Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Karpal Singh Kena Sound Dengan Pemimpin PAS?


Pertelagahan antara pemimpin Pas dengan Karpal Singh terus memuncak apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mahu Pengerusi DAP itu menjaga mulut dan belajar duduk diam serta tidak ghairah menyuruh pihak lain menerima saranannya.

Menurut Mohd. Amar, pemimpin senior DAP tersebut tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas kerana bagi parti itu, majlis tersebut adalah badan tertinggi yang mana keputusannya melangkaui semua urusan parti.

Beliau dengan nada tegas berkata, semua ahli Pas akan patuh dan menyokong keputusan Majlis Syura Ulama biarpun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap itu hanya komponen kecil dalam parti itu.

Saya mahu ‘nasihatkan’ Karpal, belajar duduk diam, jangan gatal mahu bercakap semua perkara, jangan cakap banyak. - UTUSAN

Tuesday, February 12, 2013

[VIDEO] : EKSKLUSIF!! PEMBONGKARAN MISTERI ISTANA HIJAU BELAKANG RUMAH NIK AZIZ!!


MANTAP! Tak sangka akhirnya 'filem ZUHUD' lakonan Nik Aziz dan puak-puak PAS kantoi juga setelah di-CREKKK!! oleh blogger Gelombang Kick menerusi video yang dirakamnya ini.

Pencacai PAS cakap Nik Aziz tinggal di rumah papan semata-mata untuk mengaburkan pandangan rakyat bahawa Nik Aziz ini seorang yang ZUHUD dibandingkan dengan PM Najib Razak. Yang bestnya, diorang siap buat 'bukti' video dan gambar palsu. Jeng jeng jeng.. tapi video ini jelas membuktikan bahawa itu semua bohong. Pada hakikat sebenar, di belakang rumah papan Nik Aziz itu terselindung satu 'mahligai hijau' yang diubahsuai khas untuk main aci menyorok dengan kamera paparazzi. Inilah sifat hodoh manusia yang tak patut ada pada seorang MENTERI BESAR. ZUHUD ke macam tu? HAHAHA!!


Dari laman blog DOUBLE-Y :

[VIDEO] : Bangunan Misteri di Belakang Rumah TG Nik Aziz - Rumah Atau Istana?
Rumah kayu berwarna hijau yang terletak di Pulai Melaka antara 'produk' yang dijual oleh PAS bagi membuktikan bahawa pemimpin mereka semuanya hidup dalam keadaan yang zuhud.
Keadaan rumah kayu tersebut dibandingkan pula dengan rumah milik kerajaan iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya semata-mata mahu menunjukkan jurang perbezaan di antara pemimpin PAS dengan pemimpin BN. seterusnya ...

ini pula ulasan blogger GELOMBANG KICK :

Video Bongkar Bangunan Batu Belakang Rumah Nik Aziz Banglo Terselindung Di Balik Kayu
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya terkenal dengan kezuhudannya, biarpun zuhud itu hanya bertopeng, namun masih ramai yang percaya bahawa beliau seorang yang benar-benar zuhud.
Pada Januari tahun lalu Gk pernah mendedahkan mengenai misteri bangunan batu dibelakang rumah Nik Aziz, namun terdapat ramai pentaksub yang menafikan akan wujudnya bangunan batu tersebut, tidak kurang juga yang mendakwa bangunan itu adalah asrama pelajar tahfiz serta pelbagai lagi penafian yang diada-adakan demi membela Tok Guru mereka. 
Demi menyatakan kebenaran, misi khas membongkar penipuan Nik Aziz yang berlagak zuhud dengan mendakwa hanya tinggal dirumah papan itu dilancarkan bersama rakan-rakan, pada mulanya cakap-cakap mengenai pentaksub sanggup mati kerana Nik Aziz agak menggetarkan kami jika kami kantoi semasa membuat tinjauan, begitu juga dengan jin peliharaan Nik Aziz yang sentiasa mengawasi kediamannya. Seterusnya ...

P/S : SUDAH-SUDAH LA MENIPU... TAKKAN PASAL RUMAH PUN NAK KENCING SATU DUNIA.........

Sunday, February 10, 2013

Opsss!! Majlis Syura Tolak Anwar????


Soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikatakan kembali menjadi tumpuan apabila tercetusnya khabar bahawa Majlis Syura Ulama Pas menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menduduki jawatan berkenaan.

Menurut sumber, walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis syura itu masih belum dipastikan namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga Ketua pembangkang menjadi Perdana Menteri.

"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu, apabila ada ahli Pas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki jawatan nombor satu negara tersebut," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas memberitahu, penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar semakin kuat.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya, apakah benar dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan ada pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut, sumber itu menjelaskan, ia tidak dapat disahkan kerana Haron setakat ini tidak membuat sebarang kenyataan.

"Namun apa yang pasti, dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulama Pas memang mereka mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

"Dalam masa sama ada khabar yang menyatakan kalau pembangkang menang mungkin orang di luar pakatan akan dilantik ke jawatan tersebut," kata sumber itu.

Ditanya siapakah pemimpin itu, sumber tersebut berkata, hanya pemimpin-pemimpin tertentu di dalam Pas sahaja yang mengetahuinya.

"Tetapi saya percaya, kalaupun majlis syura atau mana-mana juga pemimpin Pas menolak Anwar ia pasti ada kaitan dengan pelbagai isu yang melibatkan ketua pembangkang itu," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sumber itu berkata, 'kekuatan' Pas untuk menentukan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang akan menghadapi kesukaran kerana parti itu bukanlah dominan dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Malahan, biarpun Pas tidak bersetuju namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana DAP dikatakan tetap menyokong penuh Anwar menjadi Perdana Menteri," kata sumber itu lagi. - UTUSAN

Saturday, February 9, 2013

#TukarKelantan : Tok Pa 'Lemas' Dibawa Arus #GelombangMerah Di Pengkalan Chepa!! @Mustapa_Mohamed


Tahniah rakyat Pengkalan Chepa! Program Semarakkan Gelombang Merah berjaya gempur kubu kuat Nik Aziz malam ini dengan dibanjiri lebih 5,000 rakyat setempat untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa oleh Ustaz Rujhan.
Dato' Sri Mustapa Mohamed juga turut sama menyertai untuk bersama penduduk disini.
Nampaknya gelombang TUKAR semakin hangat dirasai di Kelantan.

Ayuh TUKAR! TUKAR! TUKAR!

[FOTO] #TukarKelantan : Lebih 200 Buah Kereta Sertai Konvoi Bantah Ladang Rakyat!!



Satu konvoi bagi membantah Ladang Rakyat yang lebih sesuai dikenali sebagai Ladang Wakil Rakyat telah dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara pada 8 Februari 2013. Konvoi bermula dari Kota Bharu ke Gua Musang. Pelepasan peserta-peserta konvoi dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara, YB Dato Ibrahim Ali di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Sebanyak 400 buah kereta dan 100 buah motosikal menyertai konvoi ini. Para peserta berkonvoi ke Kampung Lalang, Kuala Betis. Setibanya di sana, para peserta dijamu oleh masyarakat orang asli. Ucapan pemimpin-pemimpin Perkasa dan MTRK serta gimik pelancaran konvoi diadakan di sana. Kira-kira 2000 orang peserta terlibat dalam konvoi ini. Sesudah majlis di Kampung Lalang, peserta-peserta konvoi bergerak ke Jeli bagi menjamu selera. Jamuan nasi kerabu disediakan oleh YB Dato Seri Mustapa Mohamed dan Perkasa Bahagian Jeli. Konvoi bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 malam.




Credit to : TUKAR KELATE!

Sunday, February 3, 2013

[VIDEO] : MELETOP!! RAKYAT TUNTUT TANAH YANG TERGADAI!! #TukarKelantan !!


Inilah nasib yang menimpa rakyat Kelantan setelah pertaruhkan kepercayaan selama 23 tahun kepada PAS dengan harapan dapat memperoleh balasan yang diharapkan. TETAPI sungguh tak sangka PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan kebajikan sanggup menggadaikan tanah milik bumiputera kepada syarikat milik DAP Perak. Memang betul apa yang tertulis pada banner yang dipegang oleh penduduk yang teraniaya (gambar) diatas :

NIK AZIZ PATUT DIHUKUM!!

Dipetik dari laman Blog TUKAR KELATE! :

GEMPAR! 2,000 Mangsa Kezaliman Kerajaan PAS, Atur Langkah #TukarKelantan #PRU13

Tiada lagi tanah di Kelantan milik Allah SWT dan milik rakyat... 
Tiada lagi tanah di Kelantan boleh diterokai oleh rakyat Kelantan kerana ia adalah milik kekal Allah SWT... 
Yang tinggal hanyalah tanah milik DAP, yang tinggal hanyalah janji-janji manis kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz... 
Kerana tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan akibat tanah yang diterokai diambil dan diberikan kepada tauke-tauke cina.. 
Kini mereka mula mengatur langkah... 
Langkah untuk mendapatkan sebuah keadilan... 
Langkah untuk mendapatkan hak yang diusahakan... 
Langkah untuk menumbangkan sebuah kerajaan PAS di Kelantan... 
TUKAR Kelantan PRU13!!! 
Untuk artikel penuh klik [SINI]

Friday, February 1, 2013

APA SUDAH JADI DENGAN DUIT LEBUHRAYA RAKYAT? SUDAH KENA SONGLAP KA? #TukarKelantan



Syarikat CNM Mining Group yang meneroka emas seluas 1, 065.2 hektar di Sokor, Tanah Merah dilaporkan semalam telah membayar royalti kepada kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM 347,115.00.

Tiada apa yang tidak kena dengan tindakan tersebut, kerana memang syarikat tersebut perlu membayar royalti kepada kerajaan negeri di atas penerokaan yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Cuma hairan, syarikat CNM Mining Group tidak pernah sekali pun mencatat keuntungan, sebaliknya tiap-tiap tahun mengalami kerugian. Tetapi di sebalik kerugian yang dialami, CNM Mining Group tetap 'senyum' membayar royalti kepada kerajaan negeri.

Tak perlu pelik kerana dilaporkan salah seorang Pengarah CMNM ialah Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw dan dua rakyat Singapura.

Artikel penuh di [SINI]

PAS Perlu Kaji Semula Pemecatan Nasha.. Jangan Jadi Tuli... #PASKejam


Majlis Syura Ulama Pas perlu mengkaji semula keputusan memecat bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya bagi membolehkan Ahli Parlimen Bachok itu diberi peluang membela diri terhadap setiap tuduhan yang dibuat.

Tokoh Pas yang disegani, Datuk Muslim Othman berkata, Majlis Syura Ulama perlu mengambil perhatian tentang saranan itu memandangkan Nasharudin pada masa ini tidak diberi hak sewajarnya sebagai orang yang dituduh melakukan kesalahan.

Beliau yang secara peribadi amat berdukacita dengan keputusan pemecatan tersebut menegaskan, kegagalan Nasharudin menerima surat pemecatan sehingga hari ini juga sepatutnya tidak berlaku.

''Saya dimaklumkan Nasharudin menerima berita pemecatannya melalui akhbar manakala surat pemecatannya pula sehingga kini belum diterima. Jika benar Majlis Syura telah menghantar surat tersebut, buktikan? - Utusan

Monday, January 14, 2013

[VIDEO] : Setiausaha BN Kelantan Che Alwi Akui Minat @Abby_Abadi112?


Cantik jugak Abby Abadi ni, tapi kasihan kerana selepas bertaubat Abby Abadi mencari Islam dan syurga melalui parti PAS kerana Nik Aziz dikatakan mahu membawa pengikut PAS ke syurga.

Tapi adakah gerenti syurga akan ditemui dengan menyertai parti PAS PIS PUS?

Kahkahkah....

Ikuti ceramah yang hebat dari Dato'Che Alwi Setiausaha BN Kelantan yang menyampaikan ceramah ketika majoriti pemimpin PAS meninggalkan Kelantan untuk berhimpun di KL.




Saturday, March 24, 2012

Al-Kisah Encik PAS Dan Encik MURTAD.........



AIDC/Dr Rahman Kadir – Saya mula didedahkan dengan isu murtad seawal tahun 1997 iaitu semasa masih di Asasi Sains Universiti Malaya lagi. Ketika itu, saya didedahkan dengan forum-forum yang diadakan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Saya pernah menyaksikan di dalam salah satu forum tersebut, wakil UMNO dibelasah teruk oleh wakil PAS, seorang ADUN dari Kelantan. Wakil UMNO tersebut ada hati menafikan wujudnya isu murtad. Saya melihat UMNO seperti tidak serius dengan isu murtad, dan hanya PAS sebagai sebuah parti Islam yang mampu mempertahankan aqidah umat Islam.

Ini ditambah lagi dengan kes Aishah Bukhari, seorang yang hafal Yasin dan mempunyai asas agama yang baik, tetapi boleh murtad ke agama Kristian Katolik hanya kerana bisikan cinta. Dia dikatakan lari ke Australia bersama kekasihnya tersebut meninggalkan ibu-bapa dan sanak-saudara.
Ditambah pula dengan pendedahan bekas Paderi Joseph tentang usaha sulit gereja memurtadkan orang Melayu di Malaysia yang terkandung dalam kaset-kaset yang dijual di pinggir Masjid Ar Rahman.

Tuesday, March 20, 2012

PUAK hamPAS AJAR ANAK CARA PROVOKASI ??





KESIAN BUDAK NI, KECIK-KECIK LAGI DAH DIAJAR JADI 'ROBOT' MACAM PUAK hamPAS LAIN !!


*sambil buat2 pegang bendera* Says : '' NYESAL AKU FOLLOW HAMPA, BUKANNYA HAMPA BUAT BENDA BERFAEDAH PUN.. NANTI CUKUP UMUR AKU NAK PANGKAH UMNO LAGI BAGUIH !! ''
Seperti yang diketahui umum..

Kelmarin kita dikejutkan oleh 'SERANGAN BIADAP' oleh Pemuda hamPAS di Presint 9, Putrajaya, iaitu semasa Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya sedang sibuk menghadiri perhimpunan BN di Stadium Titiwangsa (Nampak bebenor puak hamPAS ni pengecut) . Mati-mati TM ingat 'MENATANG' ni dah settle, tapi tadi 'TEKEJOT BAK HANG' & rasa kesian + simpati sangat dengan nasib budak-budak kecik ni lepas TM baca artikel daripada blog sahabat TM, KULAAN NIRING [KLIK]

SERIOUSLY...

TM betul-betul tak sangka yang puak hamPAS (kemungkinan ibu/bapa kanak-kanak tersebut) yang 'MAI' serang Putrajaya kelmarin ni sanggup 'GAME' & mempergunakan kanak-kanak yang sama sekali tidak layak untuk diheret ke kempen politik tak berfaedah sebegini!! Bukan masa depa lagi untuk sertai kempen bodoh macam ni... Sebagai ibubapa yg bertanggungjawab.. kayakan & didiklah anak-anak korang dengan ilmu Fardhu Ain & Fardhu Kifayah dulu, jadikanlah mereka sebagai Hamba Allah yang berguna.. Dan tak lupa juga, ingatlah bahawa anak-anak kita adalah pelapis ganerasi intelek. Tak mahu ker tengok anak-anak berjaya?? Haihhh....

Bak kata pepatah, ''MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA''..... 

***ATTENTIONS TO ALL hamPASian ***
''TAU TAK NI PERBUATAN BODOH ??''

***Kalau ni program akademik takpa la jugak kalau korang nak heret anak-anak korang join, belum masa depa lagi untuk berpolitik... Sedarlah diri sikit hamPASku sayang..***

***PERSOALAN***
1 ) MANA PERGINYA AKAL FIKIRAN AHLI-AHLI hamPAS INI SEHINGGA SANGGUP MENGHERET ANAK-ANAK UNTUK SERTAI 'SERANGAN'  BIADAP DAN TANPA BERFAEDAH INI? 
2) APAKAH INI IALAH CARA DIDIKAN ANAK-ANAK OLEH PUAK-PUAK hamPAS YANG CUBA DITERAPKAN SUPAYA DAPAT MEWARISI DARAH 'KEPAHLAWANAN HIJAU PUTIH' MEREKA?
***ATAU***
3) ADAKAH INI ADALAH TAKTIK MURAHAN PUAK-PUAK hamPAS SEMATA-MATA UNTUK MENAGIH SIMPATI OLEH KOMUNITI PRO-KERAJAAN PARLIMEN PUTRAJAYA??
###JAWAPAN### 
*** TEPUK DADA TANYA IMAN ***

**Dipetik daripada artikel Blog KULAAN NIRING **

'' Apa nak jadi dengan parti Pas ni yang kononnya parti Islam sanggup menggunakan kanak-kanak sebagai barua parti meraih undi ketika Pas Putrajaya berceramah tanpa permit di Pasar Basah Presint 8 dan Medan Selera Presint 9 pagi semalam.

Sapa la mak bapak budak-budak ni yang bodoh sangat sampai sanggup mempergunakan kanak-kanak yang masih kecil dan masih tidak tau apa itu politik.
Gua tak heran kalo mak bapak budak-budak ni nak memperjuangkan politik bodoh Pas ni sekali pun sebab itu adalah hak demokrasi berpolitik yang subur kat bumi Malaysia ni tapi jangan la dok heret sekali budak-budak yang tak tau apa-apa pasal politik. Ni spesis mak bapak akal letak kat lutut la ni. '' 
Selanjutnya.. KLIK [SINI
*** TM cadangkan Nik Ajis sponsor buat program khas untuk ajar ilmu mendidik anak kat ahli-ahli hamPAS ni...***


Continue...... '' Maklumlah, depa kan ahli-ahli syurga, buat apa pun tetap masuk syurga jugak.. Sebab tiket dah ada kat NIK AJIS ....''

Sunday, March 18, 2012

@tunfaisal @TengkuAdnanReal >> PUAK PAS SERANG PUTRAJAYA !!


Ini sangat kurang ajar!!


Apakah ini cara sebuah parti yang memperjuangkan Islam?


Pesta belon panas yang diadakan di Presint 9, Putrajaya semalam telah diserang oleh puak PAS. Nak jadi gangster ker PAS? Apa motif mereka bertindak bangang begini?


Dengar kata mereka cuba mensabotaj supaya tarikh PRU dipeercepatkan. Orang nak berkumpul dan meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga, mereka boleh bawa bendera 'BULAN' mereka ke hulu ke hilir. Sah mereka ni BODOH!


Berita selanjutnya, klik [SINI] dan [SINI]

P/S : Puak-puak ni elok kena kauseling je.. Hehehehe

Saturday, March 17, 2012

HANGIT !! @abdulhadiawang MALUKAN @anwaribrahim & SELURUH PUAK PEMBANGKANG !!





Sebelum ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pakatan pembangkang dan para bloggers pro-pembangkang beria-ia mengaitkan kewujudan perniagaan di antara Malaysia dan Israel.

Biar pun isu tersebut telah dijawab dengan fakta, mereka masih berdegil dan terus mengelirukan rakyat. Segalanya itu semata-mata untuk menghalalkan kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel.

Hari ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pembangkang dan bloggers pro-pembangkang menerima tamparan hebat lagi memalukan apabila Hadi Awang, Presiden PAS sendiri berkata bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi terutamanya dalam bidang perniagaan dibenarkan!

Anda baca di sini :


SHAH ALAM 17 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti. – BERNAMA.
Sikap putar belit dan double standard kepimpinan parti pembangkang amat dikesali. Dalam masa yang sama, apakah kepimpinan pembangkang dan bloggers mereka berani meminta maaf kerana memburuk-burukkan parti lawan dengan isu yang telah dinyatakan oleh Presiden PAS sendiri? 


SUMBER ASAL : DOC MIM

@zulkiflinoordin - Antara Persoalan Mengapa Kita Perlu Tolak Pakatan Rakyat.




Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rabi'ul Akhir 1433
14 Mac 2012

Friday, March 16, 2012

Bukti PAS itu munafik !!!


Jom jadikan video ini sebagai renungan kita bersama.. Benda ni dah lama.. Tapi sengaja TM nak ingatkan supaya kita semua tak hanyut dibawa arus tsunami pakatan haprak ini... 


RENUNG-RENUNGKAN

SUMBER SAH : SUARA UMNO FB GROUP

EKSKLUSIF !! DOKUMEN SULIT STRATEGI PKR UNTUK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU DIDEDAH !!



Pendedahan dokumen sulit strategi PKR untuk membodohkan orang melayu telah didedahkan. Maka, ini adalah masa untuk orang melayu mula berfikir dan menilai. Seperti yang diketahui, ini adalah strategi khas yang dirangka Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan UMNO. 


i) Pengundi baru muda dipersetujui agar diberi perhatian khas.
ii) Jurucakap Pakatan Rakyat mengenai isu melayu perlu ditonjolkan.
iii) Isu rasuah perlu dikaitkan dengan hakikat korupsi UMNO lah penyebab kelemahan melayu.


Agenda memusnahkan kepercayaan rakyat keatas kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO terus diperhebatkan oleh pakatan pembangkang terutama melalui Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Serangan hebat akan berterusan menjelang PRU 13 yang semakin terasa bahangnya. -Papa Gomo 


Ayuh melayu, jangan leka dibuai mimpi. 

TOLAK PAKATAN RAKYAT !!!

SUMBER SAH : SUARALENSA

Kedah Negeri Jelapang Babi?? [PROJEK KEBABINASIAN NEGERI]


Dengar kata kerajaan kedah mahu meluluskan projek kandang babi berhawa dingin? Alahai, sadis! Negeri Johor yang penuh dengan nenas pun dah dilabelkan negeri jelapang padi. Tetapi, Negeri Kedah yang telah tersedia dengan 'title' jelapang padinya, mahu membuat transformasi kebabinasian, iaitu transformasi kearah Jelapang Babi. 


MasyaAllah, inikah dasar pemerintahan Islam PAS?????????

Thursday, March 15, 2012

Pemimpin PAS Terima BR1M. Wang Yang @nikabdulaziz Kata Haram.



Dipetik dari sel13.com


1 - Perhatikan nama dalam bulatan hitam

2 - Perhatikan kotak nama jawatan di sebelah kiri bulatan hitam

3 - Perhatikan kotak nama organisasi dalam kotak nombor dua dari kiri.

Ok ?

Semua dah ok ?

Dah ok lah tu.....

Sekarang anda dah tahu siapa dan apa jawatan insan tersebut......




Perhatikan pula gambar dibawah ini


Dipetik dari sel13.com


1 - Perhatikan nama yang ditunjukkan oleh jari berwarna merah.

2 - Perhatikan perkara di bawah Tuan / Puan

3 - Tolong eja perkataan kelima dalam kandungan surat yang berhuruf  P.E.R.M.O.H.O.N.A.N

4 - Tolong eja perkataan kesembilan dalam kandungan surat yang berhuruf D.I.L.U.L.U.S.K.A.N


Dah dapat jawapannya kan ?

Jangan lupa juga klik di sini....

Mereka yang kecoh-kecoh kata ini wang haram, rasuah dan sebagainya, dalam diam-diam mereka pun pergi pohon juga.

P/S : Habis semua pengikut PAS kena kencing hidup-hidup.

SUMBER SAH : RBF 

MY SLIDESHARE UPLOAD