK DUN N25 KAJANG KERANA BERJAYA MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN JAYANYA.


SPR MELAPORKAN BAHAWA SEBANYAK 45% TELAH KELUAR MENGUNDI DAN PROSES PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR.
Kira-kira 45 peratus atau 560 pemilih sudah keluar mengundi dalam pengundian awal di tiga kawasan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sehingga pukul 11 pagi ini. 
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, proses pengundian awal melibatkan anggota polis itu dijangka tamat pada pukul 4.30 petang. 
Menurut beliau, di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, seramai 185 anggota telah keluar mengundi dan di Dewan Anjung Forensik pula 55 anggota manakala 320 anggota telah mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. 
"Hasil lawatan mendapati perjalanan proses undi awal berjalan lancar dan teratur," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE








UNTUK FOTO LAIN YANG LEBIH MENARIK, SILA RUJUK FB PAGE Pilihanrayakini


#MH370: BIADAP!! KARTUNIS ZUNAR HINA PM @NajibRazak DAN KERAJAAN MALAYSIA!! #PrayForMH370

Akhbar Antarabangsa melaporkan bahawa kartunis Zunar telah melakukan penghinaan terhadap usaha Kerajaan Malaysia dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.


Selain itu dia juga telah membuat spekulasi liar dengan mendakwa Kerajaan Malaysia menyembunyikan banyak rahsia dalam insiden kehilangan pesawat MH370 ini.

Berikut adalah kenyataan Zunar di Washington Post:
  • “The Malaysian government hid so [much] information about the jet. Now, the government tries to blame the pilot to cover up their own weakness in handling this case,” says Zunar, who in 2010 was arrested and briefly charged with sedition over a book of his political cartoons. - washington post
  • “Should the government act fast and [be] ready to share the information with other countries like the U.S. and China, … it will be a different scenario. But the question is: Why hide it?” continues Zunar, who in 2011 received the Courage in Editorial Cartooning Award from the Cartoonists Rights Network International. -  washington post
Akhbar tempatan The Star juga menyelar tindakan Zunar tesebut.




UNTUK LAIN-LAIN UPDATE BERKAITAN INSIDEN KEHILANGAN PESAWAT MH370