Friday, March 21, 2014

#MH370: HOT! ANWAR KANTOI DAN KANTOI LAGI!! #PrayForMH370


KAHKAHKAH! Semalam dah lah baru kantoi bukti kompilasi kenyataan dia tak kenal pilot MH37o dibongkar - [klik SINI]

Hari ni kantoi lagi!!

Memang lawak apabila helah Anwar mencari publisiti kantoi! Tak sangka bahawa demi memburukkan imej Malaysia dalam insiden MH370 ini, dia sanggup menipu. Busuk sungguh hati dia ni! Jom tengok helah Anwar yang didedahkan step by step..

Sumber: MYMASSA

MULA-MULA MAKE-UP ARTIS

KEMUDIAN REPORTER RAKAM DUA TIGA KALI

ACTION RECORDING TWO THREE TIMES

GROUP EDITING 

BERLAKON SEDIKIT KEMUDIAN LETAK KAT TV "LIVE"

LAST BUT NOT LEAST, TIPU RAKYAT MALAYSIA

Tak sangka, video high class macam ni rupanya macam gampang!!

#PrayForMH370: PENJELASAN MENGENAI DIEGO GARCIA OLEH BEKAS KETUA PILOT @MAS #MH370


Untuk baca artikel berkaitan Diego Garcia  [klik SINI]

Diego Garcia, pulau terpencil di selatan Lautan Hindi yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) bukanlah kawasan rahsia sehingga dianggap terlalu bahaya untuk mana-mana pihak pergi ke sana.

Bekas Ketua Juruterbang Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, beberapa tahun lalu pihaknya pernah mengatur penerbangan ke Diego Garcia untuk membawa anggota tentera AS pulang ke negara mereka.

“Saya mengaturkan pesawat Boeing 747 antara tiga ke empat penerbangan untuk tentera AS. Kita berlepas dari Kuala Lumpur ke Diego Garcia kemudian bawa mereka pulang ke AS.

“Jadi, Diego Garcia bukan kawasan rahsia. MAS dah pergi ke sana dan tiada apa-apa yang berlaku,” katanya menerusi program soal jawab sebuah stesen televisyen tempatan, semalam.

Nik Huzlan berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mengkaji pendaratan pesawat di pulau itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sudah menjadi hobi sesetengah juruterbang bermain dengan simulator untuk mendarat di kawasan yang jarang dilewati.

“Mereka akan pilih tempat yang pelik-pelik. Kenapa Diego Garcia yang dipersoalkan. Banyak lagi landasan lain yang dianggap rahsia yang boleh dipersoalkan.

“Contohnya di McMurdo, iaitu landasan panjang (berais) di Antartika, atau di Edward Air Force yang memiliki landasan sejauh 11 kilometer. Kalau nak pergi betul-betul dengan Boeing 777 sukar, jadi juruterbang akan bermain dengan simulator, ini ’philosophy‘ biasa seorang juruterbang,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Menurutnya , dahulu Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong antara landasan kegemaran juruterbang kerana laluannya yang mencabar.

Terdahulu, akhbar melaporkan terdapat lima landasan rahsia yang dimuatkan dalam simulator milik Zaharie antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka. - Selangor Press

#PRKKajang: RISALAH FITNAH DIEDARKAN!! TAK CUKUP KE DENGAN FITNAH DARI MULUT WAN AZIZAH???


Seperti yang dijangka, disaat akhir sebelum tarikh buang undi, pasti ada 'Black Ops' dari pembangkang. Nampaknya mereka masih menggunakan modus operandi yang sama, iaitu edaran risalah.

Yang terbaru ialah risalah yang kononnya calon BN PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun ini meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri suatu ketika dahulu adalah kerana takut didakwa mendera pembantu rumahnya pada tahun 2010 lepas. Yang menariknya, siap ada logo PERKASA lagi.

Jentera dan Pemimpin MCA tak bodoh untuk percayai benda yang tak logik seperti ini. Jangan ingat ideologi mereka sama seperti pembangkang yang hanya tahu 'YES' apa sahaja Anwar cakap.

HAHAHAHA!


Sumber adalah dari blog PENA TANAH MELAYU:
Tinggal 2 hari lagi tempoh berkempen, pembangkang sudah ketandusan idea untuk memburukkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Tindakan pembangkang mengadakan 'black ops' dengan menyebarkan risalah di sekitar Sg Sekamat, kononnya calon BN meletak jawatan Timbalan Menteri kerana mendera amah amat tidak masuk akal. 
Nampak sangat ada niat buruk pembangkang apabila meletakkan logo PERKASA pada risalah berkenaan. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melaga-lagakan PERKASA dan MCA. Umum mengetahui Mei Fun meletakkan jawatan beliau kerana prinsip. Beliau tidak mahu berketuakan seorang Presiden yang mempunyai masalah moral. Tudak sepeti seorang calon tu yang sanggup jadi isteri kepada seseorang yang amat rosak moralnya.
REMINDER:- VIDEO JANJI MEI FUN KEPADA WARGA KAJANG



P/S: KITA TENGOK MASJID MANA PULAK YANG NAK SELIT SURUH VOTE WAN AZIZAH DALAM KHUTBAH JUMAAT KEJAP LAGI.