Wednesday, November 6, 2013

Al-FATIHAH.. BLOGGER DARI PAHANG MENINGGAL DUNIA

Diberitakan hari ini, blogger The Spirit of Lubok Kawah pulang ke Rahmatullah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang.

Beliau yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Kuala Krau meninggal dunia akibat barah hati dan reput tulang yang dikesan sejurus selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

Allyarham meninggal dunia pada usia 68 tahun turut bertanding dalam PRU ke 13 bagi kawasan DUN Jenderak, namun tewas kepada calon BN.

Selain menjadi Ketua Cabang PKR, beliau juga turut menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR Negeri serta Ketua Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal Pahang.

SH doakan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman dan dirahmati Allah S.W.T. Al-Fatihah... - semut

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive