Saturday, February 16, 2013

#JDAB2013 : JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA UiTM BAGI FREE EDUCATION!!


Prinsip pendemokrasian pendidikan diamalkan kerajaan telah membuka ruang dan peluang luas kepada rakyat termasuk golongan minoriti Orang Asli mendapat akses pendidikan berkualiti, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, prinsip yang berada dekat di hatinya itu tidak bersifat elitis atau terbuka kepada golongan yang berkedudukan tetapi setiap orang di negara ini mesti mendapat peluang berkenaan dan sama rata.

Beliau berkata, pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti.


"Mungkin kita (kerajaan) boleh membina jalan, membina jambatan atau sediakan rumah sekalipun. Tetapi tidak ada alat wahana yang lebih berkesan berbanding sekiranya seseorang itu mendapat akses pendidikan berkualiti dan melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi dan selanjutnya," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama YAB Perdana Menteri serta pelancaran program Mengubah Destini Orang Asli di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada bumbung yang dapat mengehadkan pencapaian seseorang itu selain keinginan dan kesungguhan untuk berjaya melalui pemupukan semangat serta mengubah sikap, menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam sistem pendidikan oleh kerajaan.

"16,000 anak miskin berada dalam sistem pendidikan UiTM, tidak mungkin mereka dapat menjejak kaki ke insitusi pengajian tinggi jika tidak ada program seperti ini.

"Begitu juga peluang untuk Orang Asli...(menerusi) program ini, sukarelawan perlu turun padang pergi ke kampung Orang Asli, cari anak-anak Orang Asli yang berkebolehan, berpotensi walaupun kelulusan paling minimum, ambillah mereka," katanya.

Artikel penuh di[SINI]

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive