Saturday, February 23, 2013

LAPORAN KHAS #JDAB2013 DARIPADA @501Awani


Program Jelajah Destini Anak Bangsa mensasarkan untuk membantu sehingga 20,000 orang yang memerlukan bantuan di seluruh negara.

Ini meliputi tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat pra-diploma di UiTM bagi lepasan SPM dari kalangan keluarga yang kurang bernasib baik serta bantuan pemeriksaan kesihatan, peperiksaan gigi dan pemeriksaan kesihatan mata.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa, Aizuddin Ghazali pihaknya menerima maklum balas luar jangka di setiap lokasi jelajah.

"Jelajah kali ini lebih menarik kerana kami turut membawa bas khas yang membawa bantuan pemeriksaan kesihatan, yang dibantu oleh sukarelawan dari Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian," kata Aizuddin yang ditemui semasa siri jelajah itu di Dungun.

Sementara itu, sukarelawan, Mohd. Hidayatullah Mohd. Hasmy berpendapat, penyertaannya dalam program jelajah itu disifatkan sebagai caranya untuk membalas budi kepada universiti.

Graduan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM itu juga berpendapat jelajah kali ini berjaya menarik lebih ramai sukarelawan dari UiTM seluruh negara, memandangkan kesedaran yang dibangkitkan terutamanya oleh pihak kepimpinan universiti untuk kembali menyumbang kepada masyarakat.

Lebih 1,000 sukarelawan terdiri daripada pensyarah, kakitangan, mahasiswa dan alumni UiTM terlibat dalam program jelajah tahun ini.

Jelajah kali ini masuk tahun yang ketiga dan dijangka memakan masa 20 hari. - Astro Awani




No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive