Tuesday, April 9, 2013

#PRU13: SERIOUS TALK, #ManifestoBN TAK BOLEH LAWAN #ManifestoBukanJanji?? #AkuJanji #APromiseofHope #GE13 #BetterNation


Memang tak dinafikan bahawa manifesto BN memang logik dan dipercayai jika dibandingkan dengan manifesto Pakatan Rakyat.

Layan video ini dulu:



Truthly, pelancaran Manifesto BN “Menepati Janji, Membawa Harapan” pada sabtu lepas mendapat reaksi yang positif dari majoriti rakyat Malaysia. Rakyat yakin BN akan mampu menunaikan janji-janji sekiranya diberikan mandat mentadbir negara untuk 5 tahun yang akan datang.

KENAPA?

Mari kita olah satu persatu... Kita tengok ulasan daripada laman professional seperti dibawah:

1) Artikel yang dipetik daripada laman MyKMU:

Jawapan Kepada Tuduhan BN Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat – #manifestoBN


Barisan Nasional telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang. Membawa tema “Menepati Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut: 
1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi

2) Ini pula ulasan daripada laman blog PM kita sendiri:

1MALAYSIA.COM.MY:
Rekod Kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji cukup jelas. Perubahan sebenar telah pun berlaku, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa. Dalam kita menuju Pilihan Raya Ke-13, saya dengan rendah diri memohon mandat daripada anda semua untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu. 
Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Masa depan negara ini berada di tapak tangan anda. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul. 
Untuk mendapatkan penerangan terperinci mengenai Manifesto BN dan mendapatkan infografik tentan manifesto, Sila klik [SINI]

3) Ini pula daripada laman BARISAN NASIONAL:

Aku Janji BN- Relevankah PR Tuduh Plagiat?
Respons awal pihak Pakatan Rakyat terhadap pembentangan komitmen Aku Janji Barisan Nasional, manifesto mendepani PRU-13 adalah menuduh komitmen BN menciplak dan meniru Manifesto mereka. Malahan, Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah menyatakan BN telah melakukan satu tindakan plagiarisme.  
1. Tawaran Aku Janji BN adalah berdasarkan isu kepentingan rakyat. Persoalannya, siapa kata isu-isu rakyat ini adalah hak eksklusif, hak milik terpelihara dan hak cipta Pakatan Rakyat? BN menjalankan kajian terperinci terutama sepanjang Jelajah Janji Ditepati untuk mendasari isu-isu rakyat. Tidak semena-mena, apabila Aku Janji BN mengutarakan isu yang hampir serupa, dituduh plagiat. 
Fundamental demokrasi pilihanraya adalah memperjuangkan isu rakyat. Tiada istilah plagiarisme dalam perjuangan mendahulukan rakyat.  
2. Kita akui ada beberapa isu yang serupa terkandung dalam dokumen ini. Namun, untuk dituduh plagiat adalah tidak berasas kerana isu kepentingan rakyat ada yang serupa tetapi mekanisme serta kapisiti pelaksanaan tentunya tidak sama. Malahan, jika diamati dan dibuat perbandingan, Aku Janji BN lebih berfokus terhadap kemampuan untuk melaksanakan apa-apa yang dijanjikan.  
Method mekanisme dan kapasiti yang nyata berbeza ini, di mana relevannya PR menuduh satu penciplakan? 
Seterusnya...

Bagaimana pula dengan penerangan berunsur infografik macam kat bawah ni. Adakah anda dapat mendalami manifesto tersebut?



No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive