Sunday, April 21, 2013

#PRU13: KLON ANWAR TAK MUNCUL.. BUATKAN PELAKON PORNO TERKANTOI!! #TolakPR #Bacul


Tergamak Anwar Ibrahim tipu penyokongnya sendiri apabila gagal membawa lelaki miripnya yang dikatakan ditahan di Thailand. Sebab main perempuan ke? Hehehe.. Untuk pengetahuan semua, Ini bukan pertama kali PKR mendakwa wujud lelaki mirip Anwar Ibrahim itu, tapi sejak 2011 lagi Chegubard dan PKR menjaja kononnya sudah mengenal pasti identiti lelaki mirip Anwar Ibrahim. Blahlaa... Nak kencing orang tapi tak pandai langsung...

Menurut THE MALAYSIAN INSIDER, penyokong Anwar dari kawasannya sendiri frust menonggeng kerana Anwar tak dapat bawa 'kembarnya' itu. Means, ternyatalah video seks itu memang dia la yang 'berlakon'... Baca dibawah:

BUKIT MERTAJAM, 20 April — Sekitar 5,000 penyokong parti pembangkang hampa apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menampilkan individu yang didakwa ‘pelakon sebenar’ dalam video seks membabitkan individu mirip ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.  
Sebelum ini, PKR berjanji akan melakukan pendedahan eksklusif berhubung ‘pelakon’ tersebut pada majlis solat hajat dan siri Jelajah Merdeka Rakyat di Madrasah An Nadhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, dekat sini, malam tadi.

Bagaimanapun, calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenal sebagai CheguBard, ketika berucap, berkata usaha untuk menampilkan ‘pelakon sebenar’ dari Thailand itu tidak kesampaian apabila mendakwa rombongan yang membawa individu itu ditahan oleh pihak berkuasa di Bukit Kayu Hitam.

“Kira-kira pukul 6 petang tadi saya mendapat panggilan telefon daripada setiausaha eksekutif pakatan pembangkang, Ahmad Shabrini Mohamed Sidek, mengatakan mereka telah ditahan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam bersama individu sebenar dan bukti menafikan Anwar terlibat dalam rakaman video seks itu.

“Kita sudah semakin hampir untuk mengetahui di mana lokasi rakaman video itu selain siasatan yang mengesahkan wujudnya manusia yang susuknya hampir sama dengan Anwar,” kata Badrul Hisham, yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia.

Badrul Hisham turut menyiarkan semula rakaman perbualan telefon antara beliau dengan Ahmad Shabrimi kepada penyokong pada majlis itu yang turut disertai oleh Anwar.

Isu video seks Anwar itu telah didedahkan oleh Trio Datuk ‘T” pada 21 Mac 2011, rakaman video yang menggemparkan negara itu telah dipertontonkan kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011.  
SUMBER
Untuk disahihkan lagi cerita.. Mari kita tengok perbandingan wajah kembar Anwar yang tak sama langsung ini dikatakan 'pelakon' video lucah 'Anwar VS China Doll' seperti apa yang dicorat-coretkan oleh Blogger sohor pembangkang, AMENO WORLD:
Buat permulaan aku nak cakap aku keliru. Aku keliru sebab aku tak berapa faham cerita. Pertama dorang cakap saksi. Saksi yang terlibat dalam pembikinan video seks yang melibatkan pemimpin pembangkang. Then bila dia tulis perkataan saksi aku mengambarkan bahawa dua orang itu ialah SAKSI yang terlibat dalam pembikinan video seks..

Aku fikir mungkin mereka terlibat dalam bahagian editing ke apa ke..sebab dalam laporan yang sama menyebut bahawa dorang berpaling tadah dan tidak mahu menyimpan rahsia lagi. Ooo oke.

Then keluar pula citer bukan saksi. Tetapi pelakon. Dua individu yang ditahan polis pada semalam ialah PELAKON kepada VIDEO SEKS yang dimaksudkan..
What? 
Ini wajah2 kedua2 individu tersebut. 
 
Aku tak pasti laporan berita tue salah petik, salah sebut atau apa. Tapi mungkin kah ia sebenarnya seperti ini. 
1. Seorang pelakon.2. Seorang yang lain pula ia saksi? 
Aku rasa ini lebih tepat. Apa pun aku nak cakap lelaki buncit tue tak mirip dsai dalam gambar di atas. Mungkin lain pula kalau jumpa depan2 ataupun dalam gambar yang berbeza.. aku tatau. Cuma kalau ikut gambar di atas, ia tak mirip langsung sepertimana yang disebarkan dalam pentas ceramah semalam. Lebih2 lagi kalau ia dibuat dalam 2 atau tiga tahun yang lepas. Ada sesetengah orang berubah wajahnya meskipun hanya 2 ataupun tiga tahun berlalu. 
Apa pun yang menjadi persoalan aku ialah bukan kenapa dia baru nak tampil sekarang untuk mendedahkan semua perkara. Ia bukan isu pun pada aku. Yang menjadi tanda tanya ialah macam mana individu yang berlakon = buat aksi seks 'mungkin' boleh tegar tampil mendedahkan diri nya sendiri? Tak malu meh?

Ko buat ke tak buat? Kalau buat mesti rasa malu.. tapi entah la. Ikut suka lue la. Dalam isu video seks neh aku rasa DSAI tak perlu beria2 pun sebab selagi polis tak buka kertas pertuduhan, selagi tak dikenakan tindakan undang2, terbuktila mereka takde bukti. Hanya percakapan liar tanpa saksi dan bukti. Percakapan liar akan berhenti apabila mati. Takde apa yang perlu dirisaukan apatah lagi DSAI dah buat laporan polis menafikan dia ialah individu yang berada dalam video seks tersebut. Langkah ini, Mustafa Ali kena tiru oke. 
AMENO WORLD
Artikel diatas sangat rumit untuk dibaca sehingga tergeliat lidah, kerana blogger diatas mendakwa SAKSI-SAKSI VIDEO TELAH DITAHAN DI BUKIT KAYU HITAM, tetapi jantan kecewa sebab tak jadi calon (Cheegubard) pula mendakwa bahawa yang DITAHAN DI BUKIT KAYU HITAM ITU ADALAH ROMBONGAN PELAKON TERSEBUT. Mana satu betul maa? Jom tengok video dibawah kalau tak percaya. Kemudian korang compare dengan artikel diatas:



Tup tup.. Hari ni Dr NOVANDRI pulak dedahkan wajah kembar Anwar tu dah dikenalpasti. Baca dibawah:
Hari ini, Utusan Malaysia telah menerima kiriman e-mel daripada sumber yang mengandungi gambar yang didakwa klon kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 
Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini . 
Menurut sumber, lelaki berasal dari Thailand itu dikatakan ditugaskan untuk memainkan peranan sebagai 'pelakon' yang akan membuat 'pengakuan' tersebut dalam beberapa siri ceramah kempen pilihan raya kali ini. 
"Lelaki itu dikatakan akan membuat penampilan pertamanya di kawasan Parlimen yang akan dipertahankan Anwar iaitu di Permatang Pauh dipercayai bertujuan meraih semula kepercayaan pengundi yang kini sudah semakin hilang keyakinan terhadap beliau. 
"Klon Anwar itu dijadual akan tampil di Madrasah An-Nahdhoh, Kampung Petani di Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang malam ini untuk membuat pendedahan palsu di hadapan orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. 
Walau bagaimanapun saksi yang dikatakan menyerupai Anwar itu gagal ditampilkan dalam ceramah beliau malam ini dengan alasan peguam dan lelaki berkenaan ditahan polis di Bukit Kayu Hitam. 
Menurut sumber itu lagi, orang-orang Anwar difahamkan telah berlepas menaiki penerbangan ke Alor Setar, Kedah pada awal pagi tadi, sebelum menyewa kenderaan untuk bertemu dengan lelaki yang dipercayai dari Yala itu di sebuah hotel di Hatyai, Thailand. 
SETERUSNYA

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive