Showing posts with label PEMILIHAN UMNO. Show all posts
Showing posts with label PEMILIHAN UMNO. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

#PemilihanUMNO: CALON EXCO NO.46 AKAN USAHA DEMI JUARAI PENDIDIKAN KEPADA PEMUDA! #Faizal4Exco


Calon Exco Pemuda No.46 Saudara Faizal Daud, atau dikenali sebagai Abe Ja dikalangan sahabat-sahabat berhasrat mahu membawa golongan pemuda menjuarai platform pendidikan. 

Sdr Faizal, Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) yang sebelum ini yang sudah aktif turun padang mencari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti menerusi Program Jelajah Destini Anak Bangsa  (Kerjasama UiTM), dilihat begitu bersungguh mahu merealisasikan impiannya itu. - MAHU MELIHAT BUMIPUTERA TIDAK TERCICIR PELAJARAN DISEBABKAN TARAF HIDUP.

Atas dasar itulah Sdr Faizal menawarkan diri sebagai Exco Pemuda. Diharap menerusi Tiket Exco ini, Sdr Faizal dapat membuka ruang kepada anak-anak muda menjuarai bidang pendidikan supaya tidak ketinggalan dalam arus era kini yang begitu mencabar.

RUJUKAN ALTERNATIF

Dipetik dari Blog Tukar Kelate:
Bahang pemilihan umno 2013 semakin dirasai memandangkan tarikh 12 Oktober hanya berbaki 8 hari sebelum tibanya hari pengundian untuk sayap-sayap UMNO. 
Selain jawatan-jawatan utama, antara yang menarik untuk diperhatikan adalah perebutan bagi jawatan Exco Pemuda UMNO yang melibatkan seramai 77 orang calon. 
Masing-masing tampil dengan kekuatan yang tersendiri, namun penulis lebih tertarik dengan calon nombor 46 yang berasal dari Kelantan iaitu Sdr Faizal Daud. Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda ini walaupun pelbagai program di peringkat akar umbi telah berjaya dilaksanakan olehnya. 
Penulis melihat misi Sdr. Faizal yang menawarkan diri bagi merebut jawatan Exco Pemuda UMNO kerana mahu membawa pemuda menjuarai isu pendidikan tidak bersifat retorik semata-mata. 

 
Ini kerana berdasarkan pengetahuan penulis, sejak Sdr Faizal mula memegang jawatan sebagai Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) pelbagai program telah digerakkan oleh Faizal Daud terutama program-program yang memberi kesedaran tentang pendidikan. 
Antara program yang berjaya adalah Jelajah Destini Anak Bangsa iaitu sebuah program yang digerakkan dengan kerjasama UiTM bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di universiti. 
 
Berdasarkan misi yang ingin dibawa dalam pemuda UMNO serta hasil kerja yang telah berjaya dilaksanakan, penulis mohon para perwakilan pemuda memberikan peluang kepada anak muda ini berbakti di atas platform pemuda. 

#PemilihanUMNO: LET'S SEE!! @KhairyKJ MAHU BEKERJA UNTUK PEMUDA LAGI!! #KJ4KP


"Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.

Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN kearah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu.

Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia".

Friday, October 4, 2013

#PemilihanUMNO: KENAPA @KhairyKJ PERLU DIPERTAHANKAN SEBAGAI KETUA PEMUDA? #KJ4KP


Mengapa KJ perlu dipertahankan sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Dipetik daripada BH:

Khairy membuat perbandingan mengenai zaman beliau bertanding ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO dan secara bersendirian sekarang. Ikuti temubual wartawan BH, Razak Rashid Ghows dengan beliau.

Wartawan: Kenapa saudara menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan tidak bertanding jawatan lebih tinggi?

Khairy: Saya melihat kerja saya dalam Pemuda UMNO masih lagi belum selesai. Saya sudah meletakkan fasa pertama ketika menjadi Ketua Pemuda di mana kita beri tumpuan kepada langkah menstrukturkan semula Pemuda UMNO. Tujuannya bagi menjadikan Pemuda badan yang fokus kepada masalah orang muda dan penyelesaian seperti isu pekerjaan, pendidikan, perumahan, iaitu lebih berorientasikan isu berbanding dulu. Sebelum ini ia lebih retorik politik, sekarang lebih kepada penyelesaian. Fasa kedua bagi memastikan perubahan ini dapat diinstitusikan melalui program pendidikan politik baru di mana kita mahu lahir ramai lagi pelapis yang mempunyai pandangan moden dalam politik di mana perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air tetap menjadi teras kita. Ahli politik dan pemimpin politik muda yang memahami cabaran yang dibawa politik baru, soal isu tadbir urus yang baik, hak asasi manusia, hubungan kaum dan sebagainya supaya kita dapat kembalikan sokongan orang muda kepada Barisan Nasional (BN) dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.


S: Apakah itu bermakna saudara tidak berpuas hati dengan pencapaian Pemuda UMNO sejak mengambil alih jawatan itu pada 2009?

J: Saya puas hati dengan pencapaian setakat ini, cuma kita kena melanjutkan prestasi kita. Kita kena pastikan apa yang kita dapat buat selama ini dapat ditanamkan ke akar umbi. Ada pelbagai cabaran untuk kita gerakkan Pemuda dari segi pentadbiran, dari segi semangat ahli. Kita kena beri tumpuan lebih kepada soal kepemimpinan. Bila kepemimpinan pada peringkat bahagian itu kuat dan punyai idealisme tinggi, kita dapat lahirkan lebih ramai pemimpin berkaliber peringkat bahagian dan kita dapat meningkatkan prestasi keseluruhan. Saya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebab penggal pertama, saya tidak ada jawatan dalam kerajaan. Penggal kedua sudah dapat amanah menjaga Kementerian Belia dan Sukan. Saya nampak kita boleh bawa agenda ini bersama di mana saya jaga belia negara dan juga Pemuda dalam UMNO itu sendiri. Kekuatan itu saya akan guna untuk tingkatkan lagi prestasi Pemuda UMNO.

S: Ke mana hala tuju Pemuda UMNO yang saudara akan bawa atau agenda Pemuda UMNO selepas ini sekiranya terpilih semula?

J: Agenda saya ialah untuk menjadi tempat pertemuan atau ‘interface’ utama bagi UMNO dan generasi muda. Kita tahu bahawa generasi muda menjadi kuasa besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan juga akan menjadi kuasa besar dalam PRU-14. Kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan pengundi muda Melayu antara umur 21 hingga 30 tahun, kira-kira 54 peratus menyokong BN pada pilihan raya lalu. Itu petanda baik bagi kita, tetapi pengundi muda daripada kaum lain tak berapa menyokong BN. Itu cabaran untuk kita, macam mana UMNO boleh memainkan peranan bagi meningkatkan sokongan daripada orang muda Melayu dan macam mana boleh bantu BN untuk cuba meyakinkan yang lain juga. Jadi hala tuju saya masih lagi ‘politikal’, macam mana untuk bawa undi pada pilihan raya akan datang.


S: Ternyata saudara sudah melalui pelbagai dugaan dan jatuh bangun dalam politik. Bagaimana saudara melihat peluang kali ini?

J: Setiap kali bertanding saya serah kepada perwakilan atau pengundi, cuma kita boleh buat yang terbaik dengan menawarkan idea atau wawasan yang jelas. Yang selebihnya kita serah kepada perwakilan. Saya menang pada 2009 dalam keadaan yang susah. Waktu itu orang kata menantu Presiden UMNO dan sebagainya, tetapi presiden yang hendak keluar, Pak Lah (Abdullah) pada waktu itu hendak meletak jawatan. Jadi ia tidak beri apa-apa kelebihan kepada saya. Tapi dalam keadaan itu masih lagi boleh menang, lawan bekas menteri besar, lawan seorang yang ada nama besar dalam UMNO tetapi dapat mengatasinya, Alhamdulillah berkat sokongan daripada kawan-kawan. Jadi kali ini pun saya buat yang sama, bukannya saya mahu kekalkan jawatan ini untuk diri saya, tetapi saya menjawab panggilan perjuangan. Jadi saya serah kepada perwakilan sebab saya sudah tahu jatuh bangun dalam politik, peritnya bila kita jatuh, apa perasaannya selama empat tahun. Saya tidak tahu peluang saya macam mana dan saya serah pada budi bicara perwakilan. Saya yakin perwakilan boleh menilai sebab nak jaga Pemuda dengan keahlian hampir 650,000 dan jaga pentadbiran bukan perkara senang. Kita menghormati setiap calon yang menawarkan diri, tetapi kalau tak ada pengalaman jadi Ketua Pemuda bahagian atau cawangan, macam mana nak jaga organisasi nasional yang ada 650,000 ahli.


S: Dulu saudara bertanding dalam bayangan ‘Perdana Menteri’, kali ini bertanding sebagai Khairy Jamaluddin tanpa bapa mentua. Kini saudara menghadapinya bersendirian?

J: Saya tidak melihatnya sebagai masalah sebab pemilihan lepas pun tidak bawa apa-apa kelebihan kepada saya (sebagai menantu Perdana Menteri). Sebabnya, pada pemilihan lalu beliau adalah Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatan, presiden yang akan melepaskan jawatan, jadi tak ada apa-apa pengaruh pada saya.


S: Persepsi orang ramai mungkin lain, saudara dikaitkan dengan Perdana Menteri?

J: Mungkin persepsi itu membawa masalah kepada saya pada waktu dan ketika itu. Kali ini bila tidak ada apa-apa kaitan dan saya bertanding atas diri saya sendiri, mungkin mereka boleh nilai. Selama empat tahun saya menjadi Ahli Parlimen biasa dan penyokong kerajaan, sering kali berentap dengan pembangkang, bawa Pemuda UMNO selama empat tahun tanpa apa-apa jawatan, tetapi masih lagi bertahan. Ramai yang kata dia tidak akan sampai satu tahun bawa Pemuda UMNO dan akan mengaku kalah dan ada orang yang akan buat undi tidak percaya. Dalam keadaan ini, saya dapat bertahan selama empat tahun, Alhamdulillah saya diberi rezeki ini dan saya harap dapat gunakan rezeki ini untuk bantu Pemuda supaya lebih baik lagi.


S: Cara saudara dan beberapa orang dalam Pemuda atau UMNO sendiri berlainan daripada orang lama, khususnya dari segi pemikiran. Saudara lebih terbuka dan kerap kali dilihat sebagai menentang arus. Bagaimana saudara boleh menyesuaikan diri dan mengimbangi antara lama dan baru?

J: Apabila kita menyahut agenda transformasi Presiden parti yang juga Perdana Menteri, kita kena buktikan melalui pemikiran baru. Itu yang dituntut oleh transformasi. Kalau kita cakap soal transformasi tetapi tidak bawa transformasi dalam pemikiran, kita tidak akan bawa apa-apa perubahan. Yang penting walaupun pemikiran saya kadangkalanya berbeza dengan pemimpin lain lebih senior, penghormatan itu tetap ada dan kita akan bertemu dengan mereka. Saya selalu suka berbincang dengan pemimpin lebih senior, dalam kalangan menteri dan menteri besar, saya akan jelaskan pandangan daripada generasi saya. Bukan bermaksud kita nak lari daripada perjuangan asal UMNO nak bantu Melayu dan pastikan agama dan bangsa pelihara. Itu tetap mesti ada, tetapi soal politik baru yang saya sebutkan tadi, urus tadbir baik, pemikiran lebih terbuka, termasuk kepada kebebasan bersuara dan sebagainya, itu kita kena jelaskan. Ini tuntutan generasi saya, mungkin bukan generasi anda, tetapi generasi kami. Saya melihat diri saya sebagai pembawa obor generasi saya seperti mana mereka satu ketika dulu bawa aspirasi generasi mereka. Saya nampak penghormatan itu ada, tiada masalah.


S: Dalam pemilihan ini, ada empat calon lain akan mencabar saudara.

J: Saya terbuka sebab sistem kita yang sama-sama pinda empat tahun lalu (2009) yang mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO adalah parti yang terbuka. Kita buka kepada perwakilan di peringkat bahagian untuk memilih jawatan tertinggi dalam UMNO. Yang kedua, kita buka seluas-luasnya, dengan sedikit syarat kepada ahli kita untuk bertanding, hatta jawatan tertinggi dalam parti. Bila sudah buat pindaan itu, takkanlah sebagai antara pemimpin yang menyokong pindaan itu, saya nak kata oh tak boleh bertanding lawan saya. Bila ada orang nak bertanding Ketua Pemuda kita mengalu-alukan atas semangat keterbukaan dalam parti. Tetapi bagi saya untuk perwakilan, dia kena fikir sedalam-dalamnya, ini bukan pesta populariti sekelip mata saja. Ini adalah soal masa depan parti, mesti bertanggungjawab.


S: Bagaimana pandangan saudara berhubung kesediaan Datuk Mukhriz Mahathir untuk bertanding jawatan Naib Presiden?

J: Beliau adalah seorang pemimpin generasi muda dalam parti kita yang ada masa depan cerah dan berjaya menjadi Menteri Besar Kedah. Kita berharap beliau dapat membangunkan Kedah dengan baik dan kekalkan kekuasaan BN di Kedah. Soal dia nak bertanding jawatan apapun dalam parti, terpulang kepada dia sebab dalam semangat keterbukaan, kita tidak boleh halang. Kita perlu semua pemimpin memainkan peranan dalam UMNO. Saya tidak mahu lihat pemimpin kita bergaduh sampai kita kerugian seorang pemimpin yang boleh membantu pasukan UMNO.


S: Andainya masa depan ini adalah hak anda dan Mukhriz sebagai pelapis, boleh saudara bekerja sebagai satu pasukan?

J: Saya tidak ada masalah, kita pernah bekerja sebagai satu pasukan ketika saya menjadi Naib Ketua dan beliau EXCO Pemuda UMNO. Saya sudah kenal beliau begitu lama. Saya rasa dalam UMNO, saya antara orang yang kenal beliau paling lama sejak umur saya enam tahun lagi. Dia lebih tua daripada saya 11 tahun dan saya kenal dia daripada kecil lagi. Jadi saya tidak ada masalah dengan dia, untuk kebaikan parti.


S: Apa pandangan saudara mengenai sistem baru pemilihan UMNO ini?

J: Tiada siapapun tahu sebab kali pertama nak buat. Insya-Allah saya berharap tiada pertikaian sebab kita semua bersetuju dengannya. Saya harap ia berjalan lancar.


S: Terdapat banyak seruan, saranan, gesaan daripada banyak pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang mahu golongan muda diberi laluan untuk mengambil alih kepemimpinan UMNO di semua peringkat.

J: Itu saranan yang baik dan sebagai Ketua Pemuda takkan saya tak sokong saranan itu. Saya nak melihat lebih ramai lagi orang muda diberi tempat. Tetapi yang penting ialah kombinasi yang baik. Kita perlu juga yang berpengalaman, sebab itu Pemuda UMNO kita tawar empat orang untuk bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT). Saya harap mereka dapat tempat dalam MT. Kita nak tunjuk bahawa proses peremajaan dalam UMNO bukan hanya terhad pada Pemuda dan Puteri, tetapi juga dalam arus perdana, parti induk dan kalangan orang dewasa ada kepemimpinan orang muda.


S: Mengenai Wanita UMNO pula, bagaimana saudara melihat tindakan kompromi Datuk Seri Azalina Othman dalam perebutan jawatan Ketua Wanita?

J: Saya lihat mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sekiranya Azalina bertembung dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kita akan kehilangan salah satu daripada dua orang itu. Saya lihat Shahrizat masih lagi kuat dalam Wanita dan Azalina mungkin tidak berjaya. Kita akan kerugian sebenarnya sebab Azalina adalah pemimpin yang ada bakat dan masa depan. Dengan kompromi, kita dapat kekalkan kedua-duanya, sudah tentunya lebih baik untuk kita. Shahrizat akan terus jadi Ketua Wanita, kestabilan pada Wanita UMNO dan dapat menyediakan Azalina untuk ambil alih kepemimpinan Wanita satu hari nanti.


S: Apa pandangan saudara mengenai penyertaan orang lama dalam pemilihan ini?

J: Itu keputusan mereka dan mesti dihormati. Prinsip sekarang ialah keterbukaan, sesiapapun boleh menawarkan diri. Yang penting perwakilan perlu pilih dengan bijak siapa akan menjadi wajah UMNO empat lima tahun akan datang apabila kita berdepan dengan rakyat.


S: Apa pandangan saudara mengenai UMNO selepas pemilihan ini?

J: Selepas pemilihan kita kena bersatu semula dan rapatkan barisan. Sudah pasti dalam pemilihan, walaupun dalam semangat kekeluargaan, mesti ada yang terguris, terasa dan terpinggir apabila kalah. Kita kena fokus balik pada usaha PRU-14, itu penting. Ini soal hidup mati UMNO. Pemilihan UMNO ini adalah untuk kita pilih wajah UMNO yang akan berdepan dengan rakyat. Pilihlah mereka yang diterima oleh rakyat dan ahli, jangan kita pilih hanya mereka yang popular dalam kalangan ahli, malah mereka mesti diterima rakyat.





Thursday, October 3, 2013

TATAETIKA OH TATAETIKA!! #PemilihanUMNO

Pindaan terhadap perlembagaan parti bukan sahaja memberi dimensi baru kepada proses transformasi UMNO, tetapi tanpa disangka turut mengelirukan calon berikutan format baharu tersebut.

Ramai antara calon keliru sama ada mereka boleh memberi kenyataan kepada media atau tidak dan kenapa perlu ada peraturan melarang daripada berjumpa terus dengan perwakilan selagi tidak mendapat kebenaran ibu pejabat.

Meskipun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali telah menjelaskan bahawa calon boleh memperkenalkan diri di media konvensional dan sosial, kekeliruan itu masih wujud.

Bahkan, kekeliruan itu bukan hanya membabitkan calon muka baharu, tetapi 'pemain lama' yang menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang sepatutnya tahu selok-belok tataetika pun menghadapi masalah serupa.

Ini kerana antara syarat yang harus dipatuhi ketika membuat kenyataan akhbar bukan sahaja jangan memfitnah, mencela atau membuat tuduhan palsu tetapi calon tidak dibenar berkempen sehingga kelihatan 'menjual diri'.

Akibatnya, petugas media yang membuat liputan mengenai pemilihan UMNO kali ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kenyataan daripada calon-calon yang bertanding khususnya untuk menjawab isu-isu tertentu.

Mereka sebaliknya mengelak untuk ditemubual petugas media dan kerap kali memberi alasan perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO terlebih dahulu, kerana bimbang akan dituduh berkempen secara terbuka.

Situasi tersebut melanda calon Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Beliau yang dikenali mesra media dan mudah didekati untuk mendapat ulasan mengenai sebarang isu keberatan untuk berbuat demikian.

Ketika ditemui Utusan Malaysia di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di Janda Baik bagi mengulas isu pemilihan kali ini, beliau menolak dengan sopan kerana ingin mendapat kepastian daripada Tajol Rosli terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pemilihan UMNO dan lembaga disiplin parti perlu memberi penjelasan lebih terperinci apa sebenarnya yang boleh dan apa pula larangan yang mesti dipatuhi calon agar tiada sesiapa teraniaya.

Sekadar memberi jawapan bahawa semua ahli UMNO sudah cukup maklum mengenai tataetika parti tidak memadai kerana pemilihan kali ini melibatkan sejumlah 33,682 calon di peringkat bahagian dan 158 di peringkat pusat.

Penjelasan berterusan itu penting bagi mengelakkan terjadinya 'rumah siap pahat berbunyi' meskipun hasrat dan objektif transformasi yang dilakukan cukup murni iaitu memastikan UMNO kekal relevan. - UTUSAN

#PemilihanUMNO: PERWAKILAN MAHU PILIH CALON #NKPUM YANG POPULAR KE YANG RAJIN BEKERJA? #OneBro4NKP


Jika dinilai melalui populariti di media sosial atau jumlah 'followers',belum tentu seorang calon yang bertanding akan menang kerana belum tentu visi dan misi yang mahu dibawakannya sampai kepada perwakilan untuk meniali calon yang bakal dipilih untuk menjadi pucuk pimpinan mereka. 

Sumber tidak rasmi memberitahu bahawa Azwan Bro mendahului di 'Ground'.

DIKEMASKINI DARI BLOG MMI:


Seperti yang diketahui umum, UMNO akan mengadakan pemilihan bagi menentukan kepimpinan baru bagi penggal 2013 - 2016. Amalan demokrasi yang diamalkan sejak 67 tahun lalu, kini telah diberikan nafas baru oleh pimpinan tertinggi parti apabila telah mengumumkan 'TRANSFORMASI UMNO' sebagai langkah pemilihan baru dalam parti iaitu dengan membuka ruang kepada para ahlinya untuk sama-sama terlibat dalam proses menentukan kepimpinannya.

Untuk pengetahuan umum, dalam sayap pemuda sahaja 85,000 ahlinya akan menentukan barisan kepimpinan yang akan menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Seperti semua sedia maklum, kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang kini di kosongkan oleh Datuk Razali Ibrahim antara kerusi panas yang telah menyaksikan pertandingan 4 penjuru yang membariskan nama-nama  besar dalam pergerakan pemuda, iaitu 
Khairul Azwan Harun , Lokman Adam & Jamawi yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Namun dalam pemilihan kali ini para pemuda UMNO mestilah bijak memilih kepimpinan yang benar-benar berkaliber untuk digandingkan bersama Ketua Pemudabagi membentuk jentera yang kebal bagi menghadapi PRU-14 nanti.


Calon pilihan saya ialah Azwan Bro. Ini adalah kerana dengan apa yang saya nampak, dia lebih berpengalaman. Selain itu, dia merupakan pemuda yang aktif. Antara program yang dilaksanakannya ialah:
  • BN Youth Town Hall Meeting di setiap daerah
  • aktiviti sukarelawan seperti BN Youth Volunteer
  • Skuad Prihatin Pemuda 
  • Karnival Kerjaya 
  • Perak Muay Thai BN Youth
  • Program Pemuda Prihatin YBU dan banyak lagi.
Antara faktor lain pula ialah:
  • Telah mendaftarkan lebih 14,000 ahli Pemuda UMNO seluruh negeri Perak menjadi pengundi berdaftar yang baru & kesannya semua saluran pengundi 5,6 & 7 di kawasan luar bandar dimenangi BN .
  • Berpengalaman sebagai pengurus pasukan bola sepak sebagai Timbalan Presiden PAFA dalam PERAK FA.
  • Paling penting KHAIRUL AZWAN HARUN @ AZWAN BRO adalah ZURIAT & DARAH DAGING UMNO.Beliau tidak pernah sesekali berpaling tadah & mengkhianati perjuangan parti terbesar orang Melayu.
SELANJUTNYA [SINI]



Tuesday, October 1, 2013

#PemilihanUMNO: KENALI @NazliahAli, DARI JAUH MERANTAU DEMI PERUBAHAN #NazliahAli4NKPUM



Nazliah Ali, seorang Ahli Puteri akar umbi berusia 35 tahun dari Sabah ini menawarkan diri untuk turut serta dalam pertandingan tiga penjuru bagi mengisi kekosongan sebagai Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Sudah 3 Penggal dia bertahan sebagai Ketua Pergerakan Puteri Parlimen Tawau. 

JAWATAN YANG DIPEGANG:

2004 – sehingga kini : KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU (Menang tanpa bertanding sejak 2004 hingga kini)

2009 – sehingga kini: KETUA PENERANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH.
Pengerusi Biro Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Sabah.- Pengerusi Penganjur Program Bengkel Gerak Kerja Transformasi (GTP) & Pelancaran Puteri Prihatin Peringkat Negeri Sabah yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah pada 9 Oktober 2011.

2004 – 2009 : PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH.
- Pengerusi Penganjur Program Menyusur Akar Puteri UMNO Sabah yang dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Najib Bin Tun Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Ogos 2005.

2002 – 2003: PENGERUSI BIRO ANTARABANGSA PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH.
- Mewakili Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama YB Datuk Rosnah Abdul Rashid ke Kabul, Afghanistan meninjau tapak cadangan sekolah untuk misi Tabung Pendidikan Puteri UMNO Malaysia.


Siapa sangka seorang yang berstatus Puteri seperti Nazliah ini pernah menjadi Pengurus Pusat Pengajian Al-Quran di Tawau, iaitu Al-Baghdadi Learning Centre? Dengan perrwatakan seorang muslimah dan menanam hasrat mahu menceriakan lagi corak islamik dalam Pergerakan Puteri supaya Pergerakan Puteri menjadi sebuah pergerakan yang disegani dan dihormati. Pada pandangan saya, medium yang dibawakannya ini tepat dan penuhi intipati yang diperlukan oleh Pergerakan Puteri masa kini. Oleh itu, atas 'restu' Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman. Dia umumkan bertanding.



Walau bagaimanapun , biar Perwakilan sendiri yang tentukan yang terbaik buat jentera mereka. Saya harap Nazliah dapat dipertimbangkan oleh Perwakilan semua untuk diberi ruang mengisi kekosongan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.








Monday, September 30, 2013

#2 INI CERITA BUKAN KEMPEN TAU: KENAPA PERLU PILIH NO.4 UNTUK NAIB KETUA PEMUDA? #OneBro4NKP


#2 INI CERITA BUKAN KEMPEN TAU: KENAPA SAYA PILIH NO.4 UNTUK NAIB KETUA PEMUDA?

Pertandingan 4 Penjuru bagi mengisi kekosongan sebagai 'Orang No.2' dalam Pergerakan Pemuda masih lagi punyai teka-teki. Walau macam mana pun, biar tanggal 12 Oktober ini jadi penentu. Bukan apa, sudah timbul kekeliruan kerana banyak sangat cerita. Itu sebab saya mahu bercerita juga, bukan kempen tau:


Nama-nama dan no. calon Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO:

  1. JAMAWI BIN JAAFAR (01)
  2. LOKMAN ADAM (02)
  3. MOHAMAD IRUAN BIN ZULKEFLI (03)
  4. KHAIRUL AZWAN HARUN (04).

Saya yang juga sebagai pemerhati, sudah dapat melihat dan sudah rambang mata mahu pilih mana satu kerana bermacam-macam 'pemanis' sudah keluar dari mulut 'fans' calon. Sampaikan penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google. Tapi apa yang menarik dan buatkan saya tertarik ialah tentang pegangan penyokong Azwan Bro, iaitu  kejayaan yang dikecapi Azwan Bro sepanjang mepelopori Pergerakan Pemuda Perak dan lain-lain penglibatannya dalam NGO.

Politik - Bukan hanya populariti dan 'kapal besar' semata-mata, tapi yang utama ialah punyai 'main point' untuk dijadikan modal insan kepada perwakilan/junior-junior akan datang. Rasanya kalau saya tafsirkan dalam pepatah :- "Kalau baka tak molek, maka tak molek lah janinnya".

Seperti apa yang dinyatakan oleh Blogger Double-Y:
" Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri, selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.


 
Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak. "
 Video:


Daripada sumber yang sama, amat mengecewakan kerana ada cara kempen yang tidak sihat hinggakan sanggup keluarkan gambar-gambar dari musuh kita atas dasar ketidakpuashatian peribadi. Dakwaan sumber mengatakan bahawa 'Azali' Azwan Bro diserang dan dilemparkan dengan imej negatif kerana telah diupah oleh DOT DOT DOT.

Apa-apa pun, walau siapa pun kita, buruk, kacak, kaya, miskin, sombong, peramah.... semuanya ialah adik beradik. Jika Mukhriz Mahathir "BERANI BERUBAH"... So, "MARI BERUBAH".

Upah Blogger Balun Calon NKP?

Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.

Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?

Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.

Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.

Sunday, September 29, 2013

#PemilihanUMNO: CALON PERLU DIBERI RUANG JUMPA PERWAKILAN!!! BAIK TAK PAYAH BUAT PEMILIHAN KALAU MACAM TU..


UMNO Kedah mencadangkan supaya calon- calon di semua peringkat dalam pemilihan parti itu bulan depan diberi peluang dan ruang berjumpa serta memperkenalkan diri dengan perwakilan kerana tidak semua daripada mereka dikenali.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, terdapat rungutan dan aduan daripada calon-calon mengenai tataetika pemilihan parti kali ini yang dilihat agak mengongkong serta menyekat pergerakan mereka untuk memperkenalkan diri.

Kata beliau, pihaknya memahami tataetika itu bertujuan memastikan tiada sebarang perkara yang boleh memudaratkan parti tersebut tetapi pada masa sama sangat penting untuk setiap calon diberi peluang bertemu perwakilan dan memperkenalkan diri.

"Tidak semua daripada mereka mendapat faedah daripada liputan media yang meluas. Ramai dalam kalangan calon tidak dikenali.

"Calon-calon baharu ini tampil ke depan kerana ada sesuatu yang hendak disumbangkan kepada parti, mereka juga ada kelebihan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat negeri di Alor Biak, di sini hari ini.

Mukhriz berkata, beliau bimbang dengan tataetika pemilihan UMNO yang dikeluarkan baru-baru ini boleh memberi kekangan di peringkat badan perhubungan negeri untuk mengatur lebih banyak program atau majlis perjumpaan calon dengan perwakilan.

Berikutan itu, pihaknya berharap urusetia dan pengurusan UMNO mempertimbangkan agar calon-calon dibenarkan berjumpa perwakilan dengan syarat mereka memaklumkan kepada pejabat perhubungan UMNO negeri bagi memantau perjalanan majlis supaya tidak berlaku perkara yang melanggar tataetika pemilihan.

"Kelonggaran itu memberi ruang dan peluang kepada semua calon bergerak dan berjumpa dengan perwakilan tanpa rasa bimbang dikenakan tindakan disiplin atau digugur kelayakan bertanding selain dapat membantu perwakilan menilai sendiri semua calon," ujar beliau. - UTUSAN

#1 INI CERITA BUKAN KEMPEN TAU: KENAPA MP LENGGONG BERHENTI JADI GURU? #ShamsulAnuar4MT


PART I: INI CERITA BUKAN KEMPEN TAU

Bukan mudah untuk memilih jalan berhenti sekiranya anda sedang menjawat jawatan sebagai guru, tambah-tambah jika sudah 15 tahun berkhidmat. Tapi itulah jalan yang dipilih oleh 'Tokoh Belia Lelaki 2007' dan kini menjadi Ahli Parlimen Lenggong (Barisan Nasional) dan Pengerusi PTPTN. 

Bukan nak kempen, tapi nak cerita sahaja bagaimana YB Shamsul mula-mula mengorak langkah dalam kencah politik negara. Mari kita baca wawancara yang dipetik dari laman SINAR HARIAN. Baca dibawah:


SINAR HARIAN ONLINE: Walaupun ramai sudah kenal YB, boleh, secara ringkas YB memperkenalkan siapa sebenarnya insan bernama Shamsul Anuar Nasarah ini? 
SHAMSUL ANUAR: Saya sebenarnya seorang guru tetapi tidak lama berkhidmat sebagai seorang guru apabila saya dipinjamkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz, waktu itu beliau sebagai menteri awam untuk menjadi setiausaha sulit, itu sekitar tahun 1998, jika tidak silap saya pada tahun 1998.
Dan bermula daripada situ saya memang sebahagian besar daripada hidup saya berkhidmat kepada rakyat atas kapasiti saya sebagai pegawai kepada menteri dan banyak tanggungjawab dan tugas saya diberi untuk menjaga kawasan beliau di Chenderoh ketika itu kerana beliau adalah Ahli Parlimen Chenderoh ketika itu. 
Selepas pilihan raya 2004, Yang Berhormat Datuk Seri Nazri Aziz berpindah ke Jabatan Perdana Menteri dan saya dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan dan ketika itu juga saya adalah exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. 
Dan latar belakang saya dengan masyarakat, saya sebenarnya lebih lama menjadi pemimpin organisasi belia dan waktu saya sebagai Setiausaha Sulit Kanan, saya Presiden Majlis Belia Malaysia ketika itu. Dan oleh kerana jiwa dan diri saya memang begitu dekat dengan rakyat sebab memang sebahagian hidup saya memberi sumbangan bakti kepada rakyat kerana ketika saya berumur 15 tahun, saya sudah memegang jawatan dalam organisasi belia, sudah berkhidmat dengan rakyat. 
Dan seawal usia 18 tahun saya sudah menjadi Ketua Pemuda di peringkat cawangan dan oleh kerana ingin memberi fokus dan tumpuan kepada politik dan organisasi belia, saya meminta untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Seri Nazri Aziz waktu itu. 
Dan bermula akhir 2007, saya memberi tumpuan penuh kepada kerja-kerja parti sebagai Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan juga sebagai pemimpin kepada sebuah organisasi belia terbesar di negara ini kerana ketika itu saya bertanggungjawab memimpin ketika itu 3.9 juta belia yang mewakili 40 pertubuhan belia di seluruh negara. 
Jadi oleh kerana saya seorang guru dan ibu saya juga adalah pemimpin politik ketika itu, oleh kerana itu mungkin darah politik itu mengalir ke tubuh saya menyebabkan sebahagian besar hidup saya memberi tumpuan kepada politik dan pada waktu sama isteri saya juga ketika itu ialah pemimpin Puteri Umno.
Tetapi beliau memilih untuk meletakkan jawatan untuk memberikan fokus kepada keluarga dan saya terlibat dengan politik. 
SINAR HARIAN ONLINE: Datuk memang datang dari keluarga dan bekerja dengan orang politik sudah lama. Adakah ia memudahkan Datuk untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen? 
SHAMSUL ANUAR: Memang membantu kerana waktu saya bertugas sebagai Setiausaha Sulit Menteri, memang saya diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas di kawasan Parlimen Datuk Seri Nazri Aziz. Menghadiri mesyuarat, menyelesaikan isu dan masalah rakyat, menyelesaikan isu-isu pembangunan, dan ini secara tidak langsung memang memberi latihan dan memberi pengalaman kepada saya dan ia memang memudahkan apabila saya sendiri menjadi wakil rakyat. 
Jadi keadaan itu memang benar dan saya tidak menafikannya dan saya fikir ini satu pengalaman yang tak ramai orang dapat dan yang lebih istimewanya saya dilatih, diberi peluang dan diberi tangggungjawab yang baik sewaktu bertugas dengan menteri. Diberi pengalaman banyak termasuk bagaimana berhadapan dengan parti lawan dan sebagainya. 
Saya pernah duduk atas pentas dan berdebat dengan Salahuddin Ayub. Saya yang mengatur, dengan Lim Kit Siang dan dengan Ahli Parlimen Kota Bharu. Ini pengalaman-pengalaman yang tidak boleh diperolehi di mana-mana institusi, dan ini yang membantu saya. 
Dan ketika saya menjadi wakil rakyat pada 2008, bukan sedikit sebanyak tetapi ia memang banyak membantu kerana apa yang saya laksanakan, ia hanya berbeza ketika itu saya melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil kepada wakil rakyat tetapi selepas 2008, saya sendiri menjadi wakil rakyat dan menjadi kebetulan pula sebahagian daripada kawasan yang saya wakili sekarang ini sebenarnya sebahagian kawasan yang dulu saya bekhidmat. Jadi hubungan saya dengan rakyat dan parti politik memang telah terjalin.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk tak menyesal melepaskan kerjaya mulia seorang guru dan beralih arah ke bidang politik? 
SHAMSUL ANUAR: Saya minta menjadi seorang guru, itu juga sebahagian daripada kerjaya yang berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya memberi fokus kepada soal pendidikan. 
Dan, apabila saya menjadi wakil rakyat membuka ruang dan peluang saya untuk berkhidmat dengan lebih besar termasuk boleh membantu dalam aspek pendidikan tapi mungkin lagi bukan dengan mengajar anak-anak di sekolah tetapi menyediakan kelas tuisyen untuk mereka. Menyediakan prasarana yang baik-baik untuk budak sekolah, jadi sudah tentu saya menyambung peranan saya sebagai seorang pendidik tetapi dalam keadaan yang lain. 
SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, adakah Datuk berpuas hati dengan pencapaian Datuk sekarang? 
SHAMSUL ANUAR: Kalau hendak kata saya puas hati, saya masih belum berpuas hati kerana banyak lagi perkara-perkara yang hendak dilaksanakan tidak dapat saya laksanakan. Apabila pilihan raya 8 Mac 2008, di Perak sebenarnya 11 bulan diperintah oleh Pakatan Rakyat dan kita menjadi pembangkang. 
Dalam tempoh itu kita banyak memberi fokus kepada meningkatkan keyakinan rakyat kepada parti, memulihkan imej parti, dan banyak juga perkara yang hendak saya lakukan. Soal pembangunan, pembangunan tanah tidak dapat dilakukan kerana waktu itu Perak ditadbir oleh parti yang lain. 
Sudah tentu banyak juga masa terbuang begitu sahaja walaupun banyak perkara juga boleh dilakukan tetapi agak terbatas bagi kita waktu itu. Tetapi selepas Perak diambil alih oleh kerajaan Barisan Nasional, maka kita boleh juga memberi fokus kepada soal-soal menyelesaikan isu dan masalah rakyat, soal meningkatkan kualiti hidup, pembangunan prasarana, meningkatkan sosioekonomi rakyat. 
Alhamdulillah dari beberapa sudut saya berpuas hati kerana saya menyelesaikan beberapa isu utama di kawasan saya terutamanya, saya tahu bahawa antara isu dan perkara yang dikehendaki oleh rakyat ialah soal kemudahan kesihatan misalnya. 
Di Lenggong, hanya ada klinik kesihatan. Wad bersalin tidak ada, kalau ada di kalangan rakyat yang ingin melahirkan anak terpaksa ke Grik, perjalanan pergi balik yang lebih dari 100 kilomete,r jika menghadapi masalah komplikasi, dihantar ke Kuala Kangsar atau ke Taping. Ini adalah isu di kalangan rakyat. 
Tetapi alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya mengetahui jalan bagaimana hendak mendapatkan bantuan kerana pengalaman ada, kita tahu macam caranya dengan menteri, bagaimana kita hendak cari peruntukan. 
Alhamdulillah Perdana Menteri membantu dan kerajaan meluluskan pembinaan sebuah pusat kesihatan dan wad bersalin dan nilainya lebih daripada RM28 juta dan Insya-ALLAH tahun ini akan siap dan ini secara langsung memberi 
penyelesaian kepada isu dan masalah rakyat. Walaupun penduduk masih belum dapat mengguna pakai tetapi pembinaan ini sebenarnya menyelesaikan.
Itu satu, ia termasuk juga menyediakan bekalan air bersih dan sebagainya. 
Antara isu besar yang lain ialah bekalan air sebenarnya. Saya tidak malu untuk mengakui bahawa Lenggong walaupun bukan kawasan bandar tetapi tidaklah jauh ke pedalaman, tetapi masih lagi ada isu di kawasan kampung-kampung penempatan yang tidak ada bekalan air bersih. 
Saya ada lebih kurang tujuh kampung yang di Seberang Sungai Perak, sepenuhnya sumber air mereka ialah air sungai. Kalau kita kira dari segi pengundi, lebih 2,500 pengundi saya terlibat.

Tetapi alhamdulillah, apabila kita berjumpa dengan Perdana Menteri dan apabila kita mengemukakan isu dan masalah rakyat, beliau meluluskan projek bekalan air bersih sebanyak lebih RM6.2 juta. 
Sekarang dalam proses menyiapkan kerja-kerja kontraktor, Insya-ALLAH, awal tahun hadapan bekalan air bersih akan masuk ke kawasan itu dan banyak isu lain. Kemudahan asas, jalan dan sebagainya. 
Maknanya dalam peringkat awal ini, kita banyak sudah menyelesaikan isu-isu rakyat. Saya berpuas hati kerana isu utama, kemudahan infrastruktur utama rakyat air elektrik itu selesai dalam tempoh penggal pertama saya menjadi wakil rakyat walaupun saya akui saya perlu tingkatkan lagi tetapi asasnya, alhamdulillah. 
Tetapi kalau nak kata berpuas hati atau tidak, saya tidak berpuas hati 100 peratuslah kerana saya percaya, keperluan rakyat ini dia semakin hari semakin bertambah. 
Untuk akan datang ini, tumpuan ialah untuk meningkatkan kualiti hidup dan juga pembangunan sosioekonomi rakyat. 
SINAR HARIAN ONLINE: Sekiranya Datuk diberikan peluang untuk menjadi calon sekali lagi, apa agaknya tawaran Datuk kepada penduduk di Lenggong untuk terus memberikan Datuk peluang berkhidmat di kawasan tersebut bagi mewakili mereka? 
SHAMSUL ANUAR: Yang penting sekali saya akan memberi tumpuan kepada soal pembangunan sosioekonomi rakyat. Apatah lagi di Lenggong berjaya kita iktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco dan sudah tentu rakyat mengharapkan sesuatu yang akan mereka perolehi manfaatnya daripada pengiktirafan tersebut. 
Saya percaya dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang, Insya-ALLAH Lenggong akan membangun. Apatah lagi kita telah diberikan peruntukan awal sebanyak RM36 juta untuk pembangunan infrastruktur, pembangunan prasarana, sektor pelancongan dan sebagainya bagi membolehkan Lenggong ini benar-benar terkenal dalam pelbagai aspek terutama sekali aspek pelancongan. 
Antara fokus utama yang akan kita beri akan datang jika diberi peluang terutama soal pembangunan ekonomi dan prospek yang dapat kita lihat pertama dari segi sektor pelancongan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia, kemudian saya masih lagi belum berpuas hati kerana kita telah pun berjaya sebenarnya bersama dengan Kementerian Industri dan Asas Tani untuk membangunkan Lenggong sebagai Lenggong Agro Valley. Di mana dalam pembangunan ini kita memberi fokus kepada lima aspek utama. 
Apa yang saya buat ini sebenarnya sesuai dengan keadaan persekitaran. Agak sukar kita hendak membawa kilang elektronik misalnya di kawasan Lenggong kerana prasarananya, iklim persekitarannya tidak sesuai dengan kawasan tersebut. 
Tetapi apa yang boleh kita lakukan ialah membawa pembangunan yang sesuai dengan penempatan dan sudah tentu aspek pembangunan dari segi sektor pelancongan sesuai dengan penempatan tersebut, yang kedua ialah Agro Valley, industri asas tani. 
Alhamdulillah kita telah pun diluluskan oleh kerajaan setelah kita mengambil alih negeri Perak seluas 4,000 hektar tapak kekal pengeluaran makanan Bukit Sapi, di mana Kementerian Pertanian telah pun membuat kajian untuk menjadikan kawasan itu sebagai pusat pengeluaran belimbing, rock melon dan betik. 
Satu lagi ialah pembangunan aspek penternakan di mana Lenggong memang begitu sesuai untuk pembangunan sektor ini di mana kita boleh menjadi pembekal antara yang utama di negara ini dalam aspek pengeluaran rusa. Kita berhasrat membangunkan 13 kawasan penternakan kerana sekarang ini kita sudah bangunkan enam dan kita ada lagi lebih kurang tujuh kawasan.

Termasuk dengan industri asas tani berasaskan makanan ringan seperti kerepek, pekasam, kita tidak akan memberikan tumpuan kepada banyak produk, mungkin satu atau dua produk yang dapat kita tonjolkan di peringkat agro market dan sebagainya. 
Satu lagi saya hendak maklumkan, kawasan saya ini selain daripada hutan yang boleh dijadikan kawasan pertanian, kita dikelilingi tasik-tasik dan sungai. Maka di bawah projek Agro Valley juga tumpuan kepada zon eksklusif Agriculture, ternakan udang, ikan air tawar dan sebagainya dan akhir sekali ialah Agro pelancongan. 
Jadi saya harap jika peluang diberikan lagi, kita akan memberi tumpuan kepada aspek ini kerana banyak lagi perancangan-perancangan lain yang memang sedang kita lakukan dan ia tak mungkin selesai dalam tempoh setahun ini. Memang mustahil. Ia memerlukan beberapa tahun lagi. 
Agak mustahil kita nak lihat apa yang kita rancang ini terhasil dalam masa setahun ini. Ia memang mengambil masa termasuklah kita dari segi meningkatkan sosioekonomi. 
Pertama yang sedang kita buat sekarang ialah memberi peluang pemilikan tanah kepada rakyat terutama sekali kepada generasi kedua. Sebab itu kita sedang buat projek Agro Politan Bandar, kita buat bersama Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan kerajaan negeri Perak, di mana Risda yang menjadi teras kepada projek tersebut membangunkan lebih daripada 3,000 hektar tanah di mana kita menempatkan 400 keluarga miskin terutama di kalangan generasi muda di situ termasuk pembukaan Ladang Rakyat 1Malaysia, tanah rancangan berkelompok, perumahan generasi muda yang kita buat. 
Ini semua memang dalam proses. Ada sebahagiannya telah pun kita kemukakan surat tawaran, telah dipanggil untuk sesi temu bual, ada yang dalam proses dan berada di peringkat kerajaan negeri, kerana selepas 11 bulan kita hanya ada masa tidak sampai tiga tahun.
Amat sukar kita hendak buat kerana kita mengejar masa. Selain daripada memberi tumpuan memperkukuhkan keyakinan rakyat kepada parti, memulihkan imej parti, dalam masa yang sama memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
Jadi dalam tempoh penggal pertama ini, nak kata menarik pun ada, tetapi lebih kepada cabaran.

Saturday, September 28, 2013

#PemilihanUMNO: 30 CALON DARI KELATE TARIK DIRI?


Seramai 30 daripada 2,595 calon yang menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan sayap UMNO menarik diri sebelum pemilihan parti itu bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, senarai penuh calon yang akan bertanding akan diumumkan pada 7 Oktober ini selepas ibu pejabat membuat keputusan terakhir.

Beliau berkata, badan perhubungan negeri menerima semua borang yang dihantar oleh ahli termasuk mereka yang muflis atau dikenakan tindakan disiplin.

"Semakan akhir akan dibuat oleh ibu pejabat, mereka yang menghadapi tindakan disiplin atau muflis akan digugur oleh ibu pejabat selepas ini.

"Sebanyak 30 orang menarik diri termasuk tiga daripada calon Ketua Bahagian UMNO. Penarikan diri ini dibuat dalam tempoh bertenang iaitu 72 jam selepas proses penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Mereka yang menarik diri ialah lima orang di Machang, Ketereh (dua), Tanah Merah (tiga), Bachok (lima), Pengkalan Chepa (tiga), Gua Musang (lima), Pasir Mas (tiga), Tanah Merah (satu), Kota Baharu (dua) dan Kuala Krai (satu).

Sementara itu, Mustapa berkata, mesyuarat tersebut sebulat setuju bersetuju untuk menyokong semua calon dari negeri ini yang menawarkan diri untuk bertanding di peringkat pusat termasuk sayap parti - UTUSAN

#ShamsulAnuar4MT: DIPILIH SEBAGAI JK HAK DAN KEBEBASAN, BUKTI SIFAT KETERBUKAANNYA DITITIKBERATKAN.


Rasanya tak perlu lagi saya kenalkan siapakah YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah kepada pembaca. Semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih yang baru sahaja selesi selasa lalu, YB Shamsul telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan telah diumumkan secara rasmi semalam oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tahniah saya ucapkan kepada YB Dato'.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dianggotai Datuk Ronald Kiandee (Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Beluran); Datuk Seri Shahidan Kassim (Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah); Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong); Gobind Singh Deo (Puchong) dan Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd. Akin (Bukit Katil). - UTUSAN
Ini secara langsung telah membuktikan bahawa dia memiliki ciri-ciri kepimpinan terbuka dan 'transformasi' kerana DIPILIH menganggotai dalam barisan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Justeru, dengan ini diharap YB dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sukses.

Atas kesempatan ini juga, saya berharap dengan keterbukaan yang dia miliki, ianya dapat dipertimbangkan oleh Perwakilan untuk 'pangkah' No.02 supaya Hak dan Kebebasan kita lebih mudah didengari. 

Friday, September 27, 2013

#PemilihanUMNO: APAKAH PERTARUHAN @AzwanBro UNTUK PEMUDA? #OneBro4NKP


Padat dan Mantap! Inilah barisan kepimpinan yang Pemuda mahukan! Sama gemuruh dengan tepukan tangan hadirin yang hadir ketika slot Kerusi Panas diadakan.

Melalui percakapan yang tegas dan tajam seperti ini, tak mustahil apa yang dicakapkannya jadi realiti.  Jika dia diberi peluang, Pergerakan Pemuda ada potensi untuk jadi lebih kuat dan mantap! Persepsi yang Azwan milik sememangnya berlandaskan perjuangan 'HARDCORE' UMNO. Hanya Hardcore saja yang dapat perjuangkan maruah dan hidup mati UMNO.



Menurut TRANSFORMASI 13:

Slot Wacana Kerusi Panas - Calon NKP. 
Menurutnya, 'zuriat UMNO' yang mahu dilahirkan sekiranya diberi peluang untuk memangku jawatan yang ditandinginya ialah mahu melahirkan barisan Pemuda yang terdiri daripada teras yang sangat padu. 
Azwan berharap dapat melahirkan pemuda yang dipenuhi Taat setia kepada perjuangan asas UMNO dan mempunyai ideologi tinggi. Selain itu, melalui transformasi yang kita kecapi sekarang, haruslah kita sedar dan hayati perjuangan yang diperjuangkan nenek moyang kita sehinggalah UMNO yang berusia 56 tahun kini. 
Harapan Azwan, berharap lebih ramai lagi barisan pemuda yang memperjuangkan dasar UMNO dapat dilahirkan. InsyaAllah.
SELANJUTNYA

#Justice4TF: PENJELASAN @tunfaisal MENGENAI RAYUAN YANG DIBUAT. #TFOurHope


Berikut adalah penjelasan Tun Faisal mengenai pengguguran namanya dalam senarai Calon Ahli Majlis Tertinggi. baca dibawah:

TUN FAISAL DOT COM:

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan terhadap diri saya dalam isu Calon Ahli Majlis Tertinggi. Saya amat-amat menghargainya. Cuma saya berharap kita semua dapat bertenang kerana saya di dalam proses membuat rayuan mengenainya. Jika boleh, biarlah pandangan dan hujah untuk menyokong atau tidak menyokong diberikan tanpa perlu mengaitkan mana-mana pihak.

Tidak timbul soal saya tidak mengembalikan Borang Pendaftaran Calon kerana borang tersebut sudah dikembalikan di hadapan puluhan saksi di PWTC pada hari Sabtu 21 September 2013.

Tidak timbul juga soal saya tidak merujuk kepada mana-mana pihak sebelum menawarkan diri dan mengembalikan Borang Pendaftaran Calon kerana saya telah merujuk kepada pelbagai pihak termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohamed Ghazali.

Saya terkejut bila dimaklumkan bahawa nama saya digugurkan. Saya percaya walau apapun alasannya, adalah menjadi tanggung jawab saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini.

Pertamanya, elok jika kita betulkan terlebih dahulu niat dalam membuat rayuan ini. Rayuan ini bukan mengenai keinginan saya untuk bertanding dan berebut jawatan, sebaliknya bagi menunjukkan kesungguhan di dalam usaha menawarkan diri bertanding di peringkat yang lebih tinggi agar saya dapat memberi sumbangan yang lebih berkesan terhadap usaha menyegarkan dan meremajakan parti serta membantu di dalam perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Kedua, rayuan ini bagi menunjukkan kesungguhan kerana saya membawa amanah dan nama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan peringkat tertinggi parti. Tidak wajar untuk sekadar menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia tanpa sebarang usaha untuk mempertahankan diri dan mengemukakan pendirian saya.

Ketiga, rayuan ini juga bukan tentang saya, Pemuda UMNO dan pemilihan tahun 2013 semata-mata, sebaliknya, ia juga tentang kes yang akan menjadi rujukan atau `precedent' bagi kes-kes seperti ini di masa akan datang. Jelasnya, bukan setiap orang pemimpin pergerakan Pemuda dan bakal Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia penggal 2013-2016 yang telah menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian atau sedang bertanding di peringkat Jawatankuasa Bahagian di Bahagian masing-masing. Kes ini akan menentukan sama ada mereka boleh menwarkan diri ke peringkat Majlis Tertinggi pada masa hadapan ataupun tersangkut atas alasan yang sama.

Keempat, rayuan ini adalah tentang nilai dan kedudukan jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berbanding Ahli Jawatankuasa Bahagian; iaitu sama ada kedudukan jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia lebih berwibawa atau lebih rendah kewibawaannya berbanding Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Kelima, rayuan ini adalah untuk mengembalikan tafsiran terhadap Perlembagaan UMNO kepada semangat asal dan tujuan pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun 2009, iaitu menjadikan UMNO lebih demokratik, terbuka dan inklusif.

Saya akan menyampaikan surat rayuan ini kepada Timbalan Presiden Parti, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Setiausaha Politik beliau selepas solat Jumaat esok. Soal rayuan ini diterima atau tidak, itu soal kedua. Yang penting, pendirian dalam hal ini perlu diangkat dan saya berterima kasih kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Razali Ibrahim yang turut menyokong saya dalam hal ini.

#PemilihanUMNO: PENERANGAN RINGKAS SYARAT BERTANDING. SILA RUJUK SEMULA!!


Berikut adalah ulasan daripada PENASIHAT UNDANG-UNDANG UMNO:

Premis pertama ialah meluaskan jumlah perwakilan dan sekaligus memindahkan kuasa memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) termasuk Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia ke peringkat Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Fasal-fasal yang terlibat ialah 8.3.3, 8.3.4, 9.3, 9.4, 9.9, 9.10, 14.5.1, 14.5.2, 14.5.4, 17.5.7 & 17.5.8 serta memasukkan fasal baru 14.4.7 Perlembagaan UMNO Malaysia. Efeknya, secara ringkas, ialah seramai 146,500 perwakilan Bahagian-Bahagian (sebanyak 191 Bahagian) akan memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO (iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden & 25 Ahli Majlis Tertinggi) disamping memilih ahli jawatankuasa Bahagian. Selaras dengan pindaan ini juga, Ketua-Ketua Sayap Cawangan (iaitu Wanita, Pemuda & Puteri) akan secara otomatik menjadi perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian (sebagai contoh, untuk cawangan yang ahlinya adalah 250 orang, seramai 9 wakil Cawangan iaitu 1 Ketua, 5 wakil Cawangan & 3 Ketua sayap). Ini merupakan perubahan besar kepada UMNO dan tentunya akan didukung oleh semua ahli UMNO dan dihormati oleh rakyat.

Premis kedua ialah penghapusan kuota. Secara ringkas, ianya bermaksud ahli-ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding hanya perlu memenuhi kelayakan minima iaitu untuk ahli-ahli Majlis Tertinggi hendaklah sekurang-kurangnya telah menjadi Ahli MT (MT) atau Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) selama satu (1) penggal. Manakala untuk bertanding AJK Bahagian pula adalah menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Fasal-fasal yang terlibat adalah 9.5 dan 15.5 Perlembagaan UMNO. Untuk makluman, Perlembagaan Malaysia juga ada menetapkan kelayakan minima jika seseorang itu mahu bertanding untuk kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Premis ketiga ialah pertambahan wakil wanita selaku ahli lantikan di semua peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Bahagian & Cawangan. Selari dengan itu juga, jumlah ahli lantikan yang dibolehkan untuk Presiden, Ketua Bahagian & Ketua Cawangan ditambah satu (1) di semua peringkat iaitu untuk MT tiga-belas (13) orang, Bahagian lapan (8) orang & Cawangan (6) orang. Fasal-fasal yang terlibat ialah 9.2.8, 15.1.8, 15.2 & 18.1.8 Perlembagaan UMNO.

Premis keempat ialah penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) sebagai satu badan khusus untuk mengendalikan pemilihan di peringkat MT dan Bahagian. Juga telah dicadangkan, untuk tahun pemilihan (bagi UMNO ialah 3 tahun sekali) pemilihan di peringkat Bahagian dibuat serentak. Dengan ini, kempen akan lebih teratur & mengurangkan 'politiking' (termasuk anasir salahlaku). Fasal terlibat ialah 10.5 Perlembagaan UMNO manakala untuk pemilihan serentak, ianya telah ada di Fasal 10.4. Apa yang perlu ialah arahan MT untuk dibuat serentak pemilihan Bahagian di dalam tahun pemilihan.

Premis kelima ialah yuran tahunan (RM1 setahun) dihapuskan dan RM2 yang dibayar sewaktu pendaftaran akan diterima sebagai yuran seumur hidup. Fasal-fasal yangterlibat ialah 8.4.3, 10.2, 10.9, 14.4.3, 14.4.4, 15.13.4, 15.13.8, 17.4.3 & 18.12.3 Perlembagaan UMNO. Ini akan tentunya mengurangkan masalah pembatalan mesyuarat Cawangan dan meminimakan salahguna kuasa ketua cawangan yang dengan sengaja tidak membayar yuran tahunan (atau tidak mahu menerima yuran tahunan).

Premis keenam ialah sistem pendaftaran keahlian diperluaskan dengan memberi kuasa kepada ketua-ketua sayap iaitu Ketua Wanita Cawangan, Ketua Pemuda Cwangan & Ketua Puteri Cawangan (selain Ketua Cawangan yang sememangnya mempunyai kuasa tersebut). Dengan pindaan ini juga, kuasa melulus dan menerima akan dipecahkan kepada empat (4) peringkat iaitu Cawangan (oleh Ketua Cawangan), Wanita (oleh Ketua Wanita Cawangan), Pemuda (oleh Ketua Pemuda Cawangan) & Puteri (oleh Ketua Puteri Cawangan). Fasa-fasal yang terlibat ialah 5.2, 18.12.4 & 18.12.11 Perlembagaan UMNO.

Premis ketujuh ialah menjadikan Setiausaha Bahagian perwakilan otomatik ke Perhimpunan Agung Tahunan. Ini adalah mengenang jasa dan memberi pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian yang sememangnya berkerja kuat untuk memastikan pentabdiran Bahagian lancar. Fasal terlibat ialah 8.4.4 Perlembagaan UMNO.

Pengamatan saya daripada pindaan-pindaan diatas ialah UMNO peka kepada permintaan perubahan, sentiasa 'versatile' dengan tuntutan peredaran zaman & Perlembagaan UMNO adalah contoh 'living piece of document' dan mestilah ditafsirkan secara liberal & bukannya, di dalam meminjam kata-kata DYMM Sultan Azlan Shaha (ketika itu Raja Azlan Shah, LP), 'read in a pedantic way' (dibaca secara sempit).

Saya berharap ahli-ahli UMNO akan mendukung pindaan ini dan untuk rakyat Malaysia, akan melihat ini sebagai suatu langkah serius UMNO untuk kembali rapat kepada rakyat & menjadi juara untuk semua tanpa mengira bangsa & agama.

Thursday, September 26, 2013

#PemilihanUMNO #Justice4TF: EXCO PEMUDA TAK LAYAK BERTANDING MT, TAPI AHLI BIASA LAYAK PULA BERTANDING KP? #TF4MT

ENTRI INI DIMERAHKAN KERANA MOOD 'UNDER-PROTEST' ACTIVATED

Calon Majlis Tertinggi UMNO

SHAHIDAN BIN KASSIM - 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH - 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR - 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB - 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA - 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN - 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN – 8
MISRI BIN BARHAM - 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK – 13
AB AZIZ BIN KAPRAWI – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM - 15
MUSTAPA BIN MOHAMED - 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN - 17
IDRIS BIN HJ JUSOH - 18
MAHDZIR BIN KHALID - 19
RAZALI BIN IBRAHIM - 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI - 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE - 22
YUSOFF BIN ISHAK – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ - 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS - 25
MOKTAR BIN RADIN – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN - 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH - 29
ROSNI BINTI ZAHARI - 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM - 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN - 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD - 33
RAZALI BIN HUSAIN – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD - 35
AZALINA BINTI OTHMAN - 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN - 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD - 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH - 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN - 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID - 42
HAMIDAH BINTI OSMAN - 43
HASAN BIN MALEK - 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN - 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN - 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED - 48
IDRIS BIN HARON - 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL - 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD - 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED - 52
NASIR BIN SAFAR - 53
AZLAN BIN MAN - 54
ZUBIR BIN HARUN – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN – 56
MOHSIN BIN YUSOFF - 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH - 58
ISHAK BIN ISMAIL – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK - 61
AHMAD BIN JAAFAR – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO - 64


MANA NO.60 WEI? JK PEMILIHAN NI PERLUKAN RAWATAN PSIKIKTRI KE?

Calon Majlis Tertinggi No.60, Iaitu Tun Faisal Ismail Aziz, Ex-Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dan juga merupakan Pengerusi Unit Media Baru (UMB). Keliling Malaysia sudah kenal dengan Tun Faisal ni. Pembangkang pun takut. Sebelum isi borang pencalonan, TF banyak kali bertanya kepada seniornya termasuklah daripada Datuk Raof Yusoh sendiri, dan jawapannya semua 'YES, LAYAK'.

Kecoh di media sosial apabila berita no.60 digugurkan daripada senarai calon MT yang akan bertanding nanti. Alasan yang diberikan oleh JK Pemilhan ialah TF tidak cukup 1 syarat bertanding, iaitu:

NAMA TF DIGUGURKAN SEBAB TF TIADA JAWATAN SEBAGAI AJK BAHAGIAN? ALASAN KAKI SPIN.

AKU TAHU, TF MEMANG TAK ADA JAWATAN SEBAGAI AJK BAHAGIAN. TAPI DIA ADALAH CALON 'ENDORSEMENT' OLEH KETUA PEMUDA MALAYSIA, KHAIRY JAMALUDDIN SENDIRI TETAPI TF PUNYAI JAWATAN SEBAGAI EXCO DI PUSAT!! 

UNTUK PENGETAHUAN, CALON KETUA PEMUDA UMNO, IAITU PENCABAR KJ, AKRAMSYAH SANUSI, TERANG-TERANG TIDAK PENUHI SYARAT. DIA CUMA AHLI UMNO CAWANGAN BENDANG BARU. CUMA ATAS KELEBIHAN DIA ANAK SEORANG BANGSAWAN. ADIL TAK?

TAPI JANGANLAH ANIAYA GOLONGAN PEMUDA YANG BEKERJA KERAS DAN BERJASA BAGI UMNO. PATUTLAH AURA JERITAN HIDUP MELAYU DAH TAK RASA APA-APA SEKARANG

TUN FAISAL WAJIB DIBERI PERTIMBANGAN!!


BERIKUT AKU SENARAIKAN PERSOALAN YANG AKU NAK JK PEMILIHAN JAWAB.
  1. KENAPA AKRAMSYAH BOLEH TAPI TF TAK BOLEH?
  2. APA JASA AKRAMSYAH KEPADA UMNO HINGGA DIBERI TIKET KHAS UNTUK BERTANDING KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA? 

SEDANGKAN SYARAT YANG DITETAPKAN UNTUK BERTANDING JAWATAN KETUA PEMUDA DAN MAJLIS TERTINGGI IALAH SAMA.

(AHLI UMNO 3 TAHUN+PERNAH JADI  AJK BAHAGIAN)

RUJUK LINK DARI FREE MALAYSIA TODAY DIBAWAH:

Calon Ketua Pemuda Umno Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berharap dapat menerima persaingan sihat daripada pencabar utama, Khairy Jamaluddin.

Katanya, kelebihan yang ada pada Khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan bukanlah satu perkara yang tidak boleh diatasi dan optimis masing-masing termasuk dua pencabar lain mempunyai kekuatan tersendiri.

Menjawab spekulasi kemungkinan borang pencalonan beliau ditolak ekoran gagal mematuhi syarat kelayakan, beliau sebaliknya yakin layak bertanding kerusi itu.

“Saya merujuk sebaiknya dan tiada pihak yang mengatakan saya tak boleh bertanding. Harap borang diterima.

“Saya harapkan persaingan sedia ada bukanlah seorang yang gerun melihat saya dan mematikan saya dari sudut teknikal kalau beliau benar-benar berupaya jadi Ketua Pemuda Umno lagi sepenggal,” katanya.


MY SLIDESHARE UPLOAD