Sunday, May 4, 2014

AL-KISAH KONTROVERSI PERLAKSANAAN HUDUD DI BRUNEI..


19 Perkataan Haram Digunakan Orang Bukan Islam Di Brunei

Sejak akhir-akhir ini, Brunei sering mendapat liputan gara-gara memperkenalkan hukum Hudud di dalam negara. Selepas Hudud, Brunei kini mengharamkan 19 perkataan untuk orang bukan Islam.


Selepas Mengumumkan Perlaksanaan Hudud, Brunei Kini Mengharamkan 19 Perkataan Untuk Diguna Pakai Oleh Orang Bukan Islam Seperti "Allah" Dan "Masjid"



  • Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk Allah dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu. -  sinarharian.com.my
  • Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah. - ceritasemasa.com

Selain "Allah" Dan "Masjid", Perkataan Islam Lain Seperti "Azan", "Al Quran", "Kaabah", "Kiblat", "Ilahi" Dan "Solat" Turut Diharamkan


  • Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, Al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali. - ceritasemasa.com

Kod Penal Syariah Di Brunei Berkuatkuasa Bukan Sahaja Terhadap Orang Islam Malah Turut Dikenakan Ke Atas Orang Bukan Islam

  • Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam, Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam. -  sinarharian.com.my



  • “Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya. -  sinarharian.com.my

Pasangan Suami Isteri Akan Dikenakan Hukuman Sekiranya Menyerahkan Anak Mereka Untuk Dipelihara Oleh Orang Bukan Islam, Walaupun Mereka Ikhlas

  • Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun. -  sinarharian.com.my
  • “Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” kata Hardifadhillah. - ceritasemasa.com

Berkenaan Dengan Isu Hudud, PBB Menggesa Brunei Untuk Tangguhkan Perlaksanaan Dan Sultan Brunei Mendapat Kecaman Hebat Daripada Pereka Fesyen Ternama Dunia - [SELANJUTNYA]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Gesa Sultan Brunei Tangguh Hudud




Brunei telah mengisytiharkan perlaksanaan hukum Hudud pada Oktober lalu yang dianggap sebagai 'membimbangkan' oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  
[SELANJUTNYA DI LAMAN SAYS.COM]

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive