Sunday, April 20, 2014

TUNDUK PADA MAYAT KARPAL: HUKUMNYA SYIRIK!!!


Mendiang Karpal Singh yang dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya pada hari khamis lepas (SINI) telah selamat bersemadi siang tadi. Sesi untuk memberikan penghormatan terakhir untuknya telah diadakan di Georgetown, Penang siang tadi.


Ketika Haron Taib, Ketua Dewan Ulama PAS dan Ustaz Azizan Razak, bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia, tidak nampak pun kelibat Anwar Ibrahim datang untuk solat jenazah. Tapi apa yang jadi hari ini?


BOLEH KE ORANG ISLAM TUNDUK/SEMBAH MAYAT BUKAN ISLAM? APA HUKUMNYA?




HUKUMNYA SYIRIK!!

Kuliah: Kitab Tauhid - Pemurnian Ibadah Kepada Allah
Tarikh: 14/05/2012, Selepas Maghrib
Penyampai: Ustaz Rasul Dahri

Petikan SUMBER


Firman Allahu Subhanawataala :
وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
"Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.

"Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik." {Surah At-Taubah Ayat ke-84}
Berdasarkan hadis Anas bin Malik, katanya: Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW, lalu baginda berdiri. Diberitahu padanya: “Itu jenazah Yahudi”.

Baginda bersabda: “Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat”. Direkod oleh Nasai (no: 1929).
Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: Nabi SAW ditanya: “Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?” Jawab baginda: “Ya, berdirilah.

Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh”. Direkod oleh Ahmad (no: 6573), dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).
Ini bukan kali pertama... Sebelum ini Anwar turut melakukan perkara yang sama semasa kematian pemimpin DAP, Teoh Beng Hock. 

Semasa majlis penghormatan terakhir yang diadakan pada 20 Julai 2009 di Alor Gajah, Melaka, pimpinan Pakatan termasuk Anwar dan Azmin dilaporkam turut melakukan perkara yang sama, cuma sebelum ini mereka mengikut ritual agama Buddha iaitu dengan menunduk-nunduk kepala dan badan sebanyak 6 kali untuk menghormati mendiang itu.

AIDC: 
Dalam klip video itu (lihat video kanan), kelihatan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Pakatan, Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan lain sedang memberi pengormatan terakhir kepada mayat Teoh Beng Hock. 
Semasa majlis penghormatan terakhir yang diadakan pada 20 Julai 2009 di Alor Gajah, Melaka, pimpinan Pakatan termasuk Anwar dan Azmin melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng iaitu menunduk-nunduk kepala dan badan sebanyak 6 kali untuk menghormati mendiang itu. 
Selanjutnya
KONKLUSINYA...

 

1 comment:

Unknown said...

Wlwpn saya pakatan tpi saya brpegang teguh dgn syariat....

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive