Thursday, February 21, 2013

AYUH TEMUI SKUAD #JDAB2013 DI NEGERI SERAMBI MEKAH HARI INI !!!


Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2013) yang memulakan siri penjelajahan mereka membantu lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti telah tiba di Kota Bharu jam 6.00 petang tadi sebelum meneruskan misi mereka keesokkan harinya.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) Encik Mohd Aizuddin berkata;

"Skuad JDAB2013 akan memulakan misi kami seawal jam 7.00 pagi di mana konvoi JDAB2013 akan dilepaskan oleh Datuk Prof. Ir. Sahol Abdul Hamid di kampus Kota Bharu dan para sukarelawan kami akan berada di Pasar Jelawat, Bachok pada jam 9.00 pagi manakala di Jeli sekitar jam 12.00 tengah hari."

"Selepas itu skuad JDAB2013 akan berada di Sekolah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah sekitar jam 4.30 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Dungun, Terengganu. Lepasan SPM di Kelantan cukup bertuah kerana Datuk Naib Canselor turut bersama para sukarelawan JDAB2013 untuk bertemu dengan seramai mungkin lepasan SPM dari golongan keluarga miskin bagi memberikan mereka peluang mengubah destini keluarga mereka."

En. Aizuddin (berbaju biru) memberikan penerangan
mengenai program MDAB kepada lepasan SPM di Bagan Datoh.

"Kita berusaha untuk membantu seramai mungkin lepasan SPM dari Kelantan, ini kerana sejak program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) dilancarkan pada tahun 2010,"

"Kita juga banyak menerima permohonan lepasan SPM dari Kelantan sebelum ini dan lebih separuh daripada mereka telah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Diploma setelah menyambung pelajaran pra diploma di bawah program MDAB selama 6 bulan."

"Selain mencari lepasan SPM JDAB2013 menampilkan kelainan kerana turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma, kerja-kerja khidmat masyarakat ini dibuat bagi memastikan tiada rakyat dinafikan penjagaan kesihatan walaupun dibelenggu dengan kemiskinan sekaligus menepati slogan UiTM di Hati Rakyat 1 Malaysia." katanya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013 program pembelajaran MDAB anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) telah berjaya membantu lebih 16,000 lepasan SPM dari keluarga miskin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, manakala 87% daripada jumlah tersebut telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. - Blog Rasmi Jelajah Destini Anak Bangsa

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive