Pertandingan 4 Penjuru bagi mengisi kekosongan sebagai 'Orang No.2' dalam Pergerakan Pemuda masih lagi punyai teka-teki. Walau macam mana pun, biar tanggal 12 Oktober ini jadi penentu. Bukan apa, sudah timbul kekeliruan kerana banyak sangat cerita. Itu sebab saya mahu bercerita juga, bukan kempen tau:
Nama-nama dan no. calon Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO:
Saya yang juga sebagai pemerhati, sudah dapat melihat dan sudah rambang mata mahu pilih mana satu kerana bermacam-macam 'pemanis' sudah keluar dari mulut 'fans' calon. Sampaikan penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google. Tapi apa yang menarik dan buatkan saya tertarik ialah tentang pegangan penyokong Azwan Bro, iaitu kejayaan yang dikecapi Azwan Bro sepanjang mepelopori Pergerakan Pemuda Perak dan lain-lain penglibatannya dalam NGO.
Politik - Bukan hanya populariti dan 'kapal besar' semata-mata, tapi yang utama ialah punyai 'main point' untuk dijadikan modal insan kepada perwakilan/junior-junior akan datang. Rasanya kalau saya tafsirkan dalam pepatah :- "Kalau baka tak molek, maka tak molek lah janinnya".
- JAMAWI BIN JAAFAR (01)
- LOKMAN ADAM (02)
- MOHAMAD IRUAN BIN ZULKEFLI (03)
- KHAIRUL AZWAN HARUN (04).
Saya yang juga sebagai pemerhati, sudah dapat melihat dan sudah rambang mata mahu pilih mana satu kerana bermacam-macam 'pemanis' sudah keluar dari mulut 'fans' calon. Sampaikan penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google. Tapi apa yang menarik dan buatkan saya tertarik ialah tentang pegangan penyokong Azwan Bro, iaitu kejayaan yang dikecapi Azwan Bro sepanjang mepelopori Pergerakan Pemuda Perak dan lain-lain penglibatannya dalam NGO.
Politik - Bukan hanya populariti dan 'kapal besar' semata-mata, tapi yang utama ialah punyai 'main point' untuk dijadikan modal insan kepada perwakilan/junior-junior akan datang. Rasanya kalau saya tafsirkan dalam pepatah :- "Kalau baka tak molek, maka tak molek lah janinnya".
Seperti apa yang dinyatakan oleh Blogger Double-Y:
" Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri, selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.
Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak. "Video:
Daripada sumber yang sama, amat mengecewakan kerana ada cara kempen yang tidak sihat hinggakan sanggup keluarkan gambar-gambar dari musuh kita atas dasar ketidakpuashatian peribadi. Dakwaan sumber mengatakan bahawa 'Azali' Azwan Bro diserang dan dilemparkan dengan imej negatif kerana telah diupah oleh DOT DOT DOT.
Apa-apa pun, walau siapa pun kita, buruk, kacak, kaya, miskin, sombong, peramah.... semuanya ialah adik beradik. Jika Mukhriz Mahathir "BERANI BERUBAH"... So, "MARI BERUBAH".
Upah Blogger Balun Calon NKP?
Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.
Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?
Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.
Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.
No comments:
Post a Comment