Friday, February 1, 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz Sila Resign, Sila Bagi Peluang Untuk BN Pulak Lepas Ni!! #NikAzizResign


Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membawa perubahan selepas 22 tahun mereka di bawah Pas, tidak banyak kemajuan yang dilakukan di negeri ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, rakyat Kelantan boleh menukar kembali kerajaan BN atau menolak terus parti itu pada masa hadapan sekiranya didapati gagal membawa perubahan selepas diberi mandat pada PRU-13.


Beliau menjelaskan, tawaran tujuh projek mega berimpak tinggi yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Kelantan sebelum ini bukan perkara main-main, sebaliknya ia janji yang akan ditunai.

"Yang berkuasa ialah rakyat Kelantan, tapi bagi kami peluang dan kita tengok caranya, ada beza tak dalam lima tahun itu, kalau tak ada beza juga itu hak (rakyat) Kelantan untuk buang kami, tak usah percaya kepada kami.

"Tapi kami nak buktikan kami boleh buat, kami nak bantu rakyat. Kita nak minta mandat diberikan kepada kita, rayuan kita ialah untuk menolong mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -Utusan

Boleh baca artikel lain di [SINI]

P/S : Udoh2 laa Nik Ajis.. Acu test BN Sepenggal laaa...

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive